Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada.

By Cikla Shahril - January 26, 2017

Cikla rasa 'masalah' parut ni memang merunsingkan, terutama bagi perempuanlah. Betul tak? Bila tengok parut sana-sini, risau dan pening jugaklah. Lebih-lebih lagi parut kat muka kan. Tapi sekarang dah tak perlu risau lagi dah, sebab Bio-Oil ada. Rasanya, kelebihan dan keajaiban Bio-Oil memang tak boleh disangkal lagi. Bio-Oil memang sangat membantu menghilangkan parut untuk penggunaan yang konsisten.

Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...
Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...

Untuk pengetahuan korang, Bio-Oil mengandungi PurCellin Oil. PurCellin Oil yang dikenali sebagai octanoate cetearyl, dan ia adalah bahan dalam Bio-Oil yang menjadikannya kurang berminyak. Ia dibuat dari lebih daripada satu ramuan, dan digunakan terutamanya untuk mengurangkan stretch mark, parut dan tona kulit tidak sekata. 

Selain itu, PurCellin Oil adalah gabungan dari minyak alami yang diformulasikan bersama ekstrak tumbuhan dan vitamin yang mana ia dapat menghaluskan kulit dan kandungannya meresap sampai ke dalam kulit kita. Orang cakap, cik PurCellin Oil inilah yang menjadikan Bio-Oil ni macam magic terutama untuk menghilangkan segala bapak parut, stretch marks dan segala macam jenis masalah berkaitan kulit. 

Ada parut? Jangan risau, Bio-Oil ada...

Macam yang kita tengok pada botolnya, Bio-Oil ni sangat berkesan untuk semua masalah berkaitan kulit *specialist skincare, lebih-lebih lagi parut, stretch marks, masalah ton kulit tak sekata, masalah penuaan kulit dan masalah kulit kering. Wah, banyak jugak 'masalah' kulit yang boleh settle dengan menggunakan Bio-Oil ni kan. Sekarang ni pun, suami cikla pun turut menggunakan Bio-Oil ni untuk menghilangkan parut jerawat beliau. 

So far, cikla tengok parutnya semakin 'malap' dan berkurangan. Tapi itu, untuk mendapatkan kesan yang terbaik, sebaiknya gunakannya 2 kali sehari selama 3 bulan secara konsisten. Iyelah, nak dapatkan sesuatu yang terbaik semestinya bukanlah dalam masa yang singkat. Betul? Apa yang penting sabar dan konsisten.

Ibu mengandung pun boleh guna Bio-Oil ni, dan ia disyorkan mula menggunakan Bio-Oil seawal trimester kedua dan gunakan 2 kali sehari secara konsisten. InshaAllah, korang akan terhindar dari mendapat stretch marks. Rasanya cikla ada cerita pasal Bio-Oil dan stretch marks ni sebelum ni. 

So, apa lagi. Korang yang ada masalah parut ni elok try guna Bio-Oil ni. InshaAllah, hasilnya tak kan mengecewakan korang. Lepas ni boleh say 'bye-bye' dekat parut, stretch marks dan sebagainya. Semoga kita semua bebas dari parut dan kulit lebih cantik berseri-seri. InshaAllah.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Replies
    1. Itu lah.... jgn sangka kecik.. power ranger ni.. hihi

      Delete
  2. menariknya..utk parut surgery ad tak? hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla rasa boleh. Tp utk luka terbuka x boleh...

      Delete
  3. hi dear... mrs pip pun guna this oil juga time pregnant dua dua anak mrs pip, hari hari rajin sapu sekitar perut so that perut tak merekah ...and it works ... dulu kulit mrs pip kering, mrs pip guna ni juga, it helps a lot ...

    ReplyDelete