28 February 2017

Keputusan Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

February 28, 2017 7 Comments
Keputusan Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. | Assalamualaikum wbt... Dengan ini cikla mengisytiharkan Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my sudah pun tamat. Segmen kali ni macam kurang sikit orang yang join, mungkin sebab syarat yang cikla suruh komen entri tu kot. Tapi, tak apalah. Masih ada yang sudi support. Thanks korang.

Disebabkan hanya 7 orang yang join cikla masukkan kesemuanya dalam bloglist. So, untuk 3 lagi kekosongan untuk cukupkan 10 blog yang nak dimasukkan dalam senarai bloglist, cikla pilih nombor yang ganjillah dalam kedudukan terawal.

Oklah, tanpa membuang masa lagi, jom kita tengok keputusan Segmen BLOGLIST Februari 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. Siapakah yang bertuah itu...

Keputusan Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. 


Keputusan Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.
Keputusan Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

  1. Shahida Dzulkafli. 
  2. Shikin Razali. 
  3. SayidahNapisah. 
  4. Mrs. Pip. 
  5. Dedaun Comel. 
  6. Nurfaezah Abdullah. 
  7. Suhaila Johar. 
  8. Lady Tash Roy.
  9. Haffizul Iskandar.
  10. Mellya. 

Tahniah pada yang tersenarai. Pada yang join pun terima kasih jugak. Cikla hargai support korang semua...

Sebab gagal temuduga.

February 28, 2017 1 Comments
Sebab gagal temuduga. | Assalamualaikum wbt. Tak dinafikan kebanyakan graduan yang baru menamatkan pengajian pasti tercari-cari kerja yang sesuai dengan kelulusan yang dimiliki. So, sesi temuduga memang tak kan boleh elak punyalah. Nak tak nak, korang mesti kena tempoh jugak demi mendapatkan kerjaya yang diinginkan. Akan tetapi, ada sesetengahnya, walaupun mempunyai kelulusan yang bagus tapi masih berisiko untuk gagal temuduga. Sebab apa? Ha.. inilah yang cikla nak share ni.

Sebab gagal temuduga.


Sebab gagal temuduga.
Sebab gagal temuduga. Sumber Google.

Sebenarnya, kalau korang nak tau ada hal yang paling mudah yang menyebabkan seseorang senang-senang je ditolak, iaitu masa pertama kali dia melangkah masuk ke dalam bilik temuduga. Bak kata orang, first impression itu sangat penting. Tanggapan orang bila  pertama kali tengok kita. 

Sudahlah begitu, cara komunikasi pun kurang menyakinkan dengan gaya bahasa badan yang lemah. Bila ditanya, soalan dijawab dengan kurang yakin dan teragak-agak. Dekat situ je markah yang diperolehi sangat kurang.

Selain itu, ketrampilan dan gaya personaliti jugak memainkan peranan penting. Personaliti yang kurang memberangsangkan boleh memberi tanggapan negatif kepada si penemuduga sebab ia boleh memberi gambaran yang kita kurang bersedia dan bersikap acuh tak acuh. Cara berpakaian jugak penting. Pakai pakaian yang kemas, sesuai dan tak menjolok mata semasa pergi temuduga. Ini pun penting jugak.

Walaupun ada banyak lagi sebab mengapa gagal temuduga, tapi tiga perkara di atas yang paling popular.

Semoga bermanfaat.

Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

February 28, 2017 25 Comments
Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. | Assalamualaikum wbt... Hai korang. Segmen mencari bloglist untuk blog kerdil ni kembali lagi. *ehh, dah pertengahan Februari kan. Kejapnyaaa... Tapi, Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my kali ni cikla nak buat simple je la. Nak tau se'simple' mana? Jom baca...

**Ini adalah sticky posts. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. Terima kasih.** 

❤❤SEGMEN TAMAT❤❤

Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.
Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

Pemilihan kali ni korang tak payah buat entri. Korang just singgah blog cikla, dan komen seberapa banyak entri yang ada. Lepas tu, korang tinggalkan url blog korang di ruangan komen. 10 blog yang bertuah dengan komen terbanyak nanti, cikla akan masukkan dalam list bloglist untuk bulan Mac nanti. 

Cikla akan check satu-satu tau. So that, nanti cikla akan tau berapa banyak korang komen. Bilangan komen dikira sepanjang segmen berlangsung.

Tapi, korang kena;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Add friend fb di SINI.
  6. Like fb page di SINI

Andai kata penyertaan kurang dari 10, semua akan layak masuk dalam bloglist. Dan kalau yang menyertai segmen ni tak cukup 10, blog selebihnya cikla ambil 5 terawal dari bloglist Februari 2017.

Senang je kan. So, segmen bermula sekarang, 15/2/2017 hingga 28/2/2017 (pukul 8 malam). Apa lagi, jemputlah singgah dan komen ye kawan-kawan. Terima kasih... Selamat bersegmen... Sekian dulu, wassalam...


Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

February 28, 2017 1 Comments
Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat. | Assalamualaikum wbt... Siapa peminat kopi kat sini? Cikla rasa kopi ni merupakan minuman paling popular rakyat Malaysia. Betul tak? Tak kiralah masa sarapan pagi, tengah hari, minum petang, bahkan masa supper pun orang minum kopi. Memang penggemar kopi tegar ni. Di pasaran pun, macam-macam jenama kopi yang dijual. Antaranya, jenamaa kopi Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.


Setanding dengan arus teknologi yang semakin maju dan berkembang, pengusaha produk kopi jugak turut merasa tempiasnya. Kalau dulu, orang buat kopi mesti kena tapis dulu sebelum diminum tapi sekarang tak lagi. Kopi didatangkan dalam bentuk uncang. Sama macam teh dah. Tak payah dah nak cari tapis sebab nak elakkan keladak kopi dari tertelan masa kita minum. Sebenarnya, ini pertama kali cuba jenama Sing Sing Kopi O ni. Sebelum ni, cikla selalu minum pakai kopi yang jenis serbuk tu. Memanglah kena tapis dan kalau tak tapis pun kena biarkan keladak tu mendap di bahagian bawah  cawan baru boleh minum.

Sing Sing Kopi O : Mudah, cepat dan berkhasiat.
Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

Kebetulan, masa keluar berbelanja tempoh hari, ternampak kopi ni. Tergerak hati pulak nak mencuba. Lagipun, kopi kat rumah pun dah lama habis. Antara kelebihan kopi ini adalah, ia tidak mempunyai kolesterol, rendah lemak dan tinggi kandungan fibernya. Dan jangan risau, kopi ni disahkan halal oleh JAKIM. So, tak perlu was-was nak minumnya ok.

Sing Sing Kopi O : Mudah, cepat dan berkhasiat.
Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

Dalam satu bungkus Sing Sing Kopi O ni ada mengandungi 20 peket kecil uncang kopi. Cikla rasa berbaloilah 20 peket dengan harga rm7 lebih. Bentuk uncangnya macam kat dalam gambar kat bawah tu. 

Sing Sing Kopi O : Mudah, cepat dan berkhasiat.
Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

So, untuk pengetahuan korang cara nak buat Sing Sing Kopi O ni pun senang sangat sebab tu cikla letak Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat. Memang senang yang amat, just tambah air panas ke dalam cawan yang berisi uncang Sing Sing Kopi O. Biarkan kopi tu kembang sekejap sebelum ditambah gula, kopi, atau krimer. Tak kiralah korang nak minum sama ada panas, suam ataupun sejuk. Semuanya sedap belaka. 

Sing Sing Kopi O : Mudah, cepat dan berkhasiat.
Sing Sing Kopi O : Mudah, Cepat, Berkhasiat.

Gambar di atas tu antara Sing Sing Kopi O yang cikla pelbagaikan. So, apa lagi. Kalau korang nak cuba kopi ni bolehlah beli. Ia boleh didapati di semua pasaraya dan kedai-kedai runcit berhampiran rumah anda. Sedap memanglah sedap, tak rugi minum Sing Sing Kopi O ni, sebab sudah tentu ia sedap dan berkhasiat. Memang berbaloi-baloi.

Selamat mencuba! ❤❤❤

27 February 2017

Tips elak rambut berbau wanita bertudung.

February 27, 2017 3 Comments
Tips elak rambut berbau wanita bertudung. | Assalamualaikum wbt... Sebenarnya, tak kiralah sama ada kita bertudung atau tak, kebersihan dan kesihatan rambut mestilah dijaga sebaiknya. Lagipun, orang selalu cakap rambut adalah mahkota setiap wanita. Tak dinafikan kebanyakan wanita bertudung akan mengalami pelbagai masalah seperti rambut berbau, kelemumur, dan rambut gugur. Dengan semua masalah yang wujud ni, tak hairanlah yang rambut wanita bertudung lebih memerlukan perhatian yang lebih khusus dan teliti. Bukan apa, kalau permasalahan ni dipandang ringan, ditakuti ia boleh menyebabkan rambut rosak dengan teruk. 

Tips elak rambut berbau wanita bertudung.


So, pemilihan shampoo dan perapi yang sesuai perlulah dititikberatkan. Kalau korang nak tau, bukan semua shampoo yang dijual tu sesuai dengan rambut kita. Mungkin dengan orang lain sesuai, tapi dengan kita tak. Pastikan kita pilih produk yang betul dan sesuai dengan masalah yang dihadapi oleh rambut kita. Nanti bukan selesai masalah, makan bertambah-tambah pulak. 

Ada yang mengatakan cara kita mencuci rambut itu penting. Memang cikla akuinya. Sebelum kita nak cuci rambut, rehatkan dulu rambut sama ada dengan ‘melepaskan’ pengikat rambut untuk memberi ruang kepada rambut dan kulit kepala ‘bernafas’ dengan bebas. Untuk pengetahuan korang, ada beberapa teknik cucian yang boleh dipraktikkan demi mendapatkan rambut yang sihat, iaitu;

Tentukan sama ada kulit kepala korang tu jenis kering atau berminyak. Kalau kulit kepala korang jenis kering, jangan gunakan air panas sebab ia boleh menjadikannya bertambah kering. Kalau jenis berminyak pulak, seeloknya basahkan kulit kepala dan rambut korang dengan air panas/suam dulu dan lakukan urutan lembut. Ini membolehkan pori-pori kulit kepala dan kutikel rambut bebaskan minyak dan segala kotoran yang ada padanya. Selain itu, tempoh cucian jugak penting. Bergantung pada keadaan rambut korang sama ada panjang atau pendek. Kalau panjang, satu cucian tak cukup dan begitulah sebaliknya. 

Apa yang penting, rambut dibilas sebersihnya sebab kesan shampoo boleh menjadikan rambut dan kulit kepala mengalami kerengsaan. Kalau kita nak pastikan sama ada rambut benar-benar bersih, tengok cucian pertama dulu. Kalau takde atau kurang buihnya lepas shampoo diletakkan ini bermakna rambut korang perlu dibilas lagi. Ini kerana kalau buihnya sikit adalah kesan dari minyak yang berlebihan serta kotoran yang ada.

Kalau sebaliknya, tak payah bilas lagi dah sebab kalau asyik dibilas je dikhuatiri rambut dan kulit kepala korang akan hilang kelembapan dan nutriennya pulak. Masa guna perapi, korang boleh urut rambut dan kulit kepala korang dengan lembut dan biarkan sekejap supaya ia boleh menyerap dengan baik sebelum dibilas bersih. So, kelembapan dan kelembutan rambut dapat dikekalkan malah lebih lagi. 


Tips elak rambut berbau wanita bertudung.
Tips elak rambut berbau wanita bertudung. Sumber Google.


Tips elak rambut berbau wanita bertudung.


Berikut merupakan ada beberapa tips yang cepat yang mungkin korang boleh cuba untuk mendapatkan rambut yang sihat dan juga mengelakkan rambut dari berbau.

  1. Seeloknya, sebelum korang mandi sikat dulu rambutnya supaya air mudah lalu di antara helaian rambut semasa dicuci. 
  2. Kalau boleh, jangan tukar jenis shampoo yang korang pakai. Stick pada satu jenis je. 
  3. Sebulan sekali, rawatlah rambut tu. Kalau ada modal sikit, pergi je ke saloon rambut. Tapi, kalau buat sendiri kat rumah pun lagi bagus. Jimat pun jimat kan. <Petua merawat rambut gugur>
  4. Sebaiknya, lepas mencuci rambut elak dari melakukan aktivitii yang boleh menyebabkan kulit kepala kembali berpeluh.
  5. Sebaiknya, jangan perah rambut yang basah kuat sangat sebab kalau korang nak tau, masa inilah structure rambut sangatlah rapuh.
  6. Elakkan pakai tudung sebelum rambut betul-betul kering sepenuhnya, sebab ini akan menyebabkan rambut jari berbau dan hapak. Pakai tudung dari fabrik cotton sebab ia lebih memudahkan sistem pengudaraan mengalir dengan baik. 
  7. Jangan pakai anak tudung ketat sangat dan pastikan anak tudung adalah dari jenis yang mudah serap peluh.

So, semoga tips di atas akan memberi sumber inspirasi pada kita dalam menjaga ‘mahkota’ kita yang satu ini. 

Semoga bermanfaat...❤❤


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi.

February 27, 2017 3 Comments
Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi. | Assalamualaikum wbt. Cikla tahu semua peminat dan pencinta buku mesti tertunggu-tunggu karnival yang diadakan saban tahun ni kan. Betul tak? So, jangan risau. Karnival Karangkraf 2017 bakal berlangsung tak lama lagi. Wah wah, melebar senyumnya ye. Hihi. Lepas ni korang boleh standby apa yang patut. Bukan apa, takut nanti rambang mata, silap-silap satu karnival diborongnya kang.

Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi. 



Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi.
Karnival Karangkraf 2017 kembali lagi. Sumber Google.


Untuk pengetahuan korang, karnival ini akan diadakan pada 3 hingga 5 Mac  2017, bertempat di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Wah, tak lama lagi tu. Berikut merupakan masa karnival dijalankan;

3 hingga 4 Mac 2017 bermula dari 9.00 pagi hingga 10.00 malam. Manakala, pada 5 Mac 2017 bermula dari 9.00 pagi hingga 7.00 malam. 

Selain itu, banyak aktiviti yang best akan diadakan, antaranya, bengkel, cabutan pengunjung bertuah, bikers day out, sesi bertemu dengan novelis dan penulis popular, dan macam-macam lagilah. Tiket-tiket free dan pakej penginapan pun ada ditawarkan. 

Cikla dengar semua buku dan majalah dijual serendah RM1. Wow... murahnya. So, apa lagi. Set date tu kat kalendar, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Karnival Karangkraf 2017 ni. Orang cakap, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia Allah je yang tau. Manalah tau kot-kot ada rezeki menang salah satu yang ditawarkan tu. Bestnya. 

Jangan lupa tau! 

#karnivalkarangkraf2017
#gabungangerentigempakmerecikkk

26 February 2017

Buat duit dengan barang preloved.

February 26, 2017 5 Comments
Buat duit dengan barang preloved. | Assalamualaikum wbt... Barang yang lepas hai jangan dikenang. Kalau dikenang, meranalah diri. Ehh, macam takde kena mengenai je. Hihi. Zaman sekarang semuanya memerlukan duit. Betul tak? Bergerak sikit nak duit, even masuk tandas awam pun nak duit. Pendek kata, takde yang free kot dah sekarang ni. Huhu. Dalam kita menghadapi dugaan dan cabaran ni, pendapat cikla sebagai pengguna yang bijak kita kena pandai mencari side income bagi menampung kehidupan lebih-lebih lagi yang berkeluarga besar. So, kalau korang nak tau kita boleh buat duit dengan barang preloved tau

Sebenarnya, cikla nak share pasal barang lama atau barang preloved. Memang tak dinafikan, ada orang terlalu suka shopping banyak-banyak lebih-lebih lagi kalau time sale. Memang satu kedai kot diborongnya. Tapi, bila dah beli, pakainya dua tiga kali je. Lepas tu, simpan terperap je dalam almari. Nanti kalau ada sale, beli lagi. Sampailah bertimbun. Macam-macamlah, dengan pakaiannya, kasut, shawl, tudung, buku novel, majalah, sampailah ke barang permainan.

Buat duit dengan barang preloved.


Buat duit dengan barang preloved. Sumber Google.


Jangan ingat barang lama dan terpakai takde harganya. Memang ada sesetengahnya kita boleh jadikan kenang-kenangan sebab mungkin barang-barang tu ada yang limited edition. Payah nak dapat, atau ada satu je dalam Malaysia. Betul tak? Tapi, bagaimana pulak dengan barang yang lain? Mungkin kita boleh ‘buat duit’ dengan barang-barang sebegini. Memang tak dinafikan, zaman sekarang memang banyak orang berniaga barang preloved tak kiralah secara online atau direct. Macam bundle tu lah. 

Apa agaknya barang preloved yang kita boleh buat duit dengannya? Sebenarnya, banyak je barang preloved yang boleh kita let go. Jom kita tengok apakah ia;

Cikla rasa pakaian preloved paling popular kot. Tak kiralah baju kurung, kebaya, dress, jubah, blouse lengan pendek atau panjang, skirt labuh, jeans, mini skirt, seluar pendek dan macam-macam lagi. So, kumpulkan semua pakaian yang ada, pilih mana yang korang nak dan selebihnya ketepikan sebab boleh mendatangkan duit tu. 

Selain itu, kasut jugak boleh dijadikan barang preloved. Tak kiralah lelaki atau perempuan mesti korang ada kasut lebih dari satu kasut. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang bekerjaya. Betul tak? Kalau perempuan jangan cakaplah, heels 3 inci, heels 12 inci, kasut sarung, sandals, kasut flat, wedges dan macam-macam lagilah. So, bayangkanlah dengan kasut sebanyak tu agak-agak kat manalah korang nak letak kan? Hihi. Itu belum lagi yang tak pakai elok tersimpan dalam kotak. Adu du du... So, kalau kasut korang yang banyak-banyak tu ada yang tak muat dan sempit, asingkan dan masukkan dalam kotak. Itu pun boleh mendatangkan duit jugak tu. 

Begitu jugak dengan tudung/shawl, kadang-kadang tu sampai dekat beratus helai. Haha, ada ke? Baik mengaku. Hihi. Biasalah, perempuan. Pantang ada sale, contohnya macam kat WOW SHOP tu, tudung ARIANI beli 5 percuma 1. Wah... dah 6 helai. Harga pulak memang murah. Siapa tak beli memang rugi. So, bila dah banyak-banyak sampai tak tau nak simpan mana. Kalau yang bekerjaya tu bolehlah kot pakai, hari-hari tukar. Kalau yang suri rumah? Berjalan pun jarang-jarang. Lama-lama tak ke berkotak-kotak. 

Barang lain seperti permainan baby (anak patung) dan pakaian/barangan baby pun boleh dijadikan barang preloved. Pakaian baby contohnya, memang sesuai sangat sebab biasanya baby newborn akan cepat membesar. Pakai dua tiga kali dah tak muat. Baju pulak cantik-cantik dan masih elok. Warna pun tak jejas. 

Walau apapun, bagi cikla kalau nak buat barang preloved tu, pastikan barang tu dalam keadaan baik. Jangan ingat nak untung je, tapi keadaan barang tak bagus. Tahulah barang preloved, tapi agak-agaklah kalau nak jual barang yang terlalu lusuh, koyak, butang tercabut, kesan kotoran kekal dan macam-macamlah. 

Walaupun niat kita nak cari duit lebih, tapi kita jugak kena ingat ada orang lain yang tak berkemampuan terutama anak yang ramai nak beli. Dalam kita mendapat untung, kita jugak mendapat ‘bonus’ iaitu pahala sebab dapat membantu golongan yang memerlukan. 


Sumber Ruangan Ringgit dan Sen.



24 February 2017

Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita.

February 24, 2017 6 Comments
Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, rahim merupakan anugerah paling berharga pada seorang wanita sebab dengan adanya rahim wanita boleh melahirkan zuriat dan mengembangkan keturunannya. Memang tak dinafikan, bukan semua wanita boleh mengandung mungkin disebabkan oleh faktor tertentu, tapi rezeki anak itu adalah rahsia Allah. Selagi kita berusaha dan berikhtiar tanpa jemu serta berdoa, takde yang mustahil. Betul tak? Masalah rahim jatuh jugak tak terkecuali menjadi salah satu masalah yang ditakuti oleh wanita. Cikla rasa semua wanita kena baca ni...

Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita.


Jangan ingat wanita yang dah berkahwin dan melahirkan anak je boleh mengalami masalah ni. Even, orang yang belum berkahwin pun boleh kena mungkin disebabkan 'kelasakan' mereka atau membuat aktiviti berat. Apa yang menyebabkan keadaan ini berlaku sebenarnya? Keadaan ini disebabkan oleh kerosakan/kelemahaligamen dan otot pada bahagian pinggul (pelvis) dan ia tak boleh menampung organ di bahagian itu. So, ini akan menyebabkan rahim yang jatuh akan keluar dari faraj, manakala pundi kencing pulak akan menolak ke bahagian dinding faraj serta usus besar menolak ke arah belakang faraj. Ini akan menjadikan rasa tak selesa.


Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita.
Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita. Sumber girlsgonestrong.com

Apakah jenis-jenis masalah rahim jatuh?


