31 January 2017

Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

January 31, 2017 66 Comments
Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. |  *this is sticky post until 8 pm on 31 Januari 2017. Scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  Assalamualaikum wbt... Hai korang... Segmen bloglist kembali lagi. So, macam biasa cikla nak cari bloglist baru untuk bulan Februari pulak. Syarat pun macam biasa jugak.

-SEGMEN TAMAT-



  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.' 
  7. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.
  8. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen.
  9. Siap.

Segmen bermula sekarang, 15 Januari 2017 hingga 31 Januari 2017 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama sebulan.... Penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.... ^_^

So, apa lagi... Meh meh join cepat... I hope your support... Oklah, sekian dulu... Selamat bersegmen korang.... Terima kasih.... wassalam....


❤❤SENARAI PESERTA❤❤

Beza antara ibu bapa dan anak-anak...

January 31, 2017 3 Comments
Beza antara ibu bapa dan anak-anak... | Assalamualaikum wbt. Jom kita baca sedikit tazkirah "beza antara ibu bapa dan anak-anak..." ini. Semoga perkongsian ini akan membuka pintu hati kita supaya lebih menyayangi kedua ibu dan bapa kita... Jom baca jom...

Beza antara ibu bapa dan anak-anak...





Beza antara ibu bapa dan anak-anak...
Beza antara ibu bapa dan anak-anak... Sumber Pinterest.


Rumah ibu bapa adalah rumah bagi anak-anak tapi tak semua rumah anak-anak adalah rumah ibu bapa. Anak-anak boleh bebas dlm rumah ibu bapa. Mereka boleh makan apa sahaja yang mereka nak, tengok siaran tv pun ikut suka, malah mereka selamba je menggunakan apa saja kepunyaan ibu bapa ikut suka. Tapi, tak semua ibu bapa boleh buat sesuka hati mereka kat rumah anak-anak. Mereka tak boleh masak sesuka hati, mereka tak boleh makan apa yg ada dalam peti ais ikut suka, malah mereka tak buat apa sahaja ikut suka. Tapi, anak tetap akan berkecil hati dengan ibu bapa mereka. 

Begitu juga, kenderaan ibu bapa adalah kenderaan anak-anak, tapi anak-anak boleh guna kenderaan ibu bapa ikut suka hati. Hatta, minyak penuh balik kosong pun ibu bapa tak kisah. Kalau rosak pulak takpe, semua ibu bapa yang tanggung. Tapi, tak semua kenderaan anak-anak ibu bapa boleh guna. Apatah lagi dengan sesuka hati. Nanti takut rosaklah, takut langgarlah, takut calarlah. Kalau guna pun, pastikan minyak penuh semula. Kalau rosak pun, ibu bapa kena hantar pomen baiki sebelum pulangkan semula kepada anak- anak.

Itulah bezanya ibu bapa dengan anak-anak. Ibu bapa sentiasa mengasihi anak-anaknya. Tetapi anak-anak, belum tentu mengasihi ibu bapa. Mereka kasih kepada harta mereka melebihi ibu bapa. Mereka ada masa untuk membetulkan motor kesayangan mereka bila rosak tetapi mereka takde masa hantar ibu bapa ke klinik bila ibu dan bapa memerlukan. Mereka ada masa untuk membawa anak isteri bercuti, tapi mereka takde masa untuk cuti dan balik menziarahi ibu bapa yang rindukan mereka. Mereka sayang ambil cuti untuk melawat ibu dan bapa mereka. Mereka terlalu sibuk dengan kerja dan tak boleh cuti menjadi alasan, tapi mereka tak sayang ambil cuti bila kawan baik kawin. Huh... 

Ibu bapa ingin melihat anak-anak mereka sempurna walaupun semampu yang ada. Tapi, anak-anak belum tentu mampu untuk menyempurnakan hajat ibu bapa mereka walaupun anak-anak berharta. Bila isteri bercerita anak tahu apa yang isteri mahukan. Tapi bila ibu bapa yang bercerita pulak, anak-anak buat tak faham apa yang ibu bapa mereka mahukan. Ibu bapa tak akan meminta secara terus kepada anak-anaknya kerana ibu bapa takut anak akan terasa.

Subahanallah.... Allahuakhbar. Kadang kadang kita telah melakukan silap tanpa kita sedari... Nah, hati ibu bapa kita pun dah terguris. Mereka tak akan bagitau kita pun tentang apa yang mereka rasa... Mungkin kita belum lagi pernah merasa menjadi seorang ibu atau ayah, tapi menjadi ibu dan bapa itu pasti, cepat atau lambatnya....


Beza antara ibu bapa dan anak-anak...
Beza antara ibu bapa dan anak-anak... Sumber Pinterest.




Mudah-mudahan kita tergolong sebagai anak-anak yang berbakti kepada orang tua kita dan tak disisihkan atau diabaikan semasa kita sudah meningkat tua nanti. InshaAllah.. Amin...❤❤


Sumber WhatsApp group.

Pencarian Bloglist Blog Baru.

January 31, 2017 8 Comments
Pencarian Bloglist Blog Baru. | Assalamualaikum wbt... Hai korang... Jom join segmen ni. Ada hadiah best tau... Macam biasa, kalau nak join Pencarian Bloglist Blog Baru ni klik banner di bawah. 

-TAMAT SUDAH-

Pencarian Bloglist Blog Baru.
Pencarian Bloglist Blog Baru.

"Bila bercerita pasal perjalaan cikla sebagai seorang blogger memang banyak kenangan manis, masin, kelat, payau... Semua ada. Cikla awal dulu, berblog sebab minat dan orang cakap just untuk 'simpanan' peribadi sendiri. Tapi, lama-kelamaan cikla rasa takde salahnya kalau cikla tulis sesuatu yang boleh memberi manfaat kepada orang lain. Secara jujurnya, blog ni bukanlah segah blog yang memang sudah dikenali ramai. Orang cakap blog ni masih lagi setahun jagung, dan banyak yang perlu dipelajari dan diperbaiki. Apa yang penting, blog ni akan memberi inspirasi kepada sesiapa yang sudi singgah... Terima kasih atas sokongan kalian.."

So, cikla nak tag  Tiara Sapphire, Lady Tash Roy dan HaziqahAliah untuk join sama. 

Segmen berlangsung selama sebulan iaitu dari 13 Jan hingga 13 Feb 2107. So, cepat-cepat join. Banyak masa lagi ni... Pada yang join, selamat bersegmen ye. Oklah, sekian dulu, wassalam...

