06 September 2017

# social campaign

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1. | Assalamualaikum wbt. Rasanya kat Malaysia ni banyak je pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan kumpulan-kumpulan sokongan yang support pesakit-pesakit kronik termasuklah pesakit kanser. Salah satunya adalah CANCER FIGHTER MALAYSIA. Cikla sebenarnya tertarik dengan kisah seorang sahabat kita yang mana beliau turut disahkan menghidap kanser. Cikla memang rasa kagum sangat dengan ketabahan beliau, membawa misi #cancerbukantiketuntukmati

Secara peribadi, cikla pun setuju jugak. Sebelum ni, mentaliti masyarakat, bila kanser je jawabnya mati. Tapi, mereka tak tau memang ramai pesakit kanser di luar sana yang telah sembuh dan bebas dari kanser. Jom kita soroti kisah misi beliau...

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1. 


Mohd Zaki Yamani Azman 28, atau lebih di kenali dengan pangilan Zaki Bijak. Beliau berasal dari Jerantut Pahang. Zaki di diagnosis menghidap kanser darah atau Hodgkin Lymphoma Tahap 3, ekoran bengkak di belakang leher pada Julai 2014. Namun beliau telah berhasrat ingin melengkapkan misi Hitch Hike ke seluruh kepulauan Borneo dengan hanya berbekalkan RM1 yang telah bermula pada 29 Ogos 2017 lalu.

Dengan membawa misi menjelajah #cancerbukantikeruntukmati dan erti kata lain kanser bukan bermakna kematian. Zaki mejelajah dengan hanya menumpang kenderaan orang awam dalam menyampaikan mesej tersebut. Negeri di bawah bayu, Sabah merupakan destinasi pertama beliau.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Gambar Zaki Bijak Ketika ingin bertolak ke Sabah.

Walaupun beliau menghidap kanser tahap ke 3, namun beliau tak pernah berputus asa dan menganggap bahawa penyakit ini merupakan satu semangat untuk beliau terus berjuang dan mengembara untuk memberitahu kepada semua bahawa #cancerbukantikeruntukmati.

''Program ini diinspirasikan rakan saya dari Finland yang pernah menumpang di rumah saya semasa mengembara. Jadi, untuk program ini saya menyiapkan diri dengan maklumat berkaitan perjalanan, dokumen penting seperti lesen, mykad, wang RM1, sedikit pakaian dan peralatan khemah..."

''Tetapi, saya sangat bersyukur hidup di bumi Malaysia yang tinggi budi pekerti.. Walaupun tidak saling mengenali, saya bukan sahaja dibenarkan menumpang kenderaan, malah diajak bermalam dan diberi makan di rumah mereka sebelum meneruskan perjalanan pada keesokan hari,'' kata Zaki Bijak.

Menerusi laman Facebook beliau Zaki Bijak kini beliau telah 50% mengeliligi Kepulauan Sabah. Beliau bakal menamatkan kembara Borneo Sabah dan masuk kepulauan Sarawak pula. Sepanjang perjalananan beliau juga, beliau banyak memuji masyarakat Sabah yang sangat prihatin dan mereka jugak mendapat pelbagai bentuk bantuan. Allahamdulilah Orang Sabah Bagus Bah!!! 

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Pejuang Kanser Jelajah Borneo Dengan RM1
Kami orang Sabah Support Zaki Bijak.

Kalau korang nak ikuti kisah beliau yang penuh liku-liku, korang bolehlah follow Facebook beliau, setiap detik perjalanan beliau akan kongsikan bersama anda. Yang pastinya kekuatan dan ketabahan beliau sungguh luar biasa bukan seperti pesakit kanser. 

Kalau-kalau nampak beliau jangan segan-segan hulurkan bantuan tau. Sesungguhnya, tangan yang memberi itu lebih baik dari menerima. Bukan wang ringgit yang diminta, namun nilai kemanusiaan itu lebih bermakna.

Jom kita support Zaki Bijak dalam misi ''CANCER FIGHTER'' Jelajah Borneo Dengan RM1.

#cancerbukantikeruntukmati.

Segala pertanyaan atau bantuan yang ingin disalurkan (mana tahu beliau singgah perkampungan korang), korang bolehlah berhubung terus dengan beliau. PM je di facebook Zaki Bijak.

Semoga amalan jariah kita akan di terima olehNya. Amin... ❤️❤️❤️



3 comments:

  1. Mudah2an beliau berjaya melawan serangan kanser yang dialaminya
    dan akan sembuh seperti sedia kala.
    Aamiin

    ReplyDelete
  2. Nampak sihat je dia kan.... tak sangka.. moga dia tabah...

    ReplyDelete
  3. Semoga Zaki terus positive Dan berjaya fight cancer dia

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.