Ada suami.

By Cikla Shahril - April 25, 2017

Sebagai manusia biasa kita memang tak sempurna. Setiap orang pasti ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. 

Carilah pasangan yang boleh melengkapi kekurangan kita. Semoga kita semua sentiasa diberi keampunan dan hidayahNya. Amin.

Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Begitu jugak dengan suami. Ada suami yang mungkin tak pandai menguruskan rumah tangga, tapi dia pandai mengambil hati isterinya, pandai membuat jenaka, dan pandai menceriakan suasana. 

Orang cakap, keadaan 'emosi' dalam rumah sentiasa ceria dan gembira. 

Memang tak dinafikan, ada suami tak pandai nak tunjuk keromantikan pada isterinya, tapi mungkin dari sudut lain dia pandai. 

Tapi, si suami selalu menjamu keluarganya makan yang sedap-sedap. Itu pun dah cukup menggembirakan hati anak isteri.

Ada suami.
Ada suami. Sumber Facebook.

Kalau bab memujuk pulak, bukan semua suami pandai. Isterinya yang merajuk, last last isterinya pulak yang kena pujuk balik. Huhu. 

Tapi, takpe. Mungkin dia tak pandai memujuk, tapi dia ringan tulang membantu kita. Itu pun dah cukup dah kan 'memujuk' hati kita. 

Jangan hanya pandang kekurangan seseorang, mungkin ada sekelumit kelebihan yang kita tak nampak. 

Lagipun, semua orang tak sempurna. Jangan disebabkan kekurangan yang ada pada dia, menutup kelebihan dirinya.

Terimalah pasangan kita seadanya.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments