Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.

Saturday, March 18, 2017

Macam mana nak pilih langsir yang sesuai. | Assalamualaikum wbt. Ada ke orang tukar langsir rumah sebulan sekali? Takde kot. Paling tak pun tukar langsir time nak raya ataupun nak kenduri kawin. Betul tak? Dekat pasaran sekarang pun dah macam-macam jenis fabrik langsir cikla tengok. Tepuk dada, tanya selera je  bak kata orang. Lepas tu siapkan aje ongkosnya. Idak gitu kak Leha? Hihi...

Cikla ni bukanlah expert sangat dalam bab-bab deko ni. Tapi, cikla nak share jugak tips memilih langsir yang cikla baca ni. Manalah tau ia boleh memberi manfaat kepada yang memerlukan. Lagipun, sharing is caring kan kan kan... 

Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.


Macam mana nak pilih langsir yang sesuai.
Macam mana nak pilih langsir yang sesuai. Sumber Google.

Sebelum korang nak pergi membeli langsir yang diidamkan, tentulah dulu jenis design tingkap dengan pintu rumah korang tu. Bukan saja design, ukuran tingkap dan pintu jugak penting terutama tingkap sebab ada yang tingkap 2, 3 dan 4. Bab ni memang kena betul-betul confirm sebab kalau salah ukuran dah tak cantik dah. Mana taknya, tingkap kecik, langsir pulak punyalah lebar. Begitulah jugak sebaliknya. Selain itu, kita jugak kena tentulah apakah 'fungsi' langsir yang kita nak pasang ni. Adakah ia sekadar hiasan atau memang kita nak gunakan ia untuk membatasi pandangan orang yang berapa di luar rumah atau untuk menghalang cahaya matahari masuk ke dalam rumah. 

Untuk mendapatkan ruang tamu yang ideal, pemilihan warna langsir sepatutnya match dan sesuai dengan warna dinding. Seeloknya, kalau dinding korang warna lembut, cerah atau pastel pilih warna langsir yang lebih cerah. Kalau dinding warna gelap pulak, pilihan langsir berwarna pastel adakah lebih sesuai. Di samping itu, konsep hiasan dalam rumah jugak sebaiknya menetapi design langsir yang nak dipilih. Pilihan fabrik langsir penting dan sesuaikan penggunaannya. Orang cakap kena bijak sikit suai padankan supaya nampak lebih menarik. 

Apa yang penting, korang kena elakkan menggunakan langsir yang berwarna terlalu gelap. Lepas tu, penuh pulak dengan corak-corak. Ciri ini akan menyebabkan ruang jadi lebih sempit. Macam cikla cakap, kena bijak suai padankan corak dan ciri langsir dengan perabot dan hiasan lain yang ada di ruang tersebut. Barulah nampak ohsem kan...

Rumah ku syurga ku. Seharusnya ia dihiasi dengan baik supaya mood happy akan datang kalau kita berkumpul bersama yang tersayang nanti... ❤❤


Sumber Ruangan Rumahku Syurgaku.

You Might Also Like

6 Orang yang komen.

  1. Tips yang bagus! Ni mesti Cikla tengah dok usha usha langsir baru kn.hehehe

    ReplyDelete
  2. Rambang mata kalau pergi nagoya. Ana pula bukan reti bab2 hiasan rumah ni. Last sekali buat bidai. Tarik turun je. ��

    ReplyDelete
  3. Betul tu cikla...rumahku syurgaku, mood harus happy nampak rumah kita cantik, sedap mata memandang...

    ReplyDelete
  4. Wkmsalam.
    Rumah kita kalau Xde langsir macam tak sah ye

    ReplyDelete
  5. kita suka corak langsir yang tak terlalu crowded dengan bunga² atau corak lain..suka palin je,tambah pulak dengan dua atau tiga warna

    ~ Kisahsidairy~

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.

Bloglist Mac 2017

Geng AFBians

Traffic