Bagaimana nak jadikan sayur sahabat baik anak kita?

by - April 06, 2017

Bagaimana nak jadikan sayur sahabat baik anak kita? | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa bukan semua budak suka makan sayur kan. Betul tak? Samalah jugak dengan anak-anak cikla. Kalau kita masak nasi goreng atau mee goreng contohnya, letak sayur memang sangguplah dia asingkan sayur tu kat tepi pinggan. Stress ibunya, dah blur dah tak tau macam mana nak bagi diaorang ni makan sayur. Memang cabaran besarlah.

Seorang penceramah bebas pemakanan dan gaya hidup sihat di Platinum Holistic Wellness Centre, Pn. Norazizah Ruslan berkata langkah 'memujuk' anak supaya memakan sayur perlulah diulang-ulang sampai berhasil. Beritahu anak kalau makan sayur banyak kebaikan yang boleh diperolehi dan tak salah kot kalau kita puji anak kita walaupun mereka makan sikit je.  Yes,  setuju jugak apa yang dikatakan oleh beliau ni.  Usaha tanpa jemu sampai berjaya.

Selain itu, beliau mendedahkan beberapa tips macam mana nak menjadikan sayur itu sahabat baik anak kita. Nak tau tak? Jom baca yang seterusnya...

Bagaimana nak jadikan sayur sahabat baik anak kita?


Bagaimana nak jadikan sayur sahabat baik anak kita?
Bagaimana nak jadikan sayur sahabat  baik anak kita? Sumber Google.

Sebaiknya, kenalkanlah sayur pada anak sebaik saja mereka bercerai susu. Biasa yang cikla dengar orang buat jus atau puri. Kalau nak letak susu ibu pun boleh, so that anak akan 'terbiasa' bila makan nanti. Selain itu, belikan anak permainan berasaskan sayur. So, nanti mereka akan kenal rupa dan nama sayur tersebut. 

Ada ibu yang rajin membawa anak mereka ke pasar dan membiarkan mereka memilih sayur kegemaran mereka sendiri. Bagus jugak tu. Paling tak pun, kalau korang rajin korang tanam je sendiri sayur hasilnya kita boleh 'tuai' dengan cepat dan anak sekali anak. Pendedahan ni menjadikan mereka tahu pasal sayur dan korang boleh masak ikut kesukaan mereka. Selain tu, jangan kenalkan sayur terhad kepada sayur berdaun je. Kalau boleh sayur ubi-ubian macam kentang dan lobak pun sama.

Orang cakap, teladan yang baik haruslah dari kedua ibu dan bapanya. Kalau korang nak anak korang makan sayur, korang pun kena jadi pencinta sayur jugak. Bukan apa, budak-budak ni mereka belajar dari apa yang mereka tengok. Bila mereka tentang ibu dengan bapanya makan sayur, tentu mereka pun terdorong untuk makan jugak. Ibu jugak kena kreatif dalam mempelbagaikan cara hidangan sayur supaya dapat menarik minat anak. Jangan asyik masak sup atau goreng je. 

Kalau korang nak tau, sayur boleh dibekukan jugak menjadi aiskrim atau pizza yang dihiasi dengan sayur yang menyihatkan. Begitu jugak, si ibu mesti pandai pelbagaikan menu berasaskan sayur seperti nasi goreng  cina dan sup telur yang dicampur dengan kubis, mushrooms dan sebagainya. Begitu jugak si ibu kena kreatif mendeko makanan yang berasaskan sayur supaya anak tertarik nak makan.

So, tengoklah lepas ni anak kita nak makan sayur ke tak. Hihi... ❤❤❤


Sumber Panduan Ibu Muda.

You May Also Like

6 Orang yang komen.

  1. kena biasakan dari kecik. adik2 saya yg kecik semua taknak makan sayur. uhh

    ReplyDelete
  2. ssh gak... klu bapak sndr pon xnk makan. hehehe

    ReplyDelete
  3. Betul..ibu bapa kena mulakan dulu...anak buah PC tak suka makan sayur...apa2 yang dia tak suka dan taknak dia cakap taknak masam...hahaha...

    ReplyDelete
  4. Ana paksa je syafi mkn. Kata sayur ni manis. Bila dia rasa, baru dia setuju.

    ReplyDelete
  5. Keluarga saya memang suka sayuran. Semua jenis ulam kami ratah. Jadi kambing.

    ReplyDelete
  6. budak2 mmg susah makan sayur tapi ada jugak org dewasa yg tak suka sayuran ni..hehe. Mcm anak akk diaorg memilih nak makan sayur yang tak semua sama dgn yg lelain..penat tapi oklah dari diaorg x makan sayuran kan..

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.