8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul.

By Cikla Shahril - July 22, 2017

Orang cakap, bayi dan kanak-kanak ni mudah terdedah kepada jangkitan penyakit kalau tak kena dengan caranya. Ini termasuk jugak dalam menguruskan botol susu mereka. Ada orang bila basuh botol susu anak, main kocak-kocak lebih kurang. Dah siap. Tak payah nak cuci guna berus atau cecair yang dikhaskan untuk mencuci botol susu pun. Tengok dah bersih, sudah.

Sebenarnya, kalau korang nak tau ada caranya kalau kita nak mencuci botol anak ni. Bukan apa, kalau kita sambil lewa dan buat lebih kurang je nanti tak pasal-pasal anak kita mudah mendapat penyakit pulak kan. Mana taknya, susu yang diorang minum tu adalah dari dalam botol yang tak bersih. Bila masuk dalam perut, dah lain pulak jadinya. Tu kalau botol tak bersih, nanti sakit perut pulak budak tu.

8 langkah mudah membasuh botol susu anak dengan betul.

Apa kata korang baca apa yang cikla nak share ni. Ibu-ibu kena baca tau, wajib! Hihi. Jom baca kalau nak tau.

  1. Sebaiknya sahaja anak habis menyusu, terus basuh botol. Goncang-goncang dulu dengan air, lagi bagus kalau rendam dengan air suam. Tapi kalau dah malas tahap gaban kuasa enam belas tu, paling tak pastikan botol anak tu dibilas dengan air. Kalau korang nak basuh esok hari pun, tak kisahlah, asalkan susu tak terbiar dalam botol lama sangat sampai berkerak! Nanti lagi susah nak 'sental'. Huhu. 
  2. Basuh botol anak guna sabun khas, tak bolehlah kalau guna sabun pencuci pinggan mangkuk macam cap axion ke, cap kuat hariamau ke, cap kucing comel ke. Hihi.  Bahaya! Ibu kena sediakan cecair khas untuk mencuci botol bayi. Kalau nak jimat, cari yang murah. Ada je yang murah, asalkan selamat dan tak beri  bad effect pada bayi.
  3. Masa nak cuci botol anak jugak, ibu kena bukak satu satu. Tanggalkan puting botol dari penutupnya. Sebaiknya, ibu-ibu jangan basuh botol anak dengan puting yang masih melekat pada bekasnya. Buka, kemudian rendam air panas. Itu lagi bagus. 
  4. Basuh botol anak guna berus khas untuk botol susu. Bukan apa, kalau guna berus khas ni, senang sikit kalau ibu nak basuh bahagian dalam botol. Mudahlah sikit nak sental dan nyahkan saki baki susu dan 'daki' yang melekat dekat botol, lebih-lebih lagi kawasan yang terpencil. Susah nak sental. Seeloknya, ibu-ibu kena teliti sikit dekat bahagian puting susu supaya semua ketulan susu tertanggal. Takde yang tertinggal. 
  5. Untuk mencuci bahagian puting  susu, guna sedikit garam dan sapukan sedikit di bahagian dalam puting. Kemudian, gerak ke sekeliling puting dengan cara memicit dan mengurut hujung puting. Ibu jugak boleh letakkan sedikit garam ke dalam botol susu, kemudian goncang dengan air. Cara ni dapat menyingkirkan saki baki susu dan bau masam pada botol. 
  6. Untuk membersihkan lubang-lubang pada puting susu, gunakan jarum. Kemudian, basuh botol dan puting di bawah air yang mengalir. 
  7. Setiap kali ibu selesai membasuh botol anak, sterilkan botol susu dengan cara merendamkannya dalam air panas selama 10 minit. Cara ini dikatakan dapat membunuh bakteria yang mungkin masih ada dalam botol susu. 
  8. Kalau ibu-ibu nak tau, botol susu yang lembap boleh mengundang bakteria lebih cepat. Sebaiknya, pastikan botol susu anak ibu-ibu semua kering. Puting susu yang sudah berkerak, tukar je yang baru. Kalau ibu-ibu mahu botol kering dengan cepat, beli je tempat letak botol susu. Ada je jual.

Sama-sama kita menjaga kebersihan demi kesihatan anak kita. Mencegah lebih baik dari mengubati. Lagipun, bukan susah mana pun kan.

Sumber: Mingguan Wanita.

  • Share:

You Might Also Like

0 Comments