09 September 2017

# my story

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox. | Assalamualaikum wbt. Cikla rasa mood raya haji still on lagi kan. Betul tak? Ada yang masih banyak lagi daging korban kat dalam fridge tu, sebab sampai blur nak masak apa. Hari ni, kebetulan Saturday dan semua anak-anak ada tak sekolah, so cikla pun plan nak masakkan sup tulang plus tulang kepala lutut lembu dapat masa program potong lembu kat kampung cikla minggu lepas. Memang belum terusik lagi pun tulang tu semua sebab cikla beraya kat kampung. Lepas tu ada kenduri kawin, takut mereka dah jemu pulak makan daging selalu. 

Pagi-pagi lagi cikla dah keluarkan tulang tu semua dari dalam fridge dulu sebab nak bagi tulang pada daging tu lembut sikit. Takdelah macam batu pulak kerasnya kan. Bukak aje plastik tu, masya Allah terkejut cikla tulang dua ketul dan memang besar gile. Tak lut nak tetak dengan pisau ayam tu. Last last, cikla cuci je terus tulang tu semua bersih-bersih, then rebus je. Senang kerja. Jenuh jugaklah nak menunggu daging empuk. So, bila dah siap cikla panggillah anak-anak cikla try rasa sup yang ibunya buat ni...

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.


Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

First time makan, diaorang ni memang teruja bebenor. Cikla suruh diaorang sedut lubang yang ada kat tulang tu guna straw....

"Wah.. Sedaplah ibu...."
"Sedapnya air tangan ibu... "
" Kenapa rasanya lain?..." Aik, dah lain macam pulak komennya. Haha.

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

Haha... Macam-macam reaksi diaorang. Sudahnya, 3 beradik tu makan satu talam share bertiga. Dua kali tengok, tinggal dulang. Licin....

Cikla memang tak makan daging sejak kena tiroid ni. Sekarang ni tolong masak je. Hihi. Tak apalah, tengok anak-anak makan dengan gembira pun dah ok dah...

Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.
Terujanya budak-budak ni pertama kali menghirup sup gearbox.

Apa.. Nak resepi? Ala, sup je pun. Senang yang amat. Hihi... 


Pssttt... Masakan air tangan ibu memang paling sedap di dunia walaupun ibu hanya masak yang simple je...

7 comments:

  1. Tekun mereka menikmati air tangan ibu...

    ReplyDelete
  2. Umur saya dah 27 cikla.. tak pernah lagi try sup gearbox. hahaha! Siap guna straw ni macam syok la pula tengok. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti lepas ni kena try tau. Mmg sedap. Kalau beli kt luar mmg agak mahal jugak rasanya. Gearbox kan.. Hihi

      Delete
  3. Wah kecil kecil dah pandai makan sup gear box

    Hehe

    pakai straw saja kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. First time tu maz. Rezeki diaorg ayahnya dpt masa tolong program Korban haritu

      Delete
  4. memang menikmati sungguh mereka makan sup gearbox tu..
    nampak aje simple, tapi bile dah mkn tak boleh berhenti.. =D

    ReplyDelete


[PERINGATAN] Komen yang mempunyai pautan ke mana-mana blog atau laman web yang menjurus kepada perniagaan atau bersifat keuntungan sebelah pihak, akan dipadamkan serta-merta. Jika berminat untuk meletakkan link atau pautan ke dalam entri ini, sila hubungi penulis di arinillalove82@gmail.com.

[PENAFIAN] ciklapunyabelog.blogspot.com dan pemilik blog ini secara khusus tidak akan bertanggungjawab terhadap apa juga liabiliti, kerosakan, kehilangan, kerugian atas risiko, peribadi mahu pun sebaliknya yang berlaku akibat, secara langsung atau tidak langsung daripada penggunaan dan aplikasi, daripada apa juga kandungan yang diperolehi dari blog ini.

Pemilik blog juga tidak akan bertanggungjawab sama sekali terhadap komen-komen yang di siarkan dan ianya adalah tanggungjawab penulis komen itu sendiri.

Segala artikel yang dihasilkan oleh pemilik blog ini hanya sekadar pendapat peribadi yang mahu dikongsi bersama para pembaca blog ini serta untuk koleksi rujukan buat pemilik blog untuk kegunaan pada masa hadapan.