Panduan memilih bra yang sesuai untuk ibu mengandung.

by - April 05, 2017

Panduan memilih bra yang sesuai untuk ibu mengandung. | Assalamualaikum wbt. Orang mengandung ni, semakin besar perutnya semakin sempit pakaian yang mereka pakai. Ini termasuklah pakaian dalam. Boleh dikatakan setiap bulan kena beli yang baru, kan? Hihi. Takpelah, spend duit sikit kan. Apa yang penting keselesaan si ibu. Betul tak? Begitu jugak dengan bra. Sebenarnya, di pasaran ada dijual bra khas untuk ibu mengandung.

Ada beberapa panduan yang ibu-ibu mengandung boleh jadikan guideline semasa memilih bra yang sesuai sepanjang mengharungi tempoh kehamilan.

Panduan memilih bra yang sesuai untuk ibu mengandung.


Panduan memilih bra yang sesuai untuk ibu mengandung.
Panduan memilih bra yang sesuai untuk ibu mengandung. Sumber Google.


Masa beli bra pastikan saiznya betul-betul match dengan miss B. Kalau boleh masa beli tu amik masa untuk pastikan is betul-betul sesuai. Jangan terus beli je. Ada cara sebenarnya macam mana nak ukur. Angkat lengan dan biar 1-2 minit, sebab dalam tempoh itu ibu boleh tengok kalau ada sebarang  tanda tekanan ataupun lebihan ruang. Itu pun kalau adalah. Ini amat penting sebab ia dapat memastikan miss B disokong sebaiknya.

Selain itu, sebaiknya beli bra mudah laras sebab bukan saiz cup je membesar malah perut pun sama. So, postur badan pun akan berubah sama. Dengan bra boleh laras ni, ia boleh diubah mengikut keselesaan ibu sepanjang tempoh mengandung. Kalau ibu-ibu nak tau, jenis fabrik bra jugak penting.  Seeloknya, pilih bra dari fabrik lepas supaya dapat menyerap peluh dengan baik di samping memberi ruang pada miss B untuk 'bernafas'. Jangan beli bra dari jenis fabrik sintetik atau renda sebab ia boleh menyebabkan kegatalan.

Selain dari itu, jangan pilih bra half cup sebab tak sesuai. Kalau ibu-ibu nak tau, masa mengandung miss B sangat sensitif. Keadaan ini memerlukan bra yang boleh memberikan max safety and secure dan tak lupa keselesaan pada miss B. Tapi kalau nak pakai jugak, elakkan memakainya sepanjang hari. Jangan pakai bra yang terlalu ketat sampai merah dan melecet miss B awak tu. Dah tentu tak selesa kan. Betul tak? Kalau boleh, elakkan jugak underwired atau hardwired bra. Bra sebegini boleh menyebabkan miss B tercucuk dan dah tentu rasa tak selesa. Paling senang, pakai je bra jenis t-shirt yang sememangnya selesa.

Bagi cikla, apa yang terpenting adalah keselesaan. Tempoh mengandung bukanlah satu tempoh yang singkat. Sebaiknya, tempoh ni menjadi moment indah ibu-ibu dan bukanlah igauan ngeri...

Take care ibu yang sedang hamil sekarang.... ❤❤❤


Sumber Ruangan Catatan Kehamilan.

You May Also Like

1 Orang yang komen.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.