Tips untuk elak dari serangan seksual.

By Cikla Shahril - December 09, 2016

Orang cakap, bahaya ada di mana mana. Di dalam akhbar mahupun TV selalu keluar berita kes-kes jenayah yang sangat menakutkan. Bagi cikla, semua kaum wanita terutamanya kena sentiasa berhati-hati dan alert dengan apa yang berlaku disekeliling korang. Bukan nak cakap kaum lelaki tak berisiko mengalami serangan seksual atau jenayah, tapi kaum wanita lebih berisiko mungkin sebab sifat kaum wanita yang diyakini 'lemah' dan ' tak berdaya' oleh si penjenayah.

So, untuk wanita yang selalu berjalan seorang diri ini ada tips untuk elak dari serangan seksual yang mungkin boleh korang praktikkan sekiranya berhadapan dengan serangan seksual atau jenayah. Paling tidak pun kita dapat meloloskan diri dari penjenayah dan seterusnya mendapatkan bantuan. Jom baca apakah tipsnya.

  1. Seboleh bolehnya, cuba elak dari berjalan seorang diri di tempat yang sunyi, terpencil, berkeadaan gelap dan terlalu sesak dengan orang. Bukan apa, kalau berlaku apa-apa mudahlah untuk korang nak dapatkan bantuan nanti. Tapi, kalau korang terpaksa jugak melalui tempat sebegini, jangan lupa bawak teman yang boleh dipercayai untuk menemai dan melindungi korang. Ingat tu!
  2. Alert dengan keadaan sekeliling korang, terutama orang-orang yang mungkin nampak macam pelik je kelakuannya dan mencurigakan. Kalau korang perasan ada apa-apa yang pelik, cepat cepat hubungi polis, family dan kawan untuk mintak bantuan. Ada cikla tengok tu, ada sesetengah tu kadang kadang sambil berjalan boleh ralit tengok telefon. Ishhh iishhh,bahaya tu!
  3. Dalam beg korang tu, tak salah kot kalau korang standby benda benda tajam yang boleh dijadikan alat untuk mempertahankan diri kalau berlaku apa apa kelak. Lagipun, at least kita rasa selamat sikit kan. Tapi, korang jangan fikir benda tajam pisau atau yang sewaktu dengannya je, tapi pensel atau pen pun boleh jugak. Kan 'matanya' tu tajam.
  4. Letakkan 'pepper spray' dalam beg korang dan jadikan dia sebagai alat untuk mempertahankan diri. Bukan apa, kalau berlaku apa-apa yang tak elok, korang spray je kat mata penjenayah. Tengok tahan ke tidak penjenayah tu. Pedih ooo kena mata.


Doa, Doa pelindung diri,Tips untuk elak dari serangan seksual.
Jadikan doa pendinding diri sebagai amalan. Sumber Google.

Walauapapun, nasihat cikla sentiasa alert dan berdoa supaya kita sentiasa dijauhi dari perkara yang tak elok. Cikla tau, orang cakap kadang-kadang benda kalau nak berlaku elak macam mana pun mesti kena kan. Tapi, sekurang-kurangnya kita sudah berusaha untuk mengelakkan diri dari berlaku sesuatu yang tak elok. Betul tak? Kalau korang tahu salah satu seni mempertahankan diri pun ok jugak tu. Kelebihan satu mata untuk korang. Bonus tu. Take care semua.

Sumber : Master Sharifuddin Mamat, Setiausaha Agung Persatuan Taekwon-Do Global Malaysia (MGTF).

  • Share:

You Might Also Like

14 Comments

  1. nice tips cikla...terima kasih ingatan

    ReplyDelete
  2. btl tu.. nice sharing la, doa tu memang patt di amalkn kan kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. walau mcm mne pun berbalik kepadaNya... itu yg terbaik...

      Delete
  3. btl btl.. bahaya ada d mna2. mcegah lebih baik ! satu nak share jg, kalo sorg2 drive, make sure pintu bkunci even singgah mna2 ke, pastikan sntiasa bkunci ! xperna lah lalui bnda2 mcm ni tp share as safety tips kan ? =) smoga di jauhkn.. amin huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sgt.. bahaya ada di mana2.. thanks sharing tips ..

      Delete
  4. Satu lagi kena belajar seni mempertahankan diri.
    Silat ke, taekwon do ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... paling x pun pandai tendang.. hihi

      Delete
  5. mek pegang kunci time berjalan. kut la ade serang hendap, bleh tikam terus. hihihi

    ReplyDelete