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com.

January 31, 2017 1 Comments
Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com. | Assalamualaikum wbt... Jom join giveaway Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com.

-TAMAT SUDAH-

Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com.


Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com bermula pada jam 12.00 malam 17 Januari 2017 hingga 11.59 malam 31 Januari 2017Menawarkan pelbagai hadiah menarik untuk dimenangi oleh para peserta. Senarai hadiah ada di SINI...

Semua blogger dijemput join untuk menyertai Giveaway ini. 

Syarat - syaratnya : 
1. Wajib Follow Blog Sponsor


2. Wajib Like Fanpage Sponsor 


3. Wajib Follow Instagram Sponsor


4. Tambah Google Plus Sponsor

 | AerillHassan | Belogs JM | 

5. Buat entri bertajuk Giveaway New Year 2017 by www.aerillhassan.com 

6. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 

7. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI 

9 pemenang bertuah akan dipilih dan keputusan pemenang akan diumumkan pada 2 Februari 2017
Good Luck !!


Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam.... 

29 January 2017

4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik.

January 29, 2017 3 Comments
4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak hidup sihat dan terhindar dari penyakit kan. Semua orang nak sihat. Kalau kita nak sihat, kita kena 'usaha' untuk sihat dan kekal sihat. So, cikla nak share 4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik. Jom baca sampai habis....

4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik.


4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik.
4 tips mudah dapatkan kesihatan yang baik. Sumber Google,


Minum air untuk mengelakkan dehidrasi. Pastikan cukup 8 gelas sehari tau. Kalau badan kita mengalami dehidrasi, kita akan merasa lesu dan tak bermaya.

Jangan skip sarapan. Kalau boleh masa sarapan, ambil menu yang tinggi serat sebab ia akan membuatkan kita sentiasa merasa kenyang dan tahap gula dalam darah dapat dikekalkan. So, kita tak kan rasa letih dalam masa yang panjang.

Makan kekacang seperti badam sebab ia kaya dengan sumber magnesium dan asid folik di mana ia penting untuk menghasilkan tenaga dan sel baru. 

Rajin bersenam walaupun sekejap. Kalau korang nak tau, dengan bersenam kita boleh menambah tenaga secara semulajadi.




Tak susah pun kan. Rasanya kita boleh buat setiap hari. Betul tak? Apa yang penting, niat dan kesungguhan untuk mendapatkan kesihatan yang diidamkan. InshaAllah... Mari kita mulakan hari ini. Jom.


Sumber Ruangan Hati, Metro.

Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi.

January 29, 2017 5 Comments
Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi. | Assalamualaikum wbt. Korang, korang. Senyuman sikit. Wah wah, memancar-mancar keputihan gigi korang. Bila gigi putih, nak senyum pun dah tak teragak-agak lagi kan. Betul tak? Orang cakap, gigi adalah antara aset terpenting yang kita kena bela dengan baik. Nanti kalau dah takde gigi, maka hilanglah nikmat mengunyah, menggigit dan sebagainya. Dah tak syok dah kan nak makan itu ini. So, cikla nak share beberapa tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi. Nak tau kenalah baca sampai habis, ok...

Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi.


Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi.
Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi. Sumber Google.

Antara tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi, adalah;

  1. Beruslah gigi secara berdisplin, iaitu berus gigi  setiap kali selepas makan, paling tak pun 3 kali sehari *pagi, tengah hari, malam sebelum tidur. Bukan apa, ini akan membuatkan nafas kita sentiasa segar dan mulut sentiasa bersih terutama pada waktu malam supaya sisa makanan dapat disingkirkan.
  2. Jaga corak pemakanan kita. Apa yang penting, kurangkan mengambil makanan yang manis, melekat dan yang senang melekat pada celah gigi. Selain tu, kopi, air gas dan teh kena kurangkan sebab kesemuanya boleh mengubah warna gigi korang. *alamak kesukaan pulak tu. Huhu
  3. Seeloknya guna cecair kumur berflourida *tak mengandungi alkohol sebab ia boleh sebabkan luka untuk gusi sensitif paling tak pun sekali sehari *masa nak tidur pun ok jugak selepas korang berus gigi. Tapi, korang disarankan supaya tak makan/minum selama 30 minit lepas korang berkumur. 
  4. Rajin jumpa doktor gigi, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sesetengah orang memang dah jadi rutin tahunan dia berjumpa doktor gigi. Bagus tu. Bukan apa, dia bagus supaya kita boleh jalankan pemeriksaan dan mendapat nasihat tentang penjagaan gigi yang betul.
  5. Selepas korang selesai makan, sebaiknya berkumurlah. Sekurang-kurangnya, sisa makanan dapat disingkirkan kalaupun kita tak sempat nak berus gigi kan. Oklah jugak tu.
  6. Makan gula-gula getah, sebab ia boleh jugak berfungsi membersihkan sisa makanan pada celahan gigi. Tapi, korang kenalah pilih gula-gula getah yang kurang manis tau. 





So, lepas ni janganlah nak pandang ringan dengan kesihatan gigi sebab ia sama pentingnya. Bukan apa, gigi yang sihat dan cantik adalah penambah kepada kemanisan senyuman korang.

Silap-silap haribulan ada yang jatuh cinta dengan senyuman manis korang tu... 😬


Sumber Ruangan Hati, Metro.

Tips pilih bedak asas ikut warna kulit.

January 29, 2017 2 Comments
Tips pilih bedak asas ikut warna kulit. | Assalamualaikum wbt. Walaupun cikla bukanlah kaki make-up, tapi kalau bab asas-asas ni cikla amik tau jugaklah sikit-sikit. Taulah jugakkan kalau orang cerita pasal bedak asas, gincu, maskara, eye liner dan sebagainya. Takdelah nanti 'ternganga' pulak bila dengar orang cerita... Hehe... Orang cakap, pemilihan bedak asas yang betul mampu memberi 'perubahan' pada wajah kita. Ia jugak mampu menyerlahkan lagi penampilan dan daya tarikan seseorang tu. Ada beberapa tips pilih bedak asas ikut warna kulit seseorang. Lagipun, setiap orang tak mempunyai ton dan warna kulit yang  sama. Betul tak?

Tips pilih bedak asas ikut warna kulit.


Tips pilih bedak asas ikut warna kulit.
Tips pilih bedak asas ikut warna kulit. Sumber Google.

