Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?

By Cikla Shahril - May 30, 2017

Sejak bergelar pesakit tiroid, cikla memang sangat berhati-hati memilih makanan. Bukannya tak makan itu tak makan ini, tapi semuanya perlu dalam keadaan terkawal dan berpada-pada. 

Allahu, mungkin dulu cikla khilaf. Bila Allah uji cikla dengan sakit, baru nak beringat. Cikla redha. Semoga Allah memudahkan semuanya. Amin.

Berbalik kepada tajuk kat atas tu, sebenarnya ada yang mengatakan pesakit tiroid memang kena elakkan mengambil apa-apa makanan atau minuman apatah lagi supplement yang berasaskan soya. Sebab apa ye?

Rasanya semua orang tau kot yang kacang soya ni adalah sumber protein lengkap. Dia kaya dengan asid amino penting yang sangat diperlukan oleh badan sebab badan manusia tak berkeupayaan menghasilkan asid amino ini. 

So, memang tak dinafikan yang kacang soya mengandungi banyak khasiat bagi mereka yang sihat tapi ada jugak buruknya kalau diambil secara berlebihan terutama mereka yang mempunyai masalah tiroid.

Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?
Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya? Sumber Google. 

  1. Kacang soya mengandungi phytic acid yang tinggi, yang mana ia akan menghalang penyerapan zat dan mineral seperti kalsium, magnesium, zat besi dan zink yang sangat penting untuk badan. Kesannya, zat makanan yang dihadam tak akan dapat memberi manfaat sebab ia tak diserap oleh tubuh.
  2. Kacang soya juga mengandungi hemaglutinin yang mana ia akan mengakibatkan sel darah bercantum sesama sendiri.
  3. Ini yang paling untuk pesakit tiroid alert, iaitu kacang soya juga mengandungi goitrogen yang mana ia akan menyebabkan fungsi tiroid jadi lemah. So, keadaan ni boleh mengakibatkan meningkatnya hormon tiroid. 
  4. Kacang soya mengandungi toxin yang tinggi yang boleh menghalang enzim lain diserap yang mana ia diperlukan oleh badan untuk proses penghadaman. Ia juga boleh mengganggu pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak. Toksin ini tak boleh dimusnahkan melalui proses masakan. Ini akan mengakibatkan tubuh badan kita kekurangan asid amino, kembung perut dan kerosakan pankreas.
  5. Kacang soya yang diambil secara kerap boleh menyebabkan kandungan heavy metal toxic dalam kacang soya tinggal di dalam tubuh dan ia boleh menyebabkan minda kurang berfungsi atau nyanyuk.

Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya?
Kenapa pesakit tiroid kena elakkan makanan atau minuman berasaskan soya? Sumber Google. 

Walau bagaimana pun, kacang soya juga mempunyai kebaikan. Pendapat cikla, orang yang takde sakit tiroid boleh je nak amik makanan atau minuman berasaskan soya ni.

Nak tau apakah kebaikan itu, jom baca ni.

  1. Kandungan Lesitin soya berupaya mempercepatkan peredaran darah, menyahtoksikkan bahan buangan dalam sel-sel, mempertingkatkan fungsi ginjal, jantung dan hati serta mampu mengawet penuaan dan mencegah pigmentasi kulit.
  2. Kandungan Isoflavin soya dipercayai boleh meningkatkan kesihatan miss P sekaligus boleh mencegah penyakit barah payudara dan rahim, selain ia boleh menguatkan tulang sekali gus osteoporosis dapat dihindari dengan mekanisme mengurangkan kehilangan kalsium dalam tulang serta dapat mengatasi masalah simptom menopaus.
  3. Kacang soya terbukti dapat mengurangkan risiko penyakit koronari jantung iaitu dengan mengawal paras kolesterol dalam badan oleh peptida soya 7s dan 11s yang turut bertindak macam ubat Statins tetapi tanpa kesan sampingan ubat.
  4. Kandungan gula kompleks dan Oligosaccaride yang ada di dalam kacang soya terbukti dapat menghindarkan dari masalah sembelit. 
  5. Kacang soya adalah sumber utama probiotik di dalam usus besar yang mana ia dapat mencegah daripada barah kolon.

Untuk lebih detail, korang boleh rujuk kepada yang pakar.

Sumber www.nona.my

  • Share:

You Might Also Like

5 Comments

  1. Bagi wanita yang ada fibroid atau cyst juga tidak digalakkan minum soya..PC tahu pun ada kawan yang beritahu atas nasihat Dr yang dia temui.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yup.. Org ckp soya ni nnti jadi macam 'baja' galakkan pertumbuhan sel tak bagus tu..

      Delete
  2. Selepas pembedahan, adakah penyakit tiroid ini boleh sembuh sepenuhnya CikLa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. WP ni jawapan kpd soalan WP tu. Jawapan ni mmg Cikla Tanya pada yg tau pasal ni. Sbb cikla nk jwb mmg cikla x pasti..

      ......
      ......

      Kalau buang sebelah, yg sebelah lagi boleh bengkak jugak dlm jangkamasa 5-10 tahun akan datang.

      Kalau buang total, doc bukan buang semua sekali kalenjar tiroid tu tapi tinggalkan sedikit utk tapak kalenjar kalsium.
      Yg tinggal tu boleh aktif semula.

      Yg buang total jugak boleh tumbuh semula ketulan jika tidak ambik ubat thyroxine dgn konsisten. Ada kes yg 3 kali operation, 4 kali operation malah 9 kali operation pun ada.
      Kes yg tumbuh semula atau aktif semula adalah tidak bagus jika beliau mengidap kanser tiroid.
      Kemungkinan besar kena operate lagi atau buat rai. Bergantung kpd result scan. Selain dari bengkak yg tumbuh semula,kanser tiroid juga boleh berulang.

      Delete
  3. Dapat tau mengindap penyakit ini kesian anak2 masih kecil adakah penyakit ini sampai mendatangkan maut bg penderita

    ReplyDelete