Menurut Dr. Asiah Abdullah, pakar perbidanan dan sakit puan, ada 3 jenis masalah rahim jatuh iaitu;

Kalau masalah rahim jatuh ini melibatkan bahagian atas/bumbung faraj, keadaan ni akan menyebabkan rahim berada dibahagian faraj (uterine prolapsed). Ini melibatkan 3 keadaan sama ada rahim akan turun sikit. Keadaan mungkin ada sesetengah wanita tak tau pun yang rahimnya jatuh, dan ia boleh diketahui bila dia melakukan pemeriksaan seperti pap smear.

Yang kedua adalah, rahim jatuh lebih jauh ke bawah dan pangkal rahim boleh dilihat di pintu faraj. Ketiga, hampir kesemua rahim jatuh dan terkeluar dari faraj. *yang ni dah parah dah ni... seriau dengar. Huhu...

Kalau masalah rahim jatuh pada bahagian hadapan, pundi kencing akan jatuh ke dalam faraj, dan dinding faraj yang ditolak ke depan akan mewujudkan satu benjolan. Ini dikenali sebagai Cycstourethrocele (pundi kencing dan salur kencing jatuh serentak), dan keadaan ni paling biasa terjadi.

Manakala, kalau rahim jatuh di bahagian belakang faraj, keadaan ni menyebabkan sebahagian usus kecil mengisi ruang antara rahim. So, rahim akan jatuh ke kawasan antara faraj dan bahagian akhir rektum. Kalau rektum ni jatuh, ia satu benjolan kecil akan wujud di belakang faraj berhampiran dengan dubur (rektosele).

Masalah vault prolapse pulak disebabkan oleh keadaan yang berlaku selepas pembedahan histerektomi. Tapi, keadaan ini amat jarang berlaku.

Apakah penyebab dan tanda rahim jatuh?


Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, ada beberapa punca yang boleh menyebabkan keadaan ini berlaku, antaranya batuk dan sembelit yang kronik, kehamilan, menopause, obesity, fibroid dan faktor usia. Sebab lain adalah, selalu mengangkat barang yang berat, keturunan, melakukan pembedahan pelvis contohnya histerektomi, atau saraf tunjang yang cedera atau rosak.

Manakala, antara tanda rahim kita jatuh adalah sesetengahnya rasa macam ada sesuatu yang 'berat' di celah kemaluannya. Yang paling teruk, ia boleh menyebabkan sama ada luka, berdarah dan dijangkiti kuman. *bila kesemua rahim jatuh. Selain itu, kalau pundi kencing yang jatuh, kencing akan jadi tak lawas. Asyik nak pergi toilet je. Tapi bila kencing, sikit je. Sembelit atau rasa tsk puas bila 'membuang' pulak berlaku bila usus kecil/besar pulak yang jatuh.


http://rosibrahim.com/wp-content/uploads/2013/05/kegel-01.png
Rahim jatuh, masalah ditakuti wanita. Sumber rosibrahim.com 

Apakah langkah pencegahan bagi mengelakkan rahim jatuh?


Orang cakap, mencegah lebih baik dari mengubati. Ada beberapa langkah pencegahan yang kita boleh pratikkan untuk mengelakkan rahim jatuh. Antaranya adalah seperti berikut;

  1. Sebaiknya jangan berdiri terlalu lama. Selang-seli dengan duduk sekejap-kejap sambil berlunjur di atas bangku, kalau kerja korang memerlukan korang berdiri lama.
  2. Lakukan senaman pelvis, tak kiralah korang dah berkahwin atau belum. Ia amat penting sebab ia boleh menguatkan otot dalaman, di samping dapat mengawal semula rasa nak menbuang air kecil.
  3. Banyakkan makan makanan berserat tinggi seperti sayuran dan buahan untuk mengelakkan sembelit yang kronik.
  4. Sebaiknya, elak duduk lama-lama meneran dalam toilet lebih dari 15 minit, tak kiralah korang puas ke tidak nak membuang. 
  5. Pakai sut pelangsingan badan, tapi elakkan korset yang ketat sangat.
  6. Sebolehnya, elakkan mengandung pada jarak yang dekat dan cubalah guna kaedah perancang keluarga yang bagus. *tapi kalau dah rezeki, nak buat lagu mana kan.. hmmm..

Hakikatnya, semua wanita kena sedar betapa pentingnya rahim pada kita, sebab ada yang mengatakan kesihatan rahim juga boleh mempengaruhi emosi dan keadaan diri kita jugak. Tak salah kot kalau cikla katakan penjagaan rahim ni adalah lebih penting dari penjagaan wajah sebab sihat atau tidak rahim kita ini akan beri effect pada keseluruhan badan kita. Sayangi rahim kita...

Untuk lebih detail dan langkah merawat, better korang berjumpa dengan pakar yang lebih arif mengenai hal ini...

Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam...


Sumber Dr. Asiah Abdullah, Pakar Perbidanan dan Sakit Puan.

Mawar Rashid, heroin drama Suamiku Paling Sweet.

February 24, 2017 3 Comments
Mawar Rashid, heroin drama Suamiku Paling Sweet. | Assalamualaikum wbt. Drama slot akasia terbaru, Suamiku Paling Sweet sedang berlangsung di kaca tv LCD korang. Bila cikla tengok, drama ni heroinnya macam kenal. Sebab rasanya dia pernah berlakon sebelum ni dan tak bertudung. Siapa kenal dengan pelakon yang sedang meningkat naik, Mawar Rashid. Dia melakonkan watak Qisha dalam drama tu. 

Awal-awal episod ni cikla takdelah follow sangat. Tengok sikit-sikit je. Tapi, jalan ceritanya macam best walaupun orang cakap 'hampir' sama dengan drama melayu yang lain. Drama ni adaptasi novel kan? Kalau tak salahlah...

So, berbalik kisah si heroin drama Suamiku Paling Sweet ni, Mawar Rashid, merupakan finalist dewi remaja dan suatu ketika dulu dia pernah terpalit sedikit kontroversi mengenai GST. Ermm, takpelah. Orang cakap barang yang lepas jangan dikenang. Betul tak? Hihi. Dia sendiri pun dah minta maaaf pasal isu tu. Ok, noted!

Mawar Rashid, heroin drama Suamiku Paling Sweet.


Mawar Rashid, heroin drama Suamiku Paling Sweet.
Mawar Rashid, heroin drama Suamiku Paling Sweet. Sumber ROTIKAYA.


So, berikut merupakan profile pelakon cantik manis ni; 

Nama : Wan Mawar Shaputri bt. Wan Abdul Rashid.
Nama komersial : Mawar Rashid.
Tarikh lahir/Asal : 3 April1995 / Kelantan.
Kerjaya : Pelakon, Modelling.
Tinggi/Berat : 160 cm/45 kg.
Media Sosial : Instagram, Facebook, Twitter, Keek.

Pada pendapat cikla, jadilah artis yang berbakat dan berpengetahuan. Bukan apa, nanti kalau awak tu ditanya, takdelah blur dan tak tau nak cakap. Kepada Mawar Rashid, semoga awak berjaya dalam apa jugak yang dilakukan terutama dalam bidang yang awak ceburi. 

Tapi, dia memang dah bertudung ye? 

Ermm... Oklah, itu je nak cerita. Sekian dulu, wassalam.

Sumber SINI.

23 February 2017

Senarai peserta Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

February 23, 2017 4 Comments
Senarai peserta Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. | Assalamualaikum wbt... Sebelum tu, cikla nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi join... Berikut merupakan senarai peserta Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my... Check it out!


Senarai peserta Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.



Senarai peserta Segmen BLOGLIST Mac 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.



  1. Shahida Dzulkafli. 
  2. Shikin Razali.  (19 komen)
  3. SayidahNapisah. 
  4. Mrs. Pip. (14 komen)
  5. Dedaun Comel. (2 komen)
  6. Nurfaezah Abdullah. 
  7. Suhaila Johar. 

Terima kasih pada yang sudi join. Kalau yang belum join, meh klik SINI. Kalau ada masa, korang bolehlah blogwalking sesama sendiri ye...

Oklah, sekian dulu, wassalam..





Ubah laman rumah dengan cuka.

February 23, 2017 2 Comments
Ubah laman rumah dengan cuka. | Assalamualaikum wbt... Biasa kita dengar orang akan menggunakan cuka dalam masakan atau untuk mencuci. Kalau korang nak tau kita jugak boleh digunakan untuk ubah laman rumah dengan cuka. Bunyi macam pelik kan? Tapi, itulah hakikatnya. Cuka yang bersifat natural tak akan beri kesan buruk pada tumbuhan dan jugak alam sekitar. So, memang selamatlah kalau nak gunakan cuka pada pokok-pokok bunga korang tu.

Ada beberapa kaedah yang boleh kita gunakan untuk mengaplikasikan cuka ni. So, kaedah itu adalah;

Ubah laman rumah dengan cuka.


Ubah laman rumah dengan cuka.
Ubah laman rumah dengan cuka. Sumber Google.

Penggunaan cuka untuk membersihkan pasu bunga dari tanah liat adalah sangat bagus. Guna nisbah cuka : air sebanyak 1 : 4 atau 5 dengan merendamkan pasu ke dalam campuran ni selama 20-30 minit sebelum diberus. Jangan tak percaya, pasu korang akan bersih dan bebas dari kotoran serta kesan cuaca. Selain itu, cuka juga dijadikan sebagai 'agent' pembersih rumpai dan lumut yang terdapat pada dinding dan laluan laman. Macam ala-ala 'clorox'lah ni. Just spray je cuka tanpa air pada tempat yang berlumut itu. 

Kadang-kadang, semut yang terlalu banyak pun masalah jugak kan. Jangan khuatir, just gunakan cuka untuk 'menghalau' sang semut itu. Korang boleh gunakan sama ada cuka putih atau cuka epal dengan merenjis di tempat laluan atau sarang makhluk ini. Kesannya, semut akan lari sebab tak tahan bau kita cuka. Cubalah... Lagi satu kelebihan cuka ni, disebabkan baunya yang agak kuat ia boleh digunakan untuk menghalau binatang seperti tikus, mondok, anjing dan sebagainya dari datang dekat di laman kita. Caranya mudah je, just rendamkan kain buruk dalam bekas berisi cuka, kemudian letak kain tersebut pada batang kayu di tempat yang mungkin binatang ni semua bersembunyi.





Di samping itu, penggunaan cuka juga boleh dipraktikkan dalam usaha 'memanjangkan' jangka hayat bunga hidup yang telah dipotong. Campurkan seliter air dengan 2 sudu besar cuka putih dan 1 sudu kecil gula. Then, rendam bunga tersebut dalam campuran tersebut. Memang bengang kan kalau buah yang kita tanam masak ranum tapi 'diserang' oleh ulat buah. So, lepas ni no more ulat buah lagi, sebab kita boleh gunakan cuka untuk mengumpan makhluk perosak ni pergi selama-lamanya. Caranya, campurkan 1 cawan air, 1/4 cawan gula, 1/2 cawan cuka epal, dan satu sudu besar molases. (Cikla kurang pasti apakah molases itu, korang tanya pada yang pakar ye). Campuran ni kemudiaannya diletakkan dalam bekas kosong dan digantung pada pokok yang bermasalah itu. Lastly, cuka juga bagus digunakan untuk membersihkan peralatan laman dari berkarat. Renjis atau rendam je semua peralatan tersebut dalam cuka cair dan biarkan sekejap. Lepas tu basuh dan bersihkan peralatan itu.

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba.


Sumber Ruangan Impiana.

Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi?

February 23, 2017 11 Comments
Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi? | Assalamualaikum wbt. Siapa yang selalu dengar Sepahtu Sinar tiap-tiap pagi mesti tau kot pasal Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi. Iye ke? Hmm... usia perkahwinan mereka dah masuk tahun ke-6 dah..

Sebenarnya, kisah Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi ni adalah majlis yang dibuat sempena anniversary perkahwinan mereka yang ke-6 nanti. Kiranya bersanding kali kedualah ni ye. Menurut sumber, majlis ni untuk meraikan semua keluarga dan rakan taulan mereka.

Persandingan mereka in shaa Allah pada 26 Februari ni. Kepada peminat mereka, korang boleh tengok kemeriahan majlis mereka secara live di Facebook Sinar fm tau.


Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi?
Ni masa mereka sanding kali pertama. Sumber Google.

Shuib Sepahtu dan Siti Sarah bersanding lagi?


Memang sweet diaorang ni. Yang cikla kagum sangat statement ni...

"Ketika mencintai seseorang, cintailah apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika mencinta tanpa syarat..."

Ouchhh.... pada cikla memang betullah tu. Jodoh dan rezeki tak kan salah alamat. Kalau itu yang dah ditetapkan, maka dia akan menjadi milik kita walaupun apa jugak halangan. Cantik dan hensem tu bonus je, fizikal luaran. Apa yang penting, hati tu cantik dan hensem. Susah kot nak cari. Kalau dapat, jagalah baik-baik tau.

Kepada Shuib dan Sarah, selamat menyambut ulangtahun perkahwinan ye, dan selamat bersanding. Semoga hubungan korang ni berkekalan selamanya dan diberkati olehNya... Amin...

Oklah, just sharing. Sekian dulu, wassalam...

#JanjiShuibSarah #SepahtuSinar


Sumber Facebook SINAR fm.

22 February 2017

Nak cantikkan kulit? Makan ni...

February 22, 2017 8 Comments
Nak cantikkan kulit? Makan ni... | Assalamualaikum wbt... Siapa yang tak nak mempunyai kulit yang cantik, mulus, flawless dan yang paling penting sihat dan bebas tanpa cela. Semua orang nak. Betul tak? Tapi, kadang-kadang kita terlalu bergantung sangat pada 'produk' kecantikan untuk cantik. Bukan cikla nak cakap produk tu semua tak bagus, tapi kalau ada cara semulajadi yang lebih sihat, why not kita tak mencuba. Manalah tau lebih serasi dari penggunaan produk yang tentunya ada chemical didalamnya. So, cikla nak share beberapa cara yang senang kalau nak cantikkan kulit. Nak tau apa dia? Teruskan membaca ok...

Nak cantikkan kulit? Makan ni...


Sebenarnya, tersangatlah mudahnya kalau kita nak rawat kulit wajah kita sekaligus mendapatkan kulit wajah yang diidamkan. Hanya dengan mengambil makanan yang mengandungi vitamin didalamnya, dengan syarat ia diambil secara rutin dan konsisten.

Memakan ikan adalah cara terbaik untuk mendapatkan sumber protein dan omega yang mana ia tersangatlah baguss untuk kesihatan kulit wajah kita. Kalau ada duit lebih tu, belilah ikan salmon sebab ikan ini dikatakan mempunyai kandungan protein yang boleh menghasilkan kolagen pada kulit kita. Selain itu, ia juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit dan baik untuk kesihatan mata, kuku dan rambut jugak.

Peminat teh hijau boleh teruskan kesukaan anda itu sebab teh hijau mempunyai antioksidan yang boleh memberi perlindungan pada kulit kita terutama dari sinaran UV yang menyebabkan tanda-tanda penuaan pada kulit. Ia juga boleh membantu mencerahkan kulit, mengurangkan jerawat sekaligus menjadikan sel kulit lebih 'remaja'. So that, tanda-tanda penuaan dapat dikurangkan.

Nak cantikkan kulit? Makan ni...
Nak cantikkan kulit? Makan ni... Sumber Google.




Nak cantikkan kulit? Makan ni...


Sayur bayam jugak merupakan sayuran yang bagus untuk kesihatan kulit wajah kita sebab bayam mengandungi vitamin A, beta karotena, zat besid dan antioksidan. Ia boleh membantu menghaluskan kulit wajah kita, sekaligus mengatasi masalah jerawat pada kulit. Patutlah Popeye suka makan bayam. *ehh macam takde kena mengena je. Hihi... Selain itu, jus lemon jugak bagus untuk merawat kulit. Buah ini dikatakan sangat berkhasiat sebab dengan meminum jusnya dua kali sehari boleh membantu mengecilkan pori-pori wajah kita, sekaligus menjadikan kulit wajah lebih remaja gitu.

Buah avokado ni memang cikla tak pernah makan *Buah kiwi pernahlah, sedap... Buah ni dikatakan mempunyai 'lemak sihat' yang baik untuk melembapkan kulit terutama yang berkulit kering. Korang boleh makan terus, mentah camtu je atau kalau 'tak tertelan' buatlah jus. Badam juga mampu memberikan kelembapan pada kulit wajah, dengan kulit lebih cerah dan shining gitu.

Tak susah kan? Just dengan sumber alami kita dah dapat kulit wajah yang sihat, cantik, mulus dan nampak awet muda. Apa yang penting, macam cikla cakap tadi semuanya kena konsisten dan dilakukan secara rutin. Barulah 'hasilnya' nanti awesome.

Oklah, semoga bermanfaat. Sekian dulu, wassalam...


Sumber Ruangan Sihat & Cantik.

Jom diet dengan yogurt.

February 22, 2017 2 Comments
Jom diet dengan yogurt. | Assalamualaikum wbt. Siapa suka makan yogurt? Cikla memang suka makan yogurt ni, lebih-lebih lagi perisa mangga. Erm, sedapnya. *lama dah tak makan, teringilah pulak. Huhu...

Rasanya sebelum ni cikla ada cerita kelebihan yogurt ni untuk kecantikan. Klik SINI kalau nak baca entri tersebut. Rupanya yogurt ni bukan sahaja bagus untuk kecantikan, tapi untuk kesihatan dan diet pun bagus jugak. Kalau korang nak tau, kita boleh berdiet hanya dengan yogurt je. Kenapa? Tak percaya?

Yogurt sebenarnya adalah makanan rendah kalori yang sangat bermanfaat untuk kesihatan. Sebab apa ia sangat bermanfaat? Sebab yogurt boleh membantu dalam proses mengurangkan lemak pada bahagian perut, di samping melancarkan proses pencernaan kita. Kalau korang nak berdiet dengan yogurt, pastikan korang memilih yogurt yang rendah kalorinya sebab ia lebih bagus.


Jom diet dengan yogurt.
Jom diet dengan yogurt. Sumber Google.



Jom diet dengan yogurt.


Kalau korang nak tau, yogurt mengandungi pelbagai jenis khasiat termasuklah vitamin E dan zink yang mana ia sangat membantu dalam kesihatan kulit kita. Vitamin yang ada di dalamnya jugak boleh menjadikan sistem badan kita berfungsi dengan baik dan teratur.

Ada kajian mengatakan (International Journal of Obesity), jika kita mengambil yogurt paling kurang pun 3 kali sehari boleh mengurangkan lemak sebanyak 4 kg dalam masa 12 minggu. Banyak jugak tu, kan. Janji konsisten dalam berdiet. Selain itu, yogurt juga adalah makanan antioksida yang boleh membersihkan kesihatan badan kita. Biasanya kita memang tau, kalau makanan yang kandungan antioksidan yang tinggi boleh menghalang radikal bebas yang wujud, seterusnya mendapatkan kesihatan yang baik.

Kalau kita melakukan diet rendah kalori dengan mengambil yogurt sebagai menu utama, ia dikatakan boleh mengurangkan lemak perut dengan kadar 81% lebih banyak dari mereka yang berdiet dengan tak mengambil yogurt. Untuk pengetahuan korang, sebanyak 110 kalori yang terkandung dalam yogurt tanpa lemak. So that, ia boleh membantu kalori yang ada dalam badan terbakar. Lagipun, bakteria baik yang ada dalam yogurt boleh membantu memperbaiki dan menguatkan sistem kekebalan badan kita dalam menentang penyakit.


Jom diet dengan yogurt.
Jom diet dengan yogurt. Sumber Google.


Wah wah... rupanya banyak kelebihan yogurt ni kan? Cikla pun baru tau ni. Pendapat cikla, kita boleh jugak pelbagaikan cara kita nak makan ni. Contohnya, kita gaulkan yogurt yang asli (maknanya tanpa perisa) dengan hirisan buah-buahan atau sayur-sayur. Macam dressing untuk salad tu. Biasa kalau salad kita guna mayonise atau thousand island kan, apa kata kali ni kita tukar dengan yogurt pulak. Sebab cikla rasa ada orang tak suka makan hanya 'semata-mata' yogurt je. Lagipun, orang cakap kadang-kadang lain dari yang lain tu sedap jugak kan.

Selamat berdiet ye. Jangan fikir kita diet sebab nak cantik je. Kita diet sebab nak sihat. Cantik tu kan orang cakap terlalu subjektif.

Lain orang lain pengertiannya...❤❤


Sumber Ruangan Sihat & Cantik.

21 February 2017

Menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview.

February 21, 2017 12 Comments
Menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview. | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama kot blog cikla ni menang giveaway ataupun segmen. Tapi, syukurlah. Kali ni rezeki menyebelahi blog picisan ni. Blog cikla menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview.

Menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview.


Walaupun cik Misya pilih guna khidmat random.org, tapi bagi cikla saingan sengit jugak. Banyak blog yang hebat-hebat join jugak.


Menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview.
Menang Segmen Bloglisted Misya untuk direview.


So, blog cikla sudah pun menari-nari di bloglisted blog cik Misya ni. Alhamdullilah. Cikla pun ada jugak singgah blog cik Misya ni kekadang, tapi jadi silent reader je. Seronok jugak baca cerita dan pengalaman dia travel. Ada juga diselitkan entri nasihat dan perkongsian yang berguna. 

