9 perkara lelaki kena faham pasal perempuan.

by - April 03, 2017

9 perkara lelaki kena faham pasal perempuan. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap, perangai perempuan memang susah nak difahami. Kejap ke laut, kejap ke darat. Nak-nak pulak time pms, lagilah. Moody sokmo. Tapi, tak salah kot kalau pasangannya belajar memahami sikap dan apa sebenarnya yang si perempuan ni nakkan. Kalau lelaki nakkan perempuan paham mereka, tak salah kot kalau perempuan mahukan perkara yang sama. Betul tak?

So, demi mengecapi kebahagiaan dengan yang tersayang, si lelaki kena faham 9 perkara mengenai perempuan ni. Apakah ia? Jom baca seterusnya...

9 perkara lelaki kena faham pasal perempuan.


9 perkara lelaki kena faham pasal perempuan.
9 perkara lelaki kena faham pasal perempuan. Sumber Google.


PERTAMA,  kalau korang nak tau perempuan ni sejak azali lagi memang cerewet. Ni memang cikla mengaku. Tapi, bukanlah sepanjang masa perempuan ni cerewet tau. Ada sssetengah perkara yang menbuatkan golongan ni mempamerkan 'kecerewetan' mereka. Ehh, ada ke perkataan kecerewetan? Hihi. Perempuan memang cerewet lebih-lebih lagi kalau hal-hal relationship korang. Tak salah kot sekali-sekala ikut apa yang mereka nak, selagi ia tak melampaui batas.

KEDUA, hati perempuan ni lembut sangat. Mudah tersentuh dan disentuh. Kalau orang tinggikan suara dengan dia, mulalah fikir orang marahlah, dah tak sayanglah, dah tak sukalah. Padahal, memang suaranya pasangannya tu jenis lantang nyaring. Hatinya sedih bukan kepalang, sampai merajuk membawa hati. Cewahhh... *drama Queen sangat ni... 

KETIGA, bab merajuk dan sensitif. Memang tak dinafikan sikap merajuknya ni membuatkan orang sampai jadi rimas, tapi korang kena ingat kadang-kadang sikap merajuk seseorang perempuan itu sebab nakkan perhatian dari pasangannya. Nak manja-manja gitu. Hihi.

KEEMPAT, perempuan memang sukakan 'kejutan'. Bukan apa, ini mereka merasakan kejutan itu menunjukkan yang pasangan mereka sentiasa memberi perhatian pada mereka. Korang plan je, tak kiralah kejutan kecik pun, dah tentu mereka senyum sepanjang hari. Silap-silap haribulan, sepanjang minggu tu tersenyum lebar. 

KELIMA, perempuan sangat suka kalau pasangannya amik berat pasal mereka. Prihatin kata orang. 

KEENAM, perempuan itu amat menghargai cinta pertama mereka sebab bagi mereka 'first love'  ni adakah cinta yang paling agung, such dan tulus. 

KETUJUH, perempuan dan manja memang tak boleh dipisahkan. Sebab apa? Sebab memang nalurinya macam tu. Tak  boleh nak kata apa dah...  Hihi... 

KELAPAN, ada perempuan sanggup mengorbankan egonya demi orang yang tersayang. Orang cakap, berkorban apa saja... 

KESEMBILAN,  seorang perempuan sememangnya ikhlas bila dia menyayangi seseorang. So,  jangan sesekali mengkhianati mereka. Mereka jugak mengharapkan pasangannya begitu.

Pada cikla, dalam perhubungan seharusnya ada sikap give and take.  Untuk mendapatkan hubungan yang berjaya, kedua-dua pihak perlu bijak me mainland peranan masing-masing.

Barulah hubungan tu tak bosan dan in shaa Allah berkekalan hingga ke Jannah...  


Sumber Ruangan Dunia Lelaki. 

You May Also Like

1 Orang yang komen.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.