Magiknya tomato untuk cantik dan sihat!

By Cikla Shahril - August 03, 2017

Siapa peminat tomato dekat sini? Siapa aje yang tak kenal dengan buah tomato kan? Semua orang kenal kot. Biasanya orang akan letak tomato dalam masakan seperti masak lemak, masak kari, asam pedas, tomyam dan kadang-kadang dalam masakan sambal pun ada orang letak. Buah tomato yang masak berwarna orang kemerahan (masak ranum). 

Sekarang ni cikla suka makan buah tomato yang kecik-kecik tu, orang panggil tomato cherry. Sedapnya lahai. Cikla lagi suka makan mentah, buat macam ulam tu. Makan dengan nasi panas. Walaaa, terangkat. Kalau yang dah masak ranum tu, masam-masam manis rasa dia. Very juicy.

Sebenarnya, kita boleh memperolehi kebaikan yang sangat banyak kalau kita makan buah tomato ni tak kiralah dalam bidang kecantikan dan kesihatan. Korang nak tau apa kebaikan si tomato ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni.

Magiknya tomato untuk cantik dan sihat!

Ada orang suka makan buah tomato ni secara mentah. Kalau korang nak tau, kalau kita makan buah tomato ni begitu saja ia sangat bagus sebab tomato mentah sangat kaya dengan nutrisi dan ia mengandungi air yang tinggi. 

Sifatnya yang tinggi kandungan air boleh me­lembapkan kulit kita. Selain itu, tomato jugak kaya dengan mineral, kalsium, vitamin A, vitamin C, flavonoid, vitamin B kompleks, tiamin, folat dan niacin yang mana ia baik untuk kulit dan turut baik untuk kesihatan mata.

Selain itu, buah tomato mengandungi antioksidan iaitu lycopene dan zea-xanthin yang mana ia mampu melawan radikal bebas yang mampu merosakkan kulit kita. 

Tomato jugak bagus sebab ia bersifat antikanser dan mampu mengelak reaksi kerosakan akibat pemakanan harian dan pendedahan kepada elemen alam sekitar sehingga merosakkan kesihatan dan menjejaskan penampilan. 

Selain dari itu, buah tomato juga dikatakan mampu memulihkan sel dan membina otot kerana ia mengandungi protein.

Dari segi penjagaan wajah pulak, tomato berupaya merawat liang roma yang terbuka.  Caranya senang je, just campur kan 4 sudu jus tomato dengan 1 sudu air, kemudian sapukan campuran itu pada seluruh muka menggunakan kapas. Biarkan 15 minit sebelum di cuci bersih. 

Di samping itu, dengan menggunakan tomato juga ia dikatakan boleh menyerikan wajah. Caranya adalah dengan menggosok tomato yang dipotong pada kulit muka sehingga jus tomato tu menyerap ke dalam kulit. 

Selain ia boleh menjadikan wajah cantik berseri, ia juga boleh menjadikan warna kulit lebih sekata dan kelihatan lebih sihat.

Selain dari isi tomato, kalau korang nak tau biji tomato pun mempunyai kelebihan dalam merawat masalah kulit. Biji tomato dikatakan dapat membantu merawat masalah penuaan pramatang

Caranya adalah dengan menyapu tomato yang telah dikisar pada wajah korang sebelum tidur. Biarkan sampai kering dan dicuci pada keesokan ­paginya.

Buah tomato jugak dikatakan mampu merawat jerawat dan ruam panas. Caranya adalah dengan membelah tomato, kemudian sapu kan ia pada wajah. 

Kalau korang nak sapukan isi tomato pada wajah pun boleh, lepas tu biarkan kira-kira 1 jam. Kalau korang nak hasil yang bagus, lakukan secara konsisten.

Ada orang mengalami kulit muka yang berminyak disebabkan pengeluaran minyak yang berlebihan. Ini akan menyebabkan sebum terlalu banyak dan ia akan menjadikan liang roma tersumbat, sekaligus menyebabkan jerawat dan parut pada muka. 

So, jangan risau. Gunakan aje buah tomato sebab ia mampu mengu­rangkan masalah minyak berlebihan dan hasilnya kulit jadi lebih licin dan bersih.

Selain itu, buah tomato juga boleh bertindak sebagai pelindung matahari semulajadi, dan menjadikan wajah lebih awet muda. Hai ini kerana, ia mengandu­ngi lapisan minyak semulajadi yang digunakan sebagai penyegar semulajadi sebaik sahaja kulit muka dicuci bersih.

Sebenarnya, sangat bagus kalau kita mengambil buah tomato setiap hari kerana ia mampu melawan kerosakan sel dan seterusnya dapat  membantu  menjadikan kulit nampak lebih anjal dan kurang garis halus. 

Tomato jugak mampu menjadikan kulit lebih cerah secara semulajadi dengan cara menyapu tomato pada kulit. Kulit akan jadi lebih lembut dan nampak bermaya serta segar. 

Untuk pengetahuan korang, cam­puran jus tomato dan madu jugak boleh me­lembapkan kulit dan menjadikannya lebih berseri.

Penggunaan jus tomato dapat menyingkirkan sel kulit mati dan seterusnya akan menjadikan kulit lebih cerah dan gebu. 

Caranya adalah, gosok buah tomato yang di potong dalam gerakan membulat. Kalau korang nak tau hasilnya jadi ke tak, kena cubalah.

Jom cantik dengan tomato. Tomato sedap! 

Sumber SINI.

  • Share:

You Might Also Like

10 Comments

  1. Banyak manfaat tomato ne, nak buat macam-macam miza is lazy so telan mentah jew sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telan mentah pun sedap. Juicy. CikLa mmg buat mcm Ulam tu je.

      Delete
  2. Haritu try 1 petua guna tomato ni jugak utk muka...

    ReplyDelete
  3. Bagus khasiat tomato, tapi saya kurang sikit nak makan... belum biasa lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Kalau tak lalu telan mentah, letak dlm masakan pun boleh...

      Delete
  4. Ccl suka blend tomato letak dalam k8ub ais bagi beku . Lepas tue kiub tomato apply kat muka

    ReplyDelete
  5. Bagus tips ni.. kena pergi pasar ni nak beli tomato banyak2.. terima kasih :)

    ReplyDelete