Sup ikan haruan paling senang di dunia.

By Cikla Shahril - May 13, 2017

Alhamdullillah, dah 11 hari dah lepas operation total thyroid aritu. Cikla pun dah rasa sihat sikit dah. Kalau dah rasa sihat tu, faham-faham ajelah. Mulalah nak meligat ke sana-sini. Ingat sikit cikla oiii, awak tu baru je dioperasi. Luka luar memang dah nampak ok dan baik, luka dalaman? Mungkin belum sembuh sepenuhnya. Ok ok, slow down. Hehe.

Biasanya korang mesti selalu dengar kan kalau orang yang operate memang disarankan memakan ikan haruan sebab Ikan haruan dikatakan amat bagus untuk penyembuhan luka. Cikla pun kalau lepas bersalin sebelum ni, cikla biasanya minum pati ikan haruan tu je. Cikla minum brand Harwany. 

Rasanya? Senang cakap, rasanya macam rumput. Masam-masam. Masa minum memang stail pak belalanglah. Tutup hidung, pejam mata. Haha. Sekali telan je kot. Kalau ikan haruan betul ni, memang first time cikla makan.

So, nak dijadikan cerita semalam pak mertua cikla beli ikan haruan hidup dengan budak kat kampung tempat cikla tinggal ni. RM10, dapatlah dalam 4 ekor, dalam 2 kg. 

Dah siap siang semua *itupun abang ipar cikla yang tolong siangkan, cuci bersih-bersih dengan garam limau semua sebab nak hilangkan bau hanyir, hajat di hati nak buat sup je. Meh cikla nak share resepi sup ikan haruan paling senang di dunia. Jom kita tengok bahan-bahannya dulu.

Sup ikan haruan paling senang di dunia.
Sup ikan haruan paling senang di dunia. 

Bahan-bahannya:

2 ekor ikan haruan sederhana besar (bersihkan dan potong 2).
1 biji bawang besar (hiris halus).
3 ulas bawang putih (hiris halus). 
Seketul halia (hiris kasar. Cikla memang letak lebih sebab nak hilangkan bau hanyir ikan). 
1 batang serat diketuk. 
Sedikit bawang goreng dan daun sup. 
Sedikit minyak, garam, dan perasa.

Cara nak buat pulak:

Letak sedikit minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, tumis bahan yang dihiris bersama serai yang diketuk. Tumis sampai kekuningan, lepas tu masukkan air. Agak-agak airnya, jangan banyak sangat. Biarkan kuah mendidih. Bila kuah dah mendidih, masukkan ikan haruan bersama garam dan sedikit perasa. Biarkan sekejap. Kemudian, taburkan daun bawang dan daun sup. Kacau dan biarkan mendidih sebentar sebelum dihidang.

Senang je kan? Tadi cikla ingat nak ratah gitu je, sebab bila fikir ikan tu mesti rasa hanyir mesti tak sedap bila makan dengan nasi kan? Tapi, tanggapanku jauh tersasar. Memang sedap, dan lebih amazing takde rasa hanyir langsung. Nah kau, habis semangkuk cikla makan sorang je. Haha.

Selamat mencuba.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments

  1. Murah tu sekg RM5.00
    Harga pasarannya melebihi RM20.00 sekg.

    Mudah2an cikLa dah sihat spt sediakala.

    ReplyDelete