31 March 2017

Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

March 31, 2017 40 Comments
Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. *this is sticky post until 8 pm on 31 March 2017. Scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

~SEGMEN TAMAT~

Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.
Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

Assalamualaikum wbt. Segmen mencari bloglist untuk bulan April kembali lagi. Kali ni korang kena buat entri ringkas pulak. Boleh kan? Hihi. So, syaratnya macam biasalah kan...

Syarat penyertaan, tapi ada 2 syarat baru.
  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback.
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Tag 2 atau lebih kawan-kawan (wajib) untuk join segmen. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  7. Nyatakan komen ikhlas (wajib) korang tentang blog cikla ni. Komen positif atau negatif cikla ok je. Asalkan tak menyinggung perasaan mana-mana pihak. 
  8. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.' 
  9. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini.
  10. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen.
  11. Siap.

Segmen bermula sekarang, 12 March 2017 hingga 31 March 2017 (pukul 8 malam). Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama sebulan. Penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak. ^_^

In shaa Allah, cikla akan pilih seorang yang bertuah untuk menerima hadiah misteri. *misterilah sangat kan... Hihi...

So, apa lagi. Jom join cepat. Selamat bersegmen korang. Terima kasih.


28 March 2017

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...

March 28, 2017 0 Comments
Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni... | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa salah satu part yang paling diberi perhatian semasa mengenakan makeup adalah bibir kan? Betul tak? Memang tak dinafikan, tak semua orang suka mengenakan lipstick di bibir mereka *sebab ada yang lebih suka mengenakan lips balm tapi ia sebenarnya perlu 'dikisahkan' jugak. Bukan apa, bibir jugak merupakan salah satu daya tarikan seseorang itu dan penambah keyakinan seseorang itu.

Korang rasa selama korang 'berlipstick' ni betul ke warna lipstick yang korang pakai tu? Ke korang main pakai je warna yang berkenan dihati. So, macam mana pulak nak pilih lipstick yang betul-betul match dengan kulit kita? Nak tau? Jom baca ni...

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...
Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni... Sumber Google.

Sebenarnya, ada beberapa tips semasa kita memilih warna lipstick yang sesuai dengan kulit kita. Untuk orang yang berkulit cerah, warna lipstick yang berwarna coklat muda dan sedikit warna pink yang fresh sangat sesuai untuk anda. Kalau korang nak nampak lebih natural, oleskan lipstick berwarna honey atau coklat jernih, di samping lipstick berwarna coklat tua untuk menyerlahka kematangan korang.

Kalau korang berkulit sawo matang, lipstick berwarna coklat tua lebih match. Lagipun, warna ini akan menjadikan warna kulit lebih menonjol. Selain itu, korang oleh jugak nak pilih warna coklat kopi untuk menyerlahkan 'keesotikan' korang dan coklat karamel supaya nampak lebih natural dan fresh.

Orang yang berkulit kuning langsat, lipstick berwarna coklat kemerahan sangat sesuai: denganmu. Warna sebegini akan memberikan mood segar supaya kita sentiasa ceria dan bertenaga. Kalau korang nak nampak lebih matured, guna lipstick berwarna coklat kemerahan, di samping warna plum untuk korang yang ingin tampil 'menggoda'. Ada berani ke pakai? Bagi orang yang berkulit gelap pulak, guna lipstick berwarna coklat sebab ia nampak lebih sesuai dibibirkan.

So, macam mana? Dah dapat yang ssuai untuk dioles di bibir korang? Selamat mengoles ye. Hehe... ❤❤


Sumber Ruangan Ubah Imej.

27 March 2017

Banyaknya faedah senyum.

March 27, 2017 4 Comments
Banyaknya faedah senyum. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap senyum mampu memberi bahagia kepada diri kita. Malah, ada orang menjadikan senyuman itu sebab 'senjata' mencairkan hati orang lain. Bak kata orang, sejuk je hati tengok kan. Lagipun, bagi cikla dengan senyuman dapat mengelakkan kita dicap sombong dan tak friendly lebih-lebih lagi kalau kita berada di tempat orang. Banyak faedah senyum ni sebenarnya kalau korang nak tau. Nak tau tak? Jom baca seterusnya...

Banyaknya faedah senyum.


Banyaknya faedah senyum.
Banyaknya faedah senyum. Sumber Google.


Senyum itu adalah pesona natural seseorang. Sebab apa? Sebab, kadang-kadang dengan hanya senyuman saja orang boleh jatuh hati. Hehe. Amboi, bahaya ni. Apa yang penting, senyumlah dengan ikhlas dan jangan fake tau. Sesetengah orang memang tak suka bersolek. Nah, senyum je. Orang cakap, senyum merupakan solekan terbaik untuk seorang perempuan. Walaupun dia tak bersolek, tapi still nampak cantik dek kerana wajahnya sentiasa manis dengan senyuman. So sweet. Selain itu, senyumlah untuk awet muda. Wah, betul ke ni?

Ada yang mengatakan, selalu tersenyum akan menjadikan ketahanan diri lebih kuat kerana ia dipercayai dapat mencegah diri kita dari masalah stress, penyakit darah tinggi, serangan jantung dan masalah sistem penghadaman. Tak keterlaluan kalau cikla cakap senyum boleh menjadi natural medicine. Di samping itu, dengan senyum jugak boleh menjadikan mood kita lebih baik dan rasa bahagia je sebab masa kita tersenyum otak akan membebaskan hormon endorphin dan serotonin yang dikatakan boleh menjadikan kita lebih bahagia.

Dengan senyuman jugak, ia boleh memancarkan aura positif seterusnya akan menjadikan kita lebih yakin. Pendek kata, senyum mampu menyebarkan kebahagiaan kepada orang lain.

Jom senyum dan sebarkan bahagia...❤❤


Sumber Ruangan Info Sihat.

26 March 2017

Halia, herba ajaib untuk cantik.

March 26, 2017 11 Comments
Halia, herba ajaib untuk cantik. | Assalamualaikum wbt. Semua orang nak cantik kan, lebih-lebih lagi bila menggunakan bahan yang selamat, bebas dari bahan kimia dan tentunya menjimatkan. Ada ke bahan macam tu? Mestilah ada, guna je halia. Biasa kita tau, halia kita gunakan dalam masakan dan kesihatan kan.

Tapi, sebenarnya untuk cantik pun boleh. Nak tau betapa bagusnya halia ni? Jom baca...

Halia, herba ajaib untuk cantik.

Halia, herba ajaib untuk cantik.
Halia, herba ajaib untuk cantik. Sumber Google.

Cikla percaya, semua orang terutamanya perempuan mesti nakkan bibir yang merah secara semulajadi kan? Betul tak? Senang je, just guna halia je. Caranya, kupas halia muda dan tumbuk jangan hancur sangat. Kemudian, ambil halia tersebut dan oleskan pada bibir. Tapi, korang jangan tonyok kuat-kuat pulak pada bibir tu, just gosok-gosok manja gitu. Hehe. Buat sekali sehari. Cara ni dikatakan dapat menyahkan sel-sel kulit mati seterusnya bibir akan merah semulajadi.

Cikla rasa korang pun mesti tau kan yang halia ni memang bagus sangat untuk menyingkirkan angin dan toksin dari badan. Nak tau macam mana? Caranya, rendam halia yang dihiris dengan teh uncang dan sedikit gula perang dalam air panas. Biarkan selama 2 minit sebelum diminum. Amalkan setiap hari pun takpe. Selain itu, cik halia kita ni jugak boleh memecahkan lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. Just, hiriskan je halia kemudian letak dalam air panas, then diminum ketika perut kosong. In shaa Allah, korang tak kan kecewa dengan hasilnya nanti.

Ada sesetengah orang mengalami masalah bau badan kan. Minyak wangi, deodorant pun dah guna tapi still 'bau' jugak. Emm... takpe, jangan risau. Halia boleh membantu menyahkan bau badan yang kurang enak itu. Senang je, amalkan je meminum air halia dengan teh atau just kunyah je halia yang ditumbuk halus. *kalau cikla lebih prefer minum tu je kot, nak kunyah direct macam tak terkunyah je... Hihi... Kalau tak lalu jugak, just tambahkan aje halia dalam menu masakan korang. Lagi sedap kot.

Wah... berserinya muka awak. Apa rahsianya? Ala, guna halia je. Caranya, halia diketuk separuh hancur kemudian direndam dengan satu sudu madu dan air panas. Biarkan sekejap sebelum diminum setiap pagi. Kelebihan campuran ini dikatakan boleh menjadikan perjalanan darah lebih lancar dan badan lebih hangat. So that, dia akan menjadikan wajah kita berseri-seri gitu. Kalau nak hasil yang bagus, amalkan secara konsisten. Selain itu, guna halia untuk melulur. Tumbuk halia, kemudian campurkan dengan tepung beras yang diblend kering. Campurkan keduanya dan bancuh *biarkan pekat, kemudian sapukan ke badan korang.

Kalau cara cikla senang je, just tambah je banyak-banyak halia dalam menu masakan korang sehari-hari. Lagi senang kan...

Jom cantik dengan halia....❤❤


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

24 March 2017

Nak puji pasangan ada caranya.

March 24, 2017 4 Comments
Nak puji pasangan ada caranya. | Assalamualaikum wbt. Semua orang suka dipuji lebih-lebih lagi kalau pujian itu datang dari orang yang tersayang. Betul tak? Tapi, mungkin ada yang tak tau nak puji orang pun ada caranya.

Aiseh, puji je kot... puji ajelah kan. Hihi. Ehh, jangan pandang perkara ni tak penting tau. Sebenarnya memang penting, sebab pujian yang dilontarkan menandakan pasangan kita itu sangat special di lubuk hati sanubari kita.

Jom kita baca apakah tipsnya atau cara nak puji pasangan.

Nak puji pasangan ada caranya.


Nak puji pasangan ada caranya.
Nak puji pasangan ada caranya. Sumber Google.

Selalu kalau kita dengar orang mesti puji based on kecantikan or kepandaian. Apa kata lepas ni, korang cuba puji based on sikap dia ke atau apa yang dia suka lakukan. Kalau korang nak tau, pujian macam ini akan menjadikan pasangan kita merasakan kita memahami dirinya. Confirm mereka akan rasa terharu sangat. Selain itu, korang kena ingat kalau nak memuji tu pastikan ikhlas. Jangan sebab nak amik hati or terpaksa. Lepas tu, dah la puji tak ikhlas nak balasan pulak. *perempuan ni kalau orang puji tak ikhlas dia boleh 'cium' tau. So, awas ya... haha...

Ada orang cakap kalau melakukan sesuatu perkara janganlah berlebihan. Begitu jugak dengan memberi pujian. Mentang-mentanglah nak amik hati, memuji amboi sampai ke langit biru berdesupnya. Hehe. Lagi satu, memuji pun jangan 'memilih' sangat. Hal kecik pun boleh jugak, contohnya puji isteri masak sedap ke, isteri buat air sedap ke. Mesti berbunga-bunga riang je hati bila dia mendengarnya. Silap-silap haribulan bertambah-tambah rajin isteri tu nak masakkan masakan kegemaran korang. Kenyang tersandarlah korang... Haha.

Eh eh... ni pujian ke rayuan gombal? Haha, kena ada beza tau. Jangan salah beza pulak. Rayuan tu dah macam nak menggoda pulak. Walaupun ada yang mengganggap pujian tu lama-lama oleh jadi macam rayuan, tapi kena tengok keadaan dan tempat jugak. Apa yang penting, pujian haruslah datang dari hati. Bak kita orang, spontan. Barulah nampak 'real' dan bukan nampak macam berlakon. Pura-pura pulakkan.

Ikhlaskan hati memberi pujian...


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

23 March 2017

Makna di sebalik senyuman itu.

March 23, 2017 2 Comments
Makna di sebalik senyuman itu. | Assalamualaikum wbt. "Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu berseri..." Korang ingat tak lagu ni. Sebenarnya, orang yang suka senyum ni memang bagus sebab ia dikatakan mempunyai ketahanan badan yang lebih baik serta terhindar dari penyakit. Tapi, kalau korang nak tau, ada beberapa jenis senyuman yang mungkin korang tak tau.

Jom baca ni, cikla nak share makna di sebalik senyuman korang yang manis itu. Jom jom...

Makna di sebalik senyuman itu.


Makna di sebalik senyuman itu.
Makna di sebalik senyuman itu. Sumber Google.


Semua orang suka senyum lebar kan, lebih-lebih lagi kalau ada perkara yang menggembirakan hati. Tapi, korang nak tau tak orang yang senyum macam ni dikatakan mengekspresikan sikap percaya dari dan positive aura melalui senyumnya itu. Selain itu, ia menunjukan mereka bersikap peramah tapi kadang-kadang mungkin senyuman lebarnya itu adalah salah satu cara dia nak sembunyikan kesedihan hatinya. Orang yang tersenyum simpul dikatakan memberikan emosi yang berlainan sebab ia memberi hint yang dia sedang 'memikirkan' sesuatu perkara yang tersirat.

Selain itu, kalau seseorang itu tersenyum sambil memalingkan mukanya, ia dikatakan pemalu orangnya dan kurang yakin dengan diri. Di samping itu, kalau seseorang itu senyum separuh, maknanya satu bibir je yang terangkat ia dikatakan dia terpaksa nak semyum. Kalau seseorang itu senyum sampai menyeringai, ia dikatakan senyum sebab tak puas hati.

Apapun, senyumlah. Bukan kena bayar pun. Sedekah lagi... *senang dapat pahala... 😬😬


Sumber Info Sihat.

21 March 2017

Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka.

March 21, 2017 3 Comments
Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka. | Assalamualaikum wbt. Rasanya hampir semua wanita suka memakai subang kan? Memang tak dinafikan, pemakaian menjadikan seseorang itu nampak lebih menarik dan bergaya. Tapi, jangan sampai salah pilih pulak. Nanti nampak pelik pulak.

Kalau korang nak tau, tips yang paling senang nak pilih subang yang sesuai adalah berdasarkan bentuk muka kita. Nak tau macam mana? Jom baca ni...

Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka.


Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka.
Tips mencari subang yang sesuai dengan bentuk muka. Sumber Google.

Kalau korang mempunyai bentuk muka berbentuk oblong/segi empat panjang (pipi kelihatan panjang dan agak tirus) memang 'untunglah'. Sebab apa? Sebab bentuk muka macam ni sesuai untuk semua jenis bentuk subang. Tapi, korang kena elakkan memakai subang berbentuk panjang walaupun ia menyerlahkan bentuk muka dan 'memanjangkan' garis rahang. Bentuk subang yang paling match adalah berbentuk bulat dan ada ciri melengkung. Manakala, kalau korang mempunyai bentuk muka berbentuk pear (garis rahang lebih lebar dari garisan rambut) korang sesuai memakai subang berbentuk lebih panjang dan nipis.

Selain itu, korang yang mempunyai bentuk muka seperti bentuk hati (kawasan pipi nampak lebih lebar dari garisan rambut serta dagu yang tajam) adalah sangat sesuai menggayakan subang berbentuk juraian atau candelier sebab bentuk sebegini boleh memberi kesan pada dagu supaya nampak lebih tirus. Tapi, kalau boleh jangan pilih subang hingga cecah ke bahu sebab nanti leher korang nampak lebih pendek. Muka berbentuk berlian pulak iaitu bentuk muka panjang dan berdagu serta rahang yang tajam (garisan rambut lebih sempit dan mula di bawah telinga, rahang dan dagu nampak jelas) elok menggayakan subang berbentuk panjang dan lebar kat hujung. Orang yang mempunyai bentuk muka bujur sirih (lebar muka kurang 1/3 dari panjang muka dan takde bentuk bersegi) memang sangat senang nak pilih bentuk subang yang sesuai. Itu sebabnya bentuk muka macam ni dipanggil universal. Mereka boleh pilih dan pakai apa-apa bentuk subang sebab semuanya match.
.
So, korang yang mana ye? Selamat memilih subang...πŸ˜†πŸ˜†❤❤

Sumber Metro!

Aku diuji...

March 21, 2017 4 Comments
Aku diuji... | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama kot cikla tak tulis pasal diri sendiri. Eh eh... ada ke orang nak baca cerita pasal kau cikla oii. Ermm... takpelah. Kalau takde siapa yang nak baca it's ok. Tapi, sekurang-kurangnya cikla dapat meluahkan apa yang terbuku dihati. *syahdu pulak rasa hati...

Sekarang cikla sihat, alhamdullilah tapi diri ni telah diuji dengan 'sakit' oleh Allah. Semuanya berkaitan dengan 'benjolan' di thyroid cikla ni. Sebenarnya, benda ni cikla memang dah perasan ada kecik since bersalin abang Ammar. Tapi kecik dan tak sakit. Then, lepas bersalinkan baby Zara, nampak macam ketara pulak benjolan tu at the left side. Sekarang ni, macam ada ketulan kecik at the right side pulak.


Aku diuji...
Aku diuji... Sumber Google.

Aku diuji...
Aku diuji... Sumber Google.


Pagi tadi, terpaksalah menyerah diri untuk first appointment kat Hospital Putrajaya. Untuk first ni, doktor just check secara rawak je. Means, doktor just tengok and pegang benjolan ni je. And, macam biasalah cikla akan beberapa ujian serta prosedur yang cikla kena lalui for confirmation untuk step seterusnya. In shaa Allah, nanti cikla share apa yang cikla terpaksa hadapi untuk ini.... ok. 

Tipulah kan, kalau cikla cakap cikla tak takut, tak gementar, tak risau dan macam-macam lagilah perasan yang negatif yang datang menerpa. Jauh di sudut hatiku yang kecil ini memang cikla takut. Iyelah, sapa aje yang nak sakit kan. Semua orang tak nak. Betul tak? Walauapapun, cikla sentiasa positif dan stick yang ini adalah ujian dan dugaan dari Allah. Mungkin ujian orang lain lebih berat dari kita. Bersangka baik pada Allah. Lagipun, macam orang selalu cakap, sakit kan penghapus dosa...

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa cikla dan dosa-dosa awak semua... Amin!

Doakan cikla ye...

20 March 2017

Nak sihat? Jom pilih makanan organik.

March 20, 2017 3 Comments
Nak sihat? Jom pilih makanan organik. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, kalau nak sihat kita mestilah berusaha untuk sihat. Lagipun, sekarang ni macam-macam penyakit kita dengar kan. Seharusnya, kita bijak memilih gaya pemakanan yang sihat supaya terhindar dari penyakit yang berbahaya. Salah satu trend sihat yang cikla rasa semakin mendapat tempat di hati orang adalah trend menanam dan memakan makanan organik.

Mungkin makanan organik masih lagi janggal di kalangan rakyat Malaysia dek kerana kurang pendedahan barangkali. Tapi, apa yang kita tak tau, dengan memakan makanan organik ia sudah tentu dapat membantu memberi kesihatan yang baik kepada kita, malah bumi jugak akan 'sihat' dan bebas dari bahan kimia.

Nak sihat? Jom pilih makanan organik.


Nak sihat? Jom pilih makanan organik.
Nak sihat? Jom pilih makanan organik. Sumber Google.


Memang tak dinafikan, sekarang ni pun sudah banyak ladang-ladang organik dibangunkan. Ladang organik adalah ladang yang bebas dari penggunaan bahan kimia sintetik dan racun makhluk perosak. Memang kita tau, kebanyakan ladang hari ini menggunakan bahan di atas untuk mengawal makhluk perosak dan penyakit, tapi ladang organik mengawal semua ni dengan cara natural, mekanikal dan biological. So, cara ni sememangnya lebih sihat.

Sungguhpun, harga makanan organik ni dikatakan lebih mahal, tapi perkongsian terhadapnya tetap ada dan amat menggalakkan. Mungkin kesedaran terhadap pentingnya menjaga kesihatan telah mula diutamakan oleh masyarakat. Tak kisahlah, walaupun mahal tapi bagi cikla 'harga' sebuah kesihatan itu lebih mahal dan takde tandingannya. Lagipun, orang cakap mencegah lebih baik dari mengubati kan... Betul tak?

Jom mulakan hari ni untuk sihat. Jom makan makanan organik.


Sumber KOSMO!

18 March 2017

Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.

March 18, 2017 6 Comments
Macam mana nak pilih langsir yang sesuai. | Assalamualaikum wbt. Ada ke orang tukar langsir rumah sebulan sekali? Takde kot. Paling tak pun tukar langsir time nak raya ataupun nak kenduri kawin. Betul tak? Dekat pasaran sekarang pun dah macam-macam jenis fabrik langsir cikla tengok. Tepuk dada, tanya selera je  bak kata orang. Lepas tu siapkan aje ongkosnya. Idak gitu kak Leha? Hihi...

