Kebaikan mandi susu.

by - April 18, 2017

Kebaikan mandi susu. | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya, siapa yang rajin memanjakan diri kat spa mesti biasa dengar pasal mandi susu ni kan? Sejujurnya, cikla pun belum pernah cuba lagi ni. Pernah dengar ajelah. Orang cakap, khasiat susu ni bukan saja menyihatkan dan mencantikkan kulit,  malah memberi 'ketenangan' jugak.

Kalau korang nak tau, banyak kebaikan mandi susu ni rupanya. Korang nak tau apakah kebaikan mandi susu ni? Nak tau, teruskan membaca ye...

Kebaikan mandi susu.


Kebaikan mandi susu.
Kebaikan mandi susu. Sumber Google.

Khasiat susu dikatakan amat baik untuk menghaluskan kulit sebab ia boleh bertindak membuang sel kulit mati sekaligus memberi kelembapan. So, kalau korang mempunyai kulit jenis kering memang elok apply mandi susu ni. Di samping itu, mandi susu jugak dapat memberikan ketenangan sebab ia boleh meredakan stress. Lenguh-lenguh badan pun hilang, lepas tu kita rasa rileks je.

Selain dari menghaluskan kulit, susu jugak boleh mencerahkan jugak kalau kita buat secara konsisten. Kalau korang nak tau, campuran susu dengan air panas dipercayai boleh melancarkan peredaran darah sekaligus merawat badan korang secara natural. So, badan korang akan jadi lebih fresh dan tak letih. Biasanya, lepas proses mandi susu korang akan rasa badan korang lebih 'ringan' dan selesa sebab badan telah mengalami proses pembuangan toksin. Kalau nak kesan yang lebih baik, amalkan selalu, ok! 

Mandi susu untuk awet muda? Wow... Macam menarik je bunyinya tu. Memang betullah. Khasiat susu yang dipercayai mengandungi protein dapat membantu membaiki sel kulit mati dan menggantikan dengan sel yang baru. So, kulit jadi lebih anjal dan nampak muda. Bila sel-sel baru terbentuk, maka wajah korang akan naik serinya secara natural. Lepas ni, korang akan nampak lebih yakin terutama bila berhadapan dengan orang.

Persoalannya, lelaki boleh mandi susu tak? Bagi cikla, boleh je kalau nak. Tak de salahnya pun... ❤❤


Sumber Ruangan Tips Cantik.

You May Also Like

8 Orang yang komen.

  1. Menarik.terfikir pula macam mana nak mandi dengan susu.? susu kotak ke.?sertai segmen tonton ucing nak try irama melayu (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikla rasa bkn susu kotak. Kalau susu kotak dh campur mcm2. Maybe mmg susu khasiat utk mandian. Milk bath..

      Delete
  2. mandi susu sinonim untuk cantik dan lembutkan kulit. Fiza jemput meriahkan GA http://ourmemoria.blogspot.my/2017/04/giveaway-dior-miniature-perfume-mini-by.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. InshaAllah ada masa cikla join. Tq singgah ye Fiza..

      Delete
  3. syiokkk jugak sekali sekala dpt manjakan diri..

    ReplyDelete
  4. Minum susu selalu..mandi susu belum pernah ni CikLa...kalau dah cuba mahunya berkali-kali itulah yang kawan PC cakap..sebab sebelum dia kahwin di ada pergi mandi susu ni...

    ReplyDelete
  5. Penah buat mandi susu ni rasanya dulu..sbb memang saya jenis suka ke SPA..dulu la..skrg ni, mampu tgk je..hehe

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.