24 March 2017

# cinta dan rumahtangga

Nak puji pasangan ada caranya.

Nak puji pasangan ada caranya. | Assalamualaikum wbt. Semua orang suka dipuji lebih-lebih lagi kalau pujian itu datang dari orang yang tersayang. Betul tak? Tapi, mungkin ada yang tak tau nak puji orang pun ada caranya.

Aiseh, puji je kot... puji ajelah kan. Hihi. Ehh, jangan pandang perkara ni tak penting tau. Sebenarnya memang penting, sebab pujian yang dilontarkan menandakan pasangan kita itu sangat special di lubuk hati sanubari kita.

Jom kita baca apakah tipsnya atau cara nak puji pasangan.

Nak puji pasangan ada caranya.


Nak puji pasangan ada caranya.
Nak puji pasangan ada caranya. Sumber Google.

Selalu kalau kita dengar orang mesti puji based on kecantikan or kepandaian. Apa kata lepas ni, korang cuba puji based on sikap dia ke atau apa yang dia suka lakukan. Kalau korang nak tau, pujian macam ini akan menjadikan pasangan kita merasakan kita memahami dirinya. Confirm mereka akan rasa terharu sangat. Selain itu, korang kena ingat kalau nak memuji tu pastikan ikhlas. Jangan sebab nak amik hati or terpaksa. Lepas tu, dah la puji tak ikhlas nak balasan pulak. *perempuan ni kalau orang puji tak ikhlas dia boleh 'cium' tau. So, awas ya... haha...

Ada orang cakap kalau melakukan sesuatu perkara janganlah berlebihan. Begitu jugak dengan memberi pujian. Mentang-mentanglah nak amik hati, memuji amboi sampai ke langit biru berdesupnya. Hehe. Lagi satu, memuji pun jangan 'memilih' sangat. Hal kecik pun boleh jugak, contohnya puji isteri masak sedap ke, isteri buat air sedap ke. Mesti berbunga-bunga riang je hati bila dia mendengarnya. Silap-silap haribulan bertambah-tambah rajin isteri tu nak masakkan masakan kegemaran korang. Kenyang tersandarlah korang... Haha.

Eh eh... ni pujian ke rayuan gombal? Haha, kena ada beza tau. Jangan salah beza pulak. Rayuan tu dah macam nak menggoda pulak. Walaupun ada yang mengganggap pujian tu lama-lama oleh jadi macam rayuan, tapi kena tengok keadaan dan tempat jugak. Apa yang penting, pujian haruslah datang dari hati. Bak kita orang, spontan. Barulah nampak 'real' dan bukan nampak macam berlakon. Pura-pura pulakkan.

Ikhlaskan hati memberi pujian...


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

4 comments:

  1. Wajib memahami hati budi pasangan, baru kita tau macam mana nak beri pujian..

    ReplyDelete
  2. Jangan tak puji langsung dah,hehehehe.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.