28 March 2017

# tips solekan

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni... | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa salah satu part yang paling diberi perhatian semasa mengenakan makeup adalah bibir kan? Betul tak? Memang tak dinafikan, tak semua orang suka mengenakan lipstick di bibir mereka *sebab ada yang lebih suka mengenakan lips balm tapi ia sebenarnya perlu 'dikisahkan' jugak. Bukan apa, bibir jugak merupakan salah satu daya tarikan seseorang itu dan penambah keyakinan seseorang itu.

Korang rasa selama korang 'berlipstick' ni betul ke warna lipstick yang korang pakai tu? Ke korang main pakai je warna yang berkenan dihati. So, macam mana pulak nak pilih lipstick yang betul-betul match dengan kulit kita? Nak tau? Jom baca ni...

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...

Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni...
Nak tau warna lipstick yang sesuai mengikut kulitmu? Baca ni... Sumber Google.

Sebenarnya, ada beberapa tips semasa kita memilih warna lipstick yang sesuai dengan kulit kita. Untuk orang yang berkulit cerah, warna lipstick yang berwarna coklat muda dan sedikit warna pink yang fresh sangat sesuai untuk anda. Kalau korang nak nampak lebih natural, oleskan lipstick berwarna honey atau coklat jernih, di samping lipstick berwarna coklat tua untuk menyerlahka kematangan korang.

Kalau korang berkulit sawo matang, lipstick berwarna coklat tua lebih match. Lagipun, warna ini akan menjadikan warna kulit lebih menonjol. Selain itu, korang oleh jugak nak pilih warna coklat kopi untuk menyerlahkan 'keesotikan' korang dan coklat karamel supaya nampak lebih natural dan fresh.

Orang yang berkulit kuning langsat, lipstick berwarna coklat kemerahan sangat sesuai: denganmu. Warna sebegini akan memberikan mood segar supaya kita sentiasa ceria dan bertenaga. Kalau korang nak nampak lebih matured, guna lipstick berwarna coklat kemerahan, di samping warna plum untuk korang yang ingin tampil 'menggoda'. Ada berani ke pakai? Bagi orang yang berkulit gelap pulak, guna lipstick berwarna coklat sebab ia nampak lebih sesuai dibibirkan.

So, macam mana? Dah dapat yang ssuai untuk dioles di bibir korang? Selamat mengoles ye. Hehe... ❤❤


Sumber Ruangan Ubah Imej.

No comments:

Post a Comment


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.