Kisah tauladan yang mesti korang baca : Kisah siput dan katak.

By Cikla Shahril - May 06, 2017

Apa kata korang baca sat cerita yang cikla nak share ni. Agak-agaknya apakah pengajaran yang korang boleh dapat? Jom baca apakah kisahnya itu.

Diceritakan ada seekor siput dan seekor katak. Siput itu selalu memandang sinis kepada katak. Nak dijadikan cerita, pada suatu hari si katak yang hilang sabar lalu menghampiri seterusnya bertanya ke si siput.

Katak: “Hailah Siput, kesalahan apa yang saya telah buat sampaikan kamu begitu membenci saya?”

Siput: “Aku iri hati pada kamu si katak. Kamu memiliki empat kaki dan boleh melompat ke sana dan ke mari sesuka hati kamu. Sedangkan saya, kena merangkak di tanah dan membawa cengkerang yang berat ini. ”

Si katak yang mendengar pun berkata; “Setiap kehidupan ada pahit dan manisnya. Mungkin kamu cuma melihat kegembiraan kami, tetapi kamu tidak melihat penderitaan kami.”

Dan pada ketika itu, tiba-tiba datang seekor helang yang terbang ke arah mereka. Si siput dengan pantas  menyelamatkan diri dengan memasukan badannya ke dalam cangkang, sedangkan si katak yang tak sempat menyelamatkan diri telah menjadi mangsa helang itu.

Kisah tauladan yang mesti korang baca : Kisah siput dan katak.
Kisah tauladan yang mesti korang baca : Kisah siput dan katak. Kredit Google. 

So, apakah pengajaran yang kita boleh perolehi dari kisah ini?

Sebenarnya, kisah ni mengajar kita supaya lebih menikmati kehidupan dan tidak perlu membandingkan diri kita dengan orang lain. Setiap makhluk ada kelebihan dan kekurangan masing-masing seperti si siput dan si katak.

Memang si siput itu memang lambat bergerak, tapi dia punya cengkerang yang dapat melindunginya dari pemangsa. 

Manakala, si katak pulak walaupun ia boleh melompat, tapi dia tidak ada 'cengkerang' yang boleh melindungi dirinya.

Sikap iri hati kita terhadap orang lain sebenarnya akan membawa lebih banyak keburukan. Kan lebih baik fikirkan apa yang kita miliki je, sebab ia akan menjadikan kita lebih rasa bersyukur dan bahagia.

Jangan iri hati dan dengki-dengki tau!

Sumber Facebook Cgu Jinggo.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. Jika suka membanding-bandingkan diri sendiri dengan diri orang lain, akan menyebabkan seseorang itu menjadi insan yang kurang bersyukur. Nauzubillah minzalik...

    ReplyDelete
  2. Fikir yang baik2,
    sangka yang baik2,
    mintak yang baik2,
    mudah2an dapat yang baik2.

    ReplyDelete