23 March 2017

# penampilan diri

Makna di sebalik senyuman itu.

Makna di sebalik senyuman itu. | Assalamualaikum wbt. "Senyum seindah suria, yang membawa cahaya. Senyumlah dari hati, duniamu berseri..." Korang ingat tak lagu ni. Sebenarnya, orang yang suka senyum ni memang bagus sebab ia dikatakan mempunyai ketahanan badan yang lebih baik serta terhindar dari penyakit. Tapi, kalau korang nak tau, ada beberapa jenis senyuman yang mungkin korang tak tau.

Jom baca ni, cikla nak share makna di sebalik senyuman korang yang manis itu. Jom jom...

Makna di sebalik senyuman itu.


Makna di sebalik senyuman itu.
Makna di sebalik senyuman itu. Sumber Google.


Semua orang suka senyum lebar kan, lebih-lebih lagi kalau ada perkara yang menggembirakan hati. Tapi, korang nak tau tak orang yang senyum macam ni dikatakan mengekspresikan sikap percaya dari dan positive aura melalui senyumnya itu. Selain itu, ia menunjukan mereka bersikap peramah tapi kadang-kadang mungkin senyuman lebarnya itu adalah salah satu cara dia nak sembunyikan kesedihan hatinya. Orang yang tersenyum simpul dikatakan memberikan emosi yang berlainan sebab ia memberi hint yang dia sedang 'memikirkan' sesuatu perkara yang tersirat.

Selain itu, kalau seseorang itu tersenyum sambil memalingkan mukanya, ia dikatakan pemalu orangnya dan kurang yakin dengan diri. Di samping itu, kalau seseorang itu senyum separuh, maknanya satu bibir je yang terangkat ia dikatakan dia terpaksa nak semyum. Kalau seseorang itu senyum sampai menyeringai, ia dikatakan senyum sebab tak puas hati.

Apapun, senyumlah. Bukan kena bayar pun. Sedekah lagi... *senang dapat pahala... 😬😬


Sumber Info Sihat.

2 comments:

  1. Lagu tu femes masa kecik2 dulu cikla. Hehe.
    Apapun senyuman tu sedekah dan terapi jiwa.

    ReplyDelete
  2. Kadang2 senyum pahit = senyum yang terpaksa.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.