Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi.

By Cikla Shahril - January 29, 2017

Korang, korang. Senyuman sikit. Wah wah, memancar-mancar keputihan gigi korang. Bila gigi putih, nak senyum pun dah tak teragak-agak lagi kan. Betul tak? Orang cakap, gigi adalah antara aset terpenting yang kita kena bela dengan baik. Nanti kalau dah takde gigi, maka hilanglah nikmat mengunyah, menggigit dan sebagainya. Dah tak syok dah kan nak makan itu ini. So, cikla nak share beberapa tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi. Nak tau kenalah baca sampai habis, ok.

Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi.
Tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi. Kredit Google.


Antara tips dapatkan gigi yang putih secara semulajadi, adalah;

  1. Beruslah gigi secara berdisplin, iaitu berus gigi  setiap kali selepas makan, paling tak pun 3 kali sehari *pagi, tengah hari, malam sebelum tidur. Bukan apa, ini akan membuatkan nafas kita sentiasa segar dan mulut sentiasa bersih terutama pada waktu malam supaya sisa makanan dapat disingkirkan.
  2. Jaga corak pemakanan kita. Apa yang penting, kurangkan mengambil makanan yang manis, melekat dan yang senang melekat pada celah gigi. Selain tu, kopi, air gas dan teh kena kurangkan sebab kesemuanya boleh mengubah warna gigi korang. *alamak kesukaan pulak tu. Huhu
  3. Seeloknya guna cecair kumur berflourida *tak mengandungi alkohol sebab ia boleh sebabkan luka untuk gusi sensitif paling tak pun sekali sehari *masa nak tidur pun ok jugak selepas korang berus gigi. Tapi, korang disarankan supaya tak makan/minum selama 30 minit lepas korang berkumur. 
  4. Rajin jumpa doktor gigi, sekurang-kurangnya 2 kali setahun. Sesetengah orang memang dah jadi rutin tahunan dia berjumpa doktor gigi. Bagus tu. Bukan apa, dia bagus supaya kita boleh jalankan pemeriksaan dan mendapat nasihat tentang penjagaan gigi yang betul.
  5. Selepas korang selesai makan, sebaiknya berkumurlah. Sekurang-kurangnya, sisa makanan dapat disingkirkan kalaupun kita tak sempat nak berus gigi kan. Oklah jugak tu.
  6. Makan gula-gula getah, sebab ia boleh jugak berfungsi membersihkan sisa makanan pada celahan gigi. Tapi, korang kenalah pilih gula-gula getah yang kurang manis tau. 

So, lepas ni janganlah nak pandang ringan dengan kesihatan gigi sebab ia sama pentingnya. Bukan apa, gigi yang sihat dan cantik adalah penambah kepada kemanisan senyuman korang. Silap-silap haribulan ada yang jatuh cinta dengan senyuman manis korang tu.

Sumber Ruangan Hati, Metro.

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Yang lain insyaAllah ..tang jumpa doc gigi tu masalah..hahaa

    ReplyDelete
  2. nice info cik la.. yang penting rajen gosok gigi n jaga kebersihan.hihi

    ReplyDelete
  3. Samalah teh dan kopi memang favourite. No wonder lah gigi kuning hahaha

    ReplyDelete
  4. hihi masalahnya doktor gigi yang tak sudi nak jumpa dengan saya, camne tue.. asyik tangguh appointment jea kejanya..

    ReplyDelete