Kanta lekap.

Friday, March 03, 2017

Kanta lekap. | Assalamualaikum wbt. Cikla memang pengguna kanta lekap, tapi bukan yang berwarna merah, kuning, biru, hijau tu. Cikla guna kanta lekap tanpa warna dan ada power sebab cikla seorang yang rabun jauh. Sekarang cikla guna brand softlens yang kotak warna biru tu, sebab ia lebih lembut berbanding kotak yang warna hijau.

Rasanya dah bertahun jugaklah cikla pakai kanta lekap, since cikla belajar kat UKM dulu. Cikla pakai kalau nak keluar je, kat rumah memang cikla pakai spek. Tapi, lately dah jarang pakai sebab macam takdan je. Hehe. Kalau nak keluar, mesti macam rushing je nak siapkan anak lagi, kita lagi nak bersiap. Yang encik suami pulak tak menyabar. Cepatlah, cepatlah. So, memang wassalamlah jawabnya. Pakai spek sudah, sonang...

Zaman sekarang ni, orang yang pakai kanta lekap ni tak semestinya rabun je. Yang tak rabun pun boleh pakai. Untuk melawa gitu. Tapi, nak pakai kanta lekap ni banyak yang kena diberi perhatian, terutama dari segi penjagaan. 




Kanta lekap.
Kanta lekap. Sumber Google.


Sebelum korang nak pakai kanta lekap, ada beberapa tips penggunaan dan penjagaan yang korang kena ambil kisah sebab ia tersangatlah pentingnya. Kalau kita sambil lewa je, takut 'tabiat' kita ni akan mendatangkan kemudaratan pada anugerah yang sangat penting ni. Nauzubillah... mintaklah dijauhkan. Amin.

Perkara pertama yang korang kena selalu ingat sebelum 'memegang' kanta lekap adalah basuh tangan korang sebersihnya. Elakkan memegang bahan yang berminyak atau pewangi sebelum korang sentuh kanta lekap. Begitu jugak kalau korang nak bukak kanta lekap pun mesti basuh tangan dulu. Ingat tu. Selain itu, jangan campurkan kanta lekap sebelah kiri dan kanan sebab kadang-kadang kedua-dua belah tu power nya lain-lain. Jangan lupa bersihkan kanta lekap dengan menggunakan solutions yang dikhususkan untuknya, termasuklah jugak bekas kanta lekap pun kena bersihkan jugak. 

Masa korang pakai kanta lekap tu, tetiba rasa tak selesa buka kanta lekap tersebut dan cuci dengan solutions khas. Kalau rasa tak selesa jugak, korang disyorkan tukar kanta lekap yang baru. Kalau mata korang still gatal dan merah walaupun tak memakai kanta lekap itu tanda mata korang dah kena infection. So, cepat-cepat jumpa doktor untuk rawatan lanjut. 

Sebaiknya, bagi korang yang suka ber make-up, pakai kanta lekap dulu sebelum korang menyolek di bahagian mata korang. Rehatkan mata dan bebas dari kanta lekap sekarang-kurangnya 2 hari seminggu demi mengekalkan kesihatan mata yang sihat dan baik. Tapi, bagi cikla apa yang terpenting adalah jangan pakai kanta lekap yang dah lebih expired dari tempoh yang ditetapkan. Jangan korang tengok kanta lekap tu masih elok dan nampak baru, korang pun pakaikah lebih sebulan (untuk kanta lekap sebulan punya). Bahaya tau, sebab takut nanti ada infection pulak pada mata tu kang. 

Jangan nanti sebab nak jimat punya pasal, mata pulak jadi 'korban'. Tak ke naya macam tu. 

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

You Might Also Like

6 Orang yang komen.

  1. Aah betul tu kak. sekarang memang yang pakai kanta lekap untuk tujuan melawa ja. bukannya rabun pun. saya tak pernah lagi pakai kanta lekap ni sebab sayang mata and takda keperluan lagi hehe.

    ReplyDelete
  2. Wahhh, header dah baru..cantik la ...

    ReplyDelete
  3. Kebersihan adalah perkara penting semasa memakai kanta lekap, setuju dengan tips cikLa, kalau salah cara, dapat penyakit mata pula kan...

    ReplyDelete
  4. rasa takot ja pkai kanta lekap nih

    ReplyDelete
  5. elsa memang rabun. so memang elsa pakai lens jugak tapi gilir gilirkan dengan cermin mata hehe. tapi biasalah makin lama elsa pakai makin tak heran lansung dengan penjagaan lens. huhu tak semegah perangai elsa

    singgah klik nuffnang :) http://elsaalicious.blogspot.my/2017/03/berhutang-bahagian-2.html

    ReplyDelete
  6. pernah dulu kala dari anak dara hingga anak 3 aida bercontact lens.
    izzat umur 1 thn, aida pakai spec balik.
    sebab mata da start gatal. tukar contact lens pun still mata tak sihat.
    maka, sampai skang ler spec jer.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bloglist Mac 2017

Geng AFBians

Pengomen Tegar