Sharing is caring : Physical Motivition by Dr. Fadillah Kamsah.

By Cikla Shahril - January 12, 2017

Dalam hidup ini, kadang kala kita memerlukan 'sesuatu' untuk memotivasikan diri kita tak kiralah physical motivation atau mental motivation. Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Agak-agak boleh motivate tak diri korang tu, hihi.

Sharing is caring : Physical Motivition by Dr. Fadillah Kamsah.
Sharing is caring : Physical Motivition by Dr. Fadillah Kamsah. Kredit Google. 

1. Marah selama 5 minit boleh menyebabkan sistem imun badan kita jadi lemah selama 6 jam. 

2. Dendam dan menyimpan 'kepahitan' akan menyebabkan sistem imun badan kita mati. So, dari situlah bermulanya segala jenis penyakit. *seperti stress, kolesterol, hipertensi, serangan jantung, rhematik, arthtritis dan stroke iaitu perdarahan/penyumbatan pembuluh darah. 

3. Kalau kita selalu membiarkan diri kita stress, maka kita akan alami gangguan pencernaan. 

4. Kalau kita selalu rasa khuatir atau risau, maka kita mudah terkena penyakit nyeri bahu.

5. Kalau kita mudah rasa tersinggung, maka kita akan cenderung terkena penyakit insomnia, iaitu susah tidur. 

6. Kalau kita selalu mengalami dan rasa kebingungan, maka kita akan terkena gangguan tulang belakang bahagian bawah. 

7. Kalau kita selalu membiarkan diri kita diselubungi rasa takut yang berlebihan, maka kita akan mudah terkena penyakit ginjal. 

8. Kalau kita suka dan selalu berfikiran negatif, maka kita akan mudah terkena dyspepsia, iaitu penyakit susah untuk mencerna.

9. Kalau  kita mudah emosi dan cenderung menjadi pemarah, maka kita lebih terdedah kepada  penyakit hepatitis. 

10. Kalau kita selalu merasa sombong, iaitu sering menolak kebenaran dan meremehkan orang lain, maka kita akan berpotensi mengalami penurunan ketahanan badan. 

11. Kalau kita selalu menganggap mudah dalam semua persoalan, maka hal ini boleh akibatkan penyakit diabetes. 

12. Kalau kita selalu rasa kesepian, maka kita boleh terkena penyakit demensia senelis, iaitu penyakit berkurangnya memori dan kawalan fungsi tubuh. 

13. Kalau kita selalu bersedih dan rasa rendah diri, maka kita boleh terkena penyakit leukemia.

Semoga bermanfaat.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments