14 April 2017

# infotips cantik

Tak bersolek pun nampak cantik, macam mana tu?

Tak bersolek pun nampak cantikmacam mana tu? | Assalamualaikum wbt. Bukan semua orang suka bersolek, betul tak? Orang cakap natural beauty tanpa solekan itu lebih menawan hati. Kenapa agaknya orang suka bersolek kan? Selain dari nak nampak lebih yakin bila berhadapan dengan orang, dengan solekan jugak kita boleh menyembunyikan 'kekurangan' pada wajah kita. Setuju? Sebenarnya, kalau kita tak bersolek pun boleh nampak cantik tau. Nak tau apakah kekdahnya? Jom baca seterusnya...

Tak bersolek pun nampak cantikmacam mana tu?


Bagi cikla, apa yang terpenting adalah mencuci muka.  Sebaiknya, cuci muka 2 kali sehari sama ada pada waktu pagi dan malam (sebelum tidur). Korang kena pastikan yang muka korang dicuci sebersihnya sebelum korang lena diulit intan sat lagi. Tapi, jangan pulak bersihkan muka secara berlebihan sebab ia akan menjadikan kulit muka korang kering dan tak lembap dah.

Selain itu, lepas korang dah cuci muka korang bersih-bersih, seeloknya apply pelembap pada keseluruhan muka dan jangan lupa tang leher jugak. Kalau waktu siang, pakai pelembap yang mengandungi pelindung sinar uv supaya kulit kekal lembap sekaligus dapat melindungi kulit dari sinaran uv yang bahaya. Tapi, korang jangan sapu tebal-tebal sangat, sapu nipis tetapi rata. Nanti melekit pulak kulit tu, dah jadi tak selesa.

Skrub muka pun penting jugak tau walaupun kita tak digalakkan menye'skrub' muka terlalu kerap. Kalau kulit korang jenis normal, lepas tu takde masalah jerawat boleh je beli skrub yang dijual di pasaran tu. Pastikan korang sental muka korang dengan lembut tau. Tapi, kalau kulit korang jenis sensitif ya ampun korang boleh cuba cara ni. Korang ambil tuala kecik, lepas tu rendam dalam air suam then lapkan muka korang dengan tuala tersebut perlahan-lahan. Cara ni dikatakan dapat membantu menyingkirkan sel kulit mati sekaligus menghaluskan kulit. Korang buatlah 2 kali seminggu, in shaa Allah kulit korang akan nampak perubahannya. Cubalah!

Tak bersolek pun nampak cantik,  macam mana tu?
Tak bersolek pun nampak cantik,  macam mana tu? Sumber Google.

Ada lagi tak tips,  walaupun tak bersolek pun nampak cantik?


Ehh, ada lagi ni. Belum habis lagi. Lepas korang cuci, apply pelembap dan guna skrub kat muka korang tu, jangan lupa gunakan penyegar jugak. Tapi, pastikan penyegar korang tu bebas dari alkohol sebab ia lebih mesra dalam merawat kulit supaya lebih lembut tanpa mengeringkan kulit korang. Selain itu, penyegar jugak boleh membantu mengecilkan pori-pori kulit.

Kalau korang memang jenis bersolek kalau keluar rumah tak kiralah solekan tebal atau nipis, pastikan korang membersihkan muka korang sebersih-bersihnya. Gunakan makeup remover yang sesuai dengan kulit korang. Jangan main guna je pulak. Nanti masalah lain pulak timbul. Bukan apa, kalau korang tak bersihkan muka korang elok-elok, saki baki solekan tu boleh menyebabkan liang kulit korang tersumbat. Apa lagi, mulalah cik jerawat memunculkan dirinya. Begitu jugak solekan pada mata.

Cikla agak mesti ramai yang suka memicit cik jerawat kan? Betul tak? Nampak je cik jerawat seketui keluar kat pipi tu, mulalah tangan tu gatai nak picit. Jangan... Lepas ni jangan picit dah cik jerawat tu. Biarkan je dia 'tumpang' muka kita seketika. Ala, sat je tu. Bukan apa, kalau korang picit, ia bukan mengelokkannya malah menjadikan ia semakin teruk. Lepas tu, tinggal pulak parut. Huhu...

So, senang je kan kalau nak cantik tak payah dah nak bersolek sangat. Natural beauty gituuu... ❤❤


Sumber Ruangan Infotips Cantik.

9 comments:

  1. Wahhhh ada cara dia rupanya haha. Betul lah orang cakap beauty is pain.

    ReplyDelete
  2. Bab jerawat tu PC la tu..jari gatal je picit tak sudah..hihihi..bahananya bekas hitam dan parut..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah. Dulu cikla pun mcm tu gak. Pantang keluar jerawat, tgn ni nak aje mengutilnya. Dh tinggal parut jenuh pulak nak hilang kan...

      Delete
  3. kalau echa memang tak minat sangat mekap2 ni. paling minimal la guna maskara, lipstik dgn blusher je.

    ReplyDelete
  4. hihi cik La memei cantik dah pun , natural beauty gitueww :)

    ReplyDelete
  5. Good tips... tapi kadang-kadang belasah sebab nak cepat... tu jgn follow style Bonde hi hi hi

    ReplyDelete
  6. Dulu2 dah jadi hobi picit jerawat ni �� Sekarang dah tobat

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.