Elakkan bagi madu pada kanak-kanak berusia bawah 1 tahun!

By Cikla Shahril - June 03, 2017

Madu memang terkenal dengan kemagikannya tak kiralah dalam bidang kecantikan ataupun kesihatan. Tapi, tahukah korang yang madu adalah sangat tak sesuai diberi kepada anak yang berumur 1 tahun dan ke bawah. Sebab apa? Meh baca apa yang cikla nak kongsikan ni.

Untuk pengetahuan korang, secara faktanya 10% madu yang ada di dunia mengandungi spora bakteria Clostridium Botulinum! Apa dia pulak spora bakteria Clodtridium Botulinum ni? Kalau korang nak tau, korang Google ajelah. Hihi.

Baiklah, sebenarnya sistem imun bagi kanak-kanak berusia bawah 1 tahun ni bukannya kuat macam sistem imun orang dewasa. Sistem imun kanak-kanak dalam usia begini adalah tak matang lagi untuk membunuh spora botulinum yang jahat itu. Pantangnya itu ajelah. Jangan bagi kanak-kanak ni makan madu.

Semua orang tau kot yang terlalu banyak  manfaat dan kebaikan madu ni. Di dalam madu ni ada macam-macam 'kejaiban alam'. Dan yang paling awesome adalah madu adalah pembunuh bakteria paling kuat. Apa kata korang baca ni supaya korang tau betapa powerfulnya madu kepada kita, kecuali kanak-kanak berusia bawah 1 tahun. Jom baca;

Elakkan bagi madu pada kanak-kanak berusia bawah 1 tahun!
Elakkan bagi madu pada kanak-kanak berusia bawah 1 tahun! Kredit Google. 

  1. Madu adalah supersaturated solution, sebab bila kuman masuk ke dalam madu, air di dalam kuman tersebut akan ditarik keluar secara automatik!
  2. Madu juga mempunyai enzyme glucose oxidase yang mana ia dihasilkan oleh rembesan sang lebih itu sendiri. Ini akan  menjadikan persekitaran madu tu sendiri tak sesuai untuk didiami oleh bakteria. Macam protector lah.
  3. Madu juga mengandungi protein bee defensin - 1 yang mana ia telah dihasilkan oleh kelenjar lebah tu sendiri. Protein ini akan bertindak sebagai antibiotik semulajadi untuk badan kita. Best kan!

Memang madu ni bagus, cuma ia tak mampu nak membunuh spora Clostridium Botulinum itu aje. So, apa yang elok, korang elakkanlah bagi madu kat anak korang atau kanak-kanak yang berusia di bawah 1 tahun ye sebab kesannya amat dashyat. 

Kalau korang nak tau, keadaan ni akan menyebabkan toksin yang dihasilkan oleh bakteria ni boleh menyelinap masuk ke dalam saluran darah anak korang dan menyebabkan seluruh otot anak korang berhenti berfungsi. Lepas tu, lama-kelamaan keadaan sebegini boleh menyebabkan pernafasan anak korang  berhenti dan akhirnya berakhir dengan kematian! Nauzubillah.

Walaupun madu ni sangat bagus  untuk kesihatan dan kecantikkan kita, tapi korang kena ingat jangan sekali-kali bagi kanak-kanak berusia bawah 1 tahun minum madu. Kalau korang nak  tahu lebih lanjut tentang penyakit bahaya ni korang boleh google "Botulism".


  • Share:

You Might Also Like

0 Comments