Jom tarbiah diri kita sebelum tidur.

By Cikla Shahril - August 29, 2017

Semoga ia dapat mengetuk sedikit hati kita untuk terus melakukan perubahan yang lebih baik. InshaaAllah.

Jom tarbiah diri kita sebelum tidur

Mencaci maki orang lain dengan kata-kata yang kotor tidak akan membuat orang menjadi kotor, malah sebaliknya perbuatan itu ternyata mengotori diri kita sendiri. 

Ini kerana, kata-kata kotor itu keluar dari hati dan fikiran kita. Hanya hati dan fikiran yang kotor akan  mengeluarkan kata-kata yang kotor.

Menghina orang tidak akan membuat orang terhina melainkan perbuatan itu seperti menghina diri sendiri. 

Ini kerana, hanya hati dan fikiran yang hina akan mengeluarkan kata-kata dan perilaku menghina.

Menghormati orang dengan kata-kata kasih akan membuat diri kita dihormati dan hati kita penuh kasih sayang. 

Ini kerana, hanya hati yang penuh kasih sayang akan mengeluarkan kata-kata kasih.

Menguatkan orang dengan kata-kata bijak akan membuat diri kita menjadi kuat dan fikiran kita bijak sebab hanya fikiran yang bijak akan melahirkan kata-kata bijak.

Membahagiakan orang dengan kata-kata berpengharapan akan membuat diri kita bahagia dan jiwa kita penuh dengan harapan. 

Ini kerana, hanya jiwa yang penuh harapan dapat menyampaikan kata-kata penuh harapan.

Sebenarnya, kata-kata dan perbuatan kita mencerminkan diri kita dan akan membentuk siapa diri kita. 

Apa yang kita berikan, itulah yang kita miliki dan selanjutnya itu pula  yang akan kita terima. Dosa boleh diampunkan dengan taubat.

Dan, pendosa boleh berubah dengan amal kebaikan kerana itulah yang diajar oleh agama kita, Islam iaitu  membenci dosa, bukan pendosa. Bila mata bertemu mata akan timbul rasa cinta. 

Tapi, bila dahi bertemu sejadah akan kita temui kebesaranNya.

Sumber WhatsApp group.

  • Share:

You Might Also Like

2 Comments

  1. betul. jadikan habit sebelum tidur kenang balik hari ni kita buat apa.. ada tak sakitkan hati orang.. apa yang baik kita buat. maafkan semua orang before go to sleep. smoga hati lebih tenang..

    jarang buat sebab selalu pengsan terus =P

    ReplyDelete
  2. Sebelum tidur elok tengok cerita yang baik baik saja supaya bangun nanti dapat aura positif

    ReplyDelete