Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI.

By Cikla Shahril - July 17, 2017

Hari ni cikla admit Ward Radionuklid, Klinik Perubatan Nuklear, Institut Kanser Negara untuk menjalani rawatan RAI. Masa entri ni dikarang, cikla baru je  minum lagi 'air mahal' tu. Memang takde rasa langsung. Tasteless. Rasa takde, bau pun takde. Alhamdullillah, cikla berjaya menempuhinya.

Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI.
Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI. 

Siapa yang tak tau pasal rawatan RAI ni meh baca cikla share sikit supaya korang boleh dapat gambaran sikit.

Apa itu rawatan radioiodin atau RAI?

Info ni cikla share dari group TAIROD DAN ANDA di Facebook. Radioiodine atau RAI adalah cecair iodine yang beradioaktif untuk menurunkan hormon tiroid yang tinggi bagi pesakit hyperthyroid, dan ia jugak berperanan untuk mengecutkan bengkak tiroid tapi bagi bengkak dari jenis tertentu saja.

Selain itu, bagi mereka yang mengambil carbimazole lebih dari dua tahun tapi hormon tiroid turun naik dan tak pernah stabil. Di samping itu, rawatan ini adalah untuk mengesan, membunuh dan menghalang sel-sel kanser tiroid dari merebak.

Apabila mengambil RAI ni, pesakit mesti menjalani tempoh kuarantin 8 hari. Tapi, untuk dos tinggi (kanser), pesakit kena dikuarantinkan di ward selama 4-5 hari, kemudian disambung kuarantin kat rumah untuk cukupkan 8 hari. 

Kalau ada anak kecik, kena tambah lagi beberapa hari supaya kesan radiasi hilang sepenuhnya. 

Bagi yang mengambil dos rendah tak kiralah sama ada kanser atau hyperthyroid, pesakit akan menjalani tempoh kuarantin 8 hari di rumah sahaja, tak perlu stay kat ward.

Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI.
Admit ward lagi hari ni untuk rawatan RAI. 

Macam kes cikla ni, cikla akan mengambil dos tinggi sebab cikla papillary thyroid ca. 

Tadi doktor cakap, cikla kena ambil around 80-100mci. Untuk yang pertama ni cikla memang kena ambil yang tinggi dulu. 

Oklah, cikla nak rehat sekejaplah. Nanti lepas sejam baru boleh makan dengan minum macam biasa. Nanti cikla update lagi ye. Semoga dipermudahkan perjalananku lima hari di sini. Amin!

  • Share:

You Might Also Like

24 Comments

  1. Semoga dipermudahkan buat Cik La...

    ReplyDelete
  2. Dasat ye sakit tiroid ni camni sekali

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sakit tiroid ni ada mcm2. Setiap org ada yg sama ada yg tak. So, rawatan yg diberikan pun ada yg sama ada yg tak.

      Delete
  3. Rehat banyak2 cikla :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks farhanah... Mmg rehat habis kt sini. 😬😬😬

      Delete
  4. Semoga cepat sembuh ya cik la

    ReplyDelete
  5. Cikla, semoga semuanya baik2 saja, dan cepat sembuh ya. Amin.

    ReplyDelete
  6. Semoga segalanya berjalan lancar dam dipermudahkan Allah untuk Cik La..

    ReplyDelete
  7. Semoga dipermudahkan urusan CikLA

    ReplyDelete
  8. amin...amin semoga di permudahkn segalnya

    ReplyDelete
  9. Semoga dipermudahkan sis..

    ReplyDelete
  10. Semoga cikLa kuat menghadapi ujian

    ReplyDelete