Berikut merupakan tips pilih bedak asas mengikut warna kulit seseorang;


Kulit kuning langsat - pilih bedak asas dan bedak debu yang sama macam warna kulit. Kalau korang yang berkulit sebegini ni nak nampak lagi putih, guna je bedak asas yang lebih cerah. Untuk warna blusher pulak, pilih warna pink yang lembut. Apa yang terbaik, makeup korang mestilah match dengan warna blusher. Barulah cantik...

Kulit sawo matang - pilih bedak asas dan bedak debu berasaskan warna kulit. Warna blusher pulak gunakan warna karamel sebab ia akan menjadikan wajah korang lebih fresh. Sementara itu, pilih eye shadow berwarna coklat atau jingga serta gincu berwarna pink dan coklat.

Kulit berwarna coklat pilih bedak asas atau bedak debu yang sesuai dengan kulit. Tapi ingat, jangan mix bedak asas dengan warna yang lebih muda. Untuk eye shadow pulak, pilih warna biru muda atau kelabu sebab ia akan lebih menyerlahkan penarik diri korang. Kalau blusher pulak, sesuaikan warnanya dengan eye shadow yang korang gunakan atau pilih warna yang lebih cerah. Untuk bibir pulak, just gunakan lips gloss je sebab penampilan yang ringkas adalah lebih mempesonakan.





    So, cikla nak share pulak 4 basic penting yang korang kena buat masa nak make-up, iaitu;

    4 basic penting masa nak make-up;


    1. Kalau korang make-up masa waktu siang, penggunaan cahaya yang cukup adalah penting dan yang terbaik adalah cahaya semulajadi *cahaya matahari.
    2. Sebaiknya pakai cermin kecik masa make-up supaya kita boleh tengok muka kita dari dekat.
    3. Kalau ada duit lebih dan ikut kemampuan koranglah, seeloknya beli alat make-up yang berkualiti tinggi supaya 'hasilnya' nanti superb.
    4. Seeloknya, blusher hanya digunakan untuk pipi je atau bahagian tertentu je dan bukan untuk keseluruhan muka.

    Apa yang penting, bagi cikla make-up yang ringkas itu lagi elok sebab natural beauty korang tak akan hilang dek kerana make-up yang tebal.

    Bak kata orang, ringkas tapi cantik...❤❤


    Sumber Metro!

    Peringatan untuk penunggang motosikal.

    January 29, 2017 3 Comments
    Peringatan untuk penunggang motosikal. | Assalamualaikum wbt. Cikla paling seriau bila tengok penunggang motosikal cilok-mencilok berhampiran dengan kereta cikla. Kadang-kadang lori besar pun diaorang nak cilok. Orang cakap, malang tak berbau, so berhati-hatilah. Kalau bersebelahan dengan lori besar, mereka bukannya nampak kita yang 'kecik' kat sebelah dia. Kalau memotong pun sama. Macam kena 'rasuk' cikla tengok diaorang ni kekadang. So, cikla just nak share bagi peringatan untuk penunggang motosikal.

    Peringatan untuk penunggang motosikal.



    Peringatan untuk penunggang motosikal.
    Peringatan untuk penunggang motosikal.




    So, lepas ni para penunggang motosikal kena sentiasa beringat. Jangan ingat awak tu teror sangat nak cilok bagai. Sayangi diri korang. Kalau tak sayang diri sendiri pun, ingatlah orang tersayang... Ramai kot yang sayang korang tu...

    Just sharing...❤

    28 January 2017

    3 perkara yang kita payah nak buat.

    January 28, 2017 1 Comments
    3 perkara yang kita payah nak buat. | Assalamualaikum wbt... Cakap senang, tapi bila nak buat payah yang amat. So, apakah 3 perkara yang kita payah nak buat tu? Baca ni...

    3 perkara yang kita payah nak buat.


    Menurut Prof. Dr. Muhaya, ada 3 perkara yang kita payah nak buat, iaitu;


    1. Buat baik pada orang yang buat tak baik pada kita.
    2. Menjaga nama orang yang diumpat bila mereka tak ada. 
    3. Mengaku kesilapan.

    3 perkara yang kita payah nak buat.
    3 perkara yang kita payah nak buat. Sumber Facebook.


    Pendapat cikla, memang cikla setuju dengan apa yang Prof. Dr. Muhaya katakan tu. Part yang no. 3 tu betul sesangat. Payah nak mengaku kesilapan. Macam orang-orang tua cakap, 'siapa nak mengaku berak tengah jalan'. Betul tak?  

    Kadang-kadang, kesalahannya dah jelas lagi nyata. Sudah terang lagi bersuluh, pun masih susah nak mengaku lagi. Apa salahnya kita mengaku salah kita walaupun pahit. Lagipun, kalau asyik mengelak je lama-kelamaan ia akan merosak diri akhirnya. Tak jatuhlah 'martabat' kalau mengaku kesilapan. Orang akan lebih respect kita.... 

    Marilah kita sama-sama memperbaiki diri menjadi lebih baik, InshaAllah...

    Tips elak tidur selepas Subuh.

    January 28, 2017 6 Comments
    Tips elak tidur selepas Subuh. | Assalamualaikum wbt... Orang cakap jangan tidur lepas Subuh sebab nanti rezeki payah nak masuk. Betul ke? Tapi, itulah. Asal lepas sembahyang Subuh je mesti mata jadi mengantuk balik. Mulalah cari bantal, tarik selimut balik. Betul tak? Nak-nak pulak hari cuti. Huhu. Apa kata lepas ni kita 'cuba' untuk tak tidur lepas Subuh dengan tips ni. So, jom baca apakah tips elak tidur selepas Subuh.

    Tips elak tidur selepas Subuh.



    Tips elak tidur selepas Subuh.
    Tips elak tidur selepas Subuh.


