Senaman selepas pembedahan tiroid.

By Cikla Shahril - June 09, 2017

Alhamdullillah, hari ni dah sebulan lebih cikla dibedah. Luka luar pun dah baik, luka dalam Insha Allah dalam proses pembaikan. 

Sebab, untuk pengetahuan korang, luka luar akan sembuh dalam tempoh 2 minggu, manakala luka dalaman akan sembuh dalam tempoh 3 -  6 bulan. Lama kan? 

Bagi cikla, ni mungkin bergantung bagaimana cara kita menjaga luka kita ni. Pada yang belum baca kisah pertama kali dibedah, klik link di bawah ni.

Sebenarnya, selepas pembedahan ada beberapa langkah penjagaan yang sepatutnya kita kena ikut supaya dapat mengelakkan ketakselesaan leher kita setelah tiroid dibuang semuanya. 

Masa cikla kat dalam wad tempoh hari, pada hari kedua operate, kalau tak silap ciklalah ada ahli fisioterapi datang untuk mengajar macam mana nak melakukan senaman di bahagian leher supaya leher rasa lebih lega.

Kalau korang nak tau, rasa lenguh dan sakit tu memang biasa akan dialami oleh orang yang menjalani pembedahan ni sebab masa dibedah kepala kita akan didongakkan kaw-kaw punya sebab untuk memudahkan doktor menjalankan tugasnya. 

Sebab itulah, kesan dari itu leher kita akan sakit dan sengal. So, jom baca apa yang cikla nak share ni. Semoga perkongsian ni berguna untuk orang yang senasib dengan cikla.

Biasanya, lepas pembedahan dilakukan luka yang wujud akan menjadikan pergerakan kita agak terbatas sebab kita kurang menggerakkan leher kita. Keadaan ni akan menyebabkan otot leher dan bahu kita menjadi tegang. Dah jadi macam robot dah rupanya. Huhu. 

Ada beberapa kaedah yang boleh kita lakukan untuk proses pemulihan kepada keadaan seperti sedia kala, iaitu;

  1. Postur badan yang betul. 
  2. Melakukan senaman regangan pada leher dan bahu. 
  3. Melakukan urutan pada parut. 
  4. Melakukan aktiviti fizikal secara berperingkat-peringkat.

Postur badan yang betul.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Postur badan yang betul. 

Sebaiknya korang kena berhati-hati dengan postur korang. Kalau boleh, elakkan dari membongkokkan ataupun membulatkan bahu korang tu. 

Apa yang baiknya, kalau korang duduk dan berdiri tu, lakukan secara tegak. Kalau korang duduk tu, lebih elok letakkan bantal kat bawah tangan supaya ia dapat membantu posisi korang tu.

Melakukan senaman regangan pada leher dan bahu.

Ada 7 langkah (lihat langkah berserta gambar) untuk korang melakukan senaman regangan pada leher dan bahu ni, iaitu ;

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan. 

(1)  Kepala dipusingkan ke kiri dan kanan, iaitu cuba pusingkan kepala sambil memandang ke arah bahu, tahan sekejap selama 3-5 kiraan. Kemudian ulang semula langkah yang sama 5-10 kali untuk setiap posisi.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Bengkokkan kepala kiri dan kanan. 

(2) Bengkokkan kepala kiri dan kanan, iaitu kepala dibengkokkan ke sisi bahu, tahan selama 3-5 kiraan lepas tu ulang langkah sama 5 hingga 10 kali untuk setiap sisi.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Pandang ke bawah dan pandang ke atas. 

(3) Pandang ke bawah dan pandang ke atas, iaitu kepala ditundukkan ke bawah dan rapatkan dagu ke dada, kemudian kembali ke kedudukan asal. Ulang langkah yang sama 5-10 kali. 

Tapi, korang kena ingat untuk langkah yang pandang ke atas tu, langkah ini boleh dilakukan hanya bila tiub pembedahan (drainage) telah ditanggalkan. Naikkan dagu, kemudian dongakkan kepala memandang ke atas.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat bahu. 

(4) Bahu diangkat ke atas dan buat bulatan ke belakang. Kemudian, ulang langkah yang sama sebanyak 5-10 kali.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Shoulder Squeeze. 

(5) Langkah 'shoulder squeeze', iaitu kedua-dua tulang belikat dirapatkan ke dalam dan tahan selama 5-10 saat. Selepas itu, rehat sekejap kemudian ulang langkah sama 4-10 kali. 

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat tangan ke hadapan. 

(6) Tangan diangkat ke hadapan, sampai ke atas melebihi paras kepala. Kemudian, turunkan ke bawah dan ulang langkah sama sebanyak 5-10 kali. Gunakan satu tangan untuk mengampu atau sandarkan tangan pada dinding.

Senaman selepas pembedahan tiroid.
Senaman selepas pembedahan tiroid. Angkat Tongan ke sisi. 

(7) Mengangkat tangan ke sisi, iaitu bermula dengan ibu jari tangan diangkat ke sisi melebihi paras telinga. Kemudian, turunkan ke bawah dan ulang langkah ni 5-10 kali.

Antara kebaikan senaman leher dan bahu ni adalah ia dapat memulihkan pergerakan, dapat mengurangkan bengkak, sakit dan ketegangan serta dapat meregangkan struktur parut. Apa yang disyorkan adalah, melakukan senaman ini 2-4 kali sehari sebanyak 5-10 ulangan setiap sisi. 

Melakukan urutan pada parut, urutan parut adalah penting untuk mengurangkan saiz dan struktur parut serta memulihkan pergerakan leher. 

Urutan ni boleh dilakukan sebaik aje luka pembedahan pulih sepenuhnya dan selesai menjalani sesi rawatan radioterapi (bagi mereka yang memerlukan rawatan sedemikian). Antara langkah urutan parut dilakukan adalah seperti berikut;

  1. Gunakan krim yang tak mempunyai wangian. 
  2. Lakukan urutan lembut pada bahagian parut dan disekelilingnya dengan menggunakan jari. 
  3. Buat pergerakan secara membulat supaya tekanan yang 'lembut' dapat diberikan pada parut. 
  4. Lakukan urutan selama 10 minit, sebanyak 2-3 kali sehari.

Semoga perkongsian ni memberi manfaat kepada yang memerlukan.

Sumber Unit Fisioterapi dan Unit Pendidikan Kesihatan, Institut Kanser Negara.

  • Share:

You Might Also Like

1 Comments