Pada yang turut tersenarai seperti SayidahNapisah aka KC dan Aimi Muhamad, tahniah untuk korang jugak. Rezeki iols kali ni. Jangan tak menang jangan sedih tau. Rasa berdebar dan tak sabar pulak nak tunggu review dari cik Misya ni.

Oklah, itu je nak cerita. Sekian dulu, wassalam...


Psstt... Cikla nak jemput korang join segmen bloglist Mac di blog cikla. Meh la join... Klik SINI kalau nak join ok... sayang korang ketat-ketat...

Menyamar jadi perempuan untuk mencuri.

February 21, 2017 5 Comments
Menyamar jadi perempuan untuk mencuri. | Assalamualaikum wbt... Cikla rasa sekarang ni, macam-macam cara orang nak cari duit dengan cara senang. Mana ada benda kita boleh dapat dengan mudah kalau tak dengan usaha. Kalau senang kacang macam tu, tentu ramai orang dah kaya dah. Selak-selak akhbar KOSMO pagi tadi, terpandang berita mengenai seorang lelaki menyamar jadi perempuan untuk mencuri. Ish ish ish... sanggup tu menyamar jadi perempuan sebab nak masuk dalam surau perempuan untuk mencuri.

Menyamar jadi perempuan untuk mencuri.


Menyamar jadi perempuan untuk mencuri.
Menyamar jadi perempuan untuk mencuri. Sumber Google.


Meh cikla cerita sikit. Kejadian ni berlaku di Petaling Jaya. Seorang lelaki dikatakan menyamar menjadi perempuan telah ditangkap sebab mencuri dompet di surau sebuah shopping mall. Lelaki itu dipercayai baru keluar dari Penjara Kajang.

Yang tak boleh blah *kata orang sekarang, lelaki tu memang berpakaian sebijik macam perempuan. Siap bertudung lagi. Huhu. Mujurlah dia dah ditahan oleh seorang polis wanita yang kebetulan sembahyang jugak kat surau tu. Kalau tak, memang 'terbanglah' RM400. Itulah orang cakap, kalau dan rezeki kita, walauapapun halangan mesti milik kita jugak.

So, kita kena selalu berhati-hati lebih-lebih lagi kalau berjalan seorang diri di shopping mall. Bukan apa, kadang-kadang kita memang tak perasan yang kita diperhatikan. Betul tak?

20 February 2017

Tips selamatkan diri dari kebakaran.

February 20, 2017 4 Comments
Tips selamatkan diri dari kebakaran. | Assalamualaikum wbt... Kebelakangan ini, kita sering 'dihidangkan' dengan berita tentang kebakaran yang berlaku sehingga meragut nyawa. Dalam akhbar Sinar hari ini, apa yang menjadi isu tentang jeriji kekal yang dipasang pada pintu dan tingkap rumah mangsa. Secara peribadi, bila difikir-fikir betul jugak apa yang diisukan ni. Memanglah pada awalnya fungsi jeriji tu bagus dari aspek keselamatan, *untuk anak-anak yang suka keluar rumah tanpa kita sedar tapi, secara tersiratnya ia boleh mengundang bahaya jika berlaku kejadian seperti kebakaran contohnya.  So, fikir-fikirkanlah. Sebenarnya, ada beberapa tips selamatkan diri dari kebakaran yang cikla nak share dengan korang semua. Mungkin ada yang dah tau dan ada yang tak tau lagi.

Tips selamatkan diri dari kebakaran.



Tips selamatkan diri dari kebakaran.
Tips selamatkan diri dari kebakaran. Sumber Google.



  1. Kenalpasti paling tak pun dua jalan keluar di rumah kita supaya dapat menyelamatkan diri jika berlaku kebakaran.
  2. Jangan ingat kat sekolah or pejabat je kita boleh buat latihan kebakaran. Kat rumah pun perlu sebenarnya, sebab kalau boleh semua ahli keluarga tahu dan faham apa yang kena buat kalaulah berlaku perkara sebegini. Apa yang penting diaorang tak panik dan tau apa nak buat.
  3. Sebolehnya, elak menggunakan jeriji pada pintu dan tingkap rumah. Kalau terpaksa guna jeriji untuk menghalang jenayah atau menjamin keselamatan, pastikan jeriji tu senang dibuka dari dalam rumah. 
  4. Jangan halang semua jalan keluar di rumah dan pastikan ia mudah dilalui.
  5. Pastikan semua ahli keluarga tau kat mana diletakkan anak kunci pintu jeruji terutamanya. Kalau boleh, jangan ubah-ubah tempat simpan anak kunci tu, sebab kalau berlaku kecemasan taklah kalut nak cari nanti. Kalau ada duit lebih sikit, pasang alat pengesan asap sebab ia memang penting sebagai pemberi isyarat kalau berlakunya kebakaran.

Apa yang penting, kita semua kena selalu peka dengan apa yang berlaku di sekeliling kita. Bertindaklah dengan bijak, lagipun orang cakap, kalau ada pilihan yang lebih baik tak salah untuk berubah demi kebaikan semua. Sekurang-kurangnya, mungkin kita boleh menyelamatkan mangsa dan korban nyawa dapat dielakkan. In Shaa Allah...

Oklah, semoga bermanfaat. Take care semua. Sekian dulu, wassalam...

Gaji dan rezeki!

February 20, 2017 3 Comments
Gaji dan rezeki! | Assalamualaikum wbt... Antara gaji dan rezeki memang banyak bezanya. Memang  banyak bezanya. Korang nak tau apakah bezanya itu? Teruskan membaca ok...

Gaji dan rezeki!


Gaji dan rezeki!
Gaji dan rezeki! Image credited to google. 

Inilah bezanya antara GAJI dan REZEKI, iaitu;

Gaji ada slip, tapi rezeki takde. Kalau gaji, company akan bank in. Tapi gaji adalah dari Allah. Kita tau gaji biasanya berupa wang kertas, tapi rezeki akan datang dalam pelbagai bentuk. Gaji biasanya 'dijemput' dengan kerja, tapi rezeki adalah dengan taqwa. Selain itu, gaji kita boleh agak, manakala rezeki tak terduga.

Semoga kita semua dimurahkan rezeki dan sentiasa berada di bawah lindungan rahmatNya... Amin...

19 February 2017

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant.

February 19, 2017 8 Comments
Segmen Review Blog By Syahirah Valiant. | Assalamualaikum wbt... Di pagi yang hening dan dingin ini, tergerak pulak hatiku nak join segmen. Lama kot cikla tak join segmen kan. *hihi, lama ke? So, tetiba terpandang segmen yang dianjurkan oleh blogger Nurul ni. Korang yang belum join Segmen Review Blog By Syahirah Valiant ni moh le join reramai. Kita meriahkan segmen beliau. Macam biasalah, nak join klik banner di bawah tu.

Segmen Review Blog By Syahirah Valiant.



Segmen Review Blog By Syahirah Valiant.
Segmen Review Blog By Syahirah Valiant.


So, syaratnya pun senang. Just follow semua media sosial beliau termasuklah blog yang comel tu. Cikla suka segmen review macam ni, sebab kita boleh tau apa pendapat orang pasal blog kita Tak kiralah dari segi kelebihan atau kekurangannya.  So that, kita boleh baiki mana yang tak ok. Apa yang penting, kita kena terima semua teguran dan kritikan dengan hati yang terbuka. Ok.

Ehh melalut pulak cikla. So, segmen berlangsung dari 12 Februari 2017 hingga 12 Mac 2017. Lama tu, sebulan jugak kan. Apa lagi, siapa yang nak blognya di review oleh cik Nurul ni, jemputlah join bersama cikla. Jom jom...

Oklah, selamat bersegmen semua. Berdebar pulak menunggu ulasan review blog picisan ni dari cik Nurul kita. Hihi. Sekian dulu, wassalam...

18 February 2017

Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.

February 18, 2017 5 Comments
Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal. | Assalamualaikum wbt... Ada sesetengah lelaki amat mementingkan gaya dan penampilan yang perfect terutama bila berada di khalayak ramai tak kiralah semasa mereka mahu ke pejabat, majlis kasual atau formal.

Nak tau apakah tips yang boleh mereka praktikkan? Teruskan pembacaan...

Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.



Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal.
Tips untuk lelaki ke pejabat, majlis kasual atau formal. Sumber Google.

  1. Sebaiknya pakai pakaian yang memang match dengan ukuran badan korang tak kiralah korang beli atau tempah dengan tailor
  2. Pakai socks yang sesuai dengan warna suit atau seluar korang. 
  3. Elakkan memakai tie yang terlalu kurus.
  4. Sebaiknya, jangan biarkan dompet korang tu terlalu menggelembung. Taulah korang banyak duit kan, tapi elakkan wallet korang tu terlalu byk 'isi'.
  5. Jangan pakai baju yang berkedut atau sudah terlalu lusuh.
  6. Kalau korang bukan berbadan tinggi dan kurus, elakkan pakai baju bercorak belang menegak.
  7. Kalau korang pergi interview atau mesyuarat rasmi, sebaiknya pakai kemeja lengan panjang dan ber'tie'.
  8. Sebaiknya warna tali pinggang dengan kasut korang sepadan, dan tie mestilah cecah bahagian atas tali pinggang.
  9. Pada masa yang sama, elakkan memakai tali pinggang dengan tali penggantung dari seluar ke bahu (suspender).
  10. Elakkan semburan perfume pada baju, so sembur perfume sebelum memakai baju.
  11. Sentiasa menjaga postur supaya kelihatan tinggi serta nampak yakin bila berhadapan dengan orang.


Semoga bermanfaat. 


Sumber Ruangan Ketrampilan.

Kaitan warna air kencing dengan penyakit.

February 18, 2017 1 Comments
Kaitan warna air kencing dengan penyakit. | Assalamualaikum wbt. Walaupun kita sebenarnya mesti membuang air kecil setiap hari, tapi kalau dah terlalu kerap pun boleh jadi masalah jugak. Pendek kata, kerap buang air pun masalah, jarang buang air lagilah masalah. Semuanya kena balance. Lagi satu, warna air kencing kita. Apa rupa warnanya, sebab ada pendapat mengatakan warna tertentu air kencing boleh menunjukkan tanda yang seseorang itu mempunyai masalah kesihatan. So, inilah yang cikla nak share, apakah kaitan warna air kencing dengan penyakit. Jom teruskan pembacaan...

Kaitan warna air kencing dengan penyakit.


Sebenarnya, daripada warna air kencing, kita boleh mengetahui sama ada badan kita cukup air atau tak, ataupun kita mempunyai apa-apa masalah dengan organ dalaman kita. Nauzubillah, mintak dijauhkanlah.

Jika air kencing kita;

Kaitan warna air kencing dengan penyakit.
Kaitan warna air kencing dengan penyakit. Sumber Google.

Takde warna; Kita minum terlalu banyak air. Orang cakap, berlebih-lebihan pulak air yang kita minum.

Kuning (sangat pucat); Keadaan ini adalah normal dan badan kita mendapat air yang cukup.

Kuning (lutsinar); Keadaan ini adalah warna air kencing yang normal. 

Kuning gelap; Keadaan ini normal, tapi kita kena minum air yang cukup.

Kuning (warna seperti madu); Keadaan ini menandakan badan kita kurang air (cairan) dan kena minum air secepatnya.

Warna coklat kehijauan; Keadaan ni menandakan mungkin kita mengalami masalah hati atau dehidrasi. Minum air secukupnya dan segera berjumpa pakar until rawatan dan nasihat selanjutnya.

Warna pink kemerahan; Keadaan ni mungkin kita mengalami pendarahan pada saluran kencing. Tapi, kalau kita makan buah blueberry, bit atau buah yang mempunyai warna purple pekat mungkin warna air kencing sebegini berpunca dari buah tersebut. Selain itu, warna sebegini juga menunjukkan kita mungkin mengalami masalah buah pinggang, tumor, jangkitan pada pundi kencing, dan masalah prostat. Segera berjumpa doktor untuk rawatan lanjut.

Warna jingga; Keadaan ni mungkin kita kurang minum air atau mungkin disebabkan oleh masalah hati, hempedu atau pewarna makanan. Untuk mengetahui lebih detail, jumpa doktor.

Air kencing berbuih; Keadaan ni tak bahaya mungkin disebabkan oleh pengambilan protein berlebihan dan kesan hidraulik.





Sumber Ruangan Klinik Lelaki.

17 February 2017

Makanan pertama baby Zara.

February 17, 2017 15 Comments
Makanan pertama baby Zara. | Assalamualaikum wbt. Semalam baby Zara dah 6 bulan dah usianya. Biasalah kan, kalau baby yang dah berusia 6 bulan ke atas, kita dah boleh bagi mereka makan dah. Tapi, makanan yang soft dan sangat halus. Kalau bubur nasi tu, memang kita kena blend dulu sebelum bagi baby makan. Sebenarnya, dari minggu lepas lagi cikla dah terfikir dah apa makanan pertama baby Zara yang cikla nak bagi dia makan. Kalau kakak dengan abangnya dulu, untuk yang first ni, cikla bagi diaorang makan nestum je. Biasanya, ibunya 'rajin' sangat nak buat bubur tu. Haha.

Sebelum ni pun, baby Zara ni kalau tengok orang makan, memang excited benor rupanya macam nak jugak. Pantang kita sua makanan kat dia, menganga saje. Lepas ni kita tengok mau ke idak dia makan.

Makanan pertama baby Zara.


So, fikir punya fikir cikla decide nak bagi baby Zara makan bubur nasi je lah Tapi, memang bubur nasi kosong tau. Tanpa garam, dan apa-apa add-on dalam bubur tu.

Makanan pertama baby Zara.
Makanan pertama baby Zara.

Korang nak tengok apakah first expression baby Zara bila rasa bubur tawar hebiauuu tu? Berkerut-kerut kening, siap jelir-jelir guna hujung lidah rasa bubur tu. Hehe. Kelakar pun ada. Tapi, dalam terjilat-jilat tu, makan jugak dia bubur tu. Separuh jugak...


Makanan pertama baby Zara.
Makanan pertama baby Zara.


Untuk yang pertama kali ni, tak naklah paksa dia makan banyak-banyak kan. Baru belajar-belajar kata orang. 

Oklah, itu je nak cerita...❤

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.