    1. Jauhi tempat tidur. Bila dah bangun tidur tu, kemas-kemas katil terus. Lepas  u, keluar dari bilik buat kerja lain.
    2. Lepas sembahyang Subuh tu, korang lanjutkan dengan membaca Al-Quran. Pahala pun dapat.
    3. Kalau hari bekerja, lepas Subuh tu korang terus je bersiap-siap untuk pergi kerja. Apa salahnya kalau sampai office awal sikit. Manalah tau, rezeki korang dapat anugerah pekerja cemerlang sebab selalu datang awal. Hehe...
    4. Korang lakuka aktiviti kegemaran korang. Tak kiralah apa aje aktiviti. Asalkan bukan TIDUR. Kihkihkih...
    5. Kalau korang nak membaca pun boleh jugak, tapi jangan membaca dalam keadaan baring. Sah-sah buku yang baca korang nanti, bukan korang yang baca buku. Kuikuikui...
    6. Tolong mak korang buat breakfast. Kira oklah tu, sambil-sambil buat breakfast tu sembang-sembang dengan mak. Merapatkan hubungan kekeluargaan lagi... 
    7. Korang mandi awal, kalau boleh sebelum Subuh sebelum nak sembahyang Subuh tu. Mandi awal pagi memang bagus tau. Rasullullah pun menyarankan elok kalau kita mandi pagi tu... segar bugar nanti badan... tak percaya.. cubalah... 
    8. Lepas sembahyang Subuh tu, korang pergi bersenam. Paling tak pun berjonggjng. Badan sihat, otak pun cergas...





    So, macam mana? Senang je kan. Mesti kita boleh buat punyalah... Kuatkan semangat lawan godaan syaiton yang direjam... 

    Semoga bermanfaat...❤❤

    27 January 2017

    15 tips murah rezeki.

    January 27, 2017 2 Comments
    15 tips murah rezeki. | Assalamualaikum wbt... Jom kita amalkan 15 tips murah rezeki oleh Ustazah Siti Norbahyah.

     15 tips murah rezeki.


    1. Membantu penuntut ilmu.
    2. Membantu golongan orang yang miskin.
    3. Berhijrah mencari pendapatan ke tempat lain.
    4. Sentiasa ingat Allah tak kira masa senang ataupun susah.
    5. Banyakkan berdoa kepadaNya dan meminta dibukakan pintu rezeki seluas-luasnya.
    6. Sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diberi.
    7. Bersungguh-sungguh bila melakukan perkara yang harus.
    8. Berusaha melibatkan diri dalam perniagaan. Rasullullah SAW juga sangat menggalakkan umatnya menceburkan diri dalam bidang perniagaan.
    9. Memberi sedekah secara istiqamah. 
    10. Sentiasa menjalin dan menjaga hubungan silaturrahim sesama manusia.
    11. Kalau mampu, kita sangat digalakkan pergi menunaikan haji dan umrah.
    12. Sentiasa bertaqwa kepada Allah.
    13. Melakukan semua suruhanNya dan beribadat dengan sebenar-benarnya dan ikhlas. 
    14. Perbanyakkan beristighfar dan bertaubat kepadaNya.
    15. Usaha dan tawakal seharusnya seiring sejalan.

    15 tips murah rezeki.
     15 tips murah rezeki. Sumber Lukisan Dakwah Islam.

    Semoga tips-tips ini akan menjadi amalan kita. Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa memperolehi rezeki yang halal dan diredhai. InshaAllah... 

    Gaya solekan 2017, glamor elegan.

    January 27, 2017 2 Comments
    Gaya solekan 2017, glamor elegan. | Assalamualaikum wbt. Sudah hampir sebulan kita berada di tahun 2017. Apa agaknya gaya solekan tahun 2017 ini? Kalau dulu, masa di tahun 2016, gaya solekan adalah lebih kepada solekan senada untuk nampak lebih ayu dan natural. Bagi tahun 2017 ini, jurusolek professional, Rachel Brook telah 'meramalkan' 4 gaya solekan yang akan menjadi pilihan adalah gaya solekan 2017, glamor elegan. Apakah gaya tersebut. Teruskan pembacaan korang kalau nak tau. 

    Gaya solekan 2017, glamor elegen. 


    Gaya solekan 2017, glamor elegan.
    Gaya solekan 2017, glamor elegan. Sumber Google.

    Menghasilkan bentuk bibir yang mungil dan penuh dengan mengaplikasikan lip liner dan teknik solekan khas *guna concealer. Untuk mendapatkan bibir yang lebih 'penuh', gincu berona terang dan gelap semakin menjadi kesukaan. Tiada lagi rona berwarna nude sebab pilihan gincu yang lebih glamor menjadi kesukaan untuk mendapatkan bibir yang ombre, shining dan metalik.

    Pengunaan bulu mata 'gila-gila' yang mana bulu mata akan disaluti maskara dengan warna yang pelbagai seperti biru elektrik, gold, merah dan kuning terang. Selain itu, teknik 'smokey eyes' akan menjadi gaya sebab ia dapat menjadikan efek maskara lebih menyerlah.

    Bintik hitam semulajadi *seperti jeragat menjadi pelengkap solekan. Kalau sesiapa yang takde bintik hitam ni semua, boleh pulak dia 'lukis' pada muka tu asalkan ikut gaya. *hishhh... macam-macam...

    Gaya solekan sunstripping menjadi pilihan, iaitu bronzer disapu dari kedua-dua tulang pipi sampailah ke tengah hidung macam bentuk butterfly




    Bagi cikla, nak bersolek boleh aje, tapi janganlah keterlaluan sebab natural beauty tu lebih elok maaaa...❤❤


    Sumber Ruangan Tips Gaya.

    26 January 2017

    Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017.

    January 26, 2017 7 Comments
    Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017. | Assalamualaikum wbt... Pin pin pon pon... kepada semua peminat dan kaki wayang mesti tertunggu-tunggu filem terbaru yang akan dimainkan di pawagam. Nak-nak pulak korang yang suka tengok filem seram. Cikla bukanlah kaki wayang *sekarang ni lah, tapi dulu time anak dara muda remaja, time bercinta-cintun memang kalau dating, tengok wayanglah aktivitinya. Hihi. Opppsss... itu dululah. Sekarang ni, agak 'bercinta' sikit nak pergi pawagam. Mana taknya, nak usung askar-askar yang berderet tu. Hehe... Itu belum lagi aneka ragam mereka masa dalam panggung tu kang... Pening pening.... Berbalik pasal filem yang cikla nak share ni, filem itu adalah Aku Haus Darah Mu filem seram terbaru 2017 menjengah pawagam. Tak dinafikan lamakan filem seram di pawagam sekarang ni pun banyak, dan jalan ceritanya pun lebih kurang sama kan? Tapi, apa yang menariknya pulak pasal fiem Aku Haus Darah Mu ni? Lain dari yang lain ke? Keseramannya tahap boboi boy kuasa 7 kah? Haaa... kalau nak tau jom baca ni sampai habis...

