26 March 2017

# petua dan sumber alami

Halia, herba ajaib untuk cantik.

Halia, herba ajaib untuk cantik. | Assalamualaikum wbt. Semua orang nak cantik kan, lebih-lebih lagi bila menggunakan bahan yang selamat, bebas dari bahan kimia dan tentunya menjimatkan. Ada ke bahan macam tu? Mestilah ada, guna je halia. Biasa kita tau, halia kita gunakan dalam masakan dan kesihatan kan.

Tapi, sebenarnya untuk cantik pun boleh. Nak tau betapa bagusnya halia ni? Jom baca...

Halia, herba ajaib untuk cantik.

Halia, herba ajaib untuk cantik.
Halia, herba ajaib untuk cantik. Sumber Google.

Cikla percaya, semua orang terutamanya perempuan mesti nakkan bibir yang merah secara semulajadi kan? Betul tak? Senang je, just guna halia je. Caranya, kupas halia muda dan tumbuk jangan hancur sangat. Kemudian, ambil halia tersebut dan oleskan pada bibir. Tapi, korang jangan tonyok kuat-kuat pulak pada bibir tu, just gosok-gosok manja gitu. Hehe. Buat sekali sehari. Cara ni dikatakan dapat menyahkan sel-sel kulit mati seterusnya bibir akan merah semulajadi.

Cikla rasa korang pun mesti tau kan yang halia ni memang bagus sangat untuk menyingkirkan angin dan toksin dari badan. Nak tau macam mana? Caranya, rendam halia yang dihiris dengan teh uncang dan sedikit gula perang dalam air panas. Biarkan selama 2 minit sebelum diminum. Amalkan setiap hari pun takpe. Selain itu, cik halia kita ni jugak boleh memecahkan lemak sekaligus membantu menurunkan berat badan secara semulajadi. Just, hiriskan je halia kemudian letak dalam air panas, then diminum ketika perut kosong. In shaa Allah, korang tak kan kecewa dengan hasilnya nanti.

Ada sesetengah orang mengalami masalah bau badan kan. Minyak wangi, deodorant pun dah guna tapi still 'bau' jugak. Emm... takpe, jangan risau. Halia boleh membantu menyahkan bau badan yang kurang enak itu. Senang je, amalkan je meminum air halia dengan teh atau just kunyah je halia yang ditumbuk halus. *kalau cikla lebih prefer minum tu je kot, nak kunyah direct macam tak terkunyah je... Hihi... Kalau tak lalu jugak, just tambahkan aje halia dalam menu masakan korang. Lagi sedap kot.

Wah... berserinya muka awak. Apa rahsianya? Ala, guna halia je. Caranya, halia diketuk separuh hancur kemudian direndam dengan satu sudu madu dan air panas. Biarkan sekejap sebelum diminum setiap pagi. Kelebihan campuran ini dikatakan boleh menjadikan perjalanan darah lebih lancar dan badan lebih hangat. So that, dia akan menjadikan wajah kita berseri-seri gitu. Kalau nak hasil yang bagus, amalkan secara konsisten. Selain itu, guna halia untuk melulur. Tumbuk halia, kemudian campurkan dengan tepung beras yang diblend kering. Campurkan keduanya dan bancuh *biarkan pekat, kemudian sapukan ke badan korang.

Kalau cara cikla senang je, just tambah je banyak-banyak halia dalam menu masakan korang sehari-hari. Lagi senang kan...

Jom cantik dengan halia....❤❤


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

11 comments:

  1. Saya pun masak mesti nak buh halia.. kalau takde halia.. bawang putih banyak2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bwg putih pun bagus jugak. Org ckp antibiotic semulajadi...

      Delete
  2. Wkmsalam.
    Banyak khasiat halia ni.
    Selain untuk kecantikan, untuk kesihatan juga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... yg penting kena rajin apply... baru dpt hasilnya...

      Delete
  3. Halia memamg bagus tp tu lah, nak boleh amalkan tu yg susah. By the way, thanks cikla berkongsi tips. Mana tau terbuka hati nak cuba part yg kuruskan badan tu 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Setuju dgn Ana ckp. Nak amalkan tu susah... dh amalkan kena istiqamah.. baru hasilnya tiptop...

      Delete
  4. Dulu biasa amalkan munum air teh dengan halia, memang best pagi2 lagi dah buang angin dalam badan..memang rasa segar selalu. Skrg ni teh dah kurang minum cuma halia tetap diamalkan.. memang ajaib utk kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Halia mmg berkesan utk buang angin... Lagipun petua org lama jugak...

      Delete
  5. Memang banyak kehebatan halia especially part buang angin..SA suka letak elemen halia dalam makanan...best...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..kalau nk mkn gitu je tak tertelan kot. Masuk dlm masakan ok lagi.. hihi

      Delete
  6. wah...bagus juga idea ni...boleh cuba sebab saya ni kalau salah tiun makan perut mesti meragam...mybe cara ni leh bantu..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.