Cikla ni bukanlah expert sangat dalam bab-bab deko ni. Tapi, cikla nak share jugak tips memilih langsir yang cikla baca ni. Manalah tau ia boleh memberi manfaat kepada yang memerlukan. Lagipun, sharing is caring kan kan kan... 

Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.


Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.
Macam mana nak pilih langsir yang sesuai. Sumber Google.


Sebelum korang nak pergi membeli langsir yang diidamkan, tentulah dulu jenis design tingkap dengan pintu rumah korang tu. Bukan saja design, ukuran tingkap dan pintu jugak penting terutama tingkap sebab ada yang tingkap 2, 3 dan 4. Bab ni memang kena betul-betul confirm sebab kalau salah ukuran dah tak cantik dah. Mana taknya, tingkap kecik, langsir pulak punyalah lebar. Begitulah jugak sebaliknya. Selain itu, kita jugak kena tentulah apakah 'fungsi' langsir yang kita nak pasang ni. Adakah ia sekadar hiasan atau memang kita nak gunakan ia untuk membatasi pandangan orang yang berapa di luar rumah atau untuk menghalang cahaya matahari masuk ke dalam rumah. 

Untuk mendapatkan ruang tamu yang ideal, pemilihan warna langsir sepatutnya match dan sesuai dengan warna dinding. Seeloknya, kalau dinding korang warna lembut, cerah atau pastel pilih warna langsir yang lebih cerah. Kalau dinding warna gelap pulak, pilihan langsir berwarna pastel adakah lebih sesuai. Di samping itu, konsep hiasan dalam rumah jugak sebaiknya menetapi design langsir yang nak dipilih. Pilihan fabrik langsir penting dan sesuaikan penggunaannya. Orang cakap kena bijak sikit suai padankan supaya nampak lebih menarik. 

Apa yang penting, korang kena elakkan menggunakan langsir yang berwarna terlalu gelap. Lepas tu, penuh pulak dengan corak-corak. Ciri ini akan menyebabkan ruang jadi lebih sempit. Macam cikla cakap, kena bijak suai padankan corak dan ciri langsir dengan perabot dan hiasan lain yang ada di ruang tersebut. Barulah nampak ohsem kan...

Rumah ku syurga ku. Seharusnya ia dihiasi dengan baik supaya mood happy akan datang kalau kita berkumpul bersama yang tersayang nanti... ❤❤


Sumber Ruangan Rumahku Syurgaku.

Perempuan.

March 18, 2017 0 Comments
Perempuan. | Assalamualaikum wbt. Rasanya memang betul apa yang tertulis tu. Sudah menjadi fitrah seorang perempuan sebegitu sifatnya. Tetap tersenyum biarpun duka, tetap ceria biarpun galau di hati.....


Perempuan.
Perempuan. Image from facebook.com.


Perempuan boleh tersenyum lebar walaupun hatinya sedang terluka, boleh menahan walaupun perit jiwanya, boleh bahagia walaupun sebenarnya dia kecewa. Perempuan juga sering kali berpura-purna kuat walaupun hakikatnya dia sebenarnya sudah terlalu penat untuk terus bertahan. 

Jangan ingat perempuan buat macam tu sebab mereka hipokrit, tapi semuanya dilakukan semua yang dilakukan demi yang tersayang....

Tak percaya? Pergilah tanya kat perempuan...

17 March 2017

The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.

March 17, 2017 4 Comments
The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje. | Assalamualaikum wbt. Aiseh... nampaknya cikla ditag lagi. Sebelum ni cikla telah ditag oleh blogger Ucing Kadayan dan blogger Mellya. Walau apapun, thanks kepada adik blogger Unni Anje sebab sudi tag cikla. Soalan dalam English, so tak ape ye cikla answers dalam bahasa. Hehe... *cikla perasan yang cikla sorang je kot bagi question dalam bahasa. Haha.

Oklah, jom kita tengok apakah soalannya dan cikla give an answer sekali ok. Senang sikit, betul tak? Concentrate pleaseeeee... πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.


The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje.
The Sunshine Blogger Award tagged by Unni Anje. 


Q1 : Who are you? Kali ni cikla bagi nama penuhlah. Nama seperti dalam kad pengenalan adalah Shahila binti Shahril. Just call me Cikla. Dilahirkan pada 28 Ogos 1982. Ibu muda *eceh.. mudalah sangat. Hihi ni mempunyai 4 orang anak (3 girl, 1 boy). Berblog since 2013 and alhamdullilah till now. Suka membaca dan berkongsi apa jugak yang dirasakan bermanfaat melalui blog. Cikla seorang yang agak tegas dan garang sikit, tapi jenis tak sampai hati dan mudah kesian dengan orang.. *lembut hati orangnya ni. Haha...

Q2 : During the course of your life is the most embarrassing this ever happened? Kalau sebelum ni cikla pernah terserempak dengan orang yang memang sejibik sejibon pakai tudung yang sama, cikla jugak pernah jugak mengalami satu lagi perkara yang agak shy shy cat jugaklah. Cikla nak tanya, apa perasaan korang bila dengan confidentnya korang berjalan tengah-tengah orang ramai, tetiba... Alamak! Tapak kasut tertanggal. Dahlah tak bawak kasut spare. Memang harulah. Terpaksa menyeret kaki nak jalan... Huhu...

Q3 : You like travel? why? Cikla rasa semua orang suka travel kan? Cikla pun suka, lebih-lebih lagi kalau ada orang belanja/sponsor. Haha. Dulu, masa anak tak ramai rajin jugak encik suami bawak pergi travel. Ni askar dah bertambah, macam agak payah sikit nampaknya. Biasalah, bila bawak budak-budak berjalan macam-macam drama wujud. Tak pasal-pasal spoil mood... Huahuahua.

Q4 : State in Malaysia,a state where your don't go? Banyak lagi negeri yang Cikla belum pernah sampai. Setakat ni cikla pernah ke Selangor (of course lah dah duduk sini kan. Haha), Pahang, Perak, Melaka dengan Negeri Sembilan. Selain dari tu, belum berkesempatan lagi. Sabah, Sarawak lagilah. Jauh nun di seberang Laut China Selatan.

Q5 : Which state cuisine that you like? ( unless your state). Cuisine yang cikla suka? *cuisine tu masakan rupanya, ku fikirkan budaya. Ish ish ish... Baiklah, Selain dari masakan dari negeri sendiri, cikla sukakan masakan dari negeri Pahang, iaitu masakan yang berasaskan ikan patin. Paling suka adalah ikan patin masak tempoyak. Sedap...

Q6 : Do you like your job now? Cikla dari dulu kerja jadi 'suri rumah tangga' and I love my job very much. Memang tak dinafikan sebagai suri rumah ni memang takde cuti pun, tapi kiranya kepuasan membesarkan anak 24 jam dan anak sentiasa berada di depan mata lebih berharga. Memanglah penat, *mana ada kerja yang tak penat kan tapi melayan dan melihat kerenah anak ni lebih kepada terapi diri sendiri. Rasa terhibur je bila tengok gelagat mereka. Itu belum lagi kalau diaorang 'berperang'... Lagilah... Korang rasa? πŸ˜†πŸ˜†

Q7 : The most disappointing in your life? why? Bila kepercayaan kita dikhianati... Sebab? Biarlah rahsia... 

Q8 : Who is the first person you're looking for if your are in emergency? Sudah tentulah suamiku yang tercinta... ❤️❤️❤️

Q9 : What is the first thing, will do when you wake up? Kalau bangunan Subuh tu, sebelum solat, cikla jerang air dulu. Then, barulah bersihkan diri and solat Subuh. Kadang-kadang tu, tengok telefon dulu.πŸ“±

Q10 : If someone give your 10k. what do you do? Sudah tentu settlekan hutang dulu. Tapi, rm10k tu buat bayaran PTPTN pun dah habis. Hihi.

Q11 : What you like about me? why? Pendapat cikla, Unni ni seorang yang peramah, senang ngam dengan orang, dan cikla suka dengan perkongsian yang Unni kongsikan di blog. Cuma lately, cikla macam jarang sikit blogwalking sebab kebizian sikit. Pepaham ajelah ibu 4 anak kan... Hihi.

Alhamdullilah... complete dah jawapannya. Cikla harap Unni berpuas hati ye...

Oh my sunshine.... ❤❤🌸🌸

15 March 2017

Ketiak hitam tiada lagi.

March 15, 2017 18 Comments
Ketiak hitam tiada lagi. | Assalamualaikum wbt. Bagi cikla, kalau nak cantik mestilah cantik luar dalam. Jangan hanya mementingkan penjagaan luaran saja, tapi yang dalaman? Lebih-lebih lagi yang 'tersembunyi' sepatutnya tak dipandang ringan. Tak dinafikan, ada orang mengalami masalah gelap dan kehitaman di bahagian yang tersembunyi seperti di ketiak dan lipatan leher. Betul kan? Jangan gusar ye, ni ada beberapa tips yang cikla nak share untuk mengatasi masalah ini. Kini ketiak hitam tiada lagi...

Apakah punca kehitaman dan daki yang ada di ketiak?


Sebelum cikla share tips untuk mengatasi masalah ketiak hitam ni, apa kata kita tengok dulu apakah penyebab dan punca kepada masalah ni. Sebenarnya, untuk pengetahuan korang punca utama kepada masalah ni adalah penggunaan deodorant yang tak sesuai lebih-lebih lagi kalau korang mempunyai kulit jenis sensitif. Bakteria akan membiak sekaligus menyebabkan jangkitan sehingga warna asal kulit berubah adalah kesan dari penggunaan deodorant yang tak dibersihkan dengan baik. Selain ia berpunca dari deodorant, masalah ini mungkin disebabkan oleh perubahan hormon lebih-lebih lagi semasa mengandung.

Mungkin ada yang tak tau sebenarnya cara mencukur yang salah boleh menjadi punca kepada masalah ni sebab kulit boleh terluka dan meninggalkan parut. Sudahlah cara mencukur salah, lepas tu guna pulak alat pencukur yang tak bersih lagilah bertambah-tambah masalah. Keadaan yang tak bersih ni menjadi salah satu faktor kewujudan bakteria dan bahagian bawah lengan korang tu gelap. Selain itu, pemakaian pakaian yang ketat terutama di bahagian ketiak, leher dan tepi peha pun oleh jadi penyebab masalah ni, di samping kurangnya perhatian kepada bahagian tersebut terutama masa korang mandi. Kurang sental gamaknya...


Ketiak hitam tiada lagi.
Ketiak hitam tiada lagi. Sumber Google.

Ketiak hitam tiada lagi. Berikut merupakan tips mencegah bahagian tersebut dari hitam dan berdaki.


Antara tips itu adalah, sebaiknya masa korang mandi, jangan lupa bahagian tersebut. Gosoklah dengan sempurna, sebab ia sangat penting. Lepas mandi, sapukan bahagian itu dengan bedak antibakteria untuk mengurangkan peluh. Selain itu, elakkan memakai pakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan terutamanya dengan memakai pakaian yang longgar dan menyerap peluh. Kalau nak mencukur pulak, pastikan alat pencukur yang nak digunakan itu bersih dan tak berkarat.

Untuk pengetahuan korang, penggunaan skrub badan semasa mandi juga digalakkan sebab ia boleh menyahkan sel-sel kulit mati dan daki. Tapi, guna sesekali je. Jangan guna hari-hari pulak tau. Selain itu, jangan menyembur minyak wangi pada ketiak secara direct sebab akan menyumbang bakteria membiak dengan jayanya. Apa yang terpenting, guna deodorant yang sesuai dengan kulit korang dan gunakan kaedah wax sebab ia dikatakan lebih baik dan selamat.

Ada petua tradisional yang boleh membantu mengatasi masalah ketiak hitam dan daki ni. Senang je, just guna limau nipis. Ada dua cara yang boleh dibuat, pertama campurkan air perahan limau nipis, bedak tawas dan sedikit madu, kemudian sapukan pada bahagian bermasalah, biarkan sekejap lepas tu dicuci dengan air bersih. Cara kedua lagi senang, ambil limau nipis potong dua, kemudian gosokkan limau tersebut secara membulat sebelum mandi. Lakukan secara konsisten, in shaa Allah hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Cikla ingat lagi, masa cikla dalam pantang, mak cikla ada buatkan campuran air limau nipis dengan kapur makan tu, kemudian sapu kat perut untuk menghilangkan daki sekaligus mengempiskan perut.


Petua lama, lebih selamat dan yang penting natural serta bebas dari chemical substance...


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

The Sunshine Blog Award tagged by Mellya.

March 15, 2017 7 Comments
The Sunshine Blog Award tagged by Mellya. | Assalamualaikum wbt. Kalau sebelum ni cikla gigih menjawab soalan yang dikemukakan oleh blogger Ucing Kadayan, sekarang cikla akan cuba menjawab sebaiknya soalan yang diberi oleh blogger Mellya pulak. By the way, thanks Mellya sebab sudi tag cikla.  

So, jom kita tengok apakah soalannya dan cikla bagi jawapaannya sekalilah. Senang sikit. Hihi. Tapi, jawapan dalam Malay je. Sebab 'oh my English' is tunggang langgang. Here we go!

The Sunshine Blog Award.


The Sunshine Blog Award tagged by Mellya.
The Sunshine Blog Award tagged by Mellya.


Q1 : What would you do if you had one million ringgit? Kalaulah cikla diberi one million ringgit, dah tentu cikla akan settle kan dulu hutang piutang yang ada. Then, belanja satu family pergi Haji. Lepas tu, beli apa yang diinginkan. Selebihnya, simpan untuk hari tua. Hehe. 

Q2 : What would your ideal day be like? Rasanya semua orang suka hari Jumaat kot, termasuklah cikla. Semua tau yang hari Jumaat merupakan penghulu segala hari dan in shaa Allah doa kita akan dimakbulkan. 

Q3 : Your best memory? Pengalaman melahirkan Kakak Batrisyia. Anak pertama kot. Dah la overdue time tu, lepas tu masa dalam labour room Memang orang cakap jadi 'bahan tontonan' lah. Time aku nak beranak jugaklah doktor pratikal nak berpraktikal. Uhh... 

Q4 : Would you rather visit the past or the future (of your own life?) Emm... rasanya cikla nak kembali ke zaman persekolahan. Memang best. Kenangan menakal dengan kawan baik, walking and gossiping memang sangat dirindui. Lebih-lebih lagi gossip pasal abang senior yang encem. Hehe... Tapi itulah, orang cakap perkara yang telah lepas tak mungkin kembali lagi. Apa yang pasti, ia tak akan dilupakan. 

Q5 : Favorite social media platform? Cikla list kan ikut yang cikla paling suka ye.
Blogger➡️ Facebook ➡️Google++ ➡️Twitter ➡️Instagram 

Q6 : If you had the chance to meet an author or celebrity, who would you choose? Kak Ziana Zain, sebab cikla memang suka giler lagu dia semua start dari album pertama lagi. 

Q7 : Do you prefer talking or texting? Dulu talking, sekarang texting kot. Hihi... 

Q8 : How did you come up with the name for your blog? Sebenarnya spontan je bagi nama 'ciklapunyabelog' ni. Cikla tu nama panggilan anak buah sebelah suami.  

Q9 : What is your advice for those trying to get into the world of blogging? Tetapkan niat nak tulis blog tu sebab apa? Sebab pendapat cikla, kalau kita dah stick dengan niat kita, in shaa Allah perjalanan sepanjang kita berblogging akan dipermudahkan. Apa yang penting, tulislah perkara yang bermanfaat dan memberi kebaikan kepada semua orang. Semoga kita beroleh ganjaran pahala. Amin.. 

Q10 : Beyond blogging, what do you (as a job)? Cikla seorang surirumah tangga, walaupun memiliki degree dalam bidang Chemical Engineering. πŸ‘©‍πŸ”¬

Q11 : If you could live in any country, which one would it be? Mungkin Brunei kot. Hihi. Tapi, apa yang penting Malaysia tetap di hati. Semoga sentiasa aman dan sejahtera Malaysiaku yang tercinta. πŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡ΎπŸ‡²πŸ‡Ύ

Fuhh.... selesai jugak menjawab semua soalan. Semoga adik Mellya berpuas hati dengan jawapan cikla. 


You're my sunshine... ehhh ❤❤️❤️

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali.

March 15, 2017 3 Comments
Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali. | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama je cikla tak join segmen kan. So, cikla nak join segmen anjuran blogger Shikin Razali dan nak ajak korang yang belum join tu untuk join sama. Lagi ramai, lagi bagus. Meriah sikit segmen kawan kita ni. Macam biasa, nak join klik banner di bawah ni. Jom klik secara berjemaah jom...

Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali.
Segmen : Awak Follow Saya, Saya Follow Awak By Shikin Razali.


Apa lagi, jomlah join. Segmen berlangsung dari 9/3/2017 hingga 9/4/2017. Wah sebulan jugak tu. 

Selamat bersegmen korang...

14 March 2017

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?

March 14, 2017 7 Comments
Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi? | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa hampir semua wanita suka pakai kasut tumit tinggi kan? Bagi cikla, susah nak pakai kasut tumit tinggi ni, walaupun wanita yang memakai kasut tumit tinggi ni akan nampak lebih feminim dan berkeyakinan. Tapi, tahukah korang memakai kasut tumit tinggi ni akan memberi kesan jangka masa panjang yang kurang baik terutama kepada postur badan dan kesihatan. So, bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi? Nah, inilah tipsnya yang cikla nak share.

Rasanya sebelum ni, cikla ada share pasal kasut tumit tinggi di SINI. So, tips yang berikutnya ni kiranya macam add-on lah... Jom baca jom...

Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?


Sebaiknya, elakkan dari membeli kasut tumit tinggi secara atas talian (online), sebab adalah lebih baik kita mencuba dulu kasut tersebut sebelum membelinya. Bukan apa, kita kena tahu apakah saiz yang betul-betul match dengan kaki kita. Kalau korang nak tau, saiz kasut yang paling sesuai dengan kaki kita adalah yang muat bila disarungkan, tapi ia masih ada lagi ruang supaya jari kaki kita 'bergerak bebas' bila kita berjalan. Memakai kasut yang sempit akan menyebabkan kaki melecet dan lama-lama tulang jari kaki boleh berubah atau dikenali sebagai jemari hammer. Hujung kasut yang berbentuk bulat di depannya adalah lebih baik dari hujung kasut yang berbentuk tajam.

Ada yang beranggapan, memakai kasut yang bertapak tebal lebih baik dari memakai kasut bertumit tinggi. Sebenarnya tanggapan tu salah, sebab kasut bertapak tebal adalah tak fleksibel dan kita kena angkat kaki setingginya untuk mengelakkan dari tersadung. Di samping itu, kasut jenis ni lebih berat dan memakainya seperti meletakkan 'beban' di kaki. Apa yang disarankan adalah memilih kasut yang memberi posisi yang baik dan betul pada kaki. Posisi kasut tersebut mestilah selari dengan tapak kaki supaya lebih selesa. Sepatutnya, tumit kasut berada betul-betul di bawah tulang tumit. Kalau sebaliknya berlaku, seseorang akan mudah jatuh bila berjalan.


Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?
Bagaimana mengurangkan rasa sakit semasa memakai kasut tumit tinggi?
 Sumber Google.


Kalau boleh, elak dari membeli kasut yang terlalu murah sebab mungkin ia diperbuat dari plastik yang akan menyebabkan kaki mudah berpeluh dan sakit terutama di bahagian tumit. Tapi, kalau kasut korang jenis 'keras' dan selalu menyebabkan kaki melecet, korang boleh letakkan 'pelapik' jenis fabrik suede di bahagian belakang kasut. Selain tu, korang boleh meletakkan kusyen tapak kaki yang ada gel pelembut di dalamnya supaya kesan hentakan pada tapak kaki dapat dikurangkan, lebih-lebih lagi kalau kasut korang tu bertapak nipis.

Cikla tau, ada orang terpaksa memakai kasut tumit tinggi disebabkan oleh kerjaya yang memerlukan mereka berpenampilan begitu. So, untuk 'menyegarkan' semula kaki korang yang sakit sebab memakai kasut tumit tinggi tu dalam tempoh yang lama korang boleh cuba petua ni. Just rendam kaki korang dalam air sejuk yang dipenuhi ais untuk memberi kelegaan pada kaki dan mengurangkan rasa sakit itu. Selain itu, sebelum tidur pulak korang sapukan kaki korang dengan krim kaki sebab ia boleh melembutkan kulit kaki dan mencegah dari melecet serta pecah.

Sayangi kaki kita ketat-ketat...


Sumber Metro!

13 March 2017

The Sunshine Blog Award tagged by Ucing Kadayan.

March 13, 2017 23 Comments
The Sunshine Blog Award tagged by Ucing Kadayan. | Assalamualaikum wbt. Terlebih dahulu, thanks pada blogger Ucing Kadayan sebab sudi tag cikla. In shaa Allah, cikla akan cuba jawab soalan yang diberi sebaik mungkin. Sebelum tu, cikla nak share apakah The Sunshine Blog Award ni. 

The Sunshine Blog Award.

The Sunshine Blog Award is given to “bloggers who positively and creatively inspire others in the blogosphere“.


Antara rules untuk peserta yang nak menyertainya adalah seperti berikut. 

  1. Thank the person(s) who nominated you in a blog post and link back to their blog. 
  2. Answer the 11 questions sent by the person who nominated you. 
  3. Nominate 11 new blogs to receive the award and write them 11 new questions. 
  4. List the rules and display the Sunshine Blogger Award logo on your post and/or on your blog.

The Sunshine Blog Award tagged by Ucing Kadayan.


So, inilah 11 soalan dari blogger Ucing Kadayan berserta jawapan dari cikla. Here we go...

1) Terangkan kepada saya siapa awak sebenarnya? Siapa saya? Of course lah saya Cikla Shahril. Seorang isteri dan ibu kepada 4 anak. Anak jati Selangor, dan seorang yang ceria. Part time blogger sejak 2013 till now. 
2) Makanan kesukaan yang tidak boleh di lupakan? Makanan kesukaan tak boleh dilupakan adalah asam pedas. Cikla kalau hari-hari menu asam pedas pun ok. Lagi satu, cikla suka makan bilis goreng dengan cili. Memang tak pandang lauk lainlah. Makan tu je dah ok dah.

3) Musik yang selalu dimainkan ketika bersedih? Cikla suka slow rock era 90-an tu, Tak kiralah time sedih ke gembira pun boleh layan jugak.
4) Pengalaman memalukan yang terjadi di hadapan orang ramai? Ermm... Apa ye. Terserempak dengan orang yang pakai tudung sama sebijik dengan yang cikla pakai. Memang totally same. Corak pun sama... Malunya... Hihi..
5) Apa yang anda buat pada masa lapang? Membaca dan kemas rumah luar dalam. 
6) Peristiwa kejutan (suprise) yang menyeronokan? Bila dapat hadiah dari yang tersayang. Auwww... so sweet.
7) Perkara yang membuat anda marah? Ditipu dan manusia talam dua muka.
8) Peristiwa yang menyeramkan? Terasa macam ada kelibat masa duduk umah sorang-sorang. 
9) Bagaimana cara seseorang itu boleh membuatkan anda senyum? Make me happy... 
10) Lawak habis sampai anda sakit perut tergolek-golek? Kakak Damia balik sekolah dengan kasut terbalik. Bertuah punya anak. Hihi.
11) Bila waktu dan masa membalas 11 soalan saya ini? Hari Isnin jam 10.35 malam.

So, untuk memenuhi syarat yang ditetapkan cikla nak tag 11 blogger cool yang sudilah kiranya menjawab soalan cikla nanti. Kita tengok siapa yang kena...


Dan soalan yang mesti dijawab adalah;


  1. Ceritakan pasal diri korang secara ringkas dan nama timangan korang sekali.
  2. Sejak bila korang berblog dan sebab utama mengapa korang menceburkan diri dalam blogging.
  3. Apa yang korang mesti buat sebelum tidur. (Tak semestinya baca Doa tidur, basuh kaki tau). Cikla nak lain dari yang lain.
  4. Orang yang korang paling adore? Dan mengapa.
  5. Makanan yang korang tak boleh makan langsung. Kalau korang makan jugak kena alergik dan sebagainya.
  6. Pencapaian terbaik korang sepanjang berblog.
  7. Pengalaman paling pahit korang sepanjang berblog.
  8. Siapa yang korang teringin sangat nak jumpa dan mengapa.
  9. 5 barang penting yang ada dalam handbeg korang.
  10. Apakah cita-cita pertama korang masa kecil dulu?
  11. Apakah aspirasi korang dalam dunia blog ni pada masa akan datang. Mungkin 10 tahun akan datang ke... 

Selamat menjawab ye....

Senarai peserta Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

March 13, 2017 8 Comments
Senarai peserta Segmen BLOGLIST April 2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. | Assalamualaikum wbt... Sebelum tu, cikla nak ucapkan terima kasih kepada yang sudi join... Berikut merupakan senarai peserta Senarai peserta Segmen BLOGLIST April  2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.... Jom semak!

Senarai peserta Segmen BLOGLIST April  2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my.

Senarai peserta Segmen BLOGLIST April  2017 ciklapunyabelog dot blogspot dot my. 


Terima kasih sekali lagi pada yang sudi join. Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri tau.... Pada yang belum join, meh Klik SINI untuk join. Jemput join ramai-ramai, kasi meriah sikit.

Happy blogwalking semua... ❤❤❤

Mat Dan bukan bujang lagi.

March 13, 2017 6 Comments
Mat Dan bukan bujang lagi. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa mesti korang kenal Mat Dan ni kan. Sebelum ni dia menjadi tular sebab kefasihan dia bercakap dalam loghat Terengganu. Khabarnya si Mat Dan ni bukan bujang lagi dah. Haha. Dah kenapa pulak dah. Maknanya, dia dah kawinlah...

Menurut Metro, Mat Dan sudah selamat bernikah dengan gadis pilihannya semalam dalam sebuah majlis tertutup dengan sekali lafaz je. Huyooo... cayalah Mat Dan sekali lafaz tu. Hihi. Apa yang menariknya, isterinya itu pun 'mek terengganu'. Molek doh tu... Hihi. 

Pasangan pengantin baru tu dikatakan telah bertunang pada sebelah pagi hari yang sama. Kira oklah tu kan. Lagipun, bertunang lama-lama tak elok, banyak dugaannya dan godaannya. 


Mat Dan bukan bujang lagi.
Mat Dan bukan bujang lagi. Sumber Google.

Majlis itu juga dihadiri oleh kedua ibu bapa Mat Dan dan saudara mara terdekat je. Tapi, majlis resepsinya mungkin diadakan pada hujung tahun sebab menghormati keluarga isterinya yang baru kehilangan ayah.

Tahniah Mat Dan dan isteri. Semoga kekal hingga ke Jannah. Amin...

12 March 2017

The harder you work...

March 12, 2017 7 Comments
The harder you work... | Assalamualaikum wbt. "The harder you work, the luckier you get..."

Betullah tu. Sekuat mana kita berusaha untuk mencapai sesuatu, sepatutnya setimpal dengan apa yang kita buat. Jadi berusahalah untuk apa yang kita inginkan. Cepat atau lambat, hasilnya pasti akan kita dapat juga.


The harder you work...
The harder you work... Sumber Google.


Kalau kita memang nakkan apa yang kita mahukan, dah tentu kita bersungguh-sungguh dan berusaha untuk mendapatkannya. Orang cakap jangan hanya hangat-hangat tahi ayam... 

Bukan apa, kalau kita dapat apa yang memang kita nak dah tentu kita lebih menghargainya. Betul tak? 

Hargailah apa yang kita ada... Bersyukurlah.



11 March 2017

Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.

March 11, 2017 6 Comments
Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing| Assalamualaikum wbt. Orang cakap nak seribu daya tak nak seribu dalih. Cikla setuju sangat dengan peribahasa ni. Kalau kita nak, apa jugak cara pun kita mesti nak try kan asalkan tercapai apa yang kita nak. Betul tak? Sebenarnya, bukan susah pun nak kekalkan 'kelangsingan' kita. Kita tak perlu belanja besar untuk kekal langsing. Sihat pun sihat, sebab bahan semulajadi kan. Guna bahan alami je, bahan yang selalu kita guna kat dapur kita tu. Tak payah nak perabih duit banyak-banyak untuk ni semua.

Jom kita semak apakah dia.

Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.


Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing.
Tak perlu belanja besar untuk kekal langsing. Sumber Google.

Limau nipis; limau ni dikatakan mengandungi banyak air dan vitamin C yang tinggi. Caranya senang je, ambil limau nipis dan belah empat, kemudian perah jusnya. Campurkan jus perahan ini dengan secawan teh pahit yang pekat. Minum campuran ni setiap malam sebelum korang nak tidur.

Nanas; buah ini juga kaya dengan vitamin C, selain ia dikatakan dapat mengurangkan gejala beberapa penyakit. Caranya, ambil nanas yang tak terlalu masak, kupas kulit dan cuci bersih-bersih. Potong dan kemudian parut untuk ambil jusnya.  Sebaiknya amik patinya, dan minum 2 kali sehari. Mudahkan?  Cubalah.

Delima; dikatakan setiap bahagian pokok delima itu ada gunanya *termasuk akar dan kulit kayunya Terdapat delima merah dan ungu. *cikla pernah makan delima merah je. Untuk menguruskan badan, ambil 2 helai daun delima muda, kemudian cuci. Selepas tu, tumbuk daun tu. Bila dah halus, ramas sekejap daun tu dan campurkan daun yang dah ditumbuk dengan 3 gelas air panas. Kemudian, campurkan dengan sedikit garam dan tapis. Ambil air yang dah ditapis, kemudian minum 2-3 kali sehari sebanyak setengah gelas.

Lobak merah dan timun; jus lobak merah dan timun dikatakan dapat mengubati obesiti. Senang je, cuma ambil 2-3 batang lobak merah dan sebiji timun, kemudian parut kedua-duanya dan ambil jusnya. Kalau nak tambahkan rasa, tambahkan je dengan sedikit pati limau nipis. Minum jus itu 2 kali sehari sampai korang dapat berat badan yang korang nak. Cubalah!

Halia; ramai yang dah tau kot jus halia memang sangat berkesan untuk membuang angin dalam badan sekaligus menurunkan berat badan kita. Lagipun, air halia dikatakan bagus untuk pembakaran lemak dalam badan. Caranya adalah dengan, ambil halia *dalam 5 inci buang kulitnya, kemudian cuci bersih-bersih dan rebus. Bila air dah cukup mendidih, tapis dan sejukkan. Minum air rebusan tersebut sebelum makan. *makan tengah hari dan makan malam.

Nah, tak susah pun kan. Bahannya pun murah dan senang dapat. Tak payah nak keluar duit banyak-banyak. Apa yang penting, kesungguhan dan niat. Kurus langsing bukan untuk cantik je tau, tapi untuk sihat jugak.

Selamat mencuba. 


Sumber : Ruangan Info Sihat.

10 March 2017

Kek daging mentah jadi trend?

March 10, 2017 15 Comments
Kek daging mentah jadi trend? | Assalamualaikum wbt. Korang jangan ingat pulak trend ni kat Malaysia ye. Sebenarnya ini adalah trend masyarakat di Jepun menggunakan kek daging mentah sebagai kek harijadi menggantikan kek yang biasa kita tengok. Kek ni dihasilkan dari kepingan daging stik mentah dan filet ikan yang dibentuk jadi corak bunga-bungaan.

Kadang-kadang manusia ni dalam mencari 'kelainan', janganlah sampai nampak pelik. Mungkin ada sesetengah boleh terima, tapi bukan semua kan... Huhu...

Kek daging mentah jadi trend?
Kek daging mentah jadi trend?


Tapi, cikla ingat diaorang makan terus kek daging mentah tu terus. Mujurlah diaorang masak dulu  sebagai stik atau stimbot sebelum di makan. Kalau tak...

Huishhh... macam-macam kan...


Sumber KOSMO!

09 March 2017

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.

March 09, 2017 7 Comments
Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat. | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah banyak kali dah kot cikla share macam mana untuk mendapatkan kulit sihat, terutamanya secara alami atau semulajadi. Bukan apa, bagi cikla kulit wajah antara yang perlu kita beri perhatian sebab kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkaitan dengan kulit sudah tentu menjejaskan penampilan kita. Betul tak?

Sebenarnya tak susah pun untuk  mendapatkan kulit sihat. Simple dan sangat senang. Tapi itulah, kadang-kadang perkara yang senang ni lah kita pandang sambil lewa je. Nanti bila dah timbul masalah, barulah pening nak atasinya. Korang percaya tak, dengan hanya minum air kita mampu mendapatkan kulit sihat secara optimum. Dengan meminum air yang cukup, ini mampu menjadikan kulit kita kekal hidrat. Air mampu menghindarkan kita dari kulit yang kusam dan keletihan.

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.
Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat. Sumber Google.

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.


Cikla rasa korang mesti dah tau kot yang kita memang digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari. Kalau lebih pun takpe, lagi bagus. Bukan apa, kalau korang dah biasa minum air yang banyak, badan akan rasa lebih sihat dan fresh. Toksin pun akan mudah disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan peluh, so badan akan bebas toksin dan rasa lebih bertenaga.

Bersenam jugak penting tau, sebab ia dapat membantu melancarkan peredaran darah. So, kesannya nanti, kulit korang akan lebih berseri dan kekal anjal. Selain itu, kalau boleh kurangkan mandi dengan air panas dan cucilah muka dengan air sejuk sebab ia boleh menggalakkan kelancaran peredaran darah. Lagipun, air sejuk akan menjadikan badan kita merasa segar dan mengelakkan lesu.

Apa yang penting, jangan guna sabun pada kulit sebab ia mungkin boleh menyebabkan radang, lebih-lebih lagi kalau kulit korang jenis kulit sensitif.

Jom cantik sama-sama!


Sumber Metro.

[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.