    Cikla rasa apa yang menjadi 'tarikan' filem ni adalah kemunculan pelakon Deanna Yusoff yang dah lama tak berlakon. Mungkin dia nak buat come back barangkali. Dan, of course jalan ceritanya jugak, yang bagi cikla lain dari yang lain... Peminat Deanna Yusoff mesti tak sabar nak tengok artis kesayangannya kembali beraksi kan? Lebih- lebih lagi berlakon dengan watak yang berbeza kan. Terujalah tu... hihi...


    Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017.
    Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017. Image Deanna Yusoof. Sumber mstar online.


    Aku Haus Darah Mu - filem seram terbaru 2017.


    Filem : Aku Haus Darah Mu.
    Pengarah : Aidilfitri Mohamed Yunos.
    Pelakon : Deanna Yusoff, Nad Zainal, Zoey Rahman dan Farhanna Qismina. 
    Tarikh tayangan : 2 Februari 2017.

    Sinopsis filem Aku Haus Darah Mu;

    Filem Aku Haus Darah Mu, adalah mengisahkan 3 orang sahabat, Lia (Nad Zainal), Arin (Zoey Rahman) dan Ezza (Farhanna) yang pergi ke sebuah kampung kerana mencari info mengenai tarian tradisional yang hampir pupus untuk menyiapkan kerja kursus yang diberi oleh pensyarah mereka. Kisah filem ini mengambil latar belakang masa tahun 1980-an. So, berbalik kepada cerita 3 orang sahabat ni, bila sampai di kampung tersebut, mereka tumpang bermalam di rumah Cik Cempaka (Deanna Yusoff) iaitu seorang 'perempuan misteri' yang akan membantu mereka. Akan tetapi, Cik Cempaka itu telah meletakkan syarat tarian iaitu tarian hanya boleh disaksikan selepas waktu maghrib (senja) dan dimainkan di hujung kampung sahaja. Bermula dari selepas menyaksikan tarian Cik Cempakalah, 'macam-macam' gangguan yang berlaku, tapi hanya Arin dan Ezza saja yang terkena gangguan sebab Lia telah 'dipilih' oleh Cik Cempaka belajar tarian tersebut. Apa yang lebih mendebarkan apabila Cik Cempaka juga telah meletakkan 'syarat' berkehendakkan darah anak dara dan anak teruna sebagai 'pengeras' ilmu yang nak diperturunkannya.

    So, apakah yang berlaku seterusnya? Sanggupkan Lia mengorbankan sahabat baiknya demi memenuhi 'kehendak' gila Cik Cempaka? Korang kena saksikan sendirila filem Aku Haus Darah Mu.. Jangan lupa 2 Februari nanti tau... Meh tengok trailer nya dulu. Gempak ke idak... Hihi...


    Sumber YouTube.com.


    Cikla pun tak bolehlah nak bagi bintang-bintang di langit pasal belum tengok filem Aku Haus Darah Mu  lagi kan. tapi apa yang pasti mesej tersurat dan tersirat yang ingin disampaikan melalui filem ini. Itu yang paling penting kan....

    Oklah, selamat menerjah ke pawagam 2 Februari nanti ya.... Selamat menonton... Hihihi... *ketawa seram. Sekian dulu, wassalam...


    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017.

    January 26, 2017 6 Comments
    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017. | Assalamualaikum wbt... Jom join giveaway ni... GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017. Mari kita meriahkan giveaway ni, selain support kawan-kawan... ok... 

    -TAMAT SUDAH-

    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017.






    Sempena awal tahun 2017 saya bersama beberapa rakan ingin berkongsi sedikit keseronokan dan kegembiraan bersama-sama dengan pembaca blog ini. Selain itu giveaway ini juga untuk memperkenalkan produk Chia Seed  SlimmTreats selaku penaja utama giveaway ini. Dengan ini dijemput untuk pembaca semua turut sama memeriahkan GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017 yang  menawarkan beberapa hadiah menarik untuk pembaca semua.


    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017.
    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017.
    GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017.


    Senarai Hadiah 

    Wang Tunai RM50 x 5 pemenang
    Wang Tunai RM20 x 1 pemenang
    Wang Tunai Rm10 x 2 pemenang
    1 Pek Slimmtreats Chia Seeds Bernilai RM20  X 10 pemenang.



    Syarat-syarat penyertaan:


    1-Mestilah warna negara Malaysia yang mempunyai blog .
    2-Buat satu entry dengan  Tajuk Giveaway " GIVEAWAY SLIMMTREATS BERSAMA DIANARASHID.COM 2017".
    3- Like dan Follow penaja di bawah :- (ikut je la apa yang korang ada..fb, Ig, blog dsb)

    Slimmtreats:


    http://www.facebook.com/slimmtreats (like page -optional)

    Nora Misnan:



    (follow blog +like page)

    Jamil Hashim:

    http://belogsjm.blogspot.my  (Follow blog & G+)

    Nadiah Hanum:


    Instagram.com/nadiah_ciknad/ (Follow blog & IG)

    Aida Hanafiah: 

    http://www.adianiez.com (follow blog )


    **Doakan semoga semua penaja dilimpahkan rezeki dan terus berjaya.

    4- Copy & paste code  ke html post blog

    Jangan lupa share entry give away korang di facebook (jika ada). Tarikh tutup penyertaan adalah pada 6-2-2017 jam  12 malam. Pemenang akan di pilih melalui random dan hanya bagi yang memenuhi syarat-syarat penyertaan....

    Semoga Berjaya semua, sekian..

    Oklah, good luck pada yang join. Sekian dulu, wassalam...

    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...

    January 26, 2017 5 Comments
    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada... | Assalamualaikum wbt... Cikla rasa 'masalah' parut ni memang merunsingkan, terutama bagi perempuanlah. Betul tak? Bila tengok parut sana-sini, risau dan pening jugaklah. Lebih-lebih lagi parut kat muka kan. Tapi sekarang dah tak perlu risau lagi dah, sebab Bio-Oil ada. Rasanya, kelebihan dan keajaiban Bio-Oil memang tak boleh disangkal lagi. Bio-Oil memang sangat membantu menghilangkan parut untuk penggunaan yang konsisten.

    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...
    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...

    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...


    Untuk pengetahuan korang, Bio-Oil mengandungi PurCellin OilPurCellin Oil yang dikenali sebagai octanoate cetearyl, dan ia adalah bahan dalam Bio-Oil yang menjadikannya kurang berminyak. Ia dibuat dari lebih daripada satu ramuan, dan digunakan terutamanya untuk mengurangkan stretch mark, parut dan tona kulit tidak sekata. Selain itu, PurCellin Oil adalah gabungan dari minyak alami yang diformulasikan bersama ekstrak tumbuhan dan vitamin yang mana ia dapat menghaluskan kulit dan kandungannya meresap sampai ke dalam kulit kita. Orang cakap, cik PurCellin Oil inilah yang menjadikan Bio-Oil ni macam magic terutama untuk menghilangkan segala bapak parut, stretch marks dan segala macam jenis masalah berkaitan kulit. 

    Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...

    Macam yang kita tengok pada botolnya, Bio-Oil ni sangat berkesan untuk semua masalah berkaitan kulit *specialist skincare, lebih-lebih lagi parut, stretch marks, masalah ton kulit tak sekata, masalah penuaan kulit dan masalah kulit kering. Wah, banyak jugak 'masalah' kulit yang boleh settle dengan menggunakan Bio-Oil ni kan. Sekarang ni pun, suami cikla pun turut menggunakan Bio-Oil ni untuk menghilangkan parut jerawat beliau. 

    So far, cikla tengok parutnya semakin 'malap' dan berkurangan. Tapi itu, untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebaiknya gunakannya 2 kali sehari selama 3 bulan secara konsisten. Iyelah, nak dapatkan sesuatu yang terbaik semestinya bukanlah dalam masa yang singkat. Betul tak? Apa yang penting sabar dan konsisten....

    Ibu mengandung pun boleh guna Bio-Oil ni, dan ia disyorkan mula menggunakan Bio-Oil seawal trimester kedua dan gunakan 2 kali sehari secara konsisten. InshaAllah, korang akan terhindar dari mendapat stretch marks. Rasanya cikla ada cerita pasal Bio-Oil dan stretch marks ni sebelum ni. 




    So, apa lagi. Korang yang ada masalah parut ni elok try guna Bio-Oil ni. InshaAllah, hasilnya tak kan mengecewakan korang. Lepas ni boleh say 'bye-bye' dekat parut, stretch marks dan sebagainya. 

    Semoga kita semua bebas dari parut dan kulit lebih cantik berseri-seri. InshaAllah... ❤❤❤

    25 January 2017

    3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my.

    January 25, 2017 4 Comments
    3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my. | Assalamualaikum wbt... Mood nak join giveaway sedang membara-bara ni. So, apa lagi dengan pantas cikla join 3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my ni. Kalau korang nak join jugak, klik banner berikut.

    -TAMAT SUDAH-

    3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my.
    3rd Mini Giveaway by azyyatiliah.blogspot.my.


    Syarat pun senang. Just follow je apa yang diminta. Settle... Giveaway berlangsung sampai 31/1/2017 jam 12 malam. Oklah, good luck pada baby yang join. Sekian dulu, wassalam...

    Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin.

    January 25, 2017 10 Comments
    Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. | Assalamualaikum wbt... Wah, ada giveaway tudung bawallah. Jom join ramai-ramai. Syaratnya pun senang je.

    -TAMAT SUDAH-

    So, sis Azlinda Alin cakap;

    Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin Terasa macam lama sangat tak buat giveaway kat blog. Beberapa minggu lepas, mummy buat giveaway di facebook je. Meraikan sahabat facebook pula katanya. Okey lah, berbalik pada Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin. Seperti biasa, syaratnya mudah sahaja. Jom join ramai-ramai !

    Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin



    GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


    Syarat - syarat Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


    1. Buat satu entri blog yang bertajuk Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin
    2. Tinggalkan URL entri anda di ruangan komen entri ini.
    3. Follow blog , G+ dan subscribe YouTube
    4. Giveaway ini berlangsung dari 19 Januari 2017 - 31 Januari 2017


    3 warna tudung bawal akan diberikan pada 3 pemenang (pemilihan warna secara rawak). Warnanya ialah pink, oren dan kelabu.

    Keputusan pemenang pula akan di umumkan pada bila-bila masa selepas tarikh tutup.

    Untuk memudahkan info, boleh add mummy dalam bloglist. Senang nak tahu info bila mummy update pemenang Giveaway Tudung Bawal Bersama Azlinda Alin


    GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


    Ini contoh tudung bawal mummy warna biru dan hitam. Material tak panas, mudah pakai, mudah gosok dan mudah bentuk juga


    GIVEAWAY TUDUNG BAWAL BERSAMA AZLINDA ALIN


    Cantik kan tudungnya. Tergoda pulak cikla tengok. Mudah-mudahan ada rezeki cikla. Hihi... Oklah, good luck pada yang join and me too. Sekian dulu, wassalam...

    Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah...

    January 25, 2017 10 Comments
    Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah... | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, dalam bersolek kita kena peka pada teknik solekan dan yang terpenting adalah jangka hayat alat kosmetik yang kita gunakan. Jangan nanti, apa yang selama ni kita mengamalkan tips solekan ingatkan betul, rupanya salah.

    Korang nak tau apakah 'kesalahan' yang korang sangka betul tu? Jom baca ini sampai habis...

    Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah...


    ❤ Ada orang suka simpan alat kosmetik mereka dalam tempoh yang lama, lebih-lebih lagi alat kosmetik yang jarang digunakan sebab mereka tengok masih banyak dan elok lagi. Tapi, korang kena ingat bukan semua alat kosmetik yang mempunyai expired date yang lama, paling lama pun setahun je tempoh penggunaannya lepas ia dibuka. Lagi satu, keadaan cuaca pun kena amik kira sebab kulit kita turut berubah ikut misum. So, sebaiknya elakkan memakai alat kosmetik yang dah melebihi setahun serta sentiasa membersihkan berus makeup paling takpun seminggu sekali supaya masalah kulit dapat dielakkan.

    ❤ Sesetengah orang kalau beli bedak asas contohnya, mesti diaorang akan cuba dulu ditangan kan. Betul tak? Tapi, kalau korang nak tau cara ni bukanlah cara yang betul sebenarnya, lebih-lebih lagi kalau nak tentukan warna bedak asas yang match dengan ton kulit kita. Sebenarnya, cara terbaik adalah mencubanya di pipi berhampiran rahang dan pada bahagian leher sebab kawasan tersebut dapat memberi kan kesan yang realistik dan boleh menentukan sama ada bedak asas tu sesuai atau sebaliknya.

    ❤ Ada orang terlalu menumpu kepada riasan di wajah. Sebenarnya, leher jugak penting lebih-lebih lagi semasa menyapu bedak asas dan bedak padat. Walaupun wajah nampak berseri, tapi leher akan nampak legap dan lebih gelap dari wajah. So, lepas ni, masa merias wajah jangan lupa leher sekali tau. Gunakan berus yang lebih lebar untuk meratakan bedak di bahagian leher.


    Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah...
    Tips solekan : Ingatkan betul, rupanya salah... Sumber Google.




    ❤ Cikla percaya, semua orang mesti menganggap yang produk antipenuaan adalah untuk perempuan yang sudah berusia, tapi sebenarnya ia adalah sebagai persediaan untuk perempuan muda. Kebanyakan pakar kecantikan mencadangkan rutin antipenuaan seeloknya bermula pada lewat usia 20-an yang mana ia dimulakan dengan produk yang bertekstur lebih ringan.

    ❤ Macam yang kita tau, cleanser adalah untuk membuang atau membersihkan kotoran dan kesan cela pada wajah lebih-lebih lagi selepas bersolek. Tapi, korang nak tau tak, bukan semua cleanser tu boleh menyingkirkan kesan solekan dengan berkesan.  Cleanser yang dihasilkan tak sama. Ada yang mengandungi bahan aktif yang mana ia boleh menyingkirkan kesan solekan dengan baik malah ia boleh bertindak sebagai pembersih dalaman. Ada sesetengah cleanser pulak just bersihkan kesan solekan semata-mata. Apa yang terbaik adalah, sebelum menggunakan cleanser gunakan makeup remover yang khas supaya wajah lebih mudah dibersihkan. Ini jugak boleh membantu pori dah kulit wajah mudah 'bernafas' dan kulit wajah lebih bermaya serta sihat semulajadi. 

    Bagi cikla, semuanya bermula dengan kepekaan kita. Apa yang penting, jangan ambil mudah dan sentiasa menitikberatkan kesihatan dan kecantikan wajah sebab ia merupakan salah satu aset penting untuk penampilan dari yang lebih baik. 


    Sumber Ruangan Hati, Harian Metro. 

    24 January 2017

    Belajar buat blog : Antara minat dan perkongsian.

    January 24, 2017 31 Comments
    Belajar buat blog : Antara minat dan perkongsian. | Assalamualaikum wbt... Cikla ingat lagi, dulu masa cikla mula-mula belajar buat blog memang cikla mengaku yang ilmu pasal blog ni cetek sangat. Asalnya dulu, belajar buat blog ni sebab saja suka-suka dan nak tulis pasal diri sendiri. Cikla belajar buat blog pun sebab orang cakap blog ni tempat meluahkan perasaan. Hihi. Tak percaya? Cuba korang tengok entri-entri cikla masa awal-awal cikla belajar buat blog dulu. Kelakar pun ada bila baca balik. Hihi. Lepas tu, belajar buat blog pun memang belajar sendiri, just Google tutorial blog belajar buat blog pun memang banyak. Cuma rajin dengan malas je nak explore itu semua. Betul tak?

    Tapi, bila dah lama berblogging ni (lama ke... hihi), orang cakap makin banyak ilmu yang cikla tau bila belajar buat blog ni terutama ilmu SEO. Dulu, SEO bagai ni memang cikla tak ambil pusing sangat. Kisah tak kisah sangatlah, dan dulu masa awal-awal belajar buat blog pun tak terfikir pulak 'ada ke orang nak baca blog aku ni...' Asalkan apa yang 'terbuku' di hati tu terluah dengan jayanya. Hihi... Sekarang ni pun cikla ada join group AFB yang sangat bagus sebab banyak manfaat yang boleh kita perolehi daripadanya. Ahli-ahlinya pun ramah-ramah dan tak lokek berkongsi ilmu. So, bolehlah cikla 'mantapkan' blog yang tak berapa nak up ni kan. Dan sekarang, cikla yakin yang cikla belajar buat blog ni sebab cikla memang minat menulis dan berkongsi apa sahaja yang cikla rasa patut untuk dikongsi demi kebaikan bersama. InshaAllah...

    Terbaru, blog www.coretananuar.com telah menganjurkan  Contest SEO : Belajar Buat Blog. Memang menarik tau. Kalau korang nak join dan nak tau lebih pasal Contest SEO : Belajar Buat Blog ni termasuklah syarat dan sebagainya, korang klik je banner kat bawah.


    Contest SEO : Belajar Buat Blog. 


    Contest SEO : Belajar Buat Blog.
    Contest SEO : Belajar Buat Blog. 

    Belajar buat blog : Tips nak naikkan trafik blog cara cikla.

    Cikla bukanlah pandai sangat nak cakap pasal SEO atau tips yang terlalu advance sebab cikla pun masih belajar lagi. Bak kata orang, masih amateur. Tapi, apa yang cikla nak share ni adalah mengikut apa yang cikla 'dapat' bila cikla cubanya sendiri. Mungkin ada yang dah tau, tapi takpelah orang cakap just refresh atau recall balik kan. So, tips nak naikkan trafik blog cara cikla adalah;

    Rajin blogwalking blog orang lain. - Kalau yang ni memang cikla akui betul. Rajin blogwalking, sebab kalau kita singgah ke blog orang lain InshaAllah mereka akan singgah ke blog kita. Kalau boleh tinggalkan komen at least satu entri pun takpe. Jangan lupa follow sekali tau. Cuma lately, cikla tak sempat lagi nak blogwalking blog kawan-kawan sebab kekangan masa dan sibuk dengan tugas hakiki. Maaf ye kawan-kawan semua. InshaAllah, cikla mesti singgah jugak blog korang...
    Rajin update blog - Dulu, cikla rajin jugak update blog satu hari 5 entri paling banyak. Tapi sekarang, paling banyak pun 3, itupun selang-selang harinya. Kalau ada masa terluang, memang cikla akan update lebih. Memang banyak cerita yang cikla nak share. Cuma masa terlalu 'mencemburui'... Huhu...
    Rajin join giveaway atau segmen. - Yang ni pun cikla akui boleh menyumbang kenaikan trafik blog jugak.
    Buat segmen atau giveaway. - Cara ni boleh sumbang trafik blog sebab orang akan join segmen atau giveaway yang kita buat. Lepas tu, orang lain tengok entri segmen yang dia sertai tu, then mereka pun secara tak langsung akan singgah blog kita jugak.

    Itulah antara cara cikla nak naikkan trafik blog cikla. Alhamdullilah, blog cikla ada peningkatan yang positif.

    Kalau korang nak belajar buat blog lebih baik dan manfaat yang boleh kita dapat dengan berblog, korang boleh grab ebook di bawah ni. InshaAllah korang boleh belajar buat blog dengan lebih berjaya lagi.




