30 September 2017

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.

September 30, 2017 53 Comments
Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my. | *this is sticky post until 8 pm on 30 September 2017. Sila scroll ke bawah untuk baca entri terbaru. TQ!  

-GIVEAWAY TAMAT-

Assalamualaikum wbt. Pin pon pin pon...  Hari ni cikla nak buat segmen bloglist  plus mini giveaway. Orang cakap, sambil menyelam minum air. Cikla buat segmen bloglist sebab nak tukar senarai bloglist yang ada kepada yang baru. Lagipun dah agak lama jugak kan mereka menari-nari di blog cikla ni. So, nak kasi refresh sikit. Hehe. Bloglist ni adalah direct untuk 3 bulan terus iaitu Oktober-Disember.

Lepas tu, cikla nak buat mini giveaway jugak sebab cikla nak bagi 2 helai cardigan tapi preloved lah pada yang bertuah. Apa lagi, jom kita tengok syarat-syaratnya. Syarat-syaratnya sama je macam yang dulu-dulu jugak.

Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my. 


Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my.
Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my. 

Syarat-syarat penyertaan seperti berikut;

  1. Follow blog ni pada yang belum follow di SINI. Nanti cikla akan followback. 
  2. Follow g+ di SINI
  3. Follow twitter di SINI
  4. Follow Instagram di SINI
  5. Like fb page di SINI
  6. Buat satu entri ringkas yang bertajuk 'Segmen Bloglist Oktober-Disember 2017 + Mini Giveaway Ciklapunyabelog [dot] blogspot [dot] my'. Masukkan banner di atas dalam entri tersebut, kemudian linkkan ke entri ini. 
  7. Tag 2 orang rakan untuk join sama. Pastikan diaorang tau yang diaorang ditag. 
  8. Tinggalkan link entri korang di ruangan komen. Siap.

Segmen bermula dari 5 September 2017 hingga 30 September 2017 (pukul 8 malam). 

Apakah hadiah yang menanti pemenang bertuah? 


Cikla akan pilih 10 blog bertuah yang akan menyerikan bloglist blog ni nanti dan akan duduk dalam bloglist selama 3 bulan. Wow, lamanya.

Lepas tu, untuk mini giveaway pulak, cikla akan pilih 2 orang yang bertuah untuk menerima sehelai cardigan setiap seorang. Dalam entri korang nanti korang boleh pilih cardigan mana yang korang nak samada 1 atau 2.

Segmen Bloglist Oktober-Disember + Mini Giveaway Ciklapunyabelog[dot]blogspot[dot]my. - Hadiah untuk mini giveaway. 

Kalau penyertaan kurang dari 10, automatik semua akan masuk dalam bloglist, tapi mini giveaway akan terbatal. Pemilihan akan dibuat secara rawak menggunakan khidmat random.org

Semasa pemilihan, kalau orang yang sama terpilih untuk bloglist dan mini giveaway, cikla akan pilih undian yang pertama. Lagi satu, katakan korang pilih cardigan no. 1 dan korang terpilih. Tapi, cikla buat untuk pemilihan kedua. Korang akan dapat cardigan yang kedua. Keutamaan diberikan kepada pemilihan pertama. Korang faham tak? Macam mana nak explain ni ek. Hehe... Hope korang faham apa yang cikla cuba katakan ni... 

Blogger lelaki pun boleh join sebab kalau menang mini giveaway boleh bagi cardigan dekat kakak ke, adik ke, isteri ke. Dekat emak pun boleh.

Korang digalakkan blogwalking sesama sendiri jugak.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, cikla lancarkan segemen ni sekarang. So, apa lagi. Jemput join semua. Kita kasi gegar ini segmen. Haha.

Selamat bersegmen korang dan terima  kasih atas sokongan korang.



27 September 2017

Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni.

September 27, 2017 5 Comments
Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni. | Assalamualaikum wbt. Kalau sebelum ni kita biasa tengok orang menanggalkan mekap dengan menggunakan makeup remover, apa kata kali kita try pulak secara natural atau semulajadi. Bagi cikla, penggunaan bahan semulajadi adalah lebih baik sebab ia lebih selamat tanpa kesan sampingan dan yang paling penting murah.

Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni.

Apa kata korang try cara ni semasa korang menanggalkan mekap korang tu.

Cara tanggalkan mekap secara natural, cuba tips ni.


Cara 1 : Minyak kelapa

Sapukan minyak kelapa pada  kapas dan oleskan kapas tersebut ke seluruh perlukan kulit muka korang. Selepas itu, bersihkan muka korang dengan air. Kalau korang nak tau, penggunaan minyak kelapa adalah lebih berkesan menanggalkan mekap selain ia juga boleh bertindak sebagai pelembap dan pelindung kulit terutamanya kulit muka. Kalau cikla, cikla guna baby oil untuk menanggalkan mekap. Konsep dan cara penggunaannya sama macam kita gunakan minyak kelapa.

Cara 2 : Guna timun

Caranya, hiriskan sebiji timun dalam bentuk kepingan nipis. Kemudian gosokkan timun tersebut ke seluruh muka dengan lembut, termasuklah area mata korang. Kalau korang tak buat macam ni, korang boleh jugak blend halus timun untuk dijadikan jus face cleanser.

Cara 3 : Guna minyak zaitun.

Masukkan sedikit minyak zaitun ke dalam mangkuk kecik. Kemudian, ambil kapas dan celupkan ke dalam mangkuk tersebut sebelum di sapu ke seluruh kulit muka. Selepas itu, bilas dan cuci muka korang dengan air bersih. 

Selamat mencuba!

Sumber Ruangan Ubah Imej.

Segmen Blogwalking bersama Atiah.

September 27, 2017 7 Comments
Segmen Blogwalking bersama Atiah. | Assalamualaikum wbt. Rasanya macam dah lama je cikla tak join segmen. So, blogger Atiah ada buat segmen. Pada yang belum join, jom klik banner kat bawah tu.

Segmen Blogwalking bersama Atiah.
Segmen Blogwalking bersama Atiah.

Segmen Blogwalking bersama Atiah.


Dengan syarat yang senang, cikla rasa takde sebab kita tak nak join segmen ni kan. Syarat just follow blog dan media sosial je.

Segmen berlangsung dari 23 September hingga 30 September 2017. Seramai 3 orang pemenang bertuah akan dipilih melalui khidmat random.org.

Apa lagi. Jomlah join. Selamat bersegmen semua....

26 September 2017

Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid?

September 26, 2017 2 Comments
Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid? | Assalamualaikum wbt. Tak kiralah sama ada kita seorang pesakit hipotiroid atau hipertiroid, memang kita akan diberi ubat oleh doktor. Malangnya, ads sesetengah pesakit berhenti mengambil ubat sendiri tanpa arahan doktor dengan macam-macam alasan.

Untuk pengetahuan korang, kalau seseorang pesakit itu tak mengambil ubat dengan betul atau terus meninggalkannya, pesakit tersebut akan menghadapi beberapa risiko yang mungkin.

Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid?

Tak makan ubat, apakah simptom-simptom yang wujud pada pesakit tiroid?


Untuk pesakit hipotiroid, sama ada disebabkan oleh Hashimoto, pembedahan tiroid atau hipotiroidisme kongenital, kalau mereka tak mengambil ubat levothyroxine dan lain-lain dengan betul, mereka akan mengalami simptom seperti berikut;

  1. Tekanan darah menjadi tak menentu. 
  2. Suhu badan yang rendah, iaitu sentiasa berasa sejuk. 
  3. Mengalami keletihan. 
  4. Mengalami kemurungan. 
  5. Mengalami masalah memori. 
  6. Kolesterol tinggi. 
  7. Mengalami penambahan berat badan. 
  8. Ketidaksuburan. 
  9. Keguguran. 
  10. Kematian pada kelahiran. 
  11. Kelahiran pra matang. 
  12. Haid tak menentu. 
  13. Kehilangan atau penurunan nafsu seks. 
  14. Kelemahan otot. 
  15. Sembelit. 
  16. Sakit sendi atau otot. 
  17. Keguguran rambut. 
  18. Tangan bengkak, kaki dan muka. 
  19. Pertumbuhan nodul tiroid, meningkatkan saiz goiter. 
  20. Peningkatan risiko penyakit jantung. 
  21. Peningkatan risiko jangkitan. 
  22. Koma dan kematian.

Untuk pesakit hipertiroid, sama ada disebabkan oleh penyakit Graves, atau nodul toksik, atau sebab lain, kalau pesakit gagal mengambil ubat-ubatan antithyroid seperti Carbimazole, Carmazole, Propylthiouracil (PTU), dan sebagainya, mereka akan menghadapi risiko mengalami simptom berikut, iaitu;

  1. Menurunkan berat badan atau menaikkan berat badan. 
  2. Selera makan meningkat 
  3. Ketakutan, kerisauan, serangan panik (panic attacks)
  4. Tak tahan panas dan berpeluh. 
  5. Mengalami keletihan. 
  6. Cirit-birit. 
  7. Haid tidak teratur. 
  8. Goiter/pembesaran kalenjar tiroid. 
  9. Kelemahan otot. 
  10. Insomnia, iaitu sukar untuk tidur. 
  11. Nadi laju. 
  12. Tekanan darah tinggi. 
  13. Jantung berdebar-debar. 
  14. Loya dan muntah-muntah. 
  15. Masalah kitaran haid. 
  16. Kegatalan. 
  17. Gegaran atau menggigil. 
  18. Keguguran rambut. 
  19. Menonjol mata. 
  20. Strok. 
  21. Serangan jantung. 
  22. Thyroid storm. 
  23. Kematian. 

Apa yang semua pesakit mesti ingat, berhenti ubat adalah atas arahan doktor sahaja.

Semoga bermanfaat.


Sumber group Facebook TIROID DAN ANDA (ORI).

23 September 2017

Jom buat pelembap bibir sendiri.

September 23, 2017 4 Comments
Jom buat pelembap bibir sendiri. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa ada orang lebih suka menggunakan pelembap bibir daripada lipstick di bibir mereka. Samalah macam cikla. Cikla amatlah jarang pakai lipstick. Selalu pakai lip gloss je. Untuk pengetahuan korang, dalam memilih pelembap bibir yang berwarna khususnya ia perlu mengikut kesesuaian warna itu sendiri di samping jenis tekstur dan harganya.

Tapi itulah, pelembap bibir berwarna macam susah je kita jumpa di pasaran sebab tak semua jenama yang ada jenis yang macam ni. Kebanyakan pelembap bibir yang ada adalah dari jenis pengilat bibir bersifat  melekit dan lips balm yang beraroma, tapi rasanya semua wanita lagi sukakan pelembap bibir bersifat soft, moist, dan menyerupai lipstick.

Jom buat pelembap bibir sendiri.

Apa kata kita cuba buat pelembap bibir sendiri. Ada yang nak cuba tak? Jom kita tengok macam mana nak buatnya...

Jom buat pelembap bibir sendiri.


Sebelum tu jom kita tengok apakah bahan-bahannya. Korang pilih warna lipstick yang kegemaran korang  dan sesuai dengan  bibir, jeli petroleum, bekas mini (korang boleh beli dekat farmasi), spatula dan cawan seramik yang tahan panas (pastikan cawan ni mempunyai tanda selamat bila digunakan dalam microwave).

Cara-caranya adalah seperti berikut;

  1. Langkah pertama, korang panaskan cawan seramik di dalam microwave selama lebih kurang 1 minit. Kemudian, keluarkan ia. 
  2. Dengan menggunakan spatula, ambil 2 bahagian jeli petroleum dan masukkan ke dalam cawan yang telah dipanaskan, dan kacau ia sampai cair. 
  3. Selepas itu, potong sikit lipstick dan masukkan ke dalam jeli petroleum yang telah cair. Tapi, korang kena ingat korang kena buat sepantas yang boleh sebum cawan tu kembali sejuk. 
  4. Kacau campuran tersebut (lipstick dan jeli petroleum) sampai ia larut di dalamnya. Jangan biarkan ketulan berketul dan kacau sampai buih udara menghilang. 
  5. Bila semuanya dah larut, masukkan campuran tersebut ke dalam bekas mini yang kering dan bersih. Biasanya, campuran adunan ni akan kembali pekat sebab cawan seramik dah kembali sejuk. 
  6. Korang tunggu dulu ia kembali semua ke suhu bilik atau menjadi sejuk sebelum ditutup kemas. 
  7. Sudah sedia untuk dioles ke bibirmu.

Senang je kan. Selain ia menjimatkan, ia jugak adalah pilihan terbaik untuk korang yang mempunyai masalah bibir sensitif. Tapi korang kena pandai pilih lipstick yang sesuai dengan bibir korang.

Jom kita kongsikan resepi mudah ini. Selamat mencuba.


Sumber Ruangan Hati, Harian Metro.

Tips memilih ikan segar di pasar.

September 23, 2017 2 Comments
Tips memilih ikan segar di pasar. | Assalamualaikum wbt. Menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga nak tak nak kita kena sentiasa mengambil berat dengan kebajikan keluarga. Ini termasuklah keutamaan kita menyediakan makanan yang bersih, sedap dan berkhasiat untuk keluarga. So, semasa memilih dan membeli ikan pun ada caranya. Jangan tengok je ikan tu, terus beli. Tak boleh macam tu, sebab ikan yang masih segar mempunyai berkualiti semasa dimasak. Cuba kalau korang pilih ikan yang lembik dan ta k segar. Mesti masa korang goreng tu ikan tu akan melekat pada kali masa kita nak terbalikkan dia. Lepas tu isi pulak hancur. Time kita angkat dah tinggal tulang. Aduhaiilah.

Tips memilih ikan segar di pasar.

So, ada beberapa tips yang kita boleh gunakan semasa memilih ikan segar di pasar. Kalau korang nak tau, jom kita tengok apakah tipsnya.

Tips memilih ikan segar di pasar.


  1. Pastikan isi ikan itu pejal dan segar. Tekan-tekan dulu badan ikannya. Kalau isinya melantun balik, segarlah tu ikannya. 
  2. Lepas tu, tengok mata ikan pulak. Kalau mata ikan tu nampak jernih, agak menonjol dan bersinar, segarlah ikan tu. Elakkan dari memilih ikan yang bermaya layu dan kusam. Memang sah tak segar. 
  3. Kita boleh tau kesegaran ikan dari baunya. Kalau korang nak tau, ikan yang masih segar adalah berbau 'laut'. So, korang kena pandai bezakan bau laut dengan bau hanyir ikan. 
  4. Tengok pada insang ikan jugak. Kalau insangnya masih berwarna merah atau pink, basah dan tak kejut itu menunjukkan ikan tersebut masih segar. Lagi satu, ikan yang segar kalau kita nak buang insangnya senang je... 
  5. Selain itu, kita boleh tengok kesegaran ikan dari kulitnya. Kalau kulit ikan kenduri, elakkan dari memilihnya walaupun orang yang jual tu offer harga terendah. Kalau ikannya bersisik, tengok pulak sisiknya. Kalau sisiknya masih melekat, Ikan tersebut fresh lagi. 
  6. Akhir sekali, tengok pulak sirip dia. Kalau siripnya masih kuat melekat pada kulit dan tak tercabut, Ikan tersebut masih elok dan baru. Elak jugak membeli ikan yang sudah pecah perut, pun tak fresh  jugak.

Macam mana nak tau ciri ikan yang sudah lama dan busuk?


Ada beberapa cara nak tengok ikan ni Elok ke tak. Segar ke tak... Inilah caranya iaitu;

  1. Mata ikan adalah dalam keadaan suram, keruh dan tenggelam dalam mata ikan. 
  2. Banyak sisiknya yang sudah tercabut daripada kulitnya. 
  3. Ikan berkeadaan berlendir, layu dan berkulit suram. 
  4. Insangnya berlendir dan berwarna kelabu. 
  5. Perut ikan lembik dan pecah. 
  6. Warna badan ikan keseluruhannya suram dan bau busuk.

Jadilah pengguna yang bijak. Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Ringgit & Sen.

22 September 2017

Apa dia hipotiroidisme, penyebab, simptom dan cara rawatannya?

September 22, 2017 0 Comments
Apa dia hipotiroidisme, penyebab, simptom dan cara rawatannya? | Assalamualaikum wbt. Jom kita baca apakah itu hipotiroidisme secara detail. 

Apa dia hipotiroidisme, penyebab, simptom dan cara rawatannya?

Apakah itu hipotiroidisme? 


Secara umumnya, hipotiroidisme adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan. Sebanyak 15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme dan penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding dengan lelaki.

Mengapakah hipotiroidisme itu berlaku?


Untuk pengetahuan korang, ada banyak sebab mengapa terjadinya keadaan hipotiroidisme ni, iaitu;

  1. Hashimoto’s thyroiditis’ adalah penyebab spesifik di mana keadaan hipotiroidisme yang selalu terjadi iaitu kelenjar tiroid mungkin membengkak pada permulaannya tapi bila penyakit ini berlarutan, ia akan memusnahkan kelenjar tiroid dan mengakibatkan hipotiroidisme.
  2. Ubat-ubatan seperti ubat yang digunakan untuk merawat kelenjar tiroid yang terlampau aktif, ubat ‘lithium’ yang digunakan untuk merawat penyakit sakit jiwa, dan ubat ‘amiodarone’ yang digunakan untuk merawat penyakit jantung.
  3. Pembedahan dan pembuangan kelenjar tiroid.
  4. Berlakunya radiasi ke atas kelenjar tiroid yang lampau.
  5. Penyakit ke atas kelenjar hipothalamus atau kelenjar pituitari (tapi ini jarang-jarang berlaku).

Apakah tanda dan gejala yang menunjukkan seseorang itu mengalami keadaan hipotiroidisme?


Terdapat beberapa gejala dan tanda yang menunjukkan seseorang itu mengalami keadaan hipotiroidisme, iaitu;

  1. Tak tahan sejuk. 
  2. Mengalami masalah sembelit. 
  3. Kenaikan berat badan. 
  4. Selalu merasa letih. 
  5. Keadaan kulit akan menjadi kering dan kasar. Muka akan membengkak terutamanya di sekeliling mata.
  6. Mengalami kekurangan. 
  7. Sakit serta lemah otot dan sendi dan menjejaskan keupayaan bergerak.
  8. Mengalami tanda-tanda yang tak spesifik seperti keliru, hilang selera makan, hilang berat badan, jatuh, tak dapat mengawal pundi kencing dan kurang pergerakan.
  9. Pengsan atau tak sedarkan diri kalau keadaan menjadi teruk dan boleh mengakibatkan kematian.

Selain itu, istilah ‘subclinical hypothyroidism’ bermakna seseorang pesakit itu tak mempunyai gejala hipotiroidisme dan ia hanya boleh dikesan melalui ujian darah.

Macam mana nak mendiagnosa keadaan hipotiroidisme ini?


Ada beberapa cara macam mana nak mendiagnosa keadaan hipotiroidisme ni, iaitu;

  1. Kelenjar tiroid mungkin membengkak.
  2. Suhu badan mungkin akan jadi lebih rendah. 
  3. Tanda-tanda hipotiroidisme seperti mata bengkak, kulit kering dan lain-lain.
  4. Dengan mengetuk sendi lutut, buku lali dan siku dengan alat, tindakbalas pergerakan sendi mungkin lebih perlahan.
  5. Walau bagaimanapun, pemeriksaan mungkin juga normal untuk sesetengah kes.

Melalui ujian darah;


  1. Paras ‘thyroid-stimulating hormone’ (TSH) melebihi paras normal (biasanya > 4.5 mU/L) mencadangkan kemungkinan diagnosa hipotiroidisme.
  2. Paras hormon ‘free T4’ perlu diukur untuk membezakan hipotiroidisme yang ketara (paras ‘free T4’ rendah) berbanding dengan ‘subclinical hypothyroidism’ (paras ‘free T4’ normal).
  3. Ujian lain mungkin perlu untuk menentukan penyebab-penyebab yang lain.

Untuk ujian saringan;

Untuk golongan yang mempunyai faktor risiko untuk penyakit tiroid, pesakit dengan paras kolesterol yang tinggi atau mereka yang mempunyai tanda-tanda seperti di atas, paras TSH perlu diukur.

Komplikasi;


  1. Tekanan darah tinggi.
  2. Paras kolesterol yang tinggi dan merupakan faktor risiko untuk penyakit jantung.
  3. Serangan sakit jantung dan lemah jantung adalah akibat yang serius tapi jarang berlaku. 
  4. Pengsan atau myxedema coma boleh mengancam nyawa di mana seseorang mengalami kekeliruan dan menjadi tidak sedar diri.

Apakah rawatan yang akan diberikan kepada pesakit hipotiroidisme?


  1. Warga emas yang mempunyai masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid (pil levothyroxine) untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid.
  2. Rawatan biasanya dimulakan dengan dos yang rendah, kemudian ia ditambah secara perlahan-lahan setiap 4 minggu.
  3. Pesakit dengan masalah jantung atau penyakit lain yang serius sepatutnya dimulakan dengan dos yang lebih rendah, di mana ia perlu ditambah dengan lebih perlahan untuk mengurangkan kesan sampingan rawatan.
  4. Selepas 3-4 bulan, dos ubat kadang-kala perlu ditukar, bergantung kepada pengurangan atau penambahan berat badan dan penggunaan ubat-ubatan tertentu.
  5. Untuk mengenalpasti jika seseorang diberi rawatan yang mencukupi, paras TSH perlu diukur secara berkala.
  6. Rawatan ini adalah sangat berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat.

Kalau diri cikla sendiri, cikla jadi hipotiroidisme selepas menjalani pembedahan total thyroidectomy. So, lepas tu cikla kena makan ubat levothyroxine seumur hidup sebab ubat tu pengganti kelenjar tiroid yang telah dibuang tu. 

Tak apalah, janji sihat kan. Lagipun, ubatnya pun kecik sinonet je. Panadol lagi besar kot... 

Semoga info ni memberi manfaat kepada yang memerlukan. Insha Allah. 



21 September 2017

Tazkirah : Tolong baca sampai habis.

September 21, 2017 0 Comments
Tazkirah : Tolong baca sampai habis. | Assalamualaikum wbt. Kita selalu luangkan sedikit masa utk Allah. Tapi, DIA selalu menyayangi dan merahmati kita. Allah sentiasa bersama kita. Mari kita luangkan masa 30 minit untuk ALLAH. Bukan berdoa, tetapi memujiNYA.

.

Tazkirah : Tolong baca sampai habis.


Kenapa kita mengantuk apabila SOLAT malam?Tapi, boleh berjaya sepanjang malam untuk berWhatsApp. Kenapa kita bosan bila melihat dan membaca AL-QURAN? Tapi, kita boleh menghabiskan masa berjam-jam lamanya untuk membaca WhatsApp. Kenapa kita sering mengabaikan dan memadam mesej-mesej yang berkaitan dengan agama? Tapi, kita boleh pulak simpan (save) dan forward mesej-mesej yang kelakar.

Kenapa masjid semakin sepi keadaannya? Tapi, pasar-pasar semakin meriah sedangkan dipasarlah tempat yang paling dibenci oleh Allah. Kenapa kita selalu menyebut nama artis-artis Tapi, susah pulak kita ingat sama ALLAH.


.


Dikatakan bahawa apabila malaikat maut mencabut nyawa daripada jasa orang yang sudah mati, itu satu pengalaman yang menyakitkan. Dikatakan juga bila manusia dibangkitkan pada Hari Kiamat, kesan sakit roh dicabut daripada jasad masih ada lagi.

Maka, ALLAH menyuruh kita untuk  membaca AYAT KURSI setiap selepas solat fardhu. Dinyatakan sesiapa yang membaca ayat kursi, roh mereka akan di cabut seperti mengambil sehelai rambut daripada tepung. Barangkali betapa ringannya rasa itu. 

Masya-Allah!  Moga Allah menyelamatkan kita daripada sebarang sakit dan moga DIA mematikan kita dengan jman di hati dan selamatkan kita daripada azab. Aamiin.


BACA DOA INI UNTUK HIDUP YANG LEBIH BAIK.


"Allahumma-inni-ala-zhikrika-waShukrika-wa-husni-ibaadatika...."

Semoga bermanfaat.


Sumber WhatsApp group.

4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau.

September 21, 2017 2 Comments
4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau. | Assalamualaikum wbt. Kalau sebelum ni kita biasa gunakan santan kelapa dalam masakan dan membuat kuih muih, tapi sebenarnya ia juga boleh memberi manfaat yang besar untuk kecantikan dan kesihatan diri. Lagipun, santan jugak merupakan antara bahan semulajadi yang murah dan mudah didapati.

Kalau korang nak tau, rasa lemak dan warna santan kelapa adalah terhasil dari kandungan minyak yang banyak di dalamnya, berbeza dengan air kelapa. Selain itu, santan kelapa jugak mengandungi serat, pelbagai jenis vitamin (C, E, B1, B3, B5 dan B6), dan pelbagai jenis mineral (besi, selenium, naturism, kalsium, magnesium dan fosforus).

So, korang nak tau tak apa kebaikan santan kelapa ni? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau.

4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau.


Berikut merupakan 4 kebaikan santan kelapa yang mungkin korang tak tau, iaitu;

Santan kelapa melambatkan rambut beruban

Kalau yang ni memang cikla biasa dengar orang cakap, guna santan kelapa untuk lebatkan rambut, merawat kepala berkelemumur dan mengelakkan rambut gugur. Tapi, sebenarnya santan kelapa jugak dikatakan boleh bertindak sebagai perapi yang berkesan untuk melambatkan uban. Hal ini kerana, santan kelapa mengandungi kelembapan semulajadi di samping minyak dan zat penting yang lain yang boleh merangsang dan menguatkan akar rambut kita, sekaligus melambatkan ubat tumbuh.

Caranya senang je, just sapu dan retaken santan kelapa pada kulit kepala korang, kemudian biarkan kira-kira 30 minit sebelum dibasuh dengan shampoo.

Santan kelapa sebagai krim pelembap kulit. 

Macam yang cikla nyatakan sebelum ni, santan kelapa mengandungi kelembapan semulajadi. So that, ia sangat sesuai dijadikan sebagai krim pelembap kulit. Gunakan santan kelapa tanpa menambah bahan lain di dalamnya dan ratakan pada keseluruhan kulit korang. Ia juga dikatakan oleh mencegah kegatalan dan kulit kering. Cubalah!

Santan kelapa sebagai bahan mendapatkan kulit yang sentiasa lembap dan sihat

Sifat semulajadi santan kelapa yang mengandungi kelembapan yang tinggi sangat sesuai mendapatkan kulit yang lembut, lembap dan sihat. Caranya yang mudah, iaitu hanya tambahkan setengah cawan santan kelapa dalam tab mandi korang. Selepas tu korang berendamlah di dalamnya. Bagi mereka yang mempunyai kulit jenis kering jugak sangat sesuai menggunakan santan kelapa semasa mandi. Ia menjadikan kulit lebih sihat kerana bakteria yang ada di badan korang dapat dinyahkan.

Santan kelapa sebagai skrub

Menggunakan skrub dari bahan semulajadi adalah sangat digalakkan. So, apa lagi. Gunakalah santan kelapa yang ditambah dengan bahan lain sebagai skrub. Caranya senang je, mix up 1 cawan garam, 4 sudu besar santan kelapa dan 2 sudu besar minyak kelapa (sebagai pewangi). Lepas tu, sapukan campuran tersebut pada seluruh kulit badan korang. Kulit korang akan mengalami pengelupasan semulajadi.


Semoga bermanfaat dan selamat mencuba!


Sumber Harian Metro.

Selamat hari lahir Ahmad Ammar Rizqie, turn 3!

September 21, 2017 3 Comments
Selamat hari lahir Ahmad Ammar Rizqie, turn 3! | Assalamualaikum wbt. Cikla sebenarnya nak cerita sikit pasal anak bujang cikla yang sorang ni. 3 tahun lepas, abang Ammar dilahirkan. Abang Ammar dilahirkan awal sikit dari tarikh jangkaan bersalin, tapi alhamdullillah semuanya selamat. Walaupun begitu, sebaik saja dilahirkan abang Ammar terpaksa ditempatkan di wad nicu sebab masalah jantung laju. 

Actually, dia dah berak kat dalam perut pun. Tu yang dia lahir-lahir je, nurse terus bawak pergi sebab dia dah tertelan air najis. Almost 2 week jugak cikla berkampung kat hospital. Masa tu, berpantang entah ke mana. Mujurlah masa tu diri cikla sendiri takde masalah....

Kini, 3 tahun berlalu. Dah besar pun abang Ammar. Kenangan melahirkan dua memang tak kan cikla lupa. Hari ni 21/9/2017, genaplah usia abang Ammar 3 tahun.

Selamat hari lahir Ahmad Ammar Rizqie, turn 3!


Selamat hari lahir Ahmad Ammar Rizqie, turn 3!
Selamat hari lahir Ahmad Ammar Rizqie, turn 3!

"Selamat hari lahir abang Ammar. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang bijak, soleh dan mendengar cakap ibu ayah... Love u so strong... ❤️❤️❤️... "

Tahun depan dah boleh masuk tadika dah ni... 

20 September 2017

Makanan yang bagus untuk diamalkan selepas pembedahan tiroid.

September 20, 2017 2 Comments
Makanan yang bagus untuk diamalkan  selepas pembedahan  tiroid. | Assalamualaikum wbt. Alhamdullillah, sudah hampir 5 bulan cikla menjalani pembedahan membuang keseluruhan tiroid cikla. Cikla redha kerana Allah hanya meminjamkan tiroid ni kepada cikla 35 tahun je. Semuanya milik DIA. Untuk pengetahuan korang, pembedahan untuk membuang  sebahagian atau kesemua kelenjar tiroid dipanggil thyroidectomy (total atau hemi), dan ia adalah dilakukan bila kita disahkan mempunyai nodul tiroid yang bersifat kanser. Katakanlah sebelum ni pembedahan hemithyroidectomy (buang sebelah tiroid)  dilakukan. Andainya result pembedahan itu positif ada sel kanser, maka pembedahan untuk tiroid yang sebelah lagi mesti dilakukan secepatnya.

Selain itu, kita jugak mungkin disarankan supaya menjalani pembedahan kalau kita mengalami simptom yang disebabkan oleh nodul tiroid yang jinak (benign), di samping penyebab lain seperti cyst tiroid yang berulang, penyakit Graves atau goiter. Untuk pengetahuan korang, proses pemulihan selepas pembedahan biasanya cepat sebab kebanyakan orang yang telah menjalani pembedahan hanya perlu stay kat ward paling lama pun 3-4 hari ini pun kalau takde apa-apa masalah seperti masalah kalsium (bacaan kalsium yang ok adalah atas 2.0) dan sebagainya.  Selepas itu, dalam tempoh 2-3 minggu  selepas pembedahan mereka sudah boleh melakukan aktiviti rutin sebab luka luar akan baik dalam tempoh 2 minggu dan luka dalam dalam tempoh 3-6 minggu.

Biasanya, bila kita selesai menjalani pembedahan, bahagian leher kita akan terasa sakit. Ada sesetengah orang akan rasa tak selesa semasa menelan sebab mungkin ada kesan kerengsaan (irritation) pada tiub pernafasan yang dimasukkan ke dalam kerongkong kita semasa pembedahan dijalankan (proses pembiusan sebelum dibedah). Selain itu ada jugak yang akan rasa loya selepas pembedahan. So, kita disarankan mengambil makanan dan minuman yang lembut.

Makanan yang bagus untuk diamalkan  selepas pembedahan  tiroid.

Makanan yang bagus untuk diamalkan  selepas pembedahan  tiroid.


Tak kira apa jugak jenis pembedahan, penjagaan selepas pembedahan adalah sangat penting. Ini termasuklah pemilihan makanan yang sesuai untuk mempercepatkan penyembuhan luka pembedahan. Antara makanan yang sangat digalakkan untuk pesakit selepas menjalani pembedahan pembuangan tiroid adalah seperti berikut;

Clear dan Soft Diet (makanan yang lembut).

Biasanya, sebelum pembedahan dijalankan, kita disuruh berpuasa bermula dari jam 12 tengah malam kalau pembedahan kita pada keesokan hari nya. So, bila kesan bius semakin berkurangan dan habis, kita mungkin akan merasa lapar dan haus. So, apa yang disarankan adalah ambil makanan yang lembut dahulu seperti sup dan bubur. Kalau kita masih lagi mengalami sakit tekak, makanlah ais krim, puding dan yogurt untuk melegakan rasa sakit tekak tu.

Makanan yang mengandungi vitamin C.

Tak kira apa pun jenis pembedahan, pengambilan makanan yang berkhasiat penting sebab ia sangat membantu dalam proses penyembuhan. So, pengambilan makanan yang mengandungi vitamin C sangat diperlukan kerana ia dikatakan bagus untuk menyembuhkan luka sekaligus membentuk tisu parut. Vitamin C semulajadi yang sangat mudah didapati adalah daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Cikla pun dulu masa lepas operate memang makan banyak buah oren. Memang ternyata luka cepat baik dan parut pun cantik je.

Makanan yang mengandungi zink.

Kalau korang nak tau, zink memainkan peranan penting dalam penyembuhan luka dan dalam fungsi sistem imun. Makanan berprotein tinggi adalah sumber zink yang sangat baik. Korang boleh Google je makanan yang kaya dengan sumber zink.

Semoga bermanfaat.


Sumber SINI.

19 September 2017

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

September 19, 2017 3 Comments
Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye? | Assalamualaikum wbt. Sekilas ikan di air, kita dah tau jantan betinanya. Eh, apa kena mengena pulak perumpamaan ni dengan tajuk ye. Haha. Saje je. Tapi kan, cikla rasa betullah orang cakap, manusia dan emosi ni sukar untuk dipisahkan. Kadang-kadang mereka menangis, kadang-kadang mereka gembira dan kadang-kadang mereka marah.

Macam perempuan pulak, sememangnya mereka ini dicipta tidak sempurna, sebab ada masanya mereka mudah terasa dan marah lebih-lebih lagi kalau ia dicetuskan oleh orang yang dia sayang. Lagilah... Mau sebulan merajuk, muncungnya pulak panjang sedepa. Haha.

So, sebagai seorang suami korang kena tau apakah tanda kalau isteri korang tu tengah marah. Nak tau tak? Baca ni...

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?

Tanda perempuan tengah marah, apa dia ye?


Kalau korang nak tau, kebanyakan perempuan ni kalau tengah marah mesti diam seribu bahasa. Perempuan macam ni biasanya seorang yang penyabar.  Pendek kata, tak suka cari gaduh. Macam cikla sendiri pun sama. Kalau dulu ye, memang cikla suka membebel, bising-bising kalau ada apa-apa yang cikla marah or tak puas hati. Tapi sejak dah bertambah usia ni, cewaah... Rasa macam diam itu lebih baik. Malas nak bising-bising dah. Suami cikla taulah kalau cikla diam je. Merajuk skeet. Tapi, lelaki-lelaki di luar sana kena ingat, walaupun perempuan ni diam seribu bahasa hakikatnya luaran je nampak diam, tapi dalamannya.. Bergelora, hanya Allah je yang tahu.

Selain itu, tanda perempuan tu marah diaorang akan buat tak tau je dengan korang. Korang ada kat sebelah pun, diaorang buat tak tau je. Kalau korang suruh diaorang buat apa-apa, mereka tak akan ambil pusing dan bersikap acuh tak acuh je dengan korang. Kalau korang tanya diaorang apa-apa ke, nak bersembang ke, diaorang buat macam tak dengar je. Kalau macam itulah gayanya, memang confirm lah diaorang tengah marah tu. Sejujurnya, cikla pun kadang-kadang macam ni jugak. Buat derk je, merajuk... Huhu.

Ada jugak perempuan yang marah dan meluahkan apa yang terbuka di hati dia dengan cara menyindir. Aduh, kalau cara ni si suami tak tau jugak yang isterinya tengah marah, memanglah. Tapi sebaiknya kalau nak menyindir pun biarlah berdepan-depan kata orang. Elakkan dari menyindir pasangan di media sosial. Tak kan korang nak bukak pekung di dada kan. Sebagai seorang isteri yang baik, kena jaga aib suami walaupun macam mana keadaan pun. Silap-silap nanti 'kisah' korang ni jadi bahan cerita hangat pulak. Selain dari bersikap dingin dengan pasangan, ada perempuan kalau marah tu dia hanya tersenyum je. Tapi, bukan senyum ikhlas tau. Senyum sinis. Hehe. Bagi perempuan yang agak rapuh hatinya, mereka hanya mampu meluahkan kemarahan mereka dengan menangis. Ouch, touching.

So, sebagai sorang yang rapat dengan si dia, si lelaki sepatutnya tau macam mana cara nak lembutkan hati mereka. Fahamilah sifat mereka, dan mulalah mengambil berat tentang perasaannya. Jangan kat bibir tu cakap sayang je, tapi hakikatnya tak pandai nak jaga hati pasangan. Bak kata pepatah, 'sekeras-keras batu kalau dititik air lama-lama lekuk jugak. '

So, tak kira suami atau isteri, kenalah sama-sama bertolak ansur dan fahamilah pasangan korang. Macam si isteri pun sama, jagalah hati suami dan cuba untuk selesaikan masalah sebaik mungkin.

Semoga bermanfaat.


Sumber Ruangan Dunia Lelaki.

18 September 2017

Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

September 18, 2017 2 Comments
Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi. | Assalamualaikum wbt. Ramai yang cakap rambut adalah mahkota wanita. Tapi, bagi cikla bukan hanya rambut yang kita kena ambil kisah, tapi bahagian lain pun penting jugak. Pendek kata semua bahagian di badan perempuan ni penting. Salah satunya adalah payudara. Bagi cikla, ia adalah aset.

Memang tak dinafikan, selepas melahirkan anak, kebanyakan wanita mengalami perubahan bentuk badan termasuklah payudara. Payudara sudah tak anjal dan tegang macam dulu lagi. Ini disebabkan oleh kesan dari kita menyusukan anak. Mulalah rungsing kan, tercari-cari petua dan cara macam mana nak kembalikan keadaan aset kita ni seperti dulu.

Kaum wanita kena baca ni : Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

Cikla memang tak menafikan yang memang banyak je produk untuk tegangkan kembali payudara ni di pasaran sekarang. Tapi, bagi cikla yang semulajadi lebih baik kan. Itu belum lagi yang melibatkan pembedahan dan sebagainya. Betul tak? So, kat sini ada satu petua yang mungkin membantu para wanita di luar sana untuk mengatasi masalah ini. Senang je, guna kacang hijau. Nak tau macam mana caranya? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Petua tegangkan payudara secara semulajadi.

Kalau sebelum ni kita dengar kacang hijau ni orang buat kuih atau bubur tapi sebenarnya ia jugak boleh digunakan untuk menegangkan payudara. Caranya yang sangat mudah, just rebus kacang hijau tu sampai empuk dan biarkan suam. Lepas tu, jadikan masker dengan melumurkan kacang hijau tu pada payudara. Tapi, jangan sampai kena nipple pulak. Selepas itu, biarkan kira-kira 20 minit sebelum dicuci dengan air.

Kalau korang nak tau, kacang hijau ni mempunyai berapa kelebihan iaitu;

Kacang hijau dikatakan mempunyai kelebihan iaitu dapat menegangkan payudara sekaligus menjadikan ia anjal. Selain itu, ia juga boleh menjadikan kulit payudara lebih lembut dan halus selain ia boleh membuang sel kulit mati.


Selamat mencuba.


Sumber Ruangan Sekilas Cantik.

Jom buat sendiri masker muka organik.

September 18, 2017 6 Comments
Jom buat sendiri masker muka organik. | Assalamualaikum wbt. Orang cakap kalau nak cantik, kenalah berusaha untuk cantik. Betul tak? Cikla nak tanya, siapa kat sini suka pakai masker? Nak senang beli aje kan. Masker memang banyak dijual di luar sana. Tapi, kalau korang terlebih rajin, korang boleh buat sendiri. Bagi cikla ia lebih bagus sebab menggunakan bahan semulajadi di samping ia mudah serta murah dan yang paling penting, selamat. Penggunaan masker sebenarnya penting jugak kalau korang nak dapatkan kulit muka yang mulus dan berseri.

Jom buat sendiri masker muka organik.

Korang nak tau tak cara macam mana nak buat masker organik sendiri di rumah? Memang senang je, dan bahan-bahannya pulak mudah nak dapat. So, jom kita tengok bahan dan langkah nak buat.

Jom buat sendiri masker muka organik.


Bahan-bahannya;

30 gm beras. 
15 ml madu asli. 
10 gm serbuk kopi. 
5 gm serbuk coklat.


Caranya pulak;

Kisar halus beras dan campurkan bersama serbuk kopi. Selepas itu, masukkan serbuk coklat dan madu asli. Kemudian, kacau campuran tersebut sampai sebati dan rata.  Biarkan sekejap sebelum dioleskan pada muka korang.

Untuk kesan yang lebih baik, korang campuran sedikit yogurt dalam adunan masker yang korang dah buat tadi. Kalau korang nak tau, yogurt dan madu sangat elok untuk kulit berminyak. Untuk kulit kering dan berjeragat, korang boleh gantikan yogurt dengan susu badam.

Korang ratakan masker yang telah siap itu ke seluruh muka korang tapi nipis je tau. Biarkan ia sampai kering sebelum dicuci. Korang boleh jugak basahkan ia untuk dijadikan skrub.

Berikut merupakan kebaikan bahan-bahan yang digunakan kepada kulit kita, iaitu;

  • Serbuk coklat baik dalam merawat jerawat. 
  • Serbuk kopi pulak baik untuk mengurangkan kesan garis halus pada kulit muka korang.

Sebaiknya, masa korang nak pakai tu baru letak madu. So, bahan yang tanpa madu tu korang boleh simpan dan boleh digunakan bila-bila korang nak pakai. Jangan lupa masa nak guna tu, letakkan sekali susu atau yogurt tau untuk kesan yang superb.

Untuk kesan yang bagus, amalkan 1-2 kaki seminggu.

Selamat mencuba.


Sumber Majalah Wanita.

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.

September 18, 2017 14 Comments
Tips macam mana nak baiki lipstick patah. | Assalamualaikum wbt. Sebelum ni kalau lipstick dah patah kita buang je. Betul tak? Tapi takpe. Lepas ni kalau lipstick korang patah, korang boleh cuba tips ni. Dah boleh jimat dah kan. Tak payah beli lain. Nak tau caranya? Jom baca...

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.

Tips macam mana nak baiki lipstick patah.


  1. Ambil lipstick yang dah patah tu, kemudian keluarkan lipstick tersebut dari bekasnya dengan menggunakan sarung tangan. 
  2. Then, bekas lipstick tu dipusingkan sampai ke bahagian yang patah tu. 
  3. Selepas tu, ambil lighter kemudian nyalakan api pada bahagian kedua-dua hujung lipstick yang patah tu sebelum korang sambungkan balik kedua-dua belah. 
  4. Bersihkan dan sekatakan bahagian yang bersambung tadi dengan menggunakan pencungkil gigi. 
  5. Akhir sekali letakkan lipstick dalam fridge selama setengah jam. Korang mesti tak percaya yang lipstick korang dah bersambung balik.

Selamat mencuba...


Sumber Ruangan Ubah Gaya.

17 September 2017

Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?

September 17, 2017 2 Comments
Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik? | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua orang cakap kawin tu best kan? Betul tak? Mana taknya.  Kalau dulu tidur sorang, sekarang tidur berdua. Kalau dulu makan sorang, sekarang makan berdua. Kalau dulu mandi sorang, sekarang mandi berdua... Oppsss...

Tapi, di satu sudut yang lain ia lebih terarah kepada tanggungjawab tak kiralah si suami atau si isteri. Itulah, bila fikir pasal tanggungjawab ni, memang berat kan. Macam suami, tanggungjawab menjaga, mendidik, dan mengetuai rumahtangga. Isteri pulak, lebih kepada menjaga makan minum dan aib suami, selain dari menjaga dan mendidik anak-anak. Tanggungjawab yang cikla cakap ni kiranya macam tanggungjawab utamalah. Selain itu, ada jugak tanggungjawab lain yang mesti di ambil kira.

Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?

Cikla percaya semua perempuan kat dunia ni nakkan suami yang baik dan boleh membimbing dia ke jalan yang diredhai kan, betul tak? Selain dari seorang suami yang baik hati, saling bertolak ansur dan jujur. Tapi, bagaimanakah menjadi seorang suami yang terbaik? Jom baca apa yang cikla nak kongsikan ni...


Tips untuk suami : Macam mana nak jadi suami terbaik?


  1. Sebagai seorang suami yang baik, jadikan kawan dan rakan terbaik pada isteri korang. Tak kiralah dalam senang atau susah, korang mesti sentiasa bersamanya.  Begitu jugak kalau korang mengalami masalah, si dia sentiasa bersama di sisi korang. 
  2. Jadilah pendengar yang baik kepada isteri korang. Maknanya, kalau isteri korang tu bercerita tu korang dengarlah. Tak kiralah dia membebel ke, apa ke dengar ajelah. Mungkin itulah salah satu cara si dia nak melepaskan apa yang terbuku dihatinya. Hehe. 
  3. Jadilah kekasihnya setulus hati. Bak kata orang, zaman bercinta dengan zaman be rumahtangga tu sama je. Rasa cinta tu sentiasa membara. Tunjukkanlah kasih sayang korang tu, kalau boleh buatlah sampai si dia terharu. Tunjukkanlah keikhlasan korang... 
  4. Memberi didikan agama yang cukup kepada isteri dan ahli keluarga. Sebagai ketua keluar, sebaiknya korang sentiasa menunjukkan kelakuan yang baik dan mengajak isteri ke arah kebaikan. Insha Allah, perhubungan korang sentiasa dirahmati olehNya.


Itulah antara tips macam mana nak jadi suami terbaik. Semoga bermanfaat.


Sumber SINI.

16 September 2017

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

September 16, 2017 17 Comments
Macam mana nampak cantik tanpa mekap? | Assalamualaikum wbt. Cikla percaya semua orang nak nampak cantik kan even tanpa mekap sekalipun. Betul tak? Natural beauty kata orang. Paling tak pun kita oleskan sedikit pelembap, dan calitkan lips balm di bibir kita untuk mengelakkan bibir kering. Itu pun dah lebih dari ok kan. Tak gitu? 

So, cikla nak share beberapa tips macam mana nak nampak cantik walaupun kita tak bermekap. Wah wah, macam mana ye? Nah, baca ni kalau nak tau...

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?

Macam mana nampak cantik tanpa mekap?


  1. Sebelum korang keluar tu, jangan lupa oleskan pelembap yang mempunyai SPF sekali sebab ia penting sebab menjadi  pelindung kepada sinaran UV yang akan menjadi kulit lebih kusam dan gelap. So, korang akan dapat 2 kebaikan sekaligus iaitu kulit yang sentiasa lembap dan terlindung dari sinar UV. 'Win-win situation' kata orang.
  2. Minumlah secawan jus lemon suam. Selain dari ia mengandungi antioksidan yang boleh menghalang radikal bebas dari merosakkan kulit, ia jugak menjadikan kulit lebih sihat dan bercahaya. Shining gitu.
  3. Selepas mencuci muka, sebaiknya korang gunakan penyegar (toner) yang bebas dari alkohol. Ini penting sebab ia akan membersihkan kulit muka kita dari kotoran dengan lebih baik. Manalah kan, kalau-kalau masih ada kotoran yang masih tertinggal di kulit muka walaupun selepas kita mencucinya. 
  4. Penggunaan skrub jugak penting sebab ia bagus untuk menyingkirkan kotoran dari kulit muka. Tapi, penggunaan skrub yang kerap tak digalakkan sebab ia akan menipiskan kulit muka. Cukuplah 2-3 kali seminggu je. Kulit muka korang akan lebih bersih dan nampak segar serta bermaya.
  5. Elakkan dari menyentuh jerawat yang ada dimuka korang tu. Sebaiknya, korang janganlah gatal tangan pulak nak sentuh jerawat korang tu. Siap nak picit-picit lagi. Kalau korang nak tau, perbuatan itu akan menjadikan kulit muka korang jadi berparut. Dah tak cantik kan. Dah pening pulak nak cari ubat hilangkan parut. 


Nah, senang je kan. Selamat mencuba...


Sumber SINI

COMEBACK GIVEAWAY.

September 16, 2017 9 Comments
COMEBACK GIVEAWAY. | Assalamualaikum wbt. Hai korang. Korang dah join giveaway ni tak? By the way, thanks KC yang comel sebab tag cikla. So, korang yang belum join tu jom join reramai. Nak join, klik je banner kat bawah tu. 

COMEBACK GIVEAWAY. 


COMEBACK GIVEAWAY.

Semua syarat dah ada tertulis kat banner tu. Giveaway berakhir pada 30 September 2017. Sempat sesangat kalau korang nak join. 

Cikla nak tag : ❤️ MRS. PIP, MAI, MEK AYUNI ❤️ untuk join sama. 

So, cikla dah ikut semua syaratnya. Harap ada rezekilah ye nanti. Hehe. Good luck jugak pada korang yang join. 

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

September 16, 2017 2 Comments
Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum. | Assalamualaikum wbt. Kebelakangan ni, kita selalu baca dan dengar kisah mereka yang masih mudah terkena serangan jantung. Pada cikla, penyakit ni kadang-kadang tak memilih usia. Sesiapa saja boleh kena. Untuk pengetahuan korang, serangan jantung berlaku bila aliran darah dan oksigen ke bahagian jantung  tersekat. So, ini akan menyebabkan otot jantung mula 'mati' disebabkan kekurangan oksigen. Kalau aliran darah itu tak dipulihkan segera, ini akan memberikan kesan buruk pada jantung, dan ia boleh membawa maut. 

Sebenarnya, ada beberapa tanda yang kita mesti tau sebulan sebelum serangan jantung itu terjadi. Cikla rasa, benda ni penting supaya jika ia berlaku pada diri kita, kita boleh terus dapatkan rawatan demi menyelamatkan nyawa. Insha Allah.

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.

Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebulan sebelum.


Berikut adalah tanda Tanda-tanda serangan jantung yang kita kena tau, sebuflan sebelum, iaitu;

  • Merasa terlalu letih dan lesu. Kalau korang nak tau, salah satu tanda awal serangan jantung adalah keletihan yang melampau. Walaupun korang dah tidur, dan rehat yang banyak, tapi kalau korang still rasa letih dan lesu jugak. Kalau terjadi macam ni, lebih baik korang pergi check doktor supaya pemantauan terhadap jantung korang boleh dilakukan. 
  • Mengalami gangguan tidur (insomnia). Sebenarnya, jika korang mengalami gangguan tidur, itu tak bagus tau. Ada sesetengah orang selalu bangun di tengah malam untuk ke toilet, atau nak minum air. Tapi, kalau dah tengah malam korang still tak mengantuk juga dan susah nak tidur, elok orang pergi jumpa doktor cepat-cepat. 
  • Merasa sesak nafas. Bagi cikla, kalau dah sesak nafas ni bahaya tau. Kalau korang nak tau, sesak nafas adalah tanda jantung korang tak mendapat oksigen yang mencukupi. So, masa korang bernafas tu rasa macam tak cukup je, nafas pun pendek je. Jangan pandang remeh pasal ni, sebab sesak nafas adalah petanda utama bahawa korang ada masalah jantung. 
  • Mengalami masalah pencernaan. Walaupun kadang-kadang korang rasa senak kalau makan makanan yang pedas, korang kena ingat jugak rasa ketakselesaan itu jugak merupakan tanda awal serangan jantung. 
  • Mengalami rasa bimbang pada hal yang tak jelas. Macam anxiety lah. Risau tak tentu pasal. Itu pun tanda awal serang jantung. 
  • Merasa kebas dan lenguh pada lengan dan bahagian lain tubuh. Kalau korang nak tau, bila jantung korang tak terima oksigen yang cukup untuk ia menjalankan fungsinya, biasanya ia akan  menghantar impuls kepada tulang belakang korang. So, keadaan ni akan menyebabkan bahagian saraf yang saling berhubungan iaitu antara jantung, tulang belakang, dan lengan akan  menghantar impuls yang menyebabkan sakit dalam lengan korang. So, jangan pandang ringan pada kebas-kebas ni tau...


Semoga bermanfaat...


Sumber SINI

13 September 2017

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.

September 13, 2017 10 Comments
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. | Assalamualaikum wbt. Kecanggihan teknologi masa sekarang ni memang tak boleh nak dinafikan lagi. Dulu, kalau guna telefon bimbit yang paling canggih pun kita guna message untuk berhubung dengan orang lain selain dari call. Tapi, sekarang macam-macam ada. Email, messager, yahoo messager, dan yang paling top sekali adalah aplikasi WHATSAPP. Itu belum lagi dengan aplikasi media sosial seperti Facebook, Twitter, YouTube dan sebagainya.

Mengapa cikla cerita pasal ni? Sebenarnya, cikla nak share satu CERITA mengenai orang Malaysia dengan aplikasi WHATSAPP ni. Nak tau? Jom baca...

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. Sumber Google. 

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.


Kalau korang nak tau, ada satu kajian yang dilakukan oleh Digital News Report 2017 di Institut Kajian Kewartawanan Reuters kepada 36 negara di dunia mengenai apakah aplikasi yang menjadi kegemaran mereka untuk mendapatkan info dan sumber berita. Korang nak tau apa yang mereka perolehi?

Jangan tak percaya yang menurut hasil kajian mereka, 51% rakyat Malaysia menggunakan aplikasi WHATSAPP sebagai medium mendapatkan info dan berita berbanding negara lain di dunia seperti Brazil 46%, Chile 39%, Singapore 38%, Hong Kong 36% dan Spain 32%.

Sebab apalah agaknya aplikasi ni menjadi pilihan mereka kan? Kalau korang nak tau, WHATSAPP ni adalah aplikasi yang memudahkan komunikasi antara individu tak kiralah antara individu dengan individu atau individua dan berkumpulan. Lagipun, WHATSAPP jugak dikatakan sebagai saluran media yang ringkas dan berkesan di samping ia user friendly dan yang paling penting free of charge.

Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia.
Orang Malaysia pengguna WHATSAPP paling ramai di dunia. 

Bagi cikla, tak kiralah apa jugak bentuk media sosial yang kita gunakan untuk mendapatkan info tak kiralah dari dalam negara atau luar negara tapi apa yang penting gunakan ia dengan berhemah. Jangan cepat menerima dan menyebarkan perkara yang kita tak pasti dan tak tau. Check dulu betul ke tak. Nanti tak pasal-pasal dapat dosa kering free aje....

Jadilah pengguna yang bijak...


Sumber Harian Metro.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

September 13, 2017 8 Comments
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa semua tau apa itu kolesterol kan? Secara umumnya, kolesterol adalah sejenis bahan yang agak melekit, rupanya seakan-akan lemak. Kolesterol biasanya terdapat di dalam darah dan disetiap sel dalam badan kita. Sebenarnya, kolesterol ni penting untuk kesihatan kita sebab ia sangat dikehendaki oleh badan bagi penghasilan tisu dan hormon tertentu. Akan tetapi, kalau kehadiran kolesterol dalam darah sangat tinggi, kita mungkin berisiko terkena penyakit jantung koronari.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.

Apakah jenis-jenis kolesterol yang biasa ditemui? 


Untuk pengetahuan korang, kolesterol yang paling biasa ditemui adalah kolesterol LDL (Low Density Lipoprotein), kolesterol HDL (High Density Lipoprotein) dan Trigliserida. 

Kolesterol LDL kadang-kadang dipanggil kolesterol jahat sebab kalau ia berlebihan di dalam arteri, ia akan menyebabkan penyakit jantung. Senang cakap, lagi tinggi paras LDL dalam darah, lagi tinggi risiko kita diserang penyakit jantung.

Manakala, kolesterol HDL pulak kadang-kadang dipanggil sebagai kolesterol baik sebab ia dikatakan berupaya menyahkan kolesterol berlebihan yang adalah di dalam dalam. Kalau paras HDL tinggi, ia umpama menjadi pelindung kepada terkena serangan jantung serta mengurangkan risiko terkena penyakit tersebut.

Trigliserida pulak adalah sejenis lemak yang terdapat dalam aliran darah. Kalau seseorang itu mempunyai paras trigliserida yang tinggi di dalam darah, ini menunjukkan mungkin dia jugak mempunyai paras LDL yang  tinggi atau HDL yang sangat rendah.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Kolesterol : Antara mitos dan realiti. 


Ada beberapa perkara mengenai kolesterol yang selama ni orang beranggapan tapi hakikatnya sebenar adalah sebaliknya. Korang akan tau tau apakah itu? Jom baca apa yang cikla nak share ni...

Biasanya orang beranggapan kaum lelaki yang berisiko tinggi mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi. Tapi, sebenarnya kalau korang nak tau, 52% daripada rakyat Malaysia yang mempunyai kolesterol tinggi adalah wanita. Kalau korang nak tau lagi, wanita yang telah menopause memiliki risiko yang lebih tinggi, sebab bila sudah menopause tahap kolesterol HDL menjadi berkurangan dan kolesterol LDL meningkat. So, wanita. Jaga-jaga ya!

Selain itu, biasanya orang cakap orang yang kurus dikatakan tak berisiko mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Tapi hakikatnya orang yang kurus jugak mempunyai risiko yang sama  iaitu mempunyai tahap kolesterol yang tinggi sama dengan orang yang bertubuh badan yang montel. So, jangan pandang ringan ye orang-orang yang kurus.

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Kolesterol : Antara mitos dan realiti.
Kolesterol : Antara mitos dan realiti. Sumber Google. 

Lagi satu, orang biasa ingat orang muda ni takde masalah kolesterol  sebab biasanya tahap kolesterol hanya perlu diperiksa bila mereka mencapai separuh umur. Itu sebenarnya tak betul tau, sebab ada kajian mengatakan 42% dari rakyat Malaysia yang memiliki tahap kolesterol tinggi adalah mereka yang berumur di bawah 40-an. Selain itu, kajian yang dilakukan oleh Persatuan Jantung USA menunjukkan, mereka yang berumur 20-an kena periksa tahap kolesterol mereka. Bahkan, kanak-kanak yang mempunyai ahli keluarga yang ada penyakit jantung jugak kena buat pemeriksaan kolesterol sebab mereka mempunyai risiko untuk terkena penyakit tu jugak.

So, apa yang kita kena ingat kolesterol ni tak kenal umur, tua ke, muda ke, dan sesiapa saja berisiko untuk mempunyai penyakit ni. Apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat, selalu bersenam dan apa yang penting buatlah pemeriksaan kesihatan secara berkala. Orang cakap cegah sebelum kena. Kalau korang jenis yang suka minum susu, korang boleh minum SUSU OMEGA PLUS dengan ACTICOL yang mana ia boleh menghalang kolesterol jahat diserap oleh badan. Cikla pun minum jugak susu ni.

Semoga bermanfaat...


Sumber SINI dan Kajian Kesihatan & Morbiditi Kebangsaan 2015, KKM.


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.