Mendapatkan tidur malam yang berkualiti.

By Cikla Shahril - January 06, 2017

Bagi cikla, tidur malam yang cukup memang sangat penting sebab ia sangat bagus untuk badan kita. Kalau kita kurang tidur, dah tentu kita rasa lesu, letih, lemah, tak bersemangat dan bermalas-malasan untuk membuat kerja pada keesokkan harinya.

Mendapatkan tidur malam yang berkualiti.
Mendapatkan tidur malam yang berkualiti. Sumber Google.

Tidur dan bangun tidur pada waktu yang tetap setiap hari. Tapi, rasanya macam susah je kan, nak-nak pulak kalau kita terpaksa melakukan tugas rutin pada waktu malam. Kadang-kadang tu, terpaksa skip waktu tidur. Tidur pun lambat. Sebenarnya, kalau korang nak tau penetapan waktu tidur yang betul adalah penting sebab ia dapat mengukuhkan kitaran masa tidur kita dalam jam biologi tubuh kita. Jangan tak percaya, cara ni akan dapat membantu kita tidur lebih lena. Tak percaya? Cubalah.

Lakukan aktiviti yang menenangkan sebelum kita tidur, contohnya membaca buku atau dengar muzik. Aktiviti sebegini akan dapat membantu tidur kita lebih lena. Rasanya memang betul, sebab kalau cikla time nak tidur tu membaca, memang kejap je mata dah mengantuk. Last-last, buku entah ke mana, yang cikla nya dah lena diulit intan. Hihi.

Hadkan pengambilan makanan dan minuman sebelum tidur. Korang tau tak, kalau kita tidur dalam keadaan yang terlalu kenyang atau terlalu lapar, ia akan mengganggu tidur kita sebab kita rasa tak selesa. So, nak makan boleh, tapi berpada-pada. Ada orang kalau minum kopi atau nescafe confirm tak boleh tidur malam. Tapi, depend pada orang kot. Ada orang ok je.

Bersenam pada waktu siang juga boleh membantu kita tidur lebih lena di malam hari. Malah lebih nyenyak lagi. Tapi, korang kena ingat yang korang perlu menjarakkan masa bersenam korang dengan waktu tidur. Bukan apa, keadaan ni dikatakan boleh menyebabkan susah pulak nak lelapkan mata kesan dari melakukan aktiviti fizikal di siang hari.

Elakkan diri dari stress sebab kalau kita stress ini akan menyebabkan kita tidur dalam keadaan tertekan. So, ia dah tentu akan mengganggu tidur kita. Apa yang penting, kita mesti dapat kan rehat yang cukup, so that stress pasti akan dapat di atasi.
Nasihat cikla, seboleh-bolehnya kita kena dapatkan jugak tidur yang mencukupi sebab ia tersangatlah penting dalam memastikan kesihatan tubuh badan kita sentiasa sihat, segar, dan bertenaga.

Sumber Ruangan Pesona, KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. no1 tu wajib.. kalau x memang pening otak dibuatnya..

    ReplyDelete