09 March 2017

# infotips cantik

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat. | Assalamualaikum wbt. Rasanya dah banyak kali dah kot cikla share macam mana untuk mendapatkan kulit sihat, terutamanya secara alami atau semulajadi. Bukan apa, bagi cikla kulit wajah antara yang perlu kita beri perhatian sebab kalau ada apa-apa masalah yang timbul berkaitan dengan kulit sudah tentu menjejaskan penampilan kita. Betul tak?

Sebenarnya tak susah pun untuk  mendapatkan kulit sihat. Simple dan sangat senang. Tapi itulah, kadang-kadang perkara yang senang ni lah kita pandang sambil lewa je. Nanti bila dah timbul masalah, barulah pening nak atasinya. Korang percaya tak, dengan hanya minum air kita mampu mendapatkan kulit sihat secara optimum. Dengan meminum air yang cukup, ini mampu menjadikan kulit kita kekal hidrat. Air mampu menghindarkan kita dari kulit yang kusam dan keletihan.

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.
Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat. Sumber Google.

Kepentingan minum air untuk mendapatkan kulit sihat.


Cikla rasa korang mesti dah tau kot yang kita memang digalakkan meminum air sekurang-kurangnya 2 liter atau 8 gelas sehari. Kalau lebih pun takpe, lagi bagus. Bukan apa, kalau korang dah biasa minum air yang banyak, badan akan rasa lebih sihat dan fresh. Toksin pun akan mudah disingkirkan dari tubuh melalui air kencing dan peluh, so badan akan bebas toksin dan rasa lebih bertenaga.

Bersenam jugak penting tau, sebab ia dapat membantu melancarkan peredaran darah. So, kesannya nanti, kulit korang akan lebih berseri dan kekal anjal. Selain itu, kalau boleh kurangkan mandi dengan air panas dan cucilah muka dengan air sejuk sebab ia boleh menggalakkan kelancaran peredaran darah. Lagipun, air sejuk akan menjadikan badan kita merasa segar dan mengelakkan lesu.

Apa yang penting, jangan guna sabun pada kulit sebab ia mungkin boleh menyebabkan radang, lebih-lebih lagi kalau kulit korang jenis kulit sensitif.

Jom cantik sama-sama!


Sumber Metro.

7 comments:

  1. terima kasih sis atas ingatan... mmg 2 perkara yg malas nak buat tu... hehe

    ReplyDelete
  2. yg keja kat opis pun, kena minum lebih lagi kalau dok bawah aircond ni haaa

    ReplyDelete
  3. Betul..setuju cik la..saya baru je beberapa bulan start amalkan minum air putih ikut kuantiti yang diperlukan..kalau dulu pandang tepi je air putih ni..

    ReplyDelete
  4. Air memang sumber kesihatan yang baik untuk kulit... tapi saya jarang minum air kosong, tak ada disiplin nak minum air kosong...

    ReplyDelete
  5. terima kasih share sis! elsa tak selalu minum air suam tau. tak tahu lah kenapa. kecuali kalau terlampau penat dan kehausan, memang carik air suam saja huhu

    ReplyDelete
  6. Siqah akan cuba minum air masak 2L sehari tapi kadang2 miss jugak. Huhu. Tak suka sangat minum air masak. Kena paksa diri.

    ReplyDelete
  7. Lately ni ana dah sebati dengan air masak. Kalau dulu bukan main payah lagi.huhu.

    Guna sabun untuk cuci mukantu ana buat time sek dulu. Tak mampu nak beli pencuci muka time tu. Huhu.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.