08 March 2017

# traveling tips and info

Tips mengelakkan beg tak hilang semasa melancong.

Tips mengelakkan beg tak hilang semasa melancong. | Assalamualaikum wbt. Ada orang kalau pergi melancong, begnya... masyaAllah sampai penuh satu bonet kereta. Dah macam nak berhijrah je la pulak. Tapi, betul jugak tu. Kalau cikla, even nak balik kampung je kot, beg memang banyak. Dulu, masa anak sorang, bolehlah limit sikit nak angkut beg. Sekarang ni, ahli keluarga dah bercambah, so begnya pun dah bercambah jugak. Bayangkanlah, beg baju ibu ayah, budak-budak, pampers, beg sampingan lagi nak isi bedak, pencuci muka, dan macam-macamlah. Huhu...

Travel naik kereta takpelah kot kalau nak bawak macam-macam. Tapi, kalau travel naik kapal terbang or trains? Macam payah je kan. Dengan nak hadap orang yang sesak lagi kat airport. Dengan anak lagi. Betul tak? Itu sebabnya sangat penting untuk kita mengambil langkah berjaga-jaga supaya beg kita tak hilang dari genggaman kita. Cewah...

Tips mengelakkan beg tak hilang semasa melancong.


Tips mengelakkan beg tak hilang semasa melancong.
Tips mengelakkan beg tak hilang semasa melancong. Sumber Google.

Ada beberapa tips yang korang boleh praktikkan untuk mengelakkan beg tak hilang semasa melancong. Antaranya adalah, sebaiknya letak tag nama, alamat dan no. phone pada beg dan jugak kunci korang. Kalau korang nak letak padlock pun boleh supaya kalaulah beg tu hilang, ia boleh mengelakkan orang yang tak bertanggungjawab membuka beg tu. So, selamat sikit kan. Selain itu, korang boleh jugak ikat reben atau sticker berwarna cerah pada beg sebab kalau berlaku apa-apa *manalah tau ada orang yang pakai beg sama dengan kita so, kita senang nak kenal beg kita kan lebih-lebih lagi masa dekat tempat menuntut bagasi nanti.

Kalau korang travel menggunakan kapal terbang, sebaiknya korang check in awal supaya masa kita nak masukkan beg dalam pesawat nanti takdelah tergesa-gesa, sampaikan nanti ada yang tercicir pulak kan. Lagipun nanti, takdelah beg kita ter 'mix' dengan beg dalam penerbangan yang lain masa mendaftar masuk tadi. Pastikan jugak pembantu penerbangan letak tag destinasi kita yang betul pada beg kita. Biarlah orang nak anggap kita cerewet, bak kata orang beringat sebelum kena kan. Nanti kalau jadi apa-apa kita jugak yang susah kan.

Kalau korang yang jenis sebulan 2 kali pergi travel, mesti banyak je 'pelekat' atau tag yang ditampal kat beg korang tu kan. So, untuk mengelakkan kekeliruan korang buangkan semua pelekat dan tag yang lama tu. Lagi satu, kalau korang mempunyai jadual penerbangan yang bersambung, bagi tau pembantu penerbangan tu yang korang nak amik beg korang pada last destination nanti. Pastikan jugak salinan kod pelekat pada beg sentiasa ada walaupun kita dah ada dalam plane, sebab in case kalau beg hilang no kod ni amat penting.

Sebolehnya, sebaik aje sampai ke destinasi korang tu cepat-cepat pergi ambil beg. Selain itu, elak dari meninggalkan beg kat atas carousel walaupun korang hanya nak buat panggilan sekejap je. Angkut je beg tu. Tips yang terpenting adalah, korang mesti ingat berapa banyak beg yang korang bawak lebih-lebih lagi kalau korang bawak beg lebih dari satu.

Melancong memang seronok, tapi langkah-langkah keselamatan semasa melancong kena amik kira juga. Seronok... seronok jugak. Tapi, orang cakap malang tak berbau. Kalau 'ghaib' beg tu kan susah, lebih-lebih lagi kalau beg yang mengandungi dokumen penting dan duit. Adusss... memang haru dibuatnya... Terus spoil mood nak holiday...

Alert and beware!

3 comments:

  1. Ikat dengan macam-macam tu betul, dari jauh dah boleh nampak beg sendiri... lagi satu jangan beli beg yang familiar dengan orang lain... keliru.. hihi

    ReplyDelete
  2. Terima kasih di atas tipsnya cik la =)

    ReplyDelete
  3. letak beg dengan riben tu stail arwah ayah dari dulu2 lagi... dulu2 cam pelik kenapa nak letak riben bagai...rupanya supaya senang tgk dari jauh esp riben kaler terang2..hihi

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.