    Good luck pada yang turut serta. Sekian dulu, wassalam....

    Apakah dia tanda meroyan?

    January 24, 2017 2 Comments
    Apakah dia tanda meroyan? | Assalamualaikum wbt. Pagi tadi, bila cikla jalan-jalan, tengok-tengok kat FB, cikla sangat tertarik dengan perkongsian Dr. Taufiq Razif tentang isu meroyan ni. Cikla rasa tanda meroyan ni semua perempuan especially ibu yang baru melahirkan anak termasuklah para suami dan tak terkecuali, semua ahli keluarga pun patut tahu. At least, ini boleh dijadikan ilmu, dan manalah tau masa akan datang ni kita 'terpaksa' menghadapi situasi ni. Sekurang-kurangnya kita sudah bersedia dari segi ilmu kan. Takdelah nanti kita 'shock' dan tak tau nak buat apa.

    Dalam perkongsian beliau, beliau menekankan apa yang si ibu khususnya 'rasa' bila meroyan. Walaupun mungkin perempuan itu dah ada tanda meroyan, tapi orang sekelilingnya langsung tak perasan. Kalau ada yang perasan pun, mungkin menganggap si ibu mengalami 'kejutan' perubahan dalam hidupnya dek kerana kehadiran orang baru lebih-lebih lagi ibu yang pertama kali menimang cahaya mata. Sebelum tu, cikla nak share apakah jenis-jenis meroyan itu? Sebenarnya, jenis-jenis meroyan ada 3, iaitu;




    Jenis-jenis meroyan;


    1. Baby blues; ia dikatakan tahap meroyan paling rendah, yang mana ia berlaku 2-3 hari selepas bersalin dan kadang kala boleh sampai 2 minggu lamanya. Perkara ni biasanya berlaku pada ibu yang baru mempunyai anak pertama kali. Antara tanda-tanda si ibu kena baby blues ni adalah mood swing, mudah cemas, selalu menangis, kurang selera makan, dan susah tidur.
    2. Pospartum depression; ia dikatakan tahap meroyan yang pertengahan. Simptomnya sama dengan baby blues tapi lagi teruk dan lagi lama, sebab mungkin ia boleh sampai 6 bulan lepas bersalin. Si ibu biasanya nak jaga baby dia sendiri pun dah tak berapa nak mampu. Tanda-tandanya adalah; mood swing yang teruk, kalau menangis tu melampau-lampau, susah nak bonding dengan baby sebab kadang-kadang rasa benci pada baby sendiri, rasa macam takde tenaga dan tak boleh nak tidur, rasa nak hempas baby/cederakan baby, dan rasa diri dah tak berguna.
    3. Pospartum Psychosis; Tahap meroyan yang paling teruk. Dia biasanya akan berhalusinasi yang bukan-bukan. Si ibu yang kena Pospartum Psychosis ni tak boleh jaga anak sendiri sebab fikirannya dah tak rasional. Suami kenalah jaga fizikal dan mental isteri sebaiknya, dan sebaiknya elakkan bagi isteri stress walaupun sikit terutama masa berpantang.


    Apakah dia tanda meroyan?
    Apakah dia tanda meroyan? Sumber Google.


    Apa yang cikla share lebih lagi adalah tanda meroyan yang sangat teruk atau Postpartum Psychosis. So, apakah tanda itu? Inilah tandanya...

    Tanda meroyan yang sangat teruk atau Postpartum Psychosis;


    1. Dia mendengar 'suara halus' yang entah dari mana. Suara itu menyuruhnya membuat sesuatu, yang mana ia mungkin boleh berupa suara televisyen, suara radio ataupun suara manusia berbisik, termasuklah suara yang terngiang-ngiang dalam kepala. Malangnya, suara ni tak boleh dihilangkan walaupun dia dah buat macam-macam sebab nak hilangkannya.
    2. Dia tetiba rasa yang orang sekeliling dia tengah berpakat nak cederakan/sakiti dia. Mungkin tetiba dia curiga dengan orang yang selama ni dia percaya dan mungkin dia jugak rasa yang orang sekelilingnya nak sakiti/bunuh baby nya.
    3. Dia tetiba rasa yang dirinya ada kelebihan/kekuatan lain dari yang lain, malah melebihi orang biasa. Dia rasa dirinya sangat kuat dan tak payah nak tidur walaupun hakikatnya fizikalnya sudah lemah pun malah perlukan rehat tapi malangnya otaknya tak mampu nak berhenti fikir.
    4. Dia rasa ingatan, hafalan dan fokusnya makin tumpul. Maknanya, dia payah nak fokus pada sesuatu perkara. Selain itu, dia rasa masa bergerak pantas sangat atau lambat sangat, sampaikan dia dah tak tahu tarikh, masa dan tempat dia duduk sekarang.
    5. Dia kadang-kadang rasa ada 'benda' yang selalu merayap-rayap di seluruh permukaan kulitnya, padahal takde pun benda tu semua.
    6. Dia sedar yang orang paling rapat dengannya kata dia berperangai pelik tapi dia rasa normal je. Kadang-kadang mungkin dia tak sedar pun apa yang dia buat.
    7. Yang paling teruk adalah, dia rasa dia tak akan sembuh dari 'penyakit' ni dan sebagai 'penyelesaiannya' dia bertindak membunuh diri. Nauzubillah...

    Menurut Dr. Taufiq Razif ni, kebanyakan orang yang mengalami Postpartum Psychosis ni boleh sembuh secara sempurna. So, jangan panic atau risau ok. Lagipun, kebanyakkannya hanya mengalami delusi/halusinasi yang tak memudaratkan dirinya dan baby. Cuma 5% yang dikaitkan dengan bunuh diri (suicide rate) dan cuma 4% melakukan pembunuhan anak kandung sendiri (infanticide). Apa yang penting, sokongan dan perhatian dari orang sekeliling terutama yang rapat dengannya. Kalau ada yang tak kena, cepat-cepat bawak pergi jumpa doktor.

    So, para suami kena ingat sokongan anda memang sangat diperlukan oleh isteri, terutama masa berpantang. Jangan ingat meroyan ni tak serius, walau ia nampak ringan je. Korang sayang isteri kan, so jangan ambil mudah.. ok....

    Kalau korang ada apa-apa kemusykilan, just PM je FB beliau ok... 



    [PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

    [PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

    Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

    Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.