Apakah 10 tanda kita terkena penyakit kencing manis?

By Cikla Shahril - June 06, 2017

Rasanya penyakit kencing manis merupakan antara penyakit yang popular rakyat Malaysia selain dari penyakit darah tinggi dan penyakit jantung. Korang tau tak apakah tanda yang menunjukkan yang korang ni ada kencing manis? Kalau korang nak tau, jom baca apa yang cikla nak share ni.

Apakah 10 tanda kita terkena penyakit kencing manis?
Apakah 10 tanda kita terkena penyakit kencing manis? Kredit Google

Ada 10 tanda yang selalu berlaku pada orang yang terkena penyakit kencing  manis, iaitu;

  1. Mempunyai paras gula dalam darah yang tinggi. Untuk pengetahuan korang, cara terbaik untuk periksa tahap gula dalam darah korang adalah dengan dibuat ujian oleh doktor. Biasanya, lepas korang makan, tahap gula dalam darah akan meningkat secara semulajadi. Tapi, korang kena hati-hati kalau tahap gula dalam darah tinggi sepanjang hari sebab ia tidak normal.
  2. Korang merasa sangat haus dan selalu kencing pada waktu malam. Rasa haus  yang berlebihan ini tidak hilang walaupun korang dah minum air yang cukup sebelum tidur. Sebenarnya, bila glukosa terlalu banyak dalam darah, buah pinggang akan :bekerja' lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tu. Kesannya, korang akan kerap membuang air kecil.  Bila badan korang kehilangan air, ia akan menjadikan korang rasa lebih haus. Untuk pengetahuan korang, ini adalah cara bagaimana badan korang menguruskan gula dalam darah yang tinggi. Rasa haus yang berlebihan adalah disebabkan badan korang sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.
  3. Kehilangan berat badan secara tiba-tiba. Untuk pengetahuan korang, tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, sebanyak 2 - 3 kg dalam masa dua atau tiga bulan. Hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel untuk digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia  adalah tanda kelaparan dan seterusnya menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.
  4. Korang akan sentiasa rasa lapar. Sebenarnya, bila pesakit kencing manis tak mempunyai insulin dan tak bertindak balas terhadap insulin macam selalu, glukosa tak dapat diproses oleh badan macam biasa, lalu menyebabkan tahap gula dalam darah merundum. Bila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan akan anggap korang lapar dan perlukan lebih glukosa untuk berfungsi. Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.
  5. Luka lambat sembuh, sebab ia berlaku sebab saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. Ini menyebabkan kesukaran untuk membawa darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota badan.
  6. Rasa letih dan cepat marah. Sebenarnya, 'kerja' tambahan yang badan korang lakukan untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat korang rasa letih. Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah. Betul tak? 
  7. Terdedah kepada jangkitan kulat terutama perempuan. So, korang kena berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. 
  8. Penglihatan menjadi kabur, disebabkan kandungan glukosa dalam darah yang tinggi. Keadaan ini akan mengubah bentuk kanta dan mata, so kesannya penglihatan akan menjadi kabur. Tapi, korang jangan risau. Ia akan kembali kepada asal bila tahap gula dalam darah kembali normal/hampir normal. Kalau gula dalam darah tinggi, dan dibiarkan dalam masa yang panjang, keadaan ini akan menyebabkan kerosakan kekal mata, mungkin jugak boleh menjadi buta. Nauzubillah... 
  9. Rasa kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki. Apa yang menakutkan ini adalah tanda-tanda saraf terjejas disebabkan penyakit kencing manis. Kalau tahap gula dalam darah dibiarkan tinggi dalam tempoh yang lama, kerosakan saraf kekal akan berlaku.
  10. Kulit merengsa disebabkan oleh masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans. Selain itu, kulit di bahagian leher dan bahagian ketiak akan menjadi gelap. Pada tahap ini, ia menunjukkan korang dah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mungkin tak tinggi.

Bagi cikla, sekali kita dah kena penyakit kencing manis, memang kena kawal supaya bacaan gula dalam darah sentiasa normal. Tak keterlaluan  cikla katakan penyakit kencing manis ni merupakan 'pembunuh' senyap.

Jaga diri dan jangan skip ubat tau.

Sumber Facebook page Sesungguhnya Allah tidak menurunkan penyakit tanpa penawar.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Kena jaga pemakanan kita.
    Selalu exersise

    ReplyDelete
  2. Betul cikla. Dah ada kencing manis datang pulak darah tinggi dengan sakit jantung tu kan. Bertambah penyakit. Semoga kita jaga makan, selalu bersenam, cukup tidur :)

    ReplyDelete
  3. Perkongsian yang menarik, kadangkala kita alpa dengan keadaan sekeliling, contohnya tak jaga pemakanan kita, main hentam jea..

    ReplyDelete