Tips selamat semasa mandikan baby.

By Cikla Shahril - May 30, 2017

Cikla rasa, ibu yang pertama kali mempunyai baby mesti mula-mula macam kekok nak menguruskan baby kan? Cara nak pegang baby, cara nak siapkan baby, dan termasuk jugak cara macam mana nak uruskan baby semasa kita nak mandikan dia. Macam-macam yang kita fikir kan. Takut air masuk hidung dengan telingalah, takut anak terjatuhlah dan lain-lain lagi. Tapi, takpe. Cikla nak share beberapa tips selamat semasa mandikan baby. Nak tu lebih lanjut? Jom baca ni.

Tips selamat semasa mandikan baby.
Tips selamat semasa mandikan baby. Sumber Google. 

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang ibu-ibu kena amik tau semasa nak mandikan baby. Ini termasuklah suhu air mandian, kedalaman air yang akan diisi kat dalam besen serta cara memegang baby masa dimandikan.

Adalah penting untuk ibu pastikan betul-betul yang suhu air mandikan baby itu tak terlalu panas atau sejuk. Bak kata orang, yang sedang-sedang aje. Bukan apa, kulit baby kan masih nipis lagi, so dah tentu kalau suhu air panas sangat atau sejuk mesti mereka tak tahan. Lagipun, kalau panas sangat melecur pulak kang. Untuk pengetahuan korang, suhu air 37°C adalah suhu yang paling sesuai untuk baby mandi di dalamnya. 

Kalau nak senang, beli aje termometer sebab senang nak check suhu air dengan tepat. Kalau dah takde termometer, korang check guna siku korang pun takpe. Tapi itulah. Kadang-kadang kita rasa dengan tangan kita ok dah, tapi bila kita masukkan baby menjerit pulak budak tu.

Selain itu, air yang diisi di dalam belen sebaiknya kira-kira 13 cm atau pun pastikan air yang diisi cukup-cukup untuk baby berendam iaitu dengan bahunya ngam-ngam terendam di dalam air. Elakkan dari meletakkan baby dalam besen yang airnya melebihi dari paras pinggang mereka. 

Bukan apa, ia adalah sangat bahaya kalau baby 'terlepas'  dari tangan kita dan baby boleh lemas. Nauzubillah. Di samping itu, elak dari meletakkan baby dalam besen atau tab mandi yang airnya sedang mengalir sebab kedalaman air boleh naik dengan serta-merta.

Tips terakhir adalah macam mana kita nak pegang baby. Bagi cikla, peganglah ikut keselesaan kita dan baby. Apa yang penting, sentiasa berada bersama baby sepanjang masa kita mandikan dia. Jangan sesekali tinggalkan baby sorang-sorang dalam besen. Bahaya! Kalau korang nak tau, baby boleh lemas dalam air yang kedalamannya hanya kurang dari 3 cm sebab baby boleh tergelincir kat dalam air. 

Kalau korang mandikan anak dalam tab mandi, guna pelapik getah kat atas lantai tab. Bukan apa, ini dapat mengelakkan baby dari tergelincir atau hilang imbangan. Tak salah, kalau kita mula melatih baby supaya belajar duduk diam-diam kat dalam besen atau tab. Pendedahan awal kata orang.

Cikla harap tips ni dapat mengelakkan dari berlakunya kemalangan atau perkara yang tak diingini.

Sumber Ruangan Panduan Ibu Muda.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments