Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni...

By Cikla Shahril - July 23, 2017

Jangan ingat penjagaan kuku tak penting tau. Ia sebenarnya sama penting dengan penjagaan anggota badan yang lain, malah sepatutnya perlu diberi perhatian lebih lagi. 

Bukan apa, kalau tak jaga betul-betul, mulalah kuku tu nanti kena cagu, kuku merekah, kuku kusam dan sebagainya. 

Keadaan ni sama sekali akan mencacatkan penampilan korang kan. Betul tak? Sebenarnya, ada banyak rahsia dan petua yang kita boleh cuba dan amalkan demi mendapat kuku yang cantik dan sihat. 

Tak susah nak jaga kuku kalau tau 7 rahsia ni...


Berikut merupakan 7 rahsia untuk mendapatkan kuku yang menjadi idaman hati, kuku yang sihat dan cantik, iaitu;

  1. Semasa memotong kuku, potonglah kuku secara teratur. Jangan potong kuku tu dalam sangat sampai melebihi batas kuku. Sakit pun sakit tau. 
  2. Sebaiknya, elak dari mencungkil isi kuku dengan benda tajam. Alamak, kalau yang ni cikla ada jugak buat, nak-nak pulak kalau tepi kuku tu cekam. Memang cikla korek kaw-kaw punya. Rupanya tabiat ni akan menyebabkan kuku jadi bengkak dan berbau. Ohhh, lepas ni taknak buat lagilah walaupun cikla belum lagi mengalami kesan yang disebutkan. 
  3. Kalau lepas mandi, biarkan kuku tu kering. 
  4. Setiap kali korang mandi, sebaiknya bersihkan kuku dengan sabun. 
  5. Keringkan kaki betul-betul sebelum disapu bedak. 
  6. Jangan pakai kasut atau sandal yang basah dan lembap sebab keadaan ini akan menyebabkan kaki korang berbau. Euwwww. 
  7. Kalau korang pakai sarung kaki, pastikan sarung kaki korang tu diperbuat daripada bahan kapas.

Ada lagi ke petua atau rahsia nak dapatkan kuku yang cantik dan sihat ni?

Memang ada lagi. Jom baca sampai habis. 

Kalau korang nak tau, untuk mendapatkan kuku kaki yang bersih dan berseri, korang berus kuku kaki korang dengan ubat gigi setiap kali korang mandi sekali sehari. 

Ia bukan saja menjadikan kuku kaki korang bersih, malah ia boleh menyahkan bau kaki yang kurang best terutama celah jari, hujung jari dan tumit. 

Untuk pengetahuan korang, bau yang tak best ni disebabkan oleh jangkitan mikro-organisma dari kulat dan kuman dan boleh menyebabkan cagu.

Selain itu, untuk yang selalu melakukan kerja rumah korang kena pastikan kuku sentiasa dibersihkan dan elakkan memotong kuku terlalu pendek. 

Untuk memudahkan kuku dipotong, rendam dulu dalam air suam supaya ia lembut dulu. Paling senang, potong kuku lepas mandi. Hehe. 

Kalau korang nak licinkan permukaan kuku yang dipotong tu, guna alat khas. Lepas tu, gosok guna kain untuk menanggalkan habuk yang tertanggal.

Kalau korang jenis yang rajin mencuba petua tradisional, boleh cuba petua ni.

  1. Pertama; guna cuka dengan menuang cuka di atas kuku, lepas tu gosok dengan lembut. Kemudian, bilas dengan air suam. Nanti kuku korang akan shining gitu. 
  2. Kedua; guna hirisan lemon dan gosok pada jari serta kuku, lepas tu biarkan 5-10 minit dan bilas. Buatlah selalu kalau nak hasil yang menakjubkan. 
  3. Ketiga; ambil bawang putih yang dibelah dua, kemudian gosokkan pada kuku kaki sampai warna kuku korang tu nampak berkilat. Kemudian, cuci. Lakukan selalu.

Jom sayangi kuku kita.

Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

  • Share:

You Might Also Like

3 Comments

  1. Tq for sharing! Nak cubalah letak cuka tu, tak pernah buat lagi ini.

    ReplyDelete
  2. Menarik tips ni.. Mungkin saya ken cuba sebab kuku saya nampak kusam nanti saya bagi tau hasilnya ye ;)

    ReplyDelete
  3. aiyioo no 6 tu.. dulu time sek dok asrama kasut xdan kering terpaksa pakai.. lagi2 musim hujan..

    ReplyDelete