07 April 2017

# kerjaya dan personaliti

Tips elak mengantuk di tempat kerja.

Tips elak mengantuk di tempat kerja. | Assalamualaikum wbt. Ye, cikla memang seorang surirumah. Tapi, kadang-kadang baru je awal pagi dah mengantuk balik. Mengantuk yang amat pulak tu. Kerja rumah kalau sebelah pagi memang banyak. Korang yang bekerja di office pun mesti ada rasa macam tu jugak kan. Ada sesetengah tu dah buat macam-macam dah, tapi still mengantuk jugak. Lagi sadis, kalau boss korang ternampak korang tengah lena diulit intan. Boss sporting takpelah. Kalau boleh 'bengkeng' ? Haha... Menjawablah sat lagi.

Tapi, takpe. Meh baca ni. Ada tips elak mengantuk di tempat kerja. Nak tau tak?  Apa lagi, teruskanlah membaca. Jangan sampai ketiduran pulak ye... Hihi.

Tips elak mengantuk di tempat kerja


Tips elak mengantuk di tempat kerja.
Tips elak mengantuk di tempat kerja. Sumber Google.


Ramai orang cakap sarapan tu penting. Ye, memang betul pun. Sebab tu kalau boleh jangan skip sarapan. Walau macam mana pun, kena amik jugak. Sarapan penting sebab ia akan bagi kita tenaga sepanjang hari. Lagipun, kalau kita lapar automatik kita akan rasa mengantuk. So, sarapan tau...

Selain itu, kalau korang mengantuk apa kata korang bangun sekejap dan buat regangan badan. Paling tak pun, berjalan-jalan di sekitar ruang kerja korang. Dah rasa segar balik bolehlah sambung buat kerja. Korang boleh jugak simpan 'bekalan' untuk korang mengunyah. Orang cakap snek. Tapi, pastikan snek yang sihatlah. Ada yang mengatakan dengan mengunyah, dapat menghilangkan rasa mengantuk.

Kalau ngantuk jugak, korang sembang-sembanglah sekejap dengan kawan sebelah korang. Tapi, janganlah asyik sangat bersembang sampai tak siap kerja. Pada cikla, tidur yang cukup dan motivasi diri adalah yang terpenting. Elak kan tidur lewat dan biasakan tidur awal supaya kita akan lebih segar pada keesokkannya. Di samping itu, set minda tu sentiasa positif dan sentiasa ingat kita berkerja untuk apa dan untuk siapa. Sentiasa bersemangat...

Kalau mengantuk jugak, tidur ajelah kat rumah. Hehe... 


Sumber Ruangan Karier.

5 comments:

  1. Betul point2 tu. Tp jgn sarapan byk2 sgt nanti mengundang mengantuk juga. Hehe.
    Ana dulu kalau ngantuk mula lah merayap pergi meja kawan2. Agak2 ok sikit baru samb keje semula 😊

    ReplyDelete
  2. Tips ni boleh guna juga tak untuk masa kat kelas?

    ReplyDelete
  3. Saya kalau tak makan pagi mesti seharian tu badan rasa lemau

    ReplyDelete
  4. mmg standard dulu hingga kini kalau rasa mengantuk mesti jalan2 ke meja kawan2..borak2 kejap tak pun jalan ke pantry buat nescafe...

    ReplyDelete
  5. Saya kalau tak sarapan, apa pun tak jadi.inikan pulak buat kerja.hehe

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.