Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.

By Cikla Shahril - June 08, 2017

Betul jugak orang tua-tua cakap kan, 'telajak perahu boleh diundur, telajak kata buruk padahnya.' 

Tentu korang masih ingat lagi, kes yang melibatkan pengacara rancangan Sukan Tak Sentral di TV3, Amirul Ammar yang dikatakan menghina bapa bekas pelari pecut Watson Nyambek tu kan? Ingat tak? 

Terbaru, Ammar dan penerbit rancangan itu telah didakwa di Mahkamah Majistret di Sibu atas tuduhan tersebut. Ingatkan dah settle dah kan kes tu aritu, rupanya Watson tetap nak 'membela' mendiang bapanya sebab dia marah nama bapanya telah dipermainkan. 

Walau bagaimana pun, kedua-duanya mengaku tak bersalah.

Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek.
Pengacara Azizul Ammar didakwa kerana menghina bapa Watson Nyambek. Sumber Google. 

Tapi, betul jugaklah kan. Semua orang marah kot kalau nama atau bapak kita dibuat bahan gurauan dan dipermainkan lebih-lebih lagi kalau bapak kita dah takde kan. 

Secara live pulak tu, satu Malaysia tengok kot. Panas hati ooo orang memperlekehkan bapak kita. 

So, tindakan Watson adalah untuk membela mendiang bapanya sebab dia menganggap pengacara itu menyamakan bapanya dengan binatang. MasyaAllah.

Mahkamah melepaskan kedua tertuduh dengan ikat jamin RM3500 oleh seorang penjamin. Tindakan mereka ni disabitkan mengikut Seksyen kanun keseksaan yang membawa hukuman 2 tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendapat cikla, sepatutnya kisah ni menjadi pengajaran kepada kita dan masyarakat. Kalau nak bergurau pun, biarlah kena dengan caranya. Jangan amik mudah gurauan yang agak keterlaluan. 

Memanglah pada kita ok je, ala gurau je. Tapi, pada tuan empunya diri? Kalau kena batang hidung sendiri macam mana pulak? 

Nak-nak pulak awak tu public figure yang sentiasa menjadi perhatian orang. Salah sikit je, memang akan di'aim'lah lepas ni.

Jangan nanti sebab pulut santan binasa, sebab mulut badan merana.

Ingat tu! 

Sumber KOSMO!

  • Share:

You Might Also Like

11 Comments

  1. Memang patut pun diambil tindakan.. Perbuatan yang tak matang langsung, gurauan melampau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Sepatutnya perkara cmne tak boleh pandang ringan. Melibatkan air muka org lain. Cuba kena batang hidung sendiri? Apa rasa...

      Delete
  2. Jadikan pengajaran dari kes ni..Betul..Mungkin pada kita,kita rasa apa yang kita cakap gurau je tapi kita tak tahu penerimaan orang..Jadi sebelum laju lidah menuturkan ayat, kena fikir dulu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah. Sebab mulut badan binasa. Lepas ni kalau x insaf lagi tak tau lah nak kata lagu mana... Huhu

      Delete
  3. Moga menjadi iktibar.Bergurau biar berpada.Sekadar gurauan itu bukan alasan untuk mempersenda orang lain,,berguraulah dengan bijak dan bersensitiviti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju dengan apa yg PC ckp tu. Nak bergerak tu boleh, tapi kenalah jaga sensitivity org lain. Yg nak buat ikut suka hati dia je kan...

      Delete
  4. Kan cikla. Tak kira cemana pun nama orang tu tak boleh lah kita buat gurau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. Kalau nak bergurau byk lagi kekdah yang baik...

      Delete
  5. Tak patut lagi-lagi sebab ayah dia dah meninggal dunia

    ReplyDelete
  6. Kalau tak silap saya ada pepatah arab mengatakan bahawa lidah itu lebih tajam dari mata pedang. Sebab tu kita kena kawal lidah kita. Lazimkan diri berzikir supaya lidah kita terpelihara daaripada berkata yang bukan-bukan.

    ReplyDelete
  7. Tak berkenan juga raut wajah dia bila mengejek nama ayah Watson. Some people cannot think before they speak.

    ReplyDelete