Tips mudah merawat hati yang sakit.

By Cikla Shahril - May 21, 2017

Bagi cikla, ada orang kalau dah sakit hati memang sanggup melakukan sesuatu yang boleh 'memuaskan' hatinya. Ini semua disebabkan oleh nafsu yang sentiasa menggoda untuk membuat sesuatu yang kadang kala di luar jangkaan.

Untuk pengetahuan korang, nafsu merupakan tempat berkumpulnya kekuatan amarah iaitu ajakan kepada kejahatan dan syahwat iaitu keinginan di dalam diri manusia. 

Kat sinilah semua sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat terkumpul.

Maka, lahirlah sifat dendam, marah dan hasad dengki. Daripada nafsu ini juga, wujudnya sifat tercela seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan malas. 

Tips mudah merawat hati yang sakit.
Tips mudah merawat hati yang sakit. Kredit Google.

Apa yang menjadi keutamaan adalah macam mana kita berusaha mengikis semua sifat ini.

  1. Elakkan bercakap banyak sebab kalau terlalu banyak bercakap boleh menjadikan hati kita keras. Sebaiknya, bercakap hal yang penting je dan elak daripada menjadi orang yang suka bercakap besar, bergosip dan sebagainya.
  2. Menjaga emosi dan perasaan. Kalau korang nak tau, sentiasa beremosi akan menjadikan hidup tidak tenang. So, jagalah emosi kita supaya tak terjurumus kepada penyakit hati. 
  3. Selalu ingati Allah SWT, dengan rajin menunaikan solat 5 waktu, dan solat sunat yang lain seperti tahajud, dhuha dan sebagainya. Di samping itu, berzikir, berdoa dan membaca Al-Qur’an boleh menghindarkan kita dari penyakit hati.

Semoga kita semua terhindar dari penyakit hati.

Sumber Facebook Tanya Ustaz.

  • Share:

You Might Also Like

9 Comments

  1. InsyaAllah, semuanya sedang dipraktikkan untuk jaga hati dan jaga yang lainnya juga. Terima kasih atas perkongsiannya. 💪💪💪

    ReplyDelete
  2. Ameen...ameen...ameen....terima kasih peringatan dan perkongsian ini CikLa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring... Most welcome PC. ❤️❤️

      Delete
  3. amalkan zikir ni jgk MA FII QALBI GHAIRULLAH.. in shaa Allah..nice shring kak :)

    ReplyDelete
  4. Terima kasih atas perkongsian cikla :)

    ReplyDelete
  5. tq for sharing..done follow your blog

    follow my blog http://robiahtul.blogspot.my/

    ReplyDelete