Kejam! Anak ditinggalkan bersendirian dalam keadaan bogel...

By Cikla Shahril - January 07, 2017

Sebelum ni kita digemparkan dengan penemuan seorang budak oku yang ditinggalkan seorang diri dalam keadaan yang sangat tak terurus. Memang sadis. Dia diselamatkan dan dah besar dah pun budak tu. 

Awal tahun 2017 ni dimulai dengan kisah yang menyentuh hati. Mana taknya, memang terkedu cikla baca cerita pasal seorang ibu yang sanggup tinggalkan anaknya sendirian di sebuah rumah kosong. 

MasyaAllah, tak dapat dibayangkan macam manalah keadaan budak tu, dah tentu takut giler budak tu duduk sorang-sorang. 

Anak-anak cikla pun kalau kena tinggal walaupun ada atuknya kat rumah pun dah takut, riuh rendah inikan pulak dalam rumah yang takde sesiapa, dalam keadaan bogel, tanpa makanan lagi.

Kejam!!! Anak ditinggalkan bersendirian dalam keadaan bogel...
Kejam!!! Anak ditinggalkan bersendirian dalam keadaan bogel. Sumber Harian Metro.

Pada sesiapa yang tak tahu pasal kisah ni, meh cikla kongsikan sikit secara ringkas.

"Kejadian berlaku di Negeri Sembilan di mana seorang ibu tergamak meninggalkan seorang anak berusia 3 tahun seorang diri di sebuah rumah dalam keadaan tak terurus kerana balik kampung 'menguruskan' anaknya yang lain. 

Budak tu dikatakan anak luar nikah hasil hubungan si ibu dengan seorang lelaki warga Indonesia. Selain dari budak tu, ibunya ada 3 orang anak lain dengan arwah suaminya. Dan ibunya sudah berkahwin lain, suami barunya pun tak tau tentang 'kewujudan' anaknya itu."

Bayangkanlah, selama 3 tahun dia 'menyembunyikan' anaknya dari pengetahuan masyarakat dan keluarga. Selama itulah, budak tu terseksa. Allah, kesian sungguh. 

Dimanalah agaknya letaknya hati nurani dan sikap perikemanusiaan manusia sekarang ni kan? Huhu. Tak keterlaluan kot cikla cakap manusia sekarang makin kejam.

Kalau ye pun ko tak nak bela budak tu, bagilah kat keluarga yang teringin sangat nak anak. Paling tak pun, hantar kat pusat kebajikan. 

Sekurang-kurangnya takdelah budak tu terbiar macam tu. Mujurlah tak mati budak tu, tak pasal-pasal disabit hukuman membunuh. 

Tapi ko jangan ingat apa yang ko buat ni ko boleh lepas. Ko tunggulah nasib ko. *aisehh, terEMO pulak aihhh.

Bagi cikla, walau apapun alasan si ibu, memang tak patut si ibu buat macam tu kat anaknya. Kalau ada masalah pun, boleh bawak berbincang apa, bukannya biarkan anak macam tu. Si ibu sorokkan macam manapun, akhirnya mesti orang tau jugak. 

Itu belum lagi dosa berzina sampai lahirkan anak luar nikah, dosa 'mendera' anak lagi. Nauzubillah.

Semoga kisah ni menjadi pengajaran kepada ibu bapa yang lain. Ingat, walau apapun status anak, anak adalah anugerah dan amanah.

Sumber Metro.

  • Share:

You Might Also Like

6 Comments

  1. binatang pun tau sygkan anak kan :(





    jom join 1st giveaway MG kat blog baru :)
    http://perempuanrongak.blogspot.my/2017/01/1st-giveaway-nak-bagi-shampoo-santan.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... org mcm ni tak taulah nak labelkan apa... huhu...

      Btw, kita dah join ga awk... harap boleh menang shampoo...

      Delete
  2. Masih ada lagi ibu kandung yang berperangai kejam begini.

    ReplyDelete
  3. sedih unni ade tgk kat berita :( akhir zaman mcm2 benda pelik terjadi

    ReplyDelete
  4. teringat citer sunk in the womb :(

    ReplyDelete
  5. Helpful info. Lucky me I discovered your site by chance,
    and I am stunned why this twist of fate didn't came about in advance!

    I bookmarked it.

    ReplyDelete