30 September 2017

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

September 30, 2017 53 Comments
Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my. | *this is sticky post until 8 pm on 30 September 2017. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

Assalamualaikum wbt. Pin pon pin pon...  Hari ni cikla nak buat segmen bloglist  plus mini giveaway. Orang cakap, sambil menyelam minum air. Cikla buat segmen bloglist sebab nak tukar senarai bloglist yang ada kepada yang baru. Lagipun dah agak lama jugak kan mereka menari-nari di blog cikla ni. So, nak kasi refresh sikit. Hehe. Bloglist ni adalah direct untuk 3 bulan terus iaitu Oktober-Disember.

Lepas tu, cikla nak buat mini giveaway jugak sebab cikla nak bagi 2 helai cardigan tapi preloved lah pada yang bertuah. Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Syarat-syaratnya sama je macam yang dulu-dulu jugak.

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my. 


Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.
Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my. 

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my'. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tag 2 orang rakan untuk join sama. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  8. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Siap.

Segmen bermula dari 5 September 2017 hingga 30 September 2017 (pukul 8 malam). 

Apakah hadiah yang menanti pemenang bertuah? 


Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Wow, lamanya.

Lepas tu, untuk mini giveaway pulak, cikla akan pilih 2 orang yang bertuah untuk menerima sehelai cardigan setiap seorang. Dalam entri korang nanti korang boleh pilih cardigan mana yang korang nak samada 1 atau 2.

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my. - Hadiah untuk mini giveaway. 

Kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist, tapi mini giveaway akan terbatal. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org

Semasa pemilihan, kalau orang yang sama terpilih untuk bloglist dan mini giveaway, cikla akan pilih undian yang pertama. Lagi satu, katakan korang pilih cardigan no. 1 dan korang terpilih. Tapi, cikla buat untuk pemilihan kedua. Korang akan dapat cardigan yang kedua. Keutamaan diberikan kepada pemilihan pertama. Korang faham tak? Macam mana nak explain ni ek. Hehe... Hope korang faham apa yang cikla cuba katakan ni... 

Blogger lelaki pun boleh join sebab kalau menang mini giveaway boleh bagi cardigan dekat kakak ke, adik ke, isteri ke. Dekat emak pun boleh.

Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segemen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi gegar ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang dan terima  kasih atas sokongan korang.



19 September 2017

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

September 19, 2017 0 Comments
Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye? | Assalamualaikum wbt. Sekilas ikan di air, kita dah tau jantan betinanya. Eh, apa kena mengena pulak perumpamaan ni dengan tajuk ye. Haha. Saje je. Tapi kan, cikla rasa betullah orang cakap, manusia dan emosi ni sukar untuk dipisahkan. Kadang-kadang mereka menangis, kadang-kadang mereka gembira dan kadang-kadang mereka marah.

Macam perempuan pulak, sememangnya mereka ini dicipta tidak sempurna, sebab ada masanya mereka mudah terasa dan marah lebih-lebih lagi kalau ia dicetuskan oleh orang yang dia sayang. Lagilah... Mau sebulan merajuk, muncungnya pulak panjang sedepa. Haha.

So, sebagai seorang suami korang kena tau apakah tanda kalau isteri korang tu tengah marah. Nak tau tak? Baca ni...

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?


Kalau korang nak tau, kebanyakan perempuan ni kalau tengah marah mesti diam seribu bahasa. Perempuan macam ni biasanya seorang yang penyabar.  Pendek kata, tak suka cari gaduh. Macam cikla sendiri pun sama. Kalau dulu ye, memang cikla suka membebel, bising-bising kalau ada apa-apa yang cikla marah or tak puas hati. Tapi sejak dah bertambah usia ni, cewaah... Rasa macam diam itu lebih baik. Malas nak bising-bising dah. Suami cikla taulah kalau cikla diam je. Merajuk skeet. Tapi, lelaki-lelaki di luar sana kena ingat, walaupun perempuan ni diam seribu bahasa hakikatnya luaran je nampak diam, tapi dalamannya.. Bergelora, hanya Allah je yang tahu.

Selain itu, tanda perempuan tu marah diaorang akan buat tak tau je dengan korang. Korang ada kat sebelah pun, diaorang buat tak tau je. Kalau korang suruh diaorang buat apa-apa, mereka tak akan ambil pusing dan bersikap acuh tak acuh je dengan korang. Kalau korang tanya diaorang apa-apa ke, nak bersembang ke, diaorang buat macam tak dengar je. Kalau macam itulah gayanya, memang confirm lah diaorang tengah marah tu. Sejujurnya, cikla pun kadang-kadang macam ni jugak. Buat derk je, merajuk... Huhu.

Ada jugak perempuan yang marah dan meluahkan apa yang terbuka di hati dia dengan cara menyindir. Aduh, kalau cara ni si suami tak tau jugak yang isterinya tengah marah, memanglah. Tapi sebaiknya kalau nak menyindir pun biarlah berdepan-depan kata orang. Elakkan dari menyindir pasangan di media sosial. Tak kan korang nak bukak pekung di dada kan. Sebagai seorang isteri yang baik, kena jaga aib suami walaupun macam mana keadaan pun. Silap-silap nanti 'kisah' korang ni jadi bahan cerita hangat pulak. Selain dari bersikap dingin dengan pasangan, ada perempuan kalau marah tu dia hanya tersenyum je. Tapi, bukan senyum ikhlas tau. Senyum sinis. Hehe. Bagi perempuan yang agak rapuh hatinya, mereka hanya mampu meluahkan kemarahan mereka dengan menangis. Ouch, touching.

So, sebagai sorang yang rapat dengan si dia, si lelaki sepatutnya tau macam mana cara nak lembutkan hati mereka. Fahamilah sifat mereka, dan mulalah mengambil berat tentang perasaannya. Jangan kat bibir tu cakap sayang je, tapi hakikatnya tak pandai nak jaga hati pasangan. Bak kata pepatah, 'sekeras-keras batu kalau dititik air lama-lama lekuk jugak. '

So, tak kira suami atau isteri, kenalah sama-sama bertolak ansur dan fahamilah pasangan korang. Macam si isteri pun sama, jagalah hati suami dan cuba untuk selesaikan masalah sebaik mungkin.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

18 September 2017

Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

September 18, 2017 2 Comments
Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi. | Assalamualaikum wbt. Ramai yang cakap rambut adalah mahkota wanita. Tapi, bagi cikla bukan hanya rambut yang kita kena ambil kisah, tapi bahagian lain pun penting jugak. Pendek kata semua bahagian di badan perempuan ni penting. Salah satunya adalah payudara. Bagi cikla, ia adalah aset.

Memang tak dinafikan, selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita mengalami perubahan bentuk badan termasuklah payudara. Payudara sudah tak anjal dan tegang macam dulu lagi. Ini disebabkan oleh kesan dari kita menyusukan anak. Mulalah rungsing kan, tercari-cari petua dan cara macam mana nak kembalikan keadaan aset kita ni seperti dulu.

Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

Cikla memang tak menafikan yang memang banyak je produk untuk tegangkan kembali payudara ni di pasaran sekarang. Tapi, bagi cikla yang semulajadi lebih baik kan. Itu belum lagi yang melibatkan pembedahan dan sebagainya. Betul tak? So, kat sini ada satu petua yang mungkin membantu para wanita di luar sana untuk mengatasi masalah ini. Senang je, guna kacang hijau. Nak tau macam mana caranya? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

Kalau sebelum ni kita dengar kacang hijau ni orang buat kuih atau bubur tapi sebenarnya ia jugak boleh digunakan untuk menegangkan payudara. Caranya yang sangat mudah, just rebus kacang hijau tu sampai empuk dan biarkan suam. Lepas tu, jadikan masker dengan melumurkan kacang hijau tu pada payudara. Tapi, jangan sampai kena nipple pulak. Selepas itu, biarkan kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air.

Kalau korang nak tau, kacang hijau ni mempunyai berapa kelebihan iaitu;

Kacang hijau dikatakan mempunyai kelebihan iaitu dapat menegangkan payudara sekaligus menjadikan ia anjal. Selain itu, ia juga boleh menjadikan kulit payudara lebih lembut dan halus selain ia boleh membuang sel kulit mati.


Selamat mencuba.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Jom buat sendiri masker muka organik.

September 18, 2017 6 Comments
Jom buat sendiri masker muka organik. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cantik, kenalah berusaha untuk cantik. Betul tak? Cikla nak tanya, siapa kat sini suka pakai masker? Nak senang beli aje kan. Masker memang banyak dijual di luar sana. Tapi, kalau korang terlebih rajin, korang boleh buat sendiri. Bagi cikla ia lebih bagus sebab menggunakan bahan semulajadi di samping ia mudah serta murah dan yang paling penting, selamat. Penggunaan masker sebenarnya penting jugak kalau korang nak dapatkan kulit muka yang mulus dan berseri.

Jom buat sendiri masker muka organik.

Korang nak tau tak cara macam mana nak buat masker organik sendiri di rumah? Memang senang je, dan bahan-bahannya pulak mudah nak dapat. So, jom kita tengok bahan dan langkah nak buat.

Jom buat sendiri masker muka organik.


Bahan-bahannya;

30 gm beras. 
15 ml madu asli. 
10 gm serbuk kopi. 
5 gm serbuk coklat.


Caranya pulak;

Kisar halus beras dan campurkan bersama serbuk kopi. Selepas itu, masukkan serbuk coklat dan madu asli. Kemudian, kacau campuran tersebut sampai sebati dan rata.  Biarkan sekejap sebelum dioleskan pada muka korang.

Untuk kesan yang lebih baik, korang campuran sedikit yogurt dalam adunan masker yang korang dah buat tadi. Kalau korang nak tau, yogurt dan madu sangat elok untuk kulit berminyak. Untuk kulit kering dan berjeragat, korang boleh gantikan yogurt dengan susu badam.

Korang ratakan masker yang telah siap itu ke seluruh muka korang tapi nipis je tau. Biarkan ia sampai kering sebelum dicuci. Korang boleh jugak basahkan ia untuk dijadikan skrub.

Berikut merupakan kebaikan bahan-bahan yang digunakan kepada kulit kita, iaitu;

  • Serbuk coklat baik dalam merawat jerawat. 
  • Serbuk kopi pulak baik untuk mengurangkan kesan garis halus pada kulit muka korang.

Sebaiknya, masa korang nak pakai tu baru letak madu. So, bahan yang tanpa madu tu korang boleh simpan dan boleh digunakan bila-bila korang nak pakai. Jangan lupa masa nak guna tu, letakkan sekali susu atau yogurt tau untuk kesan yang superb.

Untuk kesan yang bagus, amalkan 1-2 kaki seminggu.

Selamat mencuba.


Sumber Majalah Wanita.

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.

September 18, 2017 14 Comments
Tips macam mana nak baiki lipstick patah. | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni kalau lipstick dah patah kita buang je. Betul tak? Tapi takpe. Lepas ni kalau lipstick korang patah, korang boleh cuba tips ni. Dah boleh jimat dah kan. Tak payah beli lain. Nak tau caranya? Jom baca...

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.


  1. Ambil lipstick yang dah patah tu, kemudian keluarkan lipstick tersebut dari bekasnya dengan menggunakan sarung tangan. 
  2. Then, bekas lipstick tu dipusingkan sampai ke bahagian yang patah tu. 
  3. Selepas tu, ambil lighter kemudian nyalakan api pada bahagian kedua-dua hujung lipstick yang patah tu sebelum korang sambungkan balik kedua-dua belah. 
  4. Bersihkan dan sekatakan bahagian yang bersambung tadi dengan menggunakan pencungkil gigi. 
  5. Akhir sekali letakkan lipstick dalam fridge selama setengah jam. Korang mesti tak percaya yang lipstick korang dah bersambung balik.

Selamat mencuba...


Sumber Ruangan Ubah Gaya.

17 September 2017

Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?

September 17, 2017 2 Comments
Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik? | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua orang cakap kawin tu best kan? Betul tak? Mana taknya.  Kalau dulu tidur sorang, sekarang tidur berdua. Kalau dulu makan sorang, sekarang makan berdua. Kalau dulu mandi sorang, sekarang mandi berdua... Oppsss...

Tapi, di satu sudut yang lain ia lebih terarah kepada tanggungjawab tak kiralah si suami atau si isteri. Itulah, bila fikir pasal tanggungjawab ni, memang berat kan. Macam suami, tanggungjawab menjaga, mendidik, dan mengetuai rumahtangga. Isteri pulak, lebih kepada menjaga makan minum dan aib suami, selain dari menjaga dan mendidik anak-anak. Tanggungjawab yang cikla cakap ni kiranya macam tanggungjawab utamalah. Selain itu, ada jugak tanggungjawab lain yang mesti di ambil kira.

Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?

Cikla percaya semua perempuan kat dunia ni nakkan suami yang baik dan boleh membimbing dia ke jalan yang diredhai kan, betul tak? Selain dari seorang suami yang baik hati, saling bertolak ansur dan jujur. Tapi, bagaimanakah menjadi seorang suami yang terbaik? Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni...


Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?


  1. Sebagai seorang suami yang baik, jadikan kawan dan rakan terbaik pada isteri korang. Tak kiralah dalam senang atau susah, korang mesti sentiasa bersamanya.  Begitu jugak kalau korang mengalami masalah, si dia sentiasa bersama di sisi korang. 
  2. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri korang. Maknanya, kalau isteri korang tu bercerita tu korang dengarlah. Tak kiralah dia membebel ke, apa ke dengar ajelah. Mungkin itulah salah satu cara si dia nak melepaskan apa yang terbuku dihatinya. Hehe. 
  3. Jadilah kekasihnya setulus hati. Bak kata orang, zaman bercinta dengan zaman be rumahtangga tu sama je. Rasa cinta tu sentiasa membara. Tunjukkanlah kasih sayang korang tu, kalau boleh buatlah sampai si dia terharu. Tunjukkanlah keikhlasan korang... 
  4. Memberi didikan agama yang cukup kepada isteri dan ahli keluarga. Sebagai ketua keluar, sebaiknya korang sentiasa menunjukkan kelakuan yang baik dan mengajak isteri ke arah kebaikan. Insha Allah, perhubungan korang sentiasa dirahmati olehNya.


Itulah antara tips macam mana nak jadi suami terbaik. Semoga bermanfaat.


Sumber SINI.

16 September 2017

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

September 16, 2017 17 Comments
Macam mana nampak cantik tanpa mekap? | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya semua orang nak nampak cantik kan even tanpa mekap sekalipun. Betul tak? Natural beauty kata orang. Paling tak pun kita oleskan sedikit pelembap, dan calitkan lips balm di bibir kita untuk mengelakkan bibir kering. Itu pun dah lebih dari ok kan. Tak gitu? 

So, cikla nak share beberapa tips macam mana nak nampak cantik walaupun kita tak bermekap. Wah wah, macam mana ye? Nah, baca ni kalau nak tau...

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?


  1. Sebelum korang keluar tu, jangan lupa oleskan pelembap yang mempunyai SPF sekali sebab ia penting sebab menjadi  pelindung kepada sinaran UV yang akan menjadi kulit lebih kusam dan gelap. So, korang akan dapat 2 kebaikan sekaligus iaitu kulit yang sentiasa lembap dan terlindung dari sinar UV. 'Win-win situation' kata orang.
  2. Minumlah secawan jus lemon suam. Selain dari ia mengandungi antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit, ia jugak menjadikan kulit lebih sihat dan bercahaya. Shining gitu.
  3. Selepas mencuci muka, sebaiknya korang gunakan penyegar (toner) yang bebas dari alkohol. Ini penting sebab ia akan membersihkan kulit muka kita dari kotoran dengan lebih baik. Manalah kan, kalau-kalau masih ada kotoran yang masih tertinggal di kulit muka walaupun selepas kita mencucinya. 
  4. Penggunaan skrub jugak penting sebab ia bagus untuk menyingkirkan kotoran dari kulit muka. Tapi, penggunaan skrub yang kerap tak digalakkan sebab ia akan menipiskan kulit muka. Cukuplah 2-3 kali seminggu je. Kulit muka korang akan lebih bersih dan nampak segar serta bermaya.
  5. Elakkan dari menyentuh jerawat yang ada dimuka korang tu. Sebaiknya, korang janganlah gatal tangan pulak nak sentuh jerawat korang tu. Siap nak picit-picit lagi. Kalau korang nak tau, perbuatan itu akan menjadikan kulit muka korang jadi berparut. Dah tak cantik kan. Dah pening pulak nak cari ubat hilangkan parut. 


Nah, senang je kan. Selamat mencuba...


Sumber SINI

COMEBACK GIVEAWAY.

September 16, 2017 4 Comments
COMEBACK GIVEAWAY. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Korang dah join giveaway ni tak? By the way, thanks KC yang comel sebab tag cikla. So, korang yang belum join tu jom join reramai. Nak join, klik je banner kat bawah tu. 

COMEBACK GIVEAWAY. 


COMEBACK GIVEAWAY.

Semua syarat dah ada tertulis kat banner tu. Giveaway berakhir pada 30 September 2017. Sempat sesangat kalau korang nak join. 

Cikla nak tag : ❤️ MRS. PIP, MAI, MEK AYUNI ❤️ untuk join sama. 

So, cikla dah ikut semua syaratnya. Harap ada rezekilah ye nanti. Hehe. Good luck jugak pada korang yang join. 

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

September 16, 2017 2 Comments
Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum. | Assalamualaikum wbt. Kebelakangan ni, kita selalu baca dan dengar kisah mereka yang masih mudah terkena serangan jantung. Pada cikla, penyakit ni kadang-kadang tak memilih usia. Sesiapa saja boleh kena. Untuk pengetahuan korang, serangan jantung berlaku bila aliran darah dan oksigen ke bahagian jantung  tersekat. So, ini akan menyebabkan otot jantung mula 'mati' disebabkan kekurangan oksigen. Kalau aliran darah itu tak dipulihkan segera, ini akan memberikan kesan buruk pada jantung, dan ia boleh membawa maut. 

Sebenarnya, ada beberapa tanda yang kita mesti tau sebulan sebelum serangan jantung itu terjadi. Cikla rasa, benda ni penting supaya jika ia berlaku pada diri kita, kita boleh terus dapatkan rawatan demi menyelamatkan nyawa. Insha Allah.

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.


Berikut adalah tanda Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebuflan sebelum, iaitu;

  • Merasa terlalu letih dan lesu. Kalau korang nak tau, salah satu tanda awal serangan jantung adalah keletihan yang melampau. Walaupun korang dah tidur, dan rehat yang banyak, tapi kalau korang still rasa letih dan lesu jugak. Kalau terjadi macam ni, lebih baik korang pergi check doktor supaya pemantauan terhadap jantung korang boleh dilakukan. 
  • Mengalami gangguan tidur (insomnia). Sebenarnya, jika korang mengalami gangguan tidur, itu tak bagus tau. Ada sesetengah orang selalu bangun di tengah malam untuk ke toilet, atau nak minum air. Tapi, kalau dah tengah malam korang still tak mengantuk juga dan susah nak tidur, elok orang pergi jumpa doktor cepat-cepat. 
  • Merasa sesak nafas. Bagi cikla, kalau dah sesak nafas ni bahaya tau. Kalau korang nak tau, sesak nafas adalah tanda jantung korang tak mendapat oksigen yang mencukupi. So, masa korang bernafas tu rasa macam tak cukup je, nafas pun pendek je. Jangan pandang remeh pasal ni, sebab sesak nafas adalah petanda utama bahawa korang ada masalah jantung. 
  • Mengalami masalah pencernaan. Walaupun kadang-kadang korang rasa senak kalau makan makanan yang pedas, korang kena ingat jugak rasa ketakselesaan itu jugak merupakan tanda awal serangan jantung. 
  • Mengalami rasa bimbang pada hal yang tak jelas. Macam anxiety lah. Risau tak tentu pasal. Itu pun tanda awal serang jantung. 
  • Merasa kebas dan lenguh pada lengan dan bahagian lain tubuh. Kalau korang nak tau, bila jantung korang tak terima oksigen yang cukup untuk ia menjalankan fungsinya, biasanya ia akan  menghantar impuls kepada tulang belakang korang. So, keadaan ni akan menyebabkan bahagian saraf yang saling berhubungan iaitu antara jantung, tulang belakang, dan lengan akan  menghantar impuls yang menyebabkan sakit dalam lengan korang. So, jangan pandang ringan pada kebas-kebas ni tau...


Semoga bermanfaat...


Sumber SINI

13 September 2017

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.

September 13, 2017 10 Comments
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. | Assalamualaikum wbt. Kecanggihan teknologi masa sekarang ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Dulu, kalau guna telefon bimbit yang paling canggih pun kita guna message untuk berhubung dengan orang lain selain dari call. Tapi, sekarang macam-macam ada. Email, messager, yahoo messager, dan yang paling top sekali adalah aplikasi WHATSAPP. Itu belum lagi dengan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya.

Mengapa cikla cerita pasal ni? Sebenarnya, cikla nak share satu CERITA mengenai orang Malaysia dengan aplikasi WHATSAPP ni. Nak tau? Jom baca...

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. Sumber Google. 

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.


Kalau korang nak tau, ada satu kajian yang dilakukan oleh Digital News Report 2017 di Institut Kajian Kewartawanan Reuters kepada 36 negara di dunia mengenai apakah aplikasi yang menjadi kegemaran mereka untuk mendapatkan info dan sumber berita. Korang nak tau apa yang mereka perolehi?

Jangan tak percaya yang menurut hasil kajian mereka, 51% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WHATSAPP sebagai medium mendapatkan info dan berita berbanding negara lain di dunia seperti Brazil 46%, Chile 39%, Singapore 38%, Hong Kong 36% dan Spain 32%.

Sebab apalah agaknya aplikasi ni menjadi pilihan mereka kan? Kalau korang nak tau, WHATSAPP ni adalah aplikasi yang memudahkan komunikasi antara individu tak kiralah antara individu dengan individu atau individua dan berkumpulan. Lagipun, WHATSAPP jugak dikatakan sebagai saluran media yang ringkas dan berkesan di samping ia user friendly dan yang paling penting free of charge.

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. 

Bagi cikla, tak kiralah apa jugak bentuk media sosial yang kita gunakan untuk mendapatkan info tak kiralah dari dalam negara atau luar negara tapi apa yang penting gunakan ia dengan berhemah. Jangan cepat menerima dan menyebarkan perkara yang kita tak pasti dan tak tau. Check dulu betul ke tak. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering free aje....

Jadilah pengguna yang bijak...


Sumber Harian Metro.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

September 13, 2017 8 Comments
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua tau apa itu kolesterol kan? Secara umumnya, kolesterol adalah sejenis bahan yang agak melekit, rupanya seakan-akan lemak. Kolesterol biasanya terdapat di dalam darah dan disetiap sel dalam badan kita. Sebenarnya, kolesterol ni penting untuk kesihatan kita sebab ia sangat dikehendaki oleh badan bagi penghasilan tisu dan hormon tertentu. Akan tetapi, kalau kehadiran kolesterol dalam darah sangat tinggi, kita mungkin berisiko terkena penyakit jantung koronari.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

Apakah jenis-jenis kolesterol yang biasa ditemui? 


Untuk pengetahuan korang, kolesterol yang paling biasa ditemui adalah kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) dan Trigliserida. 

Kolesterol LDL kadang-kadang dipanggil kolesterol jahat sebab kalau ia berlebihan di dalam arteri, ia akan menyebabkan penyakit jantung. Senang cakap, lagi tinggi paras LDL dalam darah, lagi tinggi risiko kita diserang penyakit jantung.

Manakala, kolesterol HDL pulak kadang-kadang dipanggil sebagai kolesterol baik sebab ia dikatakan berupaya menyahkan kolesterol berlebihan yang adalah di dalam dalam. Kalau paras HDL tinggi, ia umpama menjadi pelindung kepada terkena serangan jantung serta mengurangkan risiko terkena penyakit tersebut.

Trigliserida pulak adalah sejenis lemak yang terdapat dalam aliran darah. Kalau seseorang itu mempunyai paras trigliserida yang tinggi di dalam darah, ini menunjukkan mungkin dia jugak mempunyai paras LDL yang  tinggi atau HDL yang sangat rendah.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Kolesterol : Antara mitos dan realiti. 


Ada beberapa perkara mengenai kolesterol yang selama ni orang beranggapan tapi hakikatnya sebenar adalah sebaliknya. Korang akan tau tau apakah itu? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Biasanya orang beranggapan kaum lelaki yang berisiko tinggi mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi. Tapi, sebenarnya kalau korang nak tau, 52% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol tinggi adalah wanita. Kalau korang nak tau lagi, wanita yang telah menopause memiliki risiko yang lebih tinggi, sebab bila sudah menopause tahap kolesterol HDL menjadi berkurangan dan kolesterol LDL meningkat. So, wanita. Jaga-jaga ya!

Selain itu, biasanya orang cakap orang yang kurus dikatakan tak berisiko mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tapi hakikatnya orang yang kurus jugak mempunyai risiko yang sama  iaitu mempunyai tahap kolesterol yang tinggi sama dengan orang yang bertubuh badan yang montel. So, jangan pandang ringan ye orang-orang yang kurus.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Lagi satu, orang biasa ingat orang muda ni takde masalah kolesterol  sebab biasanya tahap kolesterol hanya perlu diperiksa bila mereka mencapai separuh umur. Itu sebenarnya tak betul tau, sebab ada kajian mengatakan 42% dari rakyat Malaysia yang memiliki tahap kolesterol tinggi adalah mereka yang berumur di bawah 40-an. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Persatuan Jantung USA menunjukkan, mereka yang berumur 20-an kena periksa tahap kolesterol mereka. Bahkan, kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit jantung jugak kena buat pemeriksaan kolesterol sebab mereka mempunyai risiko untuk terkena penyakit tu jugak.

So, apa yang kita kena ingat kolesterol ni tak kenal umur, tua ke, muda ke, dan sesiapa saja berisiko untuk mempunyai penyakit ni. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, selalu bersenam dan apa yang penting buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala. Orang cakap cegah sebelum kena. Kalau korang jenis yang suka minum susu, korang boleh minum SUSU OMEGA PLUS dengan ACTICOL yang mana ia boleh menghalang kolesterol jahat diserap oleh badan. Cikla pun minum jugak susu ni.

Semoga bermanfaat...


Sumber SINI dan Kajian Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2015, KKM.

12 September 2017

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY.

September 12, 2017 9 Comments
TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY. | Assalamualaikum wbt. Hai korang, korang dah join giveaway anjuran blogger popular ni? Hari ni last tau. Kalau nak join, jom cepat-cepat klik kat banner di bawah ni... 

TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY. 


TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY.
TENGKUBUTANG 6 MILLION PAGEVIEW GIVEAWAY. 

Syaratnya pun senang je je. Just follow media sosial penganjur pastu bagi komen sikit dekat blog yang dinyatakan tu. Hadiahnya pun best best tau. 

Apa lagi, moh ler join. Lagi ramai lagi best. Meriah sekampung. Hihi. 

Good luck pada yang join and to me too... 

Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH!

September 12, 2017 5 Comments
Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH! | Assalamualaikum wbt. Seluruh rakyat Kedah bersedih dan merasa kehilangan seorang sultan yang sangat disayangi. Almarhum, Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir semalam pada pukul 2.30 petang di Istana Anak Bukit, Alor Setar, Kedah. Walaupun cikla bukan anak Kedah, tapi turut merasa kehilangan dan  sedih atas pemergian seorang sultan yang berjiwa rakyat.

Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH!
Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH! 

Untuk pengetahuan korang, Almarhum Tuanku diputerakan pada 28 November 1927 dan mewarisi takhta kerajaan Kedah pada Julai 1958 daripada Almarhum ayahandanya dan ditabalkan menjadi sultan pada Februari 1959 dan menjadi sultan Kedah yang ke-27. Semasa Almarhum Tuanku menjadi Agong yang ke-14, Almarhum adalah seorang raja yang sangat disenangi seluruh rakyat Malaysia. Almarhum Tuanku jugak terkenal dengan sikap yang peramah, berhemah tinggi dan mesra dengan rakyat.

Sultan Kedah mangkat. AL-FATIHAH! 


Almarhum akan disemadikan di Makam Diraja di Jalan Langgar. Sememangnya pemergian Almarhum amat dirasai oleh seluruh rakyat Kedah khasnya. Kerajaan Kedah akan berkabung  selama seminggu semua bentuk keramaian dan hiburan dibatalkan. Bendera Negeri, bendera persekutuan dan lain-lain dikehendaki dikibarkan separuh tiang selama tiga hari.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Almarhum dan ditempatkan bersama-sama dengan orang yang beriman.... Amin.

AL-FATIHAH...


Sumber Harian Metro.

11 September 2017

Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet.

September 11, 2017 5 Comments
Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa, orang yang nak mendapatkan berat badan yang ideal mesti tak jemu-jemu mencuba macam-macam cara tak kiralah dengan cara menjaga makan dan bersenam. Tapi itulah. Kalau hat yang berdiet dengan cara menahan lapar tu mesti kalau mereka makan, selalu makan terlebih sampai berat badan tu naik tak turun-turun pun. So, memang tak nampaklah hasil korang berdiet tu. 

So, cikla nak share tips untuk kekalkan rasa kenyang, khas untuk mereka yang sedang berdiet. Korang nak tau tak? Meh baca apa yang cikla nak cerita ni...

Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet.


Tips untuk kekalkan rasa kenyang khas untuk mereka yang sedang berdiet.

Rasanya semua orang tau kita kot, kalau kita nak makan buah seeloknya sebelum makan. Korang, kalau nak makan buah epal yang segar lebih bagus 15 minit sebelum makan. Ia dikatakan dapat mengurangkan sehingga 15% jumlah kalori yang diambil kalau nak dibandingkan dengan mereka yang minum jus epal. Wah... Best ni. Kalau yang ni selalu jugak cikla buat. Memang kita rasa kenyang je, dan kalau kita makan pun sikit je dah kenyang dah. Kalau korang nak tau, menurut  pakar pemakanan Julie Flood Obbagy, dengan mengunyah epal akan dapat menjadikan kita rasa kenyang dan akan memanjangkan tempoh penghadaman.

Selain itu, masa dan waktu terbaik untuk kita mengetahui rasa kenyang kita adalah semasa kita sudah menghabiskan 3/4 daripada hidangan yang kita makan. Ini diperakui oleh seorang pakar diet, Lauren Slayton, R.D. Di samping itu, ambil vitamin D sebab vitamin ini dikatakan berfungsi untuk menghasilkan hormon leptin iaitu hormon yang akan menghantar signal otak mengatakan yang kita sudah kenyang. Untuk mendapatkan khasiat vitamin D ini seeloknya korang mengamalkan supplement khas. Kalau tak pun, makan je ikan salmon.

Untuk pengetahuan korang, salad, sepotong buah dan secawan buah dikategorikan sebagai rendah kalori dan makanan cepat mengenyangkan. Ini diperakui oleh seorang pakar nutrisi iaitu Susan Roberts Ph. dari Tufts University. So, korang digalakkan paling tak pun sebiji sandwich yang bersaiz kecik dan ini akan memberi manfaat  kepada badan kita.

Selamat berdiet dan selamat menguruskan badan ye...

Semoga bermanfaat... .


Sumber Ruangan Tips Cantik, Sinar Harian.

Tips untuk memastikan kereta sentiasa berbau segar.

September 11, 2017 5 Comments
Tips untuk memastikan kereta sentiasa berbau segar. | Assalamualaikum wbt. Tabiat menghidap rokok di dalam kereta dan semasa memandu memang agak tidak bagus. Bukan apa, keadaan ini akan menyebabkan 'udara' di dalam kereta menjadi tak segar kerana dicemari asap rokok. Kalau korang nak tau, asap rokok yang dihidu oleh orang yang tak merokok yang turut berada di dalam kereta akan memberi kesan buruk kepada mereka.

So, untuk menyegarkan kembali udara di dalam kereta korang tu, korang boleh try tips yang cikla nak share ni. Mungkin ada yang korang biasa buat. Jom kita semak apakah caranya...

Tips untuk memastikan kereta sentiasa segar.

Tips untuk memastikan kereta sentiasa berbau segar.


Berikut merupakan tips untuk memastikan kereta korang sentiasa berbau segar, iaitu;

Letakkan semangkuk serbuk kopi di dalam kereta atau korang boleh bungkus serbuk kopi tu  di dalam kain dan biarkan bungkusan itu semalaman di dalam kereta dengan tingkap yang bertutup. Korang jugak boleh bancuh serbuk kopi di dalam satu gelas, kemudian letakkan di dalam kereta. Kalau korang nak tau, serbuk kopi mempunyai aroma yang kuat dan ia mampu menyerap bau asap rokok dan bau-bau lain di dalam kereta korang. Korang boleh ulang langkah di atas dengan menggantikan serbuk kopi itu beberapa kali sampai bau betul-betul hilang.

Tuangkan cuka ke dalam sebuah gelas atau mangkuk, kemudian letakkan di bahagian tengah kereta atau di bonet belakang kereta korang. Biarkan ia  semalaman. Kalau korang nak tau, cuka akan menghilangkan bau asap rokok dalam kereta korang tu nanti. Kalau korang nakkan bau yang lebih segar, perahkan sedikit lemon dan larutkan bersama cuka tersebut. Harum je bau lemon nanti.

Kalau korang nak menggantikan bau busuk dengan bau yang lebih manis, korang cubalah gunakan kulit kayu manis. Caranya, ambil 2-3 batang kulit kayu manis, kemudian rebus. Selepas itu, tuang air rebusan dalam cawan dan letakkan cawan tersebut dalam kereta korang dan tutup tingkap. Biarkan sampai air di dalam cawan tu sampai sejuk dan suhunya turun ke suhu bilik.

Kalau korang pada suka akan bau sitrus seperti oren, korang boleh kitar semula kulit buah-buahan tersebut. Caranya, kupas kulit buah oren, lemon, limau nipis atau apa sahaja buah sitrus yang korang suka, kemudian kumpulkan kulit tersebut dalam cawan. Selepas itu, tinggalkan cawan berisi kulit sitrus ini di dalam kereta dengan tingkap tertutup supaya ia boleh menyerap segala bau-bauan kurang enak.

Kalau korang nakkan bau yang semulajadi, korang gunakan ketulan arang. Isikan arang dalam satu beg kecil dan simpan di bahagian belakang tempat letak kaki. Kalau korang nak tau, arang akan bertindak sebagai ejen penyerap bau. Bau yang kurang enak akan hilang dengan serta merta.

Kalau yang ni memang cikla dah cuba. Memang menjadi. Caranya senang je, ambil dan letakkan beberapa keping roti tak kisahlah roti apa pun. Lepas tu, tutup semua pintu dan tingkap dan biarkan beberapa hari. Tentu korang tak kan percaya, bau kurang enak itu akan diserap oleh roti tersebut. Cikla dulu guna roti yang dah expired. Nak guna roti elok sayanglah pulak kan. Makan lagi sedap, hihi...

Seterusnya, korang boleh gunakan nenas. Caranya, letak separuh buah nenas yang dipotong dalam kenderaan korang. Kemudian, biarkan selama beberapa jam dan bau yang tak best tu akan diserap oleh nenas tersebut.

Kalau yang ni pun cikla ada jugak cuba, guna daun pandan. Caranya, letak beberapa helai daun pandan dalam bonet kereta korang dan Insha Allah bau yang tak sedap tu akan hilang dengan cepat.

Selamat mencuba!


Sumber SINI.

10 September 2017

Cara nak besarkan bibir guna lip liner.

September 10, 2017 14 Comments
Cara nak besarkan bibir guna lip liner. | Assalamualaikum wbt. Dah lama cikla tak share pasal makeup kan? Cikla ni bukanlah terror sangat pasal makeup makeup ni. Tapi, kalau ada info yang best pasal makeup, cikla mesti share dengan korang. Untuk korang yang mempunyai bibir yang nipis, korang boleh try tips ni macam mana nak besarkan bibir guna lip liner je. Nak tau? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Cara nak besarkan bibir guna lip liner.
Cara nak besarkan bibir guna lip liner. 

Cara nak besarkan bibir guna lip liner.


  1. Sebelum tu, oleskan pelembap pada bibir korang dengan meratakannya supaya korang senang melukis bibir korang nanti. 
  2. Firstly, lukiskan lakaran pada bahagian luar garisan bibir untuk kesan lebih boommm... 
  3. Then, warnakan pulak pada bahagian dalam dengan rona cerah untuk memberikan kesan bibir yang lebih besar.
  4. Lastly, ratakan warna bibir dengan satu rona atau warna yang korang pilih dan tambahkan lipstick yang glossy untuk menjadikan bibir korang lebih sempurna.


Selamat mencuba ye!


Sumber Ruangan Ubah Imej.

Apakah simptom-simptom kanser tiroid?

September 10, 2017 0 Comments
Apakah simptom-simptom kanser tiroid? | Assalamualaikum wbt. Kanser tiroid adalah keadaan di mana wujudnya ketulan atau benjolan tak normal pada kelenjar tiroid. Ada sesetengah pesakit tidak mempunyai masalah hormon iaitu bacaan hormon tiroid mereka normal, tapi mereka ada bengkak. Macam cikla, memang bacaan darah ok je. Siap dua kali test sebab tak puas hati. Iyelah, ada bengkak tapi bacaan darah ok pulak. Itu yang menjadi kemusykilan tu. Itu sebab, kalau seseorang itu mempunyai bengkak, risiko untuk menjadi sel kanser itu tetap ada. So, jangan biarkan. Cepat-cepat pergi check doktor.

Apakah simptom-simptom kanser tiroid?


Walaupun pada asalnya, kanser tiroid tak menunjukkan apa-apa simptom yang jelas tapi ada beberapa perkara atau ciri yang korang kena alert, iaitu;

Apakah simptom-simptom kanser tiroid?

Wujudnya benjolan di leher. 

Rasanya, semua orang yang kelenjar tiroid adalah berbentuk seperti rama-rama dan terletak di pangkal leher. Walaupun gumpalan (lump) tiroid adalah perkara yang normal, tapi kira-kira 5% ketulan tiroid adalah kanser. Orang yang lebih berusia boleh mempunyai ketulan kecik dalam kelenjar tiroid mereka yang dipanggil nodul. Sebanyak 90% daripada mereka makan  mengalami keadaan ini.


Untuk pengetahuan korang, goiter adalah kelenjar tiroid bukan kanser. Bengkak ini biasanya sebagai benjolan di bahagian depan leher, yang mana benjolan ini akan bergerak naik dan turun semasa korang menelan. Apa yang korang kena tau, benjolan kanser tiroid biasanya tak sakit pun. Sebab tu, kalau korang perasan ada benjolan tak kiralah kecik atau besar, cepat-cepat pergi check doktor. Macam tu jugak kalau benjolan tu menjadi semakin besar ataupun wujud pulak benjolan kat tempat lain terutama di bahagian leher korang.

Kalau macam cikla, memang cikla ada bengkak di sebelah kiri dan ketulan kecik di sebelah kanan. Ketulan kecik di sebelah kanan itu doktor suruh buat fnac/biopsy. Result fnac/biopsy memula tu suspek kanser. Tapi, doktor suruh buat jugak total thyroidectomy. Then, result operate memang ada sel kanser. Allahu, memang dugaan untuk diri ini...

Suara menjadi kasar, serak dan parau.

Kalau suara korang kasar, serak dan parau dari 3 minggu, sebaiknya korang pergilah berjumpa doktor. Memanglah ada sesetengah cakap, kalau suara serak macam tu, mungkin disebabkan oleh jangkitan bakteria/virus. Tapi, seeloknya biarlah doktor yang check kan. Lagi senang hati lepas dah tau apa puncanya dan masalah mengapa suara kita jadi serak.


Dalam kes cikla, suara cikla memang serak. Tapi, takdelah serak sangat. Ala-ala Ella gitu...

Sakit tekak dan susah nak menelan makanan. 

Sakit tekak adalah sakit normal yang disebabkan oleh jangkitan. Tapi, macam cikla bagitau sebelum ni. Kalau korang rasa sakit tekak lebih dari 3 minggu, better korang pergi jumpa doktor untuk rawatan lanjut. Di tambah pulak kalau korang susah nak menelan. Lagilah tambah azab kan. Lagipun, korang dah try semua jenis petua pun, tekak masih sakit lagi. So, tak payah nak fikir panjang dah, pergi jumpa doktor cepat.


Kalau simptom yang ni, memang cikla tak alaminya. Cikla masih boleh menelan, makan, minum dan bernafas dengan baik.

Tapi itulah. Orang cakap, kalau ada apa-apa yang tak kena pada diri kita cepat-cepat pergi dapatkan rawatan. Jangan biarkan lama-lama, takut berakar-akar benda tu. Cegah sebelum parah. Insha Allah, peluang untuk sembuh lagi cerah.

Semoga bermanfaat.


Sumber SINI.

09 September 2017

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

September 09, 2017 7 Comments
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa mood raya haji still on lagi kan. Betul tak? Ada yang masih banyak lagi daging korban kat dalam fridge tu, sebab sampai blur nak masak apa. Hari ni, kebetulan Saturday dan semua anak-anak ada tak sekolah, so cikla pun plan nak masakkan sup tulang plus tulang kepala lutut lembu dapat masa program potong lembu kat kampung cikla minggu lepas. Memang belum terusik lagi pun tulang tu semua sebab cikla beraya kat kampung. Lepas tu ada kenduri kawin, takut mereka dah jemu pulak makan daging selalu. 

Pagi-pagi lagi cikla dah keluarkan tulang tu semua dari dalam fridge dulu sebab nak bagi tulang pada daging tu lembut sikit. Takdelah macam batu pulak kerasnya kan. Bukak aje plastik tu, masya Allah terkejut cikla tulang dua ketul dan memang besar gile. Tak lut nak tetak dengan pisau ayam tu. Last last, cikla cuci je terus tulang tu semua bersih-bersih, then rebus je. Senang kerja. Jenuh jugaklah nak menunggu daging empuk. So, bila dah siap cikla panggillah anak-anak cikla try rasa sup yang ibunya buat ni...

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.


Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

First time makan, diaorang ni memang teruja bebenor. Cikla suruh diaorang sedut lubang yang ada kat tulang tu guna straw....

"Wah.. Sedaplah ibu...."
"Sedapnya air tangan ibu... "
" Kenapa rasanya lain?..." Aik, dah lain macam pulak komennya. Haha.

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

Haha... Macam-macam reaksi diaorang. Sudahnya, 3 beradik tu makan satu talam share bertiga. Dua kali tengok, tinggal dulang. Licin....

Cikla memang tak makan daging sejak kena tiroid ni. Sekarang ni tolong masak je. Hihi. Tak apalah, tengok anak-anak makan dengan gembira pun dah ok dah...

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

Apa.. Nak resepi? Ala, sup je pun. Senang yang amat. Hihi... 


Pssttt... Masakan air tangan ibu memang paling sedap di dunia walaupun ibu hanya masak yang simple je...

First Giveaway By Blog Buku Pinky!

September 09, 2017 3 Comments
First Giveaway By Blog Buku Pinky! | Assalamualaikum wbt. Hari ni hari join giveaway ye kawan-kawan. Hihi. First cikla tengok entri giveaway ni, terus terbukak hati nak join. Bila tengok hadiahnya pulak, lagilah terbukak-bukak lagi hati ni nak turut serta. Hadiahnya memang menggoda yawww.... Macam rugi pulak kalau tak join. 

Korang kalau nak join, moh ler kita. Syaratnya pun senang benor. Follow media sosial penganjur je. Siapa yang nak join, klik je kat banner comel di bawah tu.

First Giveaway By Blog Buku Pinky!


First Giveaway By Blog Buku Pinky!
First Giveaway By Blog Buku Pinky!

So, apa lagi. Pada siapa yang belum join, jom join lekaih. Lagi ramai lagi bagus, meriah kasi meriah lagi. Untung-untung dapat hadiah kan. Manalah tau...

Good luck pada yang join. Semoga murah rezeki kita semua. 

Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17).

September 09, 2017 4 Comments
Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17). | Assalamualaikum wbt. Jom join giveaway ni. Kita raikan bersama kegembiraan Mrs Pip ni. Nak join, klik je kat banner di bawah ni. 

Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17). 


Happy Giveaway by Mrs Pip ( 28/8/17 - 16/9/17 ).
Happy Giveaway by Mrs Pip (28/8/17 - 16/9/17). 

Syaratnya pun senang je. Just follow je media sosial Mrs Pip ni. Hadiahnya pulak macam kat dalam banner tu. By the way, tahniah pada Mrs Pip. Semoga terus sukses dan berjaya dunia akhirat. Amin. Good luck pada yang join jugak. 

08 September 2017

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?

September 08, 2017 3 Comments
Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser? | Assalamualaikum wbt. Untuk pengetahuan korang, penyakit yang berkaitan dengan si rama-rama atau tiroid ni boleh menjangkiti sesiapa pun. Pendek kata, semua orang berpotensi untuk menghidap penyakit ni. Kalau korang nak tau jugak, ada orang yang tak sedar pun yang dia sebenarnya ada sakit tiroid lebih-lebih lagi bagi mereka yang tak mempunyai bengkak atau benjolan. 

So, kalau korang mempunyai bengkak terutamanya, korang mesti cepat-cepat mendapatkan rawatan jangan berlengah lagi, sebab kadangkala penyakit tiroid ini boleh menjadi kanser. Sebab itulah kita tak boleh pandang ringan tentang hal ni. Nampak macam tak penting kan, tapi hakikatnya memang tersangat penting  untuk kita amik tau.

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?

Salah satu penyakit tiroid adalah kanser tiroid. Apakah dia kanser tiroid?


Secara umumnya, kanser tiroid terdiri daripada 4  jenis tumor malignan pada kelenjar tiroid iaitu papilari, folikular, medulari atau anaplastik. Kanser tiroid papilari dan Folikular merupakan jenis kanser tiroid paling selalu dijumpai berbanding jenis yang lain. Kedua-duanya bermula pada sel folikular pada tiroid. Kebanyakan kanser jenis ini tumbuh dengan perlahan tapi kalau dikesan lebih awal, Insha Allah akan sembuh.

Manakala, bagi kanser tiroid medulari pula, ia terdiri daripada 5-10% kes kanser tiroid yang muncul dalam sel C tapi, ia lebih mudah dikawal kalau dikesan dari awal dan dirawat sebelum merebak ke bahagian lain. Insha Allah boleh sembuh. Kanser tiroid anaplastik pula adalah jenis kanser tiroid yang paling kurang ditemui iaitu 1-2% dan timbul dalam sel folikular. Sel kanser jenis ini amat luar biasa dan sukar dikenal pasti. Ia juga sukar dikawal berbanding sel kanser lain kerana biasanya ia tumbuh serta merebak dengan cepat.

Apakah nodul tiroid bahaya?


Nodul tiroid boleh terdiri daripada tak berbahaya (benign) atau berbahaya (malignan). Sel nodul tidak berbahaya, merebak ke organ lain dalam badan mahupun mengancam nyawa. Kira-kira 90% daripada nodul tiroid adalah tak berbahaya. Akan tetapi, nodul malignan adalah bersifat kanser. Ia lebih serius dan kadangkala boleh meragut nyawa. Sel kanser boleh menceroboh, merosakkan tisu, organ dalam badan dan memasuki saluran darah atau sistem limfa.

Untuk pengetahuan korang jugak, melalui cara ini kanser merebak daripada sel asalnya iaitu tumor utama untuk membentuk tumor baru dalam organ lain. Proses ini dikenali sebagai metastasis. Kalau metastasis berlaku di luar tiroid, sel kanser biasa ditemui pada nodus limfa berhampiran, urat saraf atau pembuluh darah. Tapi, bila sel kanser telah sampai di nodus berkenaan, sel kanser mungkin juga telah merebak ke nodus limfa atau organ lain seperti paru-paru dan tulang.

Apakah simptom-simptom kanser tiroid?


Kalau korang nak tau, pada peringkat awal kanser tiroid biasanya tak menunjukkan apa-apa simptom. Tapi, bila sel kanser itu membesar, beberapa simptom atau tanda boleh dilihat, iaitu;

  1. Adanya benjolan di depan leher atau berhampiran halkum.
  2. Suara menjadi parau dan susah untuk bercakap dalam nada normal.
  3. Nodus limfa akan  membengkak terutama di kawasan leher.
  4. Sukar untuk menelan atau bernafas. 
  5. Merasa sakit pada tekak atau leher.

Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser?
Leher ada benjolan: Tiroid biasa atau kanser? Sumber Google. 

Bagaimanapun, kadangkala simptom berkenaan tak semestinya menandakan wujudnya sel kanser tapi keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau ada masalah yang lain.

Bagaimanakah cara mendiagnosis kanser tiroid?


Kalau seseorang itu mempunyai simptom-simptom menunjukkan kanser tiroid, doktor akan bertanya kepada pesakit sama ada ahli keluarga yang mempunyai penyakit yang sama seterusnya akan menjalankan pemeriksaan fizikal. Selepas itu, doktor akan melakukan ujian makmal dan scan untuk lebih detail.

Berikut merupakan langkah dan cara mendianogsis kanser tiroid, iaitu;

  1. Pemeriksaan fizikal, iaitu doktor akan check dan merasa di bahagian tengkuk, tiroid, peti suara dan nodus limfa untuk memeriksa sebarang ketumbuhan atau bengkak.
  2. Ujian darah, pesakit akan disuruh membuat ujian darah  darah untuk melihat kalau ada sebarang keluarbiasaan paras hormon rangsangan tiroid (TSH) di dalam darah. TSH adalah terdiri daripada kelenjar pituitari dalam otak dan mampu merangsang pelepasan hormon tiroid serta mengawal kepantasan pertumbuhan sel folikular tiroid.
  3. Ultrasonografi, iaitu merupakan suatu alat ultra bunyi yang menggunakan gelombang bunyi. Gelombang bunyi ni akan melantun pada tiroid dan komputer akan menggunakan gema ini untuk menghasilkan imej yang dipanggil sonogram. Dari gambar tersebut, doktor dapat mengenalpasti bilangan nodul yang wujud, saiz dan adakah nodul tersebut mendatangkan bahaya kepada pesakit.
  4. Pengimbasan Radionuklida, iaitu doktor akan mengarahkan pengimbangan perubatan nuklear yang menggunakan sedikit bahan radioaktif untuk menimbulkan imej nodul tiroid.
  5. Biopsi, iaitu pembuangan tisu untuk mencari sel kanser. Ia boleh menunjukkan kanser, perubahan tisu yang boleh mengakibatkan kanser dan keadaan lain. Biopsi merupakan satu-satunya cara terbaik untuk mengesan sama ada nodul itu bersifat kanser atau tidak. Akan tetapi, ketepatan result biopsi kadangkala bukan 100% atau tak tepat sehingga pembedahan dilakukan untuk mengetahui sama ada bengkak mengandungi sel kanser atau sebaliknya.


Kalau cikla, cikla jenis yang pertama, papillary thyroid ca. Semoga kita sentiasa dilimpahkan rezeki sihat. Doakan cikla kuat menghadapi dugaan ni. Cikla nak sihat dan bebas daripada sel jahat ni...  Amin...

Semoga bermanfaat.


Sumber Utusan Online.

Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.

September 08, 2017 10 Comments
Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.| Assalamualaikum wbt. Sebelum tu, rasanya semua dah tau kot yang coklat Cadbury sudah disahkan halal. (klik SINI untuk detail). So, lepas ni korang tak perlu was-was dah kalau nak makan coklat ni. Cikla rasa para peminat tegar coklat mesti dah tau mengenai produk terbaru dari Cadbury ni kan. Kalau sebelum ni kita semua tau yang Cadbury ni ada macam-macam jenis, tapi Cadbury Oreo Milk Chocolate adalah yang paling best lah cikla rasa. 

Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.
Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.

Sebenarnya, cikla dah makan coklat ni 2 kali dah. Kalau pertama tu, orang cakap test rasa. So, kali pertama rasa memang terus jatuh cinta. Sedap sangat. Tapi kebetulan pergi kedai, terpandang cik coklat ni tersusun indah dekat rak dalam kedai tu, tergoda pulak. So, rembat dua keping. Sekeping, dah selamat 'dikerjakan'  oleh anak-anak cikla. Hehe... Suka deme...

Sebelum tu cikla nak bagitau, review dan pendapat ni adalah mengikut pendapat dan rasa tekak cikla tau. Mungkin lain orang lain pendapatnya, tapi bagi cikla Cadbury Oreo Milk Chocolate ni memang mantop, sedap dan lazatlah. Bak kata orang, makan sekeping mesti lepas tu nak makan berkeping-keping. Hehe. Tapi ingat, jangan makan berlebihan pulak. Cikla pun makan sikit je, buat rasa kata orang. Selebihnya, anak-anak yang habiskan.

Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.


Kalau sebelum ni kita dah jumpa banyak kombinasi yang dilakukan dengan oreo ni, contohnya dalam pembuatan ais krim. Betul tak? Tapi kali ni, kita jumpa dalam coklat pulak. Ternyata gabungan dan paduan coklat susu bersama oreo menghasilkan rasa coklat yang 'wooowww'. Memang sedap dan mengujakan.

Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.
Sedapnya Cadbury Oreo Milk Chocolate.

'Smooth and Chocolatey. Now with it CRUNCH'... Rasa lembut coklat, bergabung pulak dengan rasa crunchy biskut oreo di dalamnya memang kenalah dengan trademark ni. Bila kita kunyah coklat ni, memang terasa sangat kerangupan biskut oreo tu. So, pada yang belum rasa coklat yang sedap ni, korang boleh dapatkan ia di kedai yang berhampiran. Rasanya semua kedai ada kot, tak kiralah kedai runcit atau pasaraya kecik atau besar.  Cikla recommended this.

Cikla bagi 5 bintang-bintang di langit... Hehe..

Pssttt... Teringat pulak cikla dengan iklan Cadbury yang alien berjoget tu. Adik Zara  bukan main minat lagi. Kalau tengok iklan tu memang tak berkelip matanya.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.