15 April 2017

# reviews

Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.

Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A. | Assalamualaikum wbt. Rasanya since last year, inilah smartphone kedua yang cikla guna. Sebelum ni, cikla guna Lenovo. Tapi, dah kenapa pulak cikla cakap... 'bestnya smartphone Xioami Redmi 4A' ni? Nak tau ceritanya? Teruskan membaca ye.

Al-kisahnya, nak dijadikan cerita cik Lenovo yang cikla guna sebelum ni tetiba punat nak on off tu hilang. Macam mana pulak nak tekan kan kalau punat takde. Terpaksa pulak cari 'benda' nak cucuk kalau nak on. Fikir punya fikir, cari phone barulah. Rezekilah tu kan. Hihi.

So, cikla usha jugaklah smartphone yang mana berkenan dihati. Stress jugaklah nak pilih yang mana satu. Haha, siap stress bagai. Nak beli phone je kot. Maklumlah, kat pasaran sekarang macam-macam brand smartphone ada. Siapakan ongkosnya aje dong. Berbalik pada cerita cikla tadi, cikla nak beli smartphone ni siap ada bajet sendiri tu. Kalau lebih, encik suami tolong tambahkan ok. Hihi. Cikla bajet under rm500 tapi best. Ehh, ada ke smartphone macam tu? Mestilah ada. Kena gigih survey lah. Barulah dapat apa yang dihajati. Cewahhh... 

Pilih punya pilih, suami cikla cadangkan cikla beli smartphone Xioami Redmi 4A ni. Memula tu, cikla cakap... 'Ermm... Redmi? Macam tak pernah dengar je...' Tapi, takpelah. Kita tengok dulu camne rupanya.

Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.


Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.
Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.

Pertama kali 'bertentang mata' dengan smartphone Xioami Redmi 4A ni terus 'jatuh cinta'. Kiranya macam 'love at a first side'lah ni. Hihi. Tapi, seriously memang cikla terus tersuka dengan smartphone ni. Mungkin korang ada yang dah tau pasal smartphone ni, cuma cikla je kot yang ketinggalan keretapi. Haha. Takpe, takpe... smartphone Xioami Redmi 4A sudah berada di dalam dakapanku. Lagipun, harganya pulak memang dah dalam bajet cikla. So, on ajelah. Cikla pilih warna gold. Tanteknyaaaa...

Walaupun ada orang cakap, smartphone Xioami Redmi 4A ada beberapa 'kekurangan', tapi cikla taknak cakap pasal tu. Hati tengah berbunga-bunga, tak kan nak cakap yang tak best kan. Cikla nak cerita pasal 'kelebihan' mengikut pendapat peribadi cikla. Diulangi, pendapat peribadi cikla... Hihi. Bukan apa, lain orang lain pendapatnya kan.


Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.
Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.


Pada pendapat cikla, smartphone Xioami Redmi 4A ada kelebihannya. Antara kelebihan itu adalah;


  1. Didatangkan dengan warna yang sangat memikat hati iaitu gold. Lagi satu warna kalau tak silap cikla, warna rose gold kot. Tak berat sangat. 
  2. Keluasan skrin yang sedang-sedang saja,  5.0 inci dengan HD resolution. Bak kata orang, tak kecik tak besar. Molek gitu.
  3. Kamera belakang 13MP, dan kamera depan 5MP. Kalau sesiapa yang suka ber'swafoto' memang sesuailah untuk cikla yang suka swafoto. Ehh! 
  4. Internal memory yang agak besar 16GB. Kira oklah untuk cikla  nak save macam-macam apps. di dalamnya.
  5. Walaupun ada dual SIM, boleh guna salah satu untuk mobile data tak kiralah SIM 1 atau SIM 2 tanpa menukarnya. Best!

Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.
Bestnya smartphone Xioami Redmi 4A.


Mungkin ada kelebihan yang sama dengan smartphone lain, tapi bagi cikla smartphone Xioami Redmi 4A lebih special. Apa lagi, kalau korang kot-kot nak tukar smartphone baru apa kata try smartphone ni. Korang patut alaminya sendiri...

Jom tukar ke smartphone Xioami Redmi 4A... ❤❤❤

4 comments:

  1. Comel bentuk Xioami Redmi 4A ni ��

    ReplyDelete
  2. Tengah nak cari juga smartphone ni....sbb hp kita tak boleh nak on dah...online terpaksa guna hp en.hubby...

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.