Cik kedondong jadikan kulit lebih cantik.

by - April 03, 2017

Cik kedondong jadikan kulit lebih cantik. | Assalamualaikum wbt. Cikla kalau masa mengandung mesti cari cik kedondong ni. Tak kiralah buahnya yang fresh atau sudah dibuat jeruk. Bukan apa, masa mengandung faham-faham ajelah. Kadang-kadang tekak tak berapa nak 'sedap'. Dengan loyanya. So, pada cikla dengan memakan buah ni dapat mengurangkan rasa loya. Kalau bulan puasa pulak, jus kedondong dengan asam boi memang popular. Setiap bazaar Ramadan yang kita pergi mesti kita jumpa orang jual air ni kan.  Betul tak? Kat restoran pun kadang-kadang ada dijual air ni.

Berkhasiat ke cik kedondong ni?


Sudah tentu buah ni banyak khasiatnya. Bak kata orang, kecik-kecik cili padi. Walaupun kecik, banyak khasiat yang terkandung di dalamnya. Cik kedondong ni atau nama saintifiknya Spondias Dulcis  *amboi dah macam nama pelakon telenovela dah, mengandungi vit.A, vit.C, kalsium, besi dan fosforus di samping ia jugak turut mengandungi serat pemakanan dan vit.B kompleks (thiamin dan riboflavin). Kalau korang nak tau, bukan saja buahnya yang sedap malah daun dan kulitnya pun bagus sebab mengandungi agen therapeutic, saponins dan tannin.


Cik kedondong jadikan kulit lebih cantik.
Cik kedondong jadikan kulit lebih cantik. Sumber Google.


Apa pulak kebaikan yang kita boleh dapat dari cik kedondong ni?


Banyak khasiat dan kebaikannya dari buah yang kecik molek ni. Kedondong  yang kaya dengan vit.C ni dikatakan mampu memperbaiki sistem imun kita di samping membantu perbaiki pembentukan kolagen serta cepatkan luka sembuh. Ia jugak mengandungi antioksidan. Selain itu, kehadiran vit.C di dalamnya jugak dapat membantu perbaiki tisu dan zat pada kulit. So that, kulit akan jadi lebih cantik sebab adanya kolagen yang membantu. Ada yang mengatakan ekstrak daun kedondong yang direbus boleh dijadikan losen dan pelembap badan, di samping akarnya pulak dikatakan boleh mengubati penyakit kulit gatal.

Kalau korang nak tau,  ekstrak buah dan daun cik kedondong ni boleh mengubati batuk. Caranya, rebus 3 biji buahnya dengan air. Kemudian, blend buahnya dan minum jusnya. Kalau nak guna daunnya pulak, rebus 3-4 helai daunnya dengan 2 cawan air, then tapis airnya lepas tu campurkan dengan madu sebelum diminum. Untuk orang yang mengalami sembelit, elok makan buah ni, di samping ia jugak mempu membantu memperbaiki masalah mata disebabkan ia kaya dengan vit.A. Selain itu, kandungan gula dalam bentuk sukrosa yang ada di dalamnya boleh memberi tenaga segera kepada kita.

Kalau korang nak kurangkan berat badan, cik kedondong boleh membantu korang. Kelebihan kedondong yang bersifat rendah lemak, karbohidrat dan tinggi serat memang sesuai sangatlah. Buah ni jugak mengandungi air yang memberi rasa kenyang sekaligus mencegah kita makan berlebihan. Selain itu, ia mengandungi kalsium yang kita tau bagus untuk mendapatkan tulang yang kuat serta zat besi yang boleh menambahkan sel darah merah. Kalium yang ada di dalamnya jugak dapat menghindarkan kita dari masalah jantung. 

Wah, begitu banyak kebaikan cik kedondong ni kan? Lepas ni boleh makan banyak-banyak. Sedap pun sedap...

Nyummmm....❤❤


Sumber Ruangan Khasiat Alami.

You May Also Like

4 Orang yang komen.

  1. Kat kampung ada buah ni, banyak sangat, selalu saya je yang suka makan... hihi

    ReplyDelete
  2. Banyak khasiat rupanya kedondong nie..

    ReplyDelete
  3. byk pulak kebaikan buah kedondong ni. dulu penah makan ni then tercekik. sampai sekarang tak nak makan ni dahh hahaha. traumatizeee huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Tak berapa minat kedondong ni, ada rasa maung gitu.
    Tapi kalau yang dh buat jeruk buah tu sedap pulak.

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.