Baby Zara dah botak!

By Cikla Shahril - January 02, 2017

Biasalah kan, kalau lepas majlis cukup jambul biasanya baby aman dibotakkan. Hihi. Tapi, itulah. Bila tengok rambut baby Zara yang lebat, hitam dan subur ni macam sayang pulak nak potong. Tapi, apakan daya. Orang tua-tua cakap 'rambut dari dalam perut' sebaiknya dipotong. 

Rasullullah SAW bersabda;

"Tiap-tiap anak itu tergadai dengan akikahnya yang disembelih untuk dia ketika hari ketujuh dan dicukur, lalu diberi nama."

Sebabnya?

Berikut merupakan penjelasan dari Ustaz Azhar Idrus mengenai amalan mencukur rambut baby. (Sumber SINI).

Ustaz Azhar Idrus berkata bagi memastikan ia menepati sunnah Rasullulah, rambut baby perlu dicukur semua. Katanya lagi, masa majlis tu memanglah tak dicukur semua tapi guntinglah sikit-sikit. Nanti barulah dicukur semuanya, dan jadilah ia sunnah

Menurut Ustaz Azhar Idrus lagi, seeloknya rambut baby yang dicukur tu ditimbang dan jumlah berat timbangan itu disamakan dengan harga emas/perak dan jumlahnya disedekahkan pada yang memerlukan. Beliau berkata mencukur rambut baby yang baru lahir adalah bagus supaya rambut bayi yang lebih sihat dan lebat tumbuh dengan subur. 

Lagipun, Islam jugak amat menggalakkan supaya dicukur rambut baby sampai botak supaya semua kekotoran yang keluar dari rahim dapat dibuang, sekaligus rambut yang baru tumbuh dengan sihat.

Baby Zara dah botak.
Baby Zara masa ada rambut.
    Kebaikan mencukur rambut baby adalah;
  • Menyingkirkan "sisa lemak"  kekotoran yang melekat pada rambut baby sebab semasa  baby "melalui jalan lahir", banyak lemak dan kotoran ibu melekat padanya. 
  • Aliran darah ke kepala dapat ditingkatkan, so nutrisi di kepala mencukupi. 
  • Mudah merawat baby yang mengalami masalah "kerak kepala" atau cradle cap, masalah kulit kepala bergerak tebal dan bersisik. 
  • Mengelakkan masalah mata, sebab bila rambut panjang sangat ia akan menutupi kawasan dahi dan keliling telinga. Rambut yang mengenai korea mata dikhuatiri menyebabkan masalah gangguan penglihatan disebut visus. Manakala, rambut panjang disekeliling telinga akan menyebabkan alergik dan iritasi.
      Baby Zara dah botak.
      Baby Zara dah botak dah......
    Baby Zara dah botak!
    Nak menangislah tu.....

    Semoga baby Zara membesar dengan sihat dan menjadi anak yang solehah. Ibu sayang adik.


    • Share:

    You Might Also Like

    12 Comments

    1. Banyak kebaikan mencukur rambut Baby nie..

      ReplyDelete
    2. Bila botak nampak lain muka baby Zara.
      Semoga baby sentiasa sihat, cergas dan cepat membesar.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Haah... nmpk lain sikit...

        Terima kasih WP atas doanya... Amin...

        Delete
    3. omomomomomo. gondol sudahhhhhh. rambut curly tu comel. tak pernah taw banyak jugak kebaikan cukur rambut baby ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. Hehe... botak itu menawan... ye dak.. :-)

        Delete
    4. oo itu kebaikan bercukur ye. baru tahu. apa pun moga zara menjadi anak yang soleh, cerdik dan sihat. Aamin

      ReplyDelete
      Replies
      1. Amin...

        Terima kasih cikkyra atas doanya...

        Delete
    5. Lah botak suda dia, xpela nnt blh tumbuh rambut baru

      ReplyDelete
    6. geramnya tgk... alolololo comel sgt la zara ni

      ReplyDelete
    7. ijat da 5-6 kali bercukur sejak baby.
      dari rambut nyer kinting kecik2.
      now kinting nyer da hilang slowly.
      jadik beralun... but stil kinting ler :)

      ReplyDelete