30 April 2017

Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu.

April 30, 2017 2 Comments
Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu. | Assalamualaikum wbt. Walaupun pada zaman sekarang orang lebih suka beli baju yang dah siap, beli dan tinggal nak dipakai je, tapi masih ada lagi sesetengah dari kita masih suka membeli kain ela dan menempahnya dengan tukang jahit. Mungkin kalau ditempah tu lebih selesa apa yang paling penting kita boleh mintak tukang jahit tu buat ikut citarasa kita. Betul tak? Begitu jugak kalau kita nak beli kain ela untuk dibuat baju melayu.
Kalau korang nak tau, ada tips membeli kain ela ni. Nak tau tak apa tipsnya? Jom baca sampai habis...

Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu.


Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu.
Tips membeli kain ela untuk membuat baju melayu. Sumber Google.

  1. Pilih kain ela ikut saiz badan. Maknanya, beli kain ela yang panjangnya sesuai. Kalau untuk lelaki, empat meter dah ok dah. Kalau badan yang gempal sikit, empat meter setengah.
  2. Selain itu, jenis fabrik jugak penting tak kiralah sama ada jenis kapas, crepe, jacquard, polyester, sutera, viscose, linen dan sebagainya. Tapi sebaiknya pilih fabrik dari jenis crepe sebab ia lebih nipis dan lembut berbanding jenis fabrik yang lain. Lagipun,  fabrik jenis crepe ni tak mudah berkedut. So, molek sangatlah untuk korang yang malas nak menggosok kan.
  3. Pilih kain yang berkualiti. Takpelah kalau perlu keluarkan belanja lebih. Janji lebih berkualiti, selesa dan tahan lama.


Bagi cikla, apa yang penting keselesaan dan kualiti. Lagipun, kalau diikutkan orang bukan selalu pakai baju melayu. Time hari   raya, hari Jumaat dan kalau menghadiri majlis formal. Lainlah kalau perempuan, mereka boleh menggayakan baju kurung setiap masa.


Sumber Ruangan Ketrampilan.

Mengapa baby kembung?

April 30, 2017 4 Comments
Mengapa baby kembung? | Assalamualaikum wbt. Kadang-kadang 'emosi' baby kita tak boleh nak agak. Ada kalanya, baby akan menangis sepanjang malam sampaikan kita naik buntu nak pujuk. Bagi susu nangis, didukung nangis, didodoi pun nangis. Cikla faham situasi macam ni. Kata anak empat kan. Huhu.

Sebenarnya, baby akan rasa tak selesa kalau perutnya kembung. Baby kan, nak cakap tak tau. Menangislah, apa lagi...

Mengapa baby kembung?


Mengapa baby kembung?
Mengapa baby kembung? Sumber Google.

Ada yang menyebabkan baby boleh kembung ye? Sebenarnya, banyak sebabnya. Salah satu sebabnya adalah kesan dari pengumpulan gas di dalam perutnya yang tak boleh disingkirkannya sendiri. So, langkah pertama yang ibu kena lakukan adalah sendawakan baby sebaik saja baby selesai menyusu. 

Selain itu, kalau baby kuat menangis ini akan menyebabkan semakin banyak angin yang akan masuk ke perutnya. So, kesannya kembung semakin teruk. Ibu boleh melakukan 'infant massaging' di perut dan belakang baby untuk melegakan kembung. Baby akan rasa lebih selesa.

Apa lagi penyebab masalah kembung perut baby?

Antara sebab lain yang menyebabkan baby kembung adalah;

  1. Cara baby menyusu botol yang salah. Kalau korang nak tau, pemilihan saiz lubang puting botol yang salah jugak boleh menjadi penyebab. Ini kerana keadaan ini akan menyebabkan banyak udara disedut untuk mendapatkan susu. 
  2. Overstimulation sebab baby menangis terlalu banyak dan aktif. 
  3. Penghadaman susu yang tak sesuai serta banyak gas terhasil. 
  4. Baby mungkin tak sesuai dengan susu formula dihebahkan oleh 'lactose intolerance'.

So, ibu-ibu jangan stress tau. Semoga tips ni dapat membantu...


Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.

Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...

April 30, 2017 2 Comments
Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni... | Assalamualaikum wbt. Orang cakap nak pakai cermin mata pun haruslah mencari yang sesuai dengan bentuk muka kita. Kalau tak nampak tak 'seimbang' dan pelik pulak nanti. Lagipun, ia penting untuk mereka yang menitikberatkan penampilan diri yang lebih menarik dan mengikut trend semasa.

Ada beberapa tips untuk korang kalau nak pilih cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka. Nak tau? Jom baca.

Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...


Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...
Nak cari cermin mata sesuai dengan bentuk muka? Jom baca ni...  Sumber Google.

Kalau korang mempunyai bentuk muka persegi, seeloknya pilih cermin mata berbentuk oval atau mempunyai sudut melengkung. Ini kerana, cermin mata berbentuk seperti ini boleh menyamarkan bentuk rahang dan tulang pipi supaya nampak lebih lebar. Manakala, kalau korang mempunyai bentuk muka bulat, pilih cermin mata berbingkai lebih lebar dari muka korang, sebab ia akan menjadikan muka korang lebih tirus dan pipi nampak lebih kurus. Tapi, sebolehnya jangan pilih cermin mata yang mempunyai bingkai bulat.

Untuk korang yang mempunyai bentuk muka segi tiga, cermin mata berbentuk cat eye atau melebar ke bahagian atas amat match untuk  korang sebab bentuk cermin mata sebegini akan menyeimbangkan bentuk muka korang. Selain itu, bentuk cermin mata berbingkai persegi panjang pun ok jugak untuk korang yang mempunyai bentuk muka sebegini.

Ada yang berpendapat, orang yang mempunyai bentuk muka oval adalah yang paling beruntung sebab bentuk muka sebegini boleh match dengan apa-apa aje bentuk bingkai cermin mata. Tapi, korang kena ingat elakkan dari memilih cermin mata berbingkai terlampau kecik atau terlalu besar. Orang cakap pilih yang sedang-sedang saja supaya penampilan korang  akan nampak lebih sempurna. 

Selamat bergaya ye!


Sumber Sinar Harian.


28 April 2017

Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir.

April 28, 2017 3 Comments
Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir. | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak happy kalau menerima kehadiran orang baru kan. Maksudnya babylah. Seisi keluarga rasa seronok, malah kawan-kawan pun sama turut rasa tempias keseronokan itu. Tapi, seronok-seronok jugak. Ada beberapa hal yang kita kena ambil berat masa pergi melawat baby dan jugak ibunya tau.  

Maklumlah, baby masih kecik. Antibodi pun tak kuatkan lagi, mudah mendapat jangkitan penyakit. Si ibu pulak mungkin masih lagi lemah dan memerlukan rehat yang cukup. Bukan tak bagi pergi melawat mereka, tapi sebaiknya korang baca dulu apa yang cikla nak share ni sebelum korang nak pergi nanti. 

Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir. 


Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir.
Jangan lakukan ini kalau korang pergi melawat baby baru lahir. Sumber Google.

  1. Jangan suka-suka hati nak kiss baby orang, lebih-lebih lagi kalau tak mintak izin ibu  baby tu. Ni tak, main angkat, lepas tu terus cium je. Kalau korang nak tau, baby baru lahir ni sistem imun mereka sangat basic. So, ditakuti banyak kuman pada orang dewasa akan menjangkiti baby seterusnya mengancam nyawa si baby tu. Nauzubillah...
  2. Untuk korang yang merokok tu, elakkan duduk berhampiran dengan baby. Bukan apa, mungkin korang merokok 2 atau 3 jam yang lalu tapi partikel nicotine termasuklah bahan kimia dalam asap rokok tu masih ada pada pakaian, rambut dan kulit korang. Partikel toksik tu dinamakan 'third hand smoke' dan ia boleh jadi penyebab kanser tau. 
  3. Jangan mendukung baby sambil pegang cawan air panas. Memang bahaya sangat sebab cuba korang bayangkan kalau tiba-tiba cawan tu tertumpah dan terkena baby. Anak orang tu...
  4. Taulah korang dah melahirkan 2,3 kali. Sebaiknya, jangan terlalu bagi banyak tips itu dan ini kat ibu muda tu. Bukan apa, maklumlah dia kan  baru pertama kali melahirkan anak, so sebaiknya berikan aje sokongan untuk dia menghadapi tempoh berpantang dan menguruskan baby.
  5. Kalau korang datang menziarah, lepas tu korang tengok baby tu tengah tidur janganlah korang pergi kejutkan baby yang tengah tidur tu pulak. Jangan, sebab kita tak tahu kan dah berapa lama si ibu tu nak tidurkan anaknya. Dahlah ibu tu masih dalam pantang. Tak pasal-pasal si ibu tu stress disebabkan kita. Lagipun, stress bahaya tau sebab ia boleh menyebabkan penyakit meroyan (pospartum depression). Nauzubillah, mintak dijauhkan.


So, ingat tau. Semoga bermanfaat... 🌸🌸🌸


Sumber Facebook Dr. Taufiq Razif.

27 April 2017

Rahsia jadikan anak kita HEBAT!

April 27, 2017 9 Comments
Rahsia jadikan anak kita HEBAT! | Assalamualaikum wbt. Hati ibu dan ayah mana yang tak berbunga-bunga, suka, happy, gembira bila anak mereka menjadi seorang yang berjaya dan hebat. Kalau sejak kecik lagi, anak dah menunjukkan ciri-ciri yang baik, tak mustahil bila mereka besar nanti mereka akan jadi orang yang berjaya. Cikla rasa nak dapatkan semua ni bukanlah satu perkara yang senang. Semuanya perlukan 'usaha' dan in shaa Allah berjaya kalaulah kena dengan caranya.

Menurut Dr. Taufiq Razif, sebenarnya ada caranya nak bagi anak kita jadi hebat. Cikla percaya semua ibu dan ayah bukan cuma mahukan anak mereka hebat dari segi IQ nya je, tapi mereka pasti nakkan anak mereka hebat dan berjaya dalam hidupnya. IQ yang tinggi je takkan mampu produce anak yang berjaya.

Rahsia jadikan anak kita HEBAT!


Rahsia jadikan anak kita HEBAT!
Rahsia jadikan anak kita HEBAT! Sumber Google.

Sebenarnya, kita dah boleh nampak kelebihan anak-anak kita sejak mereka masih kecil lagi. Sesetengah anak sentiasa cuba untuk senyum bila berdepan dengan orang serta menunjukkan mimik sedih bila kita sedang bersedih. Kalau korang nak tau, itulah antara tanda-tanda anak kita mempunyai Emotional Quotient (EQ) yang sangat tinggi. Ada sesetengah anak mempunyai kebolehan bercakap yang bagus, suka berbisnes, tak sukakan kekerasan terhadap haiwan, bijak membuat pengiraan, fokus masa melukis dan sebagainya. Sebenarnya, itulah 'bakat' mereka yang boleh dikembangkan bila mereka dah dewasa kelak.

Kadang-kadang, ada kalanya kita kena buat-buat puji perangai anak kita di depan adik beradik mereka yang lain. Contohnya,

"Rajin la kakak ni..."
"Pandainya Damia ni..."
"Baiknya abang Ammar tolong kakak Ika tadi..."

Ini kerana, pujian ni sebenarnya boleh memberikan mereka semangat untuk mengulangi kebaikan yang mereka buat dan tabiat kebaikan tu boleh melekat sampai dewasa.

Ada ibu dan ayah suka 'berjanji' dengan anak-anak dengan harapan mereka akan melakukan apa yang disuruh. Sebenarnya, anak-anak kita kita ni kalau korang nak tau banyak belajar melalui apa yang mereka tengok dan lihat. Menurut Dr. Taufiq Razif,  anak-anak ni hanya mendengar 20% je nasihat dan bebelan ibu dan ayahnya. Manakala, 80% yang masuk ke dalam diri mereka adalah daripada sifat/tabiat ibu dan ayah yang mereka amati dan tengok sendiri. So, kalau dari kecik kita suka menipu anak dan tak tepati janji, macam mana anak kita nak membesar menjadi orang yang jujur dan amanah dalam pekerjaan dan kehidupan mereka yang akan datang?

Tak dinafikan, kadang-kala kita tak dapat nak tahan perasaan kalau anak-anak tak dengar cakap kita kan? Sebenarnya, cara tengkingan ni tak berapa berkesan sebab kalau korang perasan ada anak-anak yang tetap degil walaupun ibu dan ayahnya menengking berkali-kali? Ini terjadi mungkin bila ibu dan ayah dah terbiasa menaikkan suara pada anak, so anak sudah terbiasa dengan nada suara yang tinggi. Kalau korang nak tau, kesannya anak akan cenderung menjadi panas baran bila dah dewasa nanti.

Menurut Dr. Taufiq Razif lagi, tonjolkan 'kehebatan' ayah kepada anak adalah antara tips terhebat untuk menjadikan anak kita hebat. Kita mungkin sudah mengetahui memang sudah menjadi lumrah seorang anak menjadikan bapanya sebagai idola pertama dalam hidup mereka. Manakala, tugas ibu pula adalah selalu memuji dan menunjukkan kebaikan suaminya kepada anaknya. 

Sebaiknya, janganlah mengumpat keburukan suami pada anak sendiri, sebab kalau seorang anak dah hilang respect pada ayahnya sendiri maka bencana besar akan berlaku. Konflik dalaman si anak akan terjadi dan anak akan mencari idola di luar lingkungan keluarga untuk mereka ikuti.

Doa agar anak soleh.
Doa agar anak soleh. Sumber Google.

Bagi cikla, memang betul anak menjadikan ibu dan ayahnya sebagai role model dan mereka lebih mudah 'terpengaruh' dengan apa yang lebih dekat dengan mereka. So, tunjukkanlah contoh yang baik ye, kalau mahu anak berkelakuan seperti yang diharapkan.

Jom sama-sama kita hasilkan anak yang hebat... ❤❤❤


Sumber Facebook page Dr. Taufiq Razif.

Kisah yang mesti korang baca : Kenapa tak rogol saya?

April 27, 2017 3 Comments
Kisah yang mesti korang baca : Kenapa tak rogol saya? | Assalamualaikum wbt. Cikla berkongsi kisah ni dengan niat supaya kita semua boleh mengambil ikhtibar daripadanya. Jom baca, semoga hati kita merasa 'sesuatu' dari kisah ini...
.
.
.
.

Kisah yang mesti korang baca : Kenapa tak rogol saya?


Seorang wanita muslim dari Malaysia yang bekerja di US, memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam, perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan, dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Maklumlah, hari sudah lewat. Berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut berjalan bersaorangan. 

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang saudari kita ni boleh buat adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi lelaki yang bersandar itu, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, saudari ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari. 

Tapi, perempuan Muslim ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Muslimah ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi, dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). 

Dia pun tanya perogol itu.. 'Why dont you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?'... 

Perogol tu jawab... 'No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.'

Saudari ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.
.
.
.
.
Ayat Kursi
Ayat Kursi. Sumber Pinterest.

Ayat Kursi sememangnya adalah ayat pelindung yang mustajab, selalulah amalkannya. Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya [Dari Abdullah bin Amr r.a.]

Jom kita amalkannya... ❤❤❤

Sumber : Portal Islam Murabbi.

26 April 2017

Ailurophobia!

April 26, 2017 8 Comments
Ailurophobia! | Assalamualaikum wbt. Ailurophobia, bermaksud seseorang yang fobia kepada kucing. Orang yang tak berapa 'gemarkan' kucing *lebih kepada takut dan fobia sebenarnya tapi, kucing gemarkan dia.

Kenapa agaknya ya? Mungkin beliau pernah dicakar atau digigit oleh kucing itu?  

Ailurophobia!
Ailurophobia! Image credited to facebook.com. 

Bila bercerita pasal fobia kepada kucing ni, teringat pulak cikla kisah cikla dengan kucing masa cikla kecik-kecik dulu. Memang sejak dari kecik lagi, cikla ni memang 'penakut' kepada kucing. Kalau korang tanya kenapa nak takut... kucing je pun, bukan harimau. Entahlah, cikla takde jawapan untuk itu. Sebenarnya, rasa 'takut' tu bukannya totally takut sepenuhnya, tapi lebih kepada 'geli' terutama bila kucing tu gesel-gesel pada kaki. Memang automatik terangkat kakilah dibuatnya. 

Ada satu peristiwa yang cikla memang  tak boleh nak lupakan. Masa tu cikla kecik lagi. Kecik tak kecik jugalah. Masa sekolah rendah. Rumah wan cikla rumah atas. So, biasalah rumah lama, kat bawah rumah tu biasanya diletakkan bangku tempat lepak-lepak. Cikla duduklah kat bangku tu sambil pegang ayam goreng. Time tu, ada seekor kucing jantan hitam datang dan nak terkam cikla. Maybe, kucing tu nakkan ayam goreng yang cikla pegang tu. 

Korang boleh bayangkanlah macam mana cikla menjerit punyalah kuat sambil menangis. Terus demam lepas tu. Dashyat betul penangan cik kucing tu. Memang terus fobia lepas tu. Sejak peristiwa tu memang terus 'trauma' bila nampak makhluk Allah yang satu ni...

Cikla tau, kucing adalah binatang kesayangan Rasullullah SAW. Tapi, sekarang cikla dah boleh atasi sikit rasa fobia tu. Lagipun, kat umah cikla pun dah ada 2 ekor kucing pak mertua. Sejak pak mertua sakit, cikla lah yang bela si comot dengan si putih tu. Tapi, duduk luar rumah je lah...

Jangan kecam cikla tau... ❤❤❤

25 April 2017

Ada suami.

April 25, 2017 2 Comments
Ada suami. | Assalamualaikum wbt. Sebagai manusia biasa kita memang tak sempurna. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Carilah pasangan yang boleh melengkapi kekurangan kita. Semoga kita semua sentiasa diberi keampunan dan hidayahNya. Amin.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu jugak dengan suami. Ada suami yang mungkin tak pandai menguruskan rumah tangga, tapi dia pandai mengambil hati isterinya, pandai membuat jenaka, dan pandai menceriakan suasana. Orang cakap, keadaan 'emosi' dalam rumah sentiasa ceria dan gembira. 

Memang tak dinafikan, ada suami tak pandai nak tunjuk keromantikan pada isterinya, tapi mungkin dari sudut lain dia pandai. Tapi, si suami selalu menjamu keluarganya makan yang sedap-sedap. Itu pun dah cukup menggembirakan hati anak isteri.

Ada suami.


Ada suami.
Ada suami. Sumber Facebook.


Kalau bab memujuk pulak, bukan semua suami pandai. Isterinya yang merajuk, last last isterinya pulak yang kena pujuk balik. Huhu. Tapi, takpe. Mungkin dia tak pandai memujuk, tapi dia ringan tulang membantu kita. Itu pun dah cukup dah kan 'memujuk' hati kita. 

Jangan hanya pandang kekurangan seseorang, mungkin ada sekelumit kelebihan yang kita tak nampak. Lagipun, semua orang tak sempurna. Jangan disebabkan kekurangan yang ada pada dia, menutup kelebihan dirinya.

Terimalah pasangan kita seadanya... ❤❤❤

24 April 2017

Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW.

April 24, 2017 2 Comments
Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW. | Assalamualaikum wbt. Cikla selalu dengar pepatah ni, "Ku  sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari..." Dalam melalui cabaran dan pahit manis hidup berumah tangga, memang tak dinafikan ada kalanya berlaku 'pergolakan' dan konflik antara suami isteri. Suami begitu, si isteri pulak  begini. At last, mulalah memasing sakit hati dan akhirnya mengambil jalan mudah dengan perceraian. Nauzubillah... Jangan jadikan emosi dan bisikan syaitan sebagai tunggak yang menyebabkan kita melakukan sesuatu hal yang tak baik.

Sakit hati memang 'penyakit' yang sangat dashyat kesannya. Kalau tak diuruskan dengan baik, cikla rasa memang akan memberi kesan yang negatif, terutamanya kepada anak-anak.  Kesian anak-anak pulak yang jadi mangsanya. Sebenarnya, sakit hati ni ada penawarnya.   Jom baca seterusnya kalau nak tau lebih lanjut...

Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW.
Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW. 

Ketahui penawar sakit hati menurut Rasullullah SAW.


Muhasabah diri kita, iaitu lihat dan fikir apakah salah kita sampai berlaku perkara tersebut. Jangan kita nak teruskan salahkan orang lain. Mungkin kita pun ada buat salah jugak tanpa kita sedar. Jauhi sikap iri hati dan dengki sebab perasaan buruk ni boleh membuka ruang syaitan menghasut. Jiwa pun akan rasa tak tenang dan tak pernah nak bersyukur dengan apa yang dikurniakan, malah dia rasa sentiasa tak cukup je. Padahal, semua dah ada dah. Rasullullah SAW bersabda,

"Tidak boleh dengki kecuali kepada dua orang, iaitu orang yang diberi harta oleh Allah,  kemudian membelanjakannya di jalan yang benar. Dan orang yang diberi hikmah oleh Allah, kemudian memutuskan persoalan dengannya dan mengajarkannya." (HR. Bukhari).

Jauhkan diri dari sikap keras hati dan perasaan amarah, sebab kesan dari kedua sikap ni amat buruk. Manusia mungkin boleh hilang pertimbangan akal seterusnya melakukan perkara yang tak elok. Syaitan pun, apa lagi. Mulalah menghasut dan menggoda. Selain itu, jadilah seorang yang pemaaf. Sedangkan Allah SWT sentiasa memaafkan dengan membuka pintu-pintu taubat untuk hambaNya yang melakukan dosa, tapi dengan syarat kita bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Inikan pulak kita manusia biasa yang serba kekurangan. Jangan sombong, kerana dengan memaafkan kesalahan orang lain, jiwa kita akan rasa lebih tenang.

Husnuzon atau bersangka baik sememangnya disuruh. Sesuai dengan firman Allah SWT yang bermaksud,

"Hai orang-orang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka. Sesungguhnya sebahagian prasangka itu adalah dosa. Dan janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, dan janganlah sebahagian kalian mengejek sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya... " (QS. Al-Hujurat : 12).

Oleh itu, elakkan diri dari berburuk sangka dengan orang lain. Memang tak dinafikan ikhlas itu amat senang untuk dikatakan, tapi agak susah untuk dibuat. Ikhlaskan hati, niat kerana Allah. Kalau diuji, dia sentiasa ikhlas dengan ujian malah sentiasa bersyukur. Hanya kepada Allah dia berserah dan bergantung harap.

Semoga kita semua terhindar dari menjadi golongan yang sentiasa 'sakit hati'. In shaa Allah, jiwa kita akan lebih tenang dan gembira... ❤❤


Sumber Ruangan Psikologi Rumahtangga.

Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga.

April 24, 2017 4 Comments
Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga. | Assalamualaikum wbt. Cikla setuju sangat kalau orang cakap, ibu adalah jantung rumah tangga. Memang tak boleh nak disangkal yang ibu adalah pencetus kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga itu. Kalau ibu itu bahagia, maka aura bahagia itu akan merebak keseluruhan isi rumah.

So, sebagai seorang ibu tak kiranya anak berapa, kita kena pandai mewujudkan suasana harmoni dan santai dalam rumah. Kalau korang nak tau, keadaan ni dapat memberi kesan kepada tumbesaran anak-anak menjadi lebih positif terutama melibatkan emosi dan jiwa mereka.

Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga.
Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga. Sumber Google.

Jadikan ibu yang membahagiakan rumah tangga.


Bagi cikla, nak wujudkan suasana sebegini tidaklah sesusah mana. Sebolehnya, kita suami isteri elakkan dari bergaduh kat depan anak. Memanglah kadang-kadang tu perhubungan kita ada panas sejuknya, tapi kalau marah pun janganlah kat depan anak. Anak-anak tak boleh tengok 'adegan' tersebut. 

Bukan apa, kejadian ni mungkin akan mempengaruhi perkembangan minda mereka sekaligus menjadikan mereka bersikap negatif. Apa yang ditakutkan, mereka akan memendam perasaan dan memberontak. Yang paling menyedihkan bila mereka express semua rasa itu diluar rumah. Terpengaruh dengan kawan-kawan melakukan perkara yang tak elok. Nauzubillah...

Selain itu, ibu kena pandai 'bermain' dengan emosi anak. Ibu merupakan orang yang paling dekat dengan anak sejak mereka dalam kandungan lagi. Contohnya, kalau si anak menunjukkan keputusan peperiksaan yang kurang bagus, jangan tekan mereka. Sebaiknya, beri dorongan dan semangat supaya mereka cuba lagi dan melakukan yang lebih baik di lain kali. Apa yang penting, jangan memaksa.

Akhir sekali, jadikan ibu yang super di mata anak-anak. Tunjukkan contoh yang baik sebab kita merupakan role model kepada mereka. Apa aje yang kita buat, mereka akan ikut tak kiralah yang baik atau sebaliknya.

Bak kata pepatah, 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya...' Didiklah anak sedari kecik supaya bila mereka besar kelak, mereka sudah terbiasa dan tau apa yang diajarkan kepadanya...


Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.

Tulang lemah? Apa puncanya?

April 24, 2017 1 Comments
Tulang lemah? Apa puncanya| Assalamualaikum wbt. Jangan ingat orang tua je yang selalu mengadu sakit tulang. Lenguh sana, lenguh sini. Sebenarnya, kalau korang nak tau ada beberapa tabiat buruk yang boleh melemahkan tulang. 

Mungkin tabiat ni dah selalu kita buat. Jom semak apakah ia.

Tulang lemah? Apa puncanya?


  • Duduk dalam posisi yang salah juga boleh jadi sebab. Duduk di lantai dalam tempoh masa yang lama boleh memberi kesan buruk lada sendi kaki. So, keadaan ni akan menyebabkan tulang kaki merasa haus.
  • Kurang mengambil kalsium juga menyebabkan risiko untuk kehilangan kepadatan tulang dan membuatkan tulang semakin lemah. Keadaan ni akan menyebabkan tulang mudah patah.
  • Kurang bersenam. Kalau korang nak tau, dengan hanya berjalan kaki paling tak pun selama 15 minit sebenarnya baik untuk kekuatan tulang. Selain tu, aktiviti berbasikal dan naik tangga jugak ok. Cubalah....


Tulang lemah? Apa puncanya?
Tulang lemah? Apa puncanya? Image credited to google.

  • Kurang mendapat sinaran matahari. Kita memang digalakkan mendapat sinaran matahari, tapi janganlah berlebihan. So, tak salah kalau kita meluangkan sedikit masa *antara pukul 9-10 pagi supaya mendapat khasiat vitamin D dari sinaran matahari kalau korang nak tau, garam jugak boleh menyingkirkan kalsium dari tubuh melalui air kencing. Itu sebab, kita kena hadkan mengambilan garam supaya badan tak kehilangan kalsium yang banyak. Keadaan ni boleh menjejaskan kesihatan dan kekuatan tulang. 
  • Obesiti jugak boleh jadi punca kepada masalah tulang lemah. So, kawal berat badan supaya ia sentiasa berasa pada berat ideal.

Orang kata cegah sebelum kena. Betul tak? Semoga bermanfaat. 


Sumber : Ruangan Tips Sihat.

23 April 2017

Jom selongkar apa yang ada dalam beg seorang lelaki?

April 23, 2017 4 Comments
Jom selongkar apa yang ada dalam beg seorang lelaki? | Assalamualaikum wbt. Selalu kita selongkar apa yang ada dalam beg seorang perempuan kan. Kalau dalam beg seorang perempuan, korang faham-faham ajelah macam-macam ada. Bedak, lipstick, perfume dan tisu adalah barang wajib ada selain dari dompet dan handphone. Macam mana pulak 'isi' dalam beg seorang lelaki? Jom selongkar nak?

Kadang-kadang kita perasan, ada lelaki yang suka bawak beg kecik bila keluar ke mana-mana kan? Apa kata kita spot check apa yang ada kat dalam beg diaorang tu.

Jom selongkar apa yang ada dalam beg seorang lelaki


Jom selongkar apa yang ada dalam beg seorang lelaki?
Jom selongkar apa yang ada dalam beg seorang lelaki? Sumber Google.

Memang tak dinafikan lelaki ni kuat berpeluh. So, mereka memang memerlukan tisu atau pun tuala kecik untuk mengelap peluh jantan diorang. Ehh... Hihi. Selain itu, penyegar nafas jugak penting terutama untuk lelaki yang merokok. Biasanya, lelaki yang merokok mempunyai bau nafas yang kurang menyegarkan. Nanti nak bercakap dengan orang pun jadi serba salah sebab orang macam tak selesa dengan kita.

Sikat rambut jugak ada tau. Bukan apa sikat penting supaya mereka mudah merapikan rambut mereka terutama untuk lelaki yang sentiasa pentingkan kekemasan. Di samping itu, perfume pun penting jugak. Perfume penting terutama bila memerlukan mungkin disebabkan bau badan yang kurang enak. Lagi pun, bau badan yang wangi mampu menjadikan situasi lebih santai dan best. Last sekali, sunglasses. Orang cakap penambah seri kepada penampilan diorang. So, barang ni memang wajib ada dalam beg mereka.

So, lepas ni jangan cakap perempuan je ada macam-macam dalam beg. Lelaki pun sama...  Walaupun tak semualah. Hihi...


Sumber Ruangan Ketrampilan.

22 April 2017

Macam mana nak nampak muka awet muda?

April 22, 2017 3 Comments
Macam mana nak nampak muka awet muda? | Assalamualaikum wbt. Siapa yang tak nak muka nampak lebih muda dari usia sebenar kan? Bila orang puji, muka kita nampak lebih muda, hati mulalah berbunga-bunga je. Tapi, macam mana pulak kalau muka kita nampak lebih tua? Padahal baru 25 je pun. Keciknyalah hati, nak-nak pulak kalau ada yang menegur.

Dah dah, jangan sedih-sedih. Semua masalah mesti ada jalan penyelesaiannya. Apa yang penting, korang kena rajinlah. So, jom baca ni macam mana nak nampak muka awet muda.

Macam mana nak nampak muka awet muda?


Cikla pernah jugak dengar orang cakap air kelapa boleh menjadikan kita cantik. Korang basuh je muka korang dengan air kelapa, biarkan ia kering sebelum dicuci dengan air bersih. Kalau korang nak tau, air kelapa dipercayai boleh membersihkan muka korang, di samping menegangkan kulit dan pudarkan parut di muka. Korang amalkan setiap hari, in shaa Allah hasilnya pasti tak mengecewakan. 

Ais jugak bagus untuk mengatasi muka yang sembap sekaligus menjadikan muka lebih berseri gitu. Kalau korang nak muka korang rasa segar je sebelum korang makeup, tekap dulu muka korang dengan ais. Lepas tu, baru makeup. Kalau korang nak haluskan kulit pulak, korang pakai je skrub nenas. Nak buat skrub nenas ni senang je. Korang just blend nenas sampai hancur, then sental je nenas tu kat muka. Tapi, buat perlahan-lahan. Skrub ni dikatakan dapat membuang sel kulit mati. So, kulit muka akan jadi lebih anjal dan muda.

Macam mana nak nampak muka awet muda?
Macam mana nak nampak muka awet muda? Sumber Google.

Selain dari 3 cara alami di atasi, ada 3 perkara lagi yang sangat penting dititikberatkan demi mendapatkan kulit muka yang sihat serta awet muda. Jangan lupa minum air putih secukupnya sebab kalau korang kurang minum air akan menyebabkan badan kita mengalami dehydration. So, kulit akan jadi lebih kering dan proses penuaan kulit jadi lebih pantas. Dengan meminum air yang cukup dapat membantu toksin dalam badan disingkirkan secara semulajadi. So, kelembapan kulit dapat dikekalkan.

Korang jugak perlu mendapatkan tidur dan rehat yang cukup, sebab ia penting untuk mendapatkan badan dan muka yang  segar. Fresh gitu. Selain itu, sebolehnya korang curilah masa sikit untuk bersenam. Paling tak pun korang jogging. Bersenam boleh mengecilkan berat badan korang sekaligus memantapkan stamina diri. Takdelah lemah longlai di sana sini. Korang akan nampak sentiasa  bertenaga dan bersemangat. Lagi pun, hormon antipenuaan dapat dirangsang melalui system hypnosis hypothalamus di otak.

Lagi satu, jangan lupa berwuduk sebab air wuduk akan menjadikan muka kita lebih berseri secara  semulajadi. So, muka akan nampak lebih awet muda.

Selamat mencuba! ❤❤


Sumber Ruangan Tips Cantik.

21 April 2017

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.

April 21, 2017 3 Comments
Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang. | Assalamualaikum wbt. Kadang-kala, kita sebagai manusia seringkali terlepas pandang akan nikmat Allah yang sememangnya ada di depan mata. Apa kata kita baca sedikit perkongsian terbaik ni. Semoga kisah ni akan dapat membuka walaupun sedikit hati kita supaya sentiasa sedar akan nikmat Allah seterusnya mensyukurinya. Jom baca...

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.


Suatu hari seorang ayah dan anaknya sedang duduk berkelah di tepi sungai. Si ayah kemudian mengambil bekal air dan meminumnya.

"Segar betul air ni..", si ayah berkata kepada anaknya.

“Air ini ciptaan Allah yang luar biasa, ia boleh menghilangkan dahaga dan menambahkan tenaga. Air adalah sumber kehidupan makhluk yg hidup di muka bumi ini, tanpa air semua makhluk hidup akan mati.”

Pada saat yang sama, seekor ikan mendengar percakapan itu dari bawah permukaan air, ia menjadi gelisah dan ingin tahu apakah yang dikatakan "air" itu, yang kedengarannya segar, ciptaan Allah yang luar biasa, dapat menghilangkan dahaga dan menambah tenaga, dan sumber kehidupan makhluk hidup, serta tanpa air semua makhluk hidup akan mati.

Ikan itu berenang dari hulu sampai ke hilir sungai sambil bertanya kepada setiap ikan yang ditemuinya, “Hei, tahukah kamu di manakah air? Aku telah mendengar perbualan manusia yang luar biasa tentang air.”

Ternyata semua ikan tidak mengetahui di mana air itu, si ikan semakin gelisah, lalu ia berenang menuju mata air dan bertemu dengan temannya si katak.

Si ikan bertanyakan hal yg sama kepada si katak, “Katak, tahukah kamu di manakah air?”

Katak pun tertawa dan menjawab, “Tak usah gelisah temanku, air itu telah mengelilingimu, sehingga kamu tidak menyedari kehadirannya. Memang benar, air itu luar biasa, sumber kehidupan dan tanpa air kita akan mati. Tetapi untuk mengetahuinya mari ikut aku..", Si katak melompat ke atas daun teratai diikuti oleh ikan.

"Hap...hap...hap aku disini tidak boleh bernafas..", kata ikan, dan ikan pun melompat kembali ke dalam air sungai. Akhirnya ikan tersebut memahami apa itu air, dan air itu memang luar biasa dan sumber kepada kehidupannya.

Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang.
Tazkirah Jumaat : Nikmat yang ramai manusia terlepas pandang. 

Manusia kadang-kadang mengalami situasi seperti si ikan, mencari ke sana ke mari tentang kehidupan dan kebahagiaan, walhal dia sedang menjalaninya dan menyelaminya, bahkan kebahagiaan sedang mengelilinginya sehingga dia sendiri tidak menyedarinya.

Nikmat Allah itu seperti air di sekeliling ikan, sangat banyak meliputi kehidupan kita, sehingga kita kadang-kadang tak sedar bahawa semuanya adalah nikmatNya. Kita mengeluh mendapat musibah, padahal kita tidak pernah bersyukur atas nikmat yang tak terhingga.

Kita merasakan nikmat sihat bila kita sakit, kita merasakan nikmat kaya setelah kita jatuh miskin dan kita merasakan nikmat kasih sayang setelah orang yg dekat dengan kita tiada seperti ikan merasakan nikmat air ketika dia di daratan.

Firman Allah : “Dan Dia telah memberikan kepadamu (keperluanmu) dari segala apa yang kamu mohonkan kepadanya. Dan jika kamu menghitung nkmat Allah, tidaklah dapat kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu, sangat zalim dan sangat mengingkari (nikmat Allah).” (Ibrahim, ayat 34)


Sememangnya manusia ni mudah lupa kan. Nikmat yang diberi walaupun sedikit sepatutnya disyukuri. Ini tak, dah la tak reti nak bersyukur, lepas tu takbur pulak. Ishhh Ishhh... 

Semoga kita semua tergolong dalam golongan orang yang sentiasa bersyukur. Amin...


Sumber WhatsApp.

20 April 2017

Magiknya tomato untuk sihat dan cantik.

April 20, 2017 4 Comments
Magiknya tomato untuk sihat dan cantik. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa ramai peminat tomato kat sini. Ye tak? Biasa orang masukkan cik tomato ni dalam masakan seperti tomyam, sup, ikan atau ayam sambal dan lain-lain. Even, ada orang guna tomato untuk buat sambal belacan jugak. Mungkin disebabkan rasa buah jingga ni yang masam-masam kan. Tapi, kalau korang nak tau ada orang menggunakan buah tomato untuk sihat dan cantik. Macam mana tu? Jom baca sampai habis...

Magiknya tomato untuk sihat dan cantik.


Sebab apa cikla cakap tomato ni ada kemagikannya yang tersendiri? Bagi cikla, menggunakan bahan-bahan alami sememangnya sangat bagus sebab ia lebih selamat, semulajadi dan kita boleh apply di rumah je. Tak payah nak bersusah payah nak pergi spa. Buat sendiri je. Lebih jimat. Tomato jugak boleh dijadikan jus, selain ia dimakan terus bersama salad. Sedap kan? Rasa juicy je... Merecik gitu. Sebenarnya, ada banyak kebaikan tomato ni untuk kecantikkan dan kesihatan. Tengok, kita dapat 2 sekali manfaat menggunakan satu jenis bahan je.

Campuran 4 sudu jus tomato bersama sedikit air dan putih telur dikatakan dapat membantu mengecilkan liang  roma muka kita. Just sapukan aje campuran tersebut ke keseluruhan muka korang dan biarkan sekejap sebelum dicuci bersih dengan air suam. Kemagikan tomato bukan hanya untuk muka aje tau, untuk rambut pun ada. Korang ambil beberapa biji buah tomato segar, kemudian lenyekkan. Lepas tu, sapukan hasil lenyekkan tu pada rambut korang atau keseluruhan kepala kemudian balut kepala korang dengan tuala. Biar dalam 15 hingga 20 minit gitu sebelum dicuci dengan air bersih. Kalau korang nakkan hasil yang baik, korang buatlah secara konsisten 2 atau 3 kali seminggu. Hasilnya, rambut korang akan sihat dan bersinar gitu. Lelaki pun boleh cuba petua ni tau.

Magiknya tomato untuk sihat dan cantik.
Magiknya tomato untuk sihat dan cantik. Sumber Google.

Korang yang kurang tidur biasanya mesti ada lingkaran hitam kat bawah mata tu kan. Sekali pandang dah macam mata panda pulak dah kan. Takpe, lepas ni dah tak payah nak pening dah macam mana nak hilangkan si mata panda tu. Guna tomato je. Caranya senang je. Korang hiriskan buah tomato, kemudian celupkan hirisan tersebut dalam yogurt asli. Lepas tu, korang letakkan hirisan tu pada mata korang. Tapi, pastikan masa korang letak tu dalam posisi korang baring tau. Cara ni jugak dikatakan mampu melenyapkan lingkaran gelap tersebut sekaligus dapat 'merehatkan' mata.

Jadikan tomato sebagai snek. Bunyi macam menarik je kan. Tapi,  elok jugak. Dari pada korang amik makanan yang kurang berkhasiat tu, lebih baik korang amalkan makan tomato ni terutama masa korang lapar. Kalau korang nak tau, dengan memakan tomato setiap hari akan memberi nutrisi dan air yang bagus untuk kesihatan kulit sekaligus turut menjaga kesihatan 'dalaman' kita.

So, jom  jadikan tomato teman baik kita demi mendapatkan kecantikan dan kesihatan yang didamkan.
Selamat memakan tomato ye... 🍅🍅❤❤


Sumber Ruangan Pesona, Kosmo.

Jom kurus dengan buah!

April 20, 2017 3 Comments
Jom kurus dengan buah! | Assalamualaikum wbt. Sebenarnya, kalau korang nak tau buah jugak merupakan pembekal tenaga dan nutrisi yang bagus. Kalau sebelum ni kita ingat buah hanyalah sumber serat dan vitamin, buah jugak adalah sangat bagus dalam proses penyahtoksikan. So, ia amat sesuai untuk korang yang sedang berdiet dan dalam usaha menguruskan badan.

Ada lima kumpulan buah yang dipercayai boleh membantu menurunkan berat badan. Wah, terujalah tu nak tau. Hehe. Dah dah, jom baca sampai habis.

Jom kurus dengan buah!


Kumpulan pertama adalah buah yang tinggi karbohidrat, seperti pisang, plum, pear, kiwi, nanas, mangga, anggur dan fig (buah tin). Ada yang mencadangkan korang mengambil buah ni semasa korang bersarapan kerana ia akan memberikan tenaga supaya proses pencernaan boleh dimulakan. Kalau bulan puasa pulak, elok korang makan buah tinggi karbohidrat ni sebab ia akan membekalkan tenaga pada waktu malam. Sebaiknya, amalkan memakan buah ni sekerapnya. Contoh buah tinggi karbohidrat dalam bentuk kering adalah kismis, kurma, badam, aprikot dan prun.

Kumpulan kedua adalah buah rendah karbohidrat, seperti tembikai, pic, epal dan betik. Buah sebegini dikatakan tinggi kandungan air di dalamnya. Keadaan ni menjadikan ia boleh kawan suhu badan sekaligus membantu menyahkan kolesterol jahat selain menjadikan sistem kardiovaskular dan saraf 'bekerja' dalam keadaan optimum. Selain itu, buah dari Kumpulan ni kurang gula dan dipercayai boleh membakar lemak sekaligus mengurangkan berat badan kita. Bagus kan...

Jom kurus dengan buah!
Jom kurus dengan buah! Sumber Google.

Kumpulan ketiga adalah buah dari jenis sitrus dan beri, seperti lemon, limau nipis,  raspberry, kranberry, blackberry dan strawberry. Buah ni semua dikatakan boleh merangsang usus bekerja dengan lebih baik dan melancarkan proses penyahtoksikan. Di samping itu, ia dipercayai boleh 'membersihkan' darah,  menguatkan sistem kardiovaskular badan, menjaga kesihatan jantung, menyingkirkan kolesterol jahat dan memperbaiki sistem pencernaan.




Kumpulan keempat adalah buahan berair seperti tembikai sebab ia turut mengandungi karbohidrat di dalamnya. Buah ini jugak baik untuk pencernaan dan rendah karbohidrat supaya menghasilkan tenaga segera untuk badan kita. Dengan adanya air yang banyak sangat bagus untuk lancarkan sistem pencernaan dan toksin dapat disingkirkan dengan sempurna dari badan kita. Apa yang penting, ia menyihatkan.

Kumpulan kelima adalah buahan kering,  seperti kurma, kismis dan prun yang mana ia ditambah dalam buahan yang segar. Elok untuk orang yang berdiet tau, sebab ia merupakan sumber terbaik yang membekalkan vitamin dan mineral. Selain itu, ia dikatakan amat bagus untuk membakar lemak dan kurangkan kolesterol jugak di samping menguatkan sistem imun serta melancarkan proses penyahtoksikan.

So, jom kita makan buah untuk lebih sihat. Bila dah sihat, cantik itu akan terbit secara semulajadi... ❤❤❤


Sumber Ruangan Kelab Diet.

Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya.

April 20, 2017 25 Comments
Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya. | Assalamualaikum wbt. Setelah hampir 2 minggu blog kesayangan cikla ni diedit, akhirnya siap jugak. Syukurlah. Terima kasih pada adik manis MAISARAHSIDI.COM sebab gigih mengedit blog ni ikut apa yang cikla nak. Kesian dia, sebab layan kerenah cikla kan. Hihi.

Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya.


Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya.
Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya. 

Sejujurnya, memang cikla suka dengan hasil kerja Mai ni. Kemas dan cantik. Gabungan warna putih  dan pink memang kena kan. Tak nampak messy sangat.  Serabut sana sini. I love it! Kalau korang nak merasa sentuhan Mai ni, pergi je kat blog dan Facebook page beliau. Kat sana ada banyak lagi hasil kerja beliau yang cantik dan awesome. Harganya pun sangat berpatutan... 👍

Tapi, watermark ni cikla buat sendiri. Hehe...  Touch up sikit. Dah jadi. Oklah tu kan, dari takde.

Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya.
Alhamdullillah... Blog dah siap diedit sepenuhnya. 

So, thanks again mai... ❤❤❤


Facebook page MAISARAHSIDI.COM SINI
Blog MAISARAHSIDI.COM SINI

19 April 2017

Guna putih telur untuk cantik?

April 19, 2017 4 Comments
Guna putih telur untuk cantik? | Assalamualaikum wbt. Biasanya kita dengar orang guna putih telur untuk buat kek dan kuih kan? Betul tak? Tapi, mungkin ada yang tau dan ada jugak yang tak tau 'bahagian yang berwarna putih' ni kita boleh apply untuk cantik. Kalau orang dulu-dulu, mereka gunakan masker putih telur untuk mendapatkan kulit muka yang sihat dan cantik.

Ada banyak kelebihan putih telur ni dalam menjaga kecantikkan diri. Nak tau? Jom baca sampai habis...

Guna putih telur untuk cantik?


Ada orang mengalami masalah blackhead dan whitehead pada wajahnya. Kehadiran 'dua bersaudara' ni sememangnya mempengaruhi penampilan diri kita. Betul tak? Lepas tu kalau pergi spa pulak, ada yang cakap proses nak buang keduanya ni memang agak menyakitkan jugalah. Tapi, takpe. Kalau korang nak tau putih telur boleh membantu menghilangkan ni semua. Caranya senang je, korang ambil kapas muka lepas tu rendam dalam putih telur. Dah rendam tu, tempek pada muka yang ada blackhead dengan whitehead tu. Biar sampai kering. Dah kering, korang tarik kapas muka tu perlahan-lahan. Nanti korang akan nampak segala kotoran pada kapas. So, kulit lebih licin.

Kalau korang nak haluskan kulit pulak, just oleskan putih telur ke muka korang nipis-nipis je. Jangan tebal-tebal. Biarlah almost 20 minit, then bilas muka korang dengan air suam dulu, lepas tu air sejuk. Kalau nak kesan yang baik, buat 2 kali seminggu. Jangan tak percaya, kulit korang nanti akan nampak lebih halus dan tegang. Cubalah... Tapi kan, kalau halus je tak best jugak kan. Kita mesti nak kulit muka kita cerah jugak kan. Betul tak? Orang cakap, cerah dan sekata. Tak berbelak-belak.

Guna putih telur untuk cantik?
Guna putih telur untuk cantik? Sumber Google.

Selain itu,  kalau korang nak mencerahkan kulit pulak jom cuba petua ni. Gaul putih telur dengan yogurt asli, kemudian sapukan campuran tersebut pada muka dan leher. Hasilnya, kulit korang akan lebih cerah. Bagi orang yang mempunyai kulit berminyak jugak boleh gunakan putih telur untuk menyingkirkan minyak yang berlebihan pada muka, di samping akan menjadikan pori-pori lebih kecil. Hanya sapukan campuran putih  telur dengan perahan lemon pada muka.

Dengan putih telur jugak kita boleh merawat cik jerawat yang timbul. Sapukan aje putih telur pada muka dan biarkan dalam 20 minit gitu, lepas tu bilas dengan air suam. Masalah jerawat ni boleh diatasi dengan syarat korang rajin apply sampai jerawat hilang. Apa yang penting, jerawat akan mengecut dan yang bestnya takde parut yang tinggal. Syoknya kan? Janji buat dengan konsisten.

Kulit yang sihat adalah kulit yang sentiasa 'lembap'. Takpe, dengan putih telur pun boleh tau. Just campuran putih  telur dengan avocado, lepas tu pakai kat muka macam korang pakai masker tu. Biarkan dalam 15 minit sebelum bilas dengan air sejuk. Kulit  akan jadi lembap dan masalah sunburn dapat diatasi. Masalah lingkaran hitam di bawah mata pun boleh diatasi dengan putih telur jugak tau. Korang sapukan sedikit putih telur kat bawah mata korang sebelum korang letak hirisan timun. Biarkan kira-kira 15 minit sebelum korang bilas.

So, macam mana? Banyak rupanya faedah putih telur ni untuk  cantik kan? Apa yang penting, ia adalah selamat dan semulajadi gitu. Takde bahan kimia yang boleh bagi kesan sampingan pada muka. 
Selamat mencuba! ❤❤



Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

18 April 2017

Giveaway Dior Miniature Perfume Mini.

April 18, 2017 23 Comments
Giveaway Dior Miniature Perfume Mini. | Assalamualaikum wbt. Macam dah lama je cikla tak join giveaway kan. By the way, thanks Fiza sebab ajak cikla join giveaway awak ni. Korang yang belum join, jom join sama.. Sebelum tu, jom kita tengok apa kata Fiza...

❤❤❤


Assalamualaikum. Dengan rasa rendah hati Fiza menjemput semua pembaca blog Ourmemoria.my untuk sama-sama memeriahkan Giveaway yang dianjurkan sendiri oleh Fiza.


Copy dan klik banner untuk penyertaan


Giveaway Dior Miniature Perfume Mini bermula pada hari ini 18 April hingga 1 Mei 2017. Semua blogger yang bermastautin di Malaysia dijemput untuk menyertainya.




Dior Miniature Perfume Mini Set mengandungi:

5 ml EDT Dolce Vita, 
5 ml EDP Miss Dior, 
5 ml EDT J'adore,
 5 ml EDT Midnight Poison,
 5 ml EDT Dior Addict

Ada 5 jenis Dior Miniature Perfume untuk dimenangi dan hanya 5 pemenang yang akan dipilih. Jemput semua blogger untuk memeriahkan giveaway ini.

So, apa lagi. Jom join ramai-ramai. Good luck pada yang join... All the best. ❤❤❤

Kebaikan mandi susu.

April 18, 2017 8 Comments
Kebaikan mandi susu. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, siapa yang rajin memanjakan diri kat spa mesti biasa dengar pasal mandi susu ni kan? Sejujurnya, cikla pun belum pernah cuba lagi ni. Pernah dengar ajelah. Orang cakap, khasiat susu ni bukan saja menyihatkan dan mencantikkan kulit,  malah memberi 'ketenangan' jugak.

Kalau korang nak tau, banyak kebaikan mandi susu ni rupanya. Korang nak tau apakah kebaikan mandi susu ni? Nak tau, teruskan membaca ye...

Kebaikan mandi susu.


Kebaikan mandi susu.
Kebaikan mandi susu. Sumber Google.

Khasiat susu dikatakan amat baik untuk menghaluskan kulit sebab ia boleh bertindak membuang sel kulit mati sekaligus memberi kelembapan. So, kalau korang mempunyai kulit jenis kering memang elok apply mandi susu ni. Di samping itu, mandi susu jugak dapat memberikan ketenangan sebab ia boleh meredakan stress. Lenguh-lenguh badan pun hilang, lepas tu kita rasa rileks je.

Selain dari menghaluskan kulit, susu jugak boleh mencerahkan jugak kalau kita buat secara konsisten. Kalau korang nak tau, campuran susu dengan air panas dipercayai boleh melancarkan peredaran darah sekaligus merawat badan korang secara natural. So, badan korang akan jadi lebih fresh dan tak letih. Biasanya, lepas proses mandi susu korang akan rasa badan korang lebih 'ringan' dan selesa sebab badan telah mengalami proses pembuangan toksin. Kalau nak kesan yang lebih baik, amalkan selalu, ok! 

Mandi susu untuk awet muda? Wow... Macam menarik je bunyinya tu. Memang betullah. Khasiat susu yang dipercayai mengandungi protein dapat membantu membaiki sel kulit mati dan menggantikan dengan sel yang baru. So, kulit jadi lebih anjal dan nampak muda. Bila sel-sel baru terbentuk, maka wajah korang akan naik serinya secara natural. Lepas ni, korang akan nampak lebih yakin terutama bila berhadapan dengan orang.

Persoalannya, lelaki boleh mandi susu tak? Bagi cikla, boleh je kalau nak. Tak de salahnya pun... ❤❤


Sumber Ruangan Tips Cantik.

17 April 2017

Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...

April 17, 2017 9 Comments
Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau... | Assalamualaikum wbt. Biasanya kan, sesetengah orang kalau kereta dia mogok je, mesti ingat sebab bateri kong. Lepas tu, bawak kereta pergi workshop, terus je suruh orang tu tukar bateri kereta. Jangan, jangan tergopoh gapah tukar bateri sebelum memastikan baterinya betul-betul kong.

Cikla rasa kalau cakap pasal bateri kong je mesti kita teringat pada BATERIKU.COM kan? Betul tak? Kalau korang nak tau, BATERIKU.COM sudah menjadi fenomena dan bualan hangat di kalangan pemilik kereta. Popular dah BATERIKU.COM ni. Sebenarnya, BATERIKU.COM memang berbeza dan lain dari yang lain. Korang nak tau apakah perbezaannya? Jom baca ni.

Apakah kelebihan BATERIKU.COM dalam menyelesaikan masalah bateri kong? 


Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...
Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...


Ada banyak perbezaan dan kelebihan antara BATERIKU.COM dengan lain dalam menyelesaikan masalah bateri kong ni. Salah satunya adalah, mereka menawarkan HARGA tetap dan sememangnya mampu dinikmati oleh semua golongan. Kadang-kadang sesetengah servis, repair nya sikit je. Tapi, macam-macam caj dikenakan. Betul tak? Tapi, tidak dengan BATERIKU.COM. Apa yang best, tiada caj tersembunyi.

Selain itu, BATERIKU.COM ni mempunyai keluasan jaringan kawasan servis dari yang sangat baik iaitu dari Perlis sampai  ke Johor Bahru, manakala caj penghantaran, pemeriksaan dan pemasangan adalah percuma. Siapa yang tak suka benda percuma kan. Asyikkk... Lagipun, Mobile Technician (MOTEC) mereka pulak adalah sangat terlatih, peramah dan yang penting boleh dipercayai.

Itu aje ke kelebihannya? Ehh, ada lagi. Kalau korang nak tau, BATERIKU.COM turut memberikan tawaran waranti dari 12 hingga 30 Bulan, dan waranti servis adalah di setiap network kawasan 'jajahan' mereka. Waktu servis pulak adalah dari 7 pagi hingga 1 pagi. So, korang tak perlu risau. Tak kiralah pukul berapa kereta korang mogok, call je abam BATERIKU.COM. Dengan pantas mereka datang membantu.

Ada satu lagi perkara yang menarik dengan BATERIKU.COM ni. Nak tau apa yang menariknya tu? Sebenarnya, team BATERIKU.COM ada menawarkan program #FreeChecking untuk badan koporat, kelab kereta, komuniti perumahan secara PERCUMA (dah namanya free checking kan). Maknanya, diaorang takkan mengenai an apa-apa bayaran untuk pemeriksaan. Caj hanya dikenakan hanya untuk bateri sahaja. Itu pun kalau bateri korang betul-betul kong dan memang perlu ditukar. Best kan? Tapi, ia bergantung pada tempahan jugak.

Macam mana nak dapatkan perkhidmatan BATERIKU.COM? 


Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...
Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...


Ala, senang je. Korang boleh je terus hubungilah team BATERIKU.COM di talian bebas tol 1 800 22 2324 atau;


Selain itu, korang boleh muat turun Mobil App BATERIKU.COM sekarang di Google Play Store dan Apple App Store. Dengan adanya App  ni, korang akan lebih mudah cepat  menjejak pergerakan Mobile Technicians diaorang. Lagi cepat korang  jejak (trace), lagi pantas abam BATERIKU.COM datang membantu.

Itu sebabnya BATERIKU.COM semakin menjadi pilihan pengguna di luar sana disebabkan oleh perkhidmatan yang tiptop dan sudah tentu bateri kereta yang ditawarkan jauh lebih murah dari yang lain. Kata orang, jimat lagi menjimatkan.

Cikla tau, di zaman yang orang cakap semua nak guna duit, mesti kita cari sesuatu yang murah dan berbaloi. So, BATERIKU.COM lah jawapannya. Betul tak? Selain itu, BATERIKU.COM jugak menawarkan big battery, vin battery dan baterry assist. Mudah kan... Lepas ni, tak payah nak pening-pening dah. BATERIKU.COM akan menyelesaikan masalah korang. 

Kalau korang berminat nak menyertai geng BATERIKU.COM di seluruh negara senang je. Korang boleh mohon secara on-line di www.bateriku.com >> Dealer >> Runner (Full Time/Part Time/Freelance) >> lRakan Wokshop >> Rakan Tow. Mudah sangat kan?


Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...
Kereta korang mogok? Jangan ingat sebab bateri kong je tau...


So, sekali lagi cikla nak war-warkan...

NAK TUKAR BATERI KERETA?

#JanganTukarDulu

MUNGKIN BATERI OK LAGI!

#DapatkanKepastian
#GetSecondOpinion

JIMATKAN DUIT ANDA

Untuk penyelesaianya, call aje BATERIKU.COM @ Tol Free 1-800-22-2324 | Whatsapp 012-245-8027 & 019-699-8279. Mereka akan datang ke lokasi korang dengan segera. Apa yang penting, semua pemeriksaan adalah PERCUMA.

Lagi satu, korang tak payah nak beli bateri baru sebab ingat bateri kong dan DIJAMIN takde sebarang caj dikenakan sekiranya bateri kereta korang tak kong dan masih elok. BATERIKU.COM beroperasi dari hari Isnin sampai Ahad, bermula dari jam 7 am sehingga jam 1 am meliputi kawasan operasi dari Johor ke Perlis.



Selamat berurusan dengan BATERIKU.COM. Memang berbaloi-baloi tau. Memang tak menyesal punyalah... Sekali servis, pasti nak lagi...

Any inquiries or more info just click BATERIKU.COM.


BATERIKU.COM awesome! ❤❤❤


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.