Jom cantikkan kuku dengan mudah.

By Cikla Shahril - May 18, 2017

Sebenarnya, penjagaan kuku juga penting dan perlu diberi perhatian. Kalau sebelum ni kebanyakan orang memberi perhatian lebih kepada kecantikan wajah dan tubuh, hakikatnya penjagaan kuku tak kurang  pentingnya jugak. 

Ada yang mengatakan, melalui kuku kita boleh menggambarkan bagaimanalah perwatakan dan tahap kesihatan seseorang.

Ehh, betul ke?

Walaupun di pasaran sekarang banyak je produk yang boleh gunakan untuk mendapatkan kuku yang sihat, tapi sebenarnya kita boleh jugak mempraktikkan cara alami untuk tujuan yang sama. Korang nak tau tak? 

Manalah tau kot-kot datang aura rajin korang nak apply kat kuku korang kan? Hihi. Teruskan pembacaan korang ye.

Jom cantikkan kuku dengan mudah.
Jom cantikkan kuku dengan mudah. Sumber Google. 

Penggunaan limau nipis untuk merawat kuku, dengan cara menggosok limau pada kuku dan selepas itu biarkan sekejap sebelum dicuci. 

Hasilnya kuku korang akan nampak cantik. Selain itu, kalau kat rumah korang ada pokok belimbing buluh, korang gunakan buah belimbing buluh tu untuk mendapatkan kuku yang diidamkan.

Caranya senang je, just gosokkan aje belimbing buluh tu pada kuku korang. Tapi, sebelum korang gosok tu korang kena bersihkan dulu celah-celah kuku korang tu. Jangan lupa gunakan jugak 'kulit luar' belimbing sebab ia dipercayai boleh menguatkan kuku korang.  Cubalah!

Kalau sebelum ni korang guna kunyit hidup dalam masakan, nah kali ni apa kata korang try apply kat kuku korang pulak. Ada yang mengatakan, kunyit hidup boleh menghilangkan bau yang tak best pada kuku.

Korang parut je kunyit hidup tu, kemudian campurkan hasil parutan itu dengan minyak kelapa. 

Selepas itu, korang titiskan minyak campuran itu pada kuku atau tempat yang diingini sebelum dilap menggunakan tuala panas.  

Lastly, lap kering-kering. Korang tengok ajelah hasilnya nanti.

Kalau korang mengalami masalah kuku yang rapuh dan mudah patah, gunakan bawang putih untuk mengatasinya. Just gosokkan bawang putih pada kuku yang beemasalah itu.  Lakukan sekerapnya.

Selain ia membantu menguatkan kuku, ia juga boleh menjadikan kuku korang lebih shining. Wow! 

Di samping itu, getah buah betik jugak bagus untuk membersihkan kulit di luar kuku. Kuku jugak akan jadi lebih kuat dan tak mudah pecah dan kering. 

Apa yang penting, kalau nakkan hasil yang bagus buatlah secara konsisten dan kerap. Barulah hasilnya superb kan.

Selamat mencuba!

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments