Jangan salahkan anak kalau mereka tak pandai!

By Cikla Shahril - June 05, 2017

Sebenarnya, tahap kecerdasan dan IQ anak-anak ni tak sama. Apa kata kita baca perkongsian dari page Facebook Dr. Taufiq Razif mengenai hal ni. Jom baca seterusnya. 

Jangan salahkan anak kalau mereka tak pandai!
Jangan salahkan anak kalau mereka tak pandai! Sumber Facebook. 

Kalau anak tak pandai akademik yang cepat sangat nak tuduh anak tu tak pandailah, anak tu IQ rendahlah. 

Lepas tu, salahkan pulak cikgu yang mengajar kat sekolah, sampai dah melalut sampai nak salahkan keturunan pasangan dan sebagainya.

Kata Dr. Taufiq Razif, jangan! Sebaliknya, tengok dulu diri kita. Pasti ada sebab yang tersurat dan tersirat. Jom kita muhasabah diri. Mungkin;

  • Kita terlupa yang sumber rezeki kita selama ni syubhah/haram. Jom check balik apa status pekerjaan kita selama ni, halal ke haram. Kalau korang nak tau, rezeki haram mungkin tak turunkan IQ anak tapi kesannya ia boleh menutupkan dan menggelapkan hati anak untuk terima kebaikan dan kepandaian.
  • Kita lupa nak buka minda separa sedar, subconscious mind anak kita untuk belajar selama ini. Caranya adalah dengan mengajak anak kita minat pada subjek yang dia pelajari. Kata Dr. Taufiq Razif lagi, kalau mahukan si anak pandai  dalam Matematik, jangan paksa anak  belajar darab dan bahagi tapi cuba cerita pulak kehebatan orang yang pakar dalam Matematik. Selain tu, cuba bagi dia main game berasaskan Matematik yang memerlukan dia pantas dalam mengira. 
  • Kita yang jadikan anak kita putus asa untuk jadi bijak. Bila dia tunjuk keputusan peperiksaan  je kita kecam dia, kritik dia dan marah dia. Dr. Taufiq Razif cakap, untuk menegur anak, boleh guna teknik 70-30,iaitu tegur kena 30% tapi kena pastikan diselit dengan 70% pujian untuk mengelakkan 'emosi' anak tercedera.
  • Kita tak pernah doakan anak-anak kita sendiri selama ini. Hari-hari kita doa murah rezeki tapi anak-anak kita lupa nak doakan. Kalau berdoa depan anak-anak tu sebut je nama anak satu-satu. Anak yang dengar namanya disebut dalam doa ibu bapanya mempunyai keyakinan diri yang tinggi. Cubalah!
  • Kita lupa yang tak semestinya bagus dalam akademik adalah segala-galanya. Kita tak tau, mungkin anak kita tu 'kelebihannya' bukan dalam akademik. Mungkin juga EQ anak kita melebihi IQnya. Mungkin juga AQnya melebihi IQnya. Kalau korang nak tau, orang yang tinggi EQnya boleh menguasai orang yang tinggi IQnya.

Sebenarnya, bagi cikla takde yang mustahil kalau kita betul-betul mahu mencapainya. Kalau korang nak anak korang jadi yang terbaik, cuba praktikkan apa yang Dr. Taufiq Razif kongsikan ni. 

Jom sama-sama kita lakukan demi kebaikan anak kita juga. Noted to me too. Semoga anak-anak kita akan menjadi orang yang berjaya di masa depan. Insha'Allah. Aamiin.

Sumber Facebook page Dr. Taufiq Razif

  • Share:

You Might Also Like

8 Comments

  1. Selamat berbuka

    http://tarotthefool.blogspot.my/2017/06/salam-ramadhan-dan-salam-finals-guys.html

    ReplyDelete
  2. Nice sharing.. tersedar dari lamunan sekejap..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sharing is caring. Semoga lepas ni kita dpt mendidik anak dgn lebih baik. Insha Allah

      Delete
  3. Setuju...yang penting doa jangan putus dan buang sikap membanding kerana anak walau seibu sebapa ada buku takdir masing-masing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. Membanding boleh buat anak kurang confident dgn diri dia sendiri jugak kan...

      Delete
  4. Info bermanfaat untuk ibu2 dan bapa2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insha Allah semoga dpt manfaat dr nya. Ok

      Delete