Pertama kali dibedah, TOTAL THYROIDECTOMY.

By Cikla Shahril - June 07, 2017

Cerita cikla dengan si tiroid ni tak habis lagi. Sebelum ni cikla cerita apa step yang cikla lalui masa follow up dengan doktor sehingga tarikh pembedahan ditetapkan. 

Cikla share kisah ni sebab mungkin ada telah melalui dan sedang melalui sama seperti apa yang cikla lalui. 

Dan mungkin cerita cikla ni boleh dijadikan panduan untuk mereka yang sama macam cikla. InshaAllah.

Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY.
Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY. Sumber Google. 

Sebelum cikla admit wad pada 2/5 lepas, cikla kena lalui beberapa step sebelum dibedah. Disebabkan cikla belum lagi buat ujian ultrasound masa cikla start buat rawatan kat hospital ni, so pada hari cikla jumpa pakar bius tu, belah pagi cikla buat ujian ni dulu. Macam cikla cakap hari tu, ujian ni takde sakit pun. Macam kita check perut time mengandung.

Doktor akan letak gel dekat bahagian depan leher ktia, lepas tu dia guna alat, then tengok apa yang ada dalam leher ni kat skrin pc. 

Masa ujian tu, memang ada ketulan wujud di leher cikla ni. Sebelah kiri lebih besar dari yang kanan.

Tapi, yang belah kanan ni lebih diberi perhatian sebab keadaan dia lebih keras dan macam ada tanda-tanda kanser. Allahuakbar.

Dengar kanser je hati jadi tak keruan. Memang ujian FNAC sebelum ni pun dah suspek kanser, tapi cikla still berharap yang bukan sel tu. 

Lepas ujian ultrasound, cikla pergi jumpa pakar bius pulak. Masa jumpa pakar bius, lebih kepada soal jawablah. Doktor tanya tahap kesihatan cikla, pastu apa yang cikla alergik. Tak kira ubat atau makanan. 

Cikla takde alergik ubat, tapi cikla alergik udang. Memang tak boleh makan, kalau makan memang terus bengkak bibir semua. Tapi, ketam sotong boleh pulak. Haha. Mengada sungguh kan.

Lepas tu, doktor bagi briefing sikit apa cara bius yang diaorang nak guna nanti. Untuk cikla, doktor akan bagi cikla tidur masa pembedahan dijalankan. 

Dan masa cikla 'tak sedarkan diri' tu diaorang akan masukkan tiub pernafasan dalam mulut cikla untuk bantu cikla bernafas masa pembedahan nanti. 

So, cikla tak kan sedar langsung apa yang berlaku.

Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY.
Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY. 

Settle semua tu, 2/5/2017 cikla admit wad di Institut Kanser Negara, Putrajaya. Cikla admit dalam tengah hari. Malaslah nak admit cepat nanti bosan kat dalam wad pulak. Dah 'check in' mana boleh keluar dah kan. 

Sampai je, daftar apa semua, masuk wad dapat katil so apa nak buat. Lepak tidur ajelah. Suami cikla pun lepas hantar dan settle kan apa yang patut, dia dah balik sebab nak tengok anak pulak kat umah. Itu pun yang kecik cikla hantar kampung. Kakak Batriysia je yang stay umah sebab dia sekolah kan.

Berbalik pada cerita cikla dalam wad tadi, korang faham ajelah kalau dah masuk wad akan ada sesi mengambil darah dan check tekanan, dan check suhu badan. 

Ini penting sebab, diaorang nak monitor supaya cikla sentiasa sihat dan tak demam untuk pembedahan esok. Tapi, mujurlah cikla tak demam, walaupun cikla terpaksa 'cerai susu badan' adik Zara. 

Korang taulah kan, awal-awal cerai susu mesti bengkak kita punya Miss B kan. Masa malam pertama kat wad tu, memang bengkak jugaklah. Tapi, still ok lagi sebab cikla keep pumping. 

Apa yang penting syukur sangat sebab cikla tak demam disebabkan 'pembengkakan'  tu. Malam sebelum pembedahan tu memang tak lena jugaklah tidur.

Oh ye, lupa pulak nak cerita. Petang sebelum pembedahan tu, ada pakar bius datang dan bagi briefing lagi pasal bius yang akan dia buat. 

Then, cikla kena sign beberapa surat yang berkaitan. Fuhhh, lega dalam berdebar. Huhu. Esok pagi, turn cikla yang pertama masuk bilik pembedahan. 

Sebenarnya, cikla yang kedua masuk, tapi mungkin kes cikla tak 'seserius' yang lain diaorang dulukan cikla. 

Allah, sudahlah nervous kena jadi orang pertama pulak tu. Memang time tu cikla berserah dan tawakal je. 

Lepas siap-siap tukar baju dan bukak apa yang patut (gigi palsu, barang kemas, pakaian dalam semua kena bukak) misi datang cakap mereka dah nak tolak cikla ke bilik pembedahan. 

Makin dup dap dup dap lagilah jantung ni. Nasib baik tekanan darah, jantung semua ok. Sampai di bilik pembedahan, cikla ditanya sekali lagi oleh doktor yang nak bedah cikla tu. Dia tanya nama, dan dia tanya kita tau yang diaorang akan bedah kita. Cikla angguk ajelah. 

Sampai dalam bilik bedah tu, cikla ditukar lagi ke katil lain. Korang tau, masa tengah get ready nak bawak masuk dalam bilik bedah, tetiba cikla rasa sejuk sangat. Terus menggeletar. Terpaksalah diaorang selimutkan cikla dengan 'selimut panas'. Lega  sikit.

Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY.
Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY. Sumber Google. 

Ehh, gambar kat atas tu bukan leher cikla tau. Hehe. 

Masa dekat dalam bilih bedah tu, cikla sempat jugak tengok sekeliling. Cikla nampak ada macam monitor skrin pc lepas tu lampu besar kat atas kepala. 

Time tu, macam dah kurang sikit nervous nya. Mujurlah doktor dan misi semuanya baik dan friendly. So, tenang sikitlah hati ni.

Lepas tu, doktor bius (nasiblah doktor tu hensem, haha sempat) datang kat cikla dia cakap dia dah nak mula bius. Cikla cakap, ok. 

Memula tu, doktor tu ada masukkan ubat bius kat tangan cikla. Dia cakap jugak ubat ni pedih sikit. Huwaaa. Memang pedih oooo, tapi kejap je. Lepas  tu dah ok. 

Dah siap suntik kat tangan tu, doktor tu terus bagi cikla hidu gas oksigen dan lepas tu cikla terus dah tak sedar apa yang berlaku.

Alhamdullillah, pembedahan berjalan dengan lancar. Lebih kurang dua jam jugaklah pembedahan tu berlangsung. Cikla memang tak sedar apa-apa. Tau-tau je doktor kejutkan cikla cakap dah siap dan dah nak tolak masuk wad balik. Time tu memang mamai-mamai lagi. Cikla angguk-angguk ajelah. Lepas tu, tidur balik. 

Keluar bilik pembedahan, dalam kesamaran pandangan, haha cikla nampak encik suami setia menanti. Lepas tu, cikla tidur balik. Haha. Kuat betul penangan ubat bius tu. Huhu.

Sampai wad, diaorang suruh cikla rehat dulu sebab kesan ubat bius masih ada. Tapi, mujurlah cikla tak muntah. Lepas beberapa jam berehat, cikla dah boleh bangun pergi toilet, makan dan minum sendiri. 

Sebenarnya, cikla kuatkan semangat sebab tak nak stay dekat wad lama-lama.  Cikla tengok luka pembedahan tu takdelah panjang sangat walaupun cikla buang kesemua tiroid. Doktor tak jahit pun, just gam je.

Ada satu drainage dipasang dileher kanan cikla untuk buang darah dan cecair kotor. Drainage inilah yang membuatkan pergerakan cikla agak terbatas. Makan pun, untuk permulaan doktor suruh makan bubur je dulu sebab baru lagikan. 

Time ada drainage ni, cikla tak mandi pun. Just lap-lap je. Huhu. Seriau oo kalau tersentuh drainage tu kang, buatnya tercabut, tak ke haru. Cikla ni dahlah brutal. Solat pun cikla qada' je sepanjang kat wad.

Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY.
Pertama kali dibedah,  TOTAL THYROIDECTOMY. Contoh botol drainage yang dipasang dileher cikla hari tu. 

Pagi Sabtu tu doktor datang. Dia bukak plaster luka pembedahan tu. Dia cakap luka ok. Dia spray sikit luka, rasa sejuk ajelah. Tak sakit pun. Lepas tu, dia kata dah boleh bukak drainage dah. 

Dan yang paling happy, doktor cakap dah boleh discharge. Yeayyy. Memang excited sangat sebab dah boleh keluar. 

Bukan apa, stay lama-lama kat hospital pun macam tak bagus jugak sebab 'aura' kat hospital kan tak berapa nak sihat sikit. Mana taknya, di keliling orang sakit.

Masa 4 hari kat dalam wad, ada orang terapi dengan dietation datang bagi nasihat mengenai senaman yang cikla boleh amalkan lepas pembedahan dan diet yang sesuai untuk orang yang dibedah. 

Biasanya, leher kita akan rasa sakit sebab masa dibedah kita akan didongakkan kaw-kaw punya. So that, lepas bedah kita akan rasa sengal-sengal dan lenguh kat area leher. Jadi macam robot sekejap. Huhu.

Oh ye, lupa nak cerita result pembedahan tu. Ketulan sebelah kiri tu ketulan biasa je, clear dari sel-sel jahat. 

Tapi, ketulan yang kecik sebelah kanan tu memang ada sel kanser doktor cakap. Diaorang diagnosis as papillary thyroid ca. 

Tipulah kalau cikla cakap cikla tak sedih kan. Sakit kanser kot. Memang sedih jugaklah masa doktor cakap tu, pendek kata semua perasaan bercampur baur.

Tapi, sebagai manusia kita kena bersangka baik kan. Mungkin sakit ni adalah penghapus dosa-dosaku yang lalu. 

Sebagai manusia biasa kita memang tak kan terlepas dari buat silap, walaupun tanpa kita sedar. Apa yang penting, kita kena usaha untuk sembuh, dan happy selalu.

Sudah sebulan lebih berlaku, kesan parut luka pembedahan tu alhamdullillah, dah ok dah. Cikla pun dah makin sihat. Puasa pun ok, tak terganggu lagi. 

So, bermula detik inilah, i became a cancer survivor. Lepas ni cikla akan melalui beberapa rawatan untuk 'menghapuskan' sel jahat dalam badan cikla ni.

Nanti cikla share 'risiko' pembedahan ni dan tips penjagaan luka selepas pembedahan. Panjang pulak cerita cikla kali ni kan. Hihi. Nanti  cikla share lain ye. Korang doakan cikla kuat ye.

  • Share:

You Might Also Like

12 Comments

  1. Huhuhu bedah apa pun takut kannn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Lebih-lebih lagi kalau first time... Huhu

      Delete
  2. Allahu...semoga cepat sembuh..kuasa Allah siapa tahu... Kawan irra kanser kalenjar tahap 4, alhamdulillah sihat skrg... Jangan berhenti berusaha...semoga dipermudahkan urusan cikla..stay strong sis..we love u

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks mommy. Insha Allah... Amin. I love afbians too❤️❤️

      Delete
  3. Wkmsalam.
    Harap2 lepas pembedahan ni, tyroid tu hilang sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih WP. Mudah-mudahan Amin..

      Delete
  4. smoga cikla cepat sembuh, diberi kesihatan yang baik, alhamdulillah cikla boleh berpuasa mcm biasa, tapi kalu menelan tu mesti sakit kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terma kasih JM. Dah tak sakit dah menelan. Mcm biasa je. Cikla hari seminggu operate dah makan nasi mcm biasa dah.. 😀😀

      Delete
  5. salam cikla .boleh tahu x berapa kos surgery semuanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Seingat saya masa tu saya kena byr dalam rm100++. Sy ambil kelas 2. Ok juga, menu sedap bilik pun ber aircond. Saya oprate di ikn..

      Delete