Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan?

By Cikla Shahril - June 30, 2017

Macam yang cikla cerita sebelum ni, biasanya orang yang sudah melakukan pembedahan total thyroidectomy wajib mengambil pil thyroxine sebagai pengganti kepada kelenjar tiroid (sumber/kilang penghasilan hormon) yang telah dibuang itu. 

Kalau korang nak tau, mereka-mereka ini dah jadi hypo pulak. So, nak tak nak memang kena makan pil thyroxine tu.

Tapi, macam mana pulak kalau kita 'terlupa' nak makan ubat atau pil thyroxine tu mengikut waktu yang sepatutnya? Maklumlah, pesakit tiroid ni memang boleh jadi pelupa yang amat tau. Memang asyik lupa je. Huhu.

Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan?
Tips untuk pesakit tiroid : Kalau terlupa makan ubat, apa perlu dilakukan? Sumber Google. 

Begini, katakanlah korang biasa makan ubat sejam sebelum sarapan. Kalau korang lupa nak makan pil pada masa tersebut, korang boleh makan pil tu sebaik aje korang ingat dan korang boleh meneruskan mengambil ubat korang macam biasa. 

Tapi, kalau korang terlupa dalam tempoh masa yang agak lama sampailah hampir kepada masa untuk mengambil ubat seterusnya, abaikan aje ubat yang terlupa itu dan ambil ubat yang seterusnya pada masa yang ditetapkan. 

Maknanya di sini, kalau sepatutnya korang kena makan ubat pukul 8 pagi, kemudian korang lupa sampailah keesokkan harinya atau sudah nak sampai pada masa berikutnya untuk makan ubat, korang tak payah ganda kan ubat. 

Just makan macam biasa pada waktu yang berikutnya itu. Haaa, faham ke tidak. Hihi.

Apa yang korang kena ingat dan jangan lupa, JANGAN ambil dos ubat secara  berganda sebab kononnya nak ganti balik dos ubat yang korang terlupa ataupun korang ambil lebih daripada satu ubat dalam satu masa. 

Keadaan ini SANGAT BAHAYA dan boleh menyebabkan kesan sampingan yang tak diingini. Nauzubillah.

Kalau korang terambil atau mengambil dos ubat yang berlebihan (terlebih dos), korang kena cepat-cepat pergi ke Bahagian Rawatan Kecemasan Hospital terdekat atau maklumkan kepada doktor korang.

Tak kiralah korang tak alami apa-apa kesan atau apa saja yang membuatkan korang tak selesa, kena pergi jugak disebabkan asbab terlebih dos/ubat tadi. 

Jangan lupa bawak sekali bungkusan atau baki ubat yang selebihnya supaya pihak hospital mudah detect apakah masalah yang  berlaku sebenarnya.

So, simptom-simptom kalau kita terlebih dos ubat adalah;

  1. Degupan jantung kuat atau kencang. Sakit dada dan sakit kepala. 
  2. Rasa gemuruh dan teruja. 
  3. Selalu berpeluh. 
  4. Keadaan kulit muka merah. 
  5. Demam. 
  6. Otot lemah dan kekejangan otot.
  7. Cirit-birit dan muntah.

Nasihat cikla apa yang penting kalau doktor suruh makan ubat tu makanlah. Jangan membantah. Hihi. 

Doktor suruh makan ubat tu mesti ada sebabnya. Kalau nak berhenti ubat pun biarlah atas ARAHAN doktor. Jangan memandai-mandai je tau. Jangan bahayakan diri korang tu kerana dirimu begitu berharga. Selamat memakan ubat ye.

Sumber  npra.moh